Laman Webantu   KM2A1: 3569 File Size: 5.3 Kb *



TJ MT GS: SAH...Danaharta Selamatkan Vincent Tan
By Ganesh Sahathevan

10/1/2001 9:12 pm Wed

MGG0901

[Rencana ini agak menarik, walaupun ianya kelihatan pendek. Lihatlah siapa Berjaya sebenarnya kenapa Vincent begitu istimewa. Kita ramal Berjaya diberjayakan lagi dengan susunan kabinet baru nanti yang penuh misteri.

Jika kita titip baik-baik, begitu ramai kroni tersayang diselamatkan sejak akhir-akhir ini. Halim Saad dengan tawarannya kepada UEM, Tajuddin Ramli dengan MAS pudarnya, dan Vincent Tan yang banyak menerima ganjaran dan membuang rugi dalam sembunyi-sembunyi. Mahathir juga tidak lupa untuk menghadiah anaknya dengan dua projek yang amat istimewa lagi raksaksa - KLCC, KLIA dan PutraJaya.

Di KLCC, tanah itu ditarik ditolak dengan harga yang paling tidak guna sehingga Ananda menjadi jutawan sekelip mata. Hiasan dalaman KLCC tidak perlu kita cerita, kerana anak Syarikat diktator sudah menyapu semuanya termasuk yang kotor juga.

Di KLIA tanah berekar-ekar yang tidak berguna itu sengaja dibeli dengan murah oleh anaknya untuk dibeli kemudiannya oleh kerajaan Mahathir dengan harga yang menggunung tingginya.

Di Putrajaya ia dilakukan dengan sekelip mata ketika Khir Toyo masih belum mencelik mata kerana baru menjadi bayi ternama yang lahir kedunia yang penuh mandi darahnya itu. Projeknya pula disapu oleh anaknya juga yang asyik menunggu sahaja dengan Setia setiap projek yang mencurah tiba.

Rakyat hanya dapat melihat melopong sahaja... sedikit demi sedikit yang ada di bumi sendiri sudah semakin tiada. Kalau adapun hanyalah hutang yang suka berbunga tidak berkesudahan. Itulah warisan berzaman dari satu kepimpinan yang berwawasan (untuk juaknya sendiri sahaja). - Editor]



Penterjemah: -MT-

SAH...Danaharta Selamatkan Vincent Tan
(Fwd: Danaharta Rescues Vincent Tan - CONFIRMATION)

Oleh: Ganesh Sahathevan

Danaharta Urus Sdn Bhd. sebuah anak syarikat Danaharta telah memegang 172,350,996 juta saham (bersamaan 11.5% daripada jumlah saham seluruhnya) kepunyaan Berjaya Group Bhd bagi pihak Vincent Tan Chee Yioun. Butiran ini ada tercatat pada mukasurat 171 "The Berjaya Group Annual Report 2000", yang ditandatangani oleh Pengerusi Vincent Tan.

Tan mempunyai pegangan keseluruhan sebanyak 35% dalam BGroup ini. Sebanyak 8.3 persen lagi dipegang oleh beberapa syarikat nominee dalam bentuk kolateral. Ini bererti hanya sekitar 20% masih dipegang oleh pihak bank. Sekitar 5% berada dengan beberapa syarikat yang dikuasai oleh Vincent, seperti yang berlaku kepada B&B Enterprises dan Lengkap Bahagia.

Pegangan ini tercatat pada 18 Diember 2000. Sejak itu harga saham Berjaya sudah menurun dan di waktu artikel ini ditulis ia berada sekitar 30 sen se saham.

Danaharta tentulah memegang saham itu sebagai satu langkah menanggung hutang bertapuk dan juga kolateral yang diunjukkan. Namun, disebabkan kerahsiaan urusan Danaharta itu, hutang bertapuk yang sebenarnya diambil-alih memang tidak dapat dikesan dengan mudah.

Sebagai catatan rasmi, Danaharta sudah menanggung antara RM20 hingga 60 juta hutang yang pernah diperolehi oleh Vincent Tan bagi pihak Sun Media Sdn Bhd. Bukti sahih dapat dikesan melalui laporan Gemtech Bhd. kepada BSKL dalam cadangannya untuk memperolehi Sund Media. Ketika itu Vincent menguasai Sun Media sebanyak 60%, sementera Berjaya Group dan BToto menguasai sebanyak 25% lagi.


-Ganesh Sahathevan-
8.1.2001

-------------= -MT- =-------------

Rencana Asal:
[MGG] (fwd)

Danaharta rescues Vincent Tan-CONFIRMATION

Danaharta Urus S/B , a wholly-owned subsidiary of Danaharta holds 172,350,996 million Berjaya Group Bhd shares(11.5% of issued shares) on behalf of Vincent Tan Chee Yiuon.

The evidence is to be found at page 171 of The Berjaya Group Annual Report 2000, signed by executive chairman Vincent Tan.

A further 8.3 percentage points of Tan's 35% holding in BGroup are held as pledged securities by variuos nominee companies.

Vincent is said to control 35% of BGroup's stock.

Given the above, just over 20 percentage points of that holding is in the hands of the banks.

Another 5% or so held via companies Vincent is said to control, B&B Enterprises and Lengkap Bahagia is similliarly held.

The shareholdings are as at 18 September 2000. Since then, Berjaya shares have fallen in value, and presently trade at around 30 sen.

Danaharta Urus is obviusly holding the shares as a result of having assumed both a non-performing loan/s and the collateral. However, given Danaharta secrecy, the loan amount cannot be confirmed.

It is however on public record that Danaharta had assumed somewhere between RM 20-60 million, borrowed by Vincent's Sun Media Group S/B . Evidence can be found in the Gemtech Bhd announcement to the KLSE on its proposed acquisition of Sun Media.Vincent owns 60% of Sun MEdia, while Berjaya Group and BToto own another 25%.