Laman Webantu   KM2A1: 3567 File Size: 13.5 Kb *



TJ MT MGG: Suqui Dan Penabur Fitnah
By M.G.G. Pillai

10/1/2001 6:47 pm Wed

MGG0801

[Fikiran yang tidak tenang tentu akan berkocak. Reaksi itulah menjadi pembuka untuk dibaca segala yang tersirat disebalik kata yang terucap. Kita mungkin sukar mendapat gambaran sebenar keadaan ekonomi negara kerana media yang ada kini memang tidak bersedia ke arah itu. Malangnya tidak semua yang sakit itu dapat berpura-pura sihat di depan mata selamanya.

Luka boleh dibalut dan darah mungkin tidak nampak keluar. Tetapi bisa ular itu sudah begitu jauh menular. Bila tiba saatnya simangsa itu akan mati walaupun kelihatan segar bugar. Bukankah alam ini menyaksikan ramai yang mati secara tiba-tiba seperti Jaafar Puteh yang beraksi menjadi pelakun serba serbi sedangkan itupun tidak berlaku dalam sebarang filem hindustan? - Editor]

Penterjemah: -MT-


Suqui Dan Penabur Fitnah

(MGG: Suqui and The Bearers Of Bad Tidings)


Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin bahawa ketetapan mengenai cadangan Suqui akan merangsang pasaran saham. "Inilah permulaannya - ia akan naik kalau anda (media) tidak mengeluarkan kenyataan yang negatif." Dia mahu para pelabur asing disedarkan betapa negara ini semakin stabil, tanpa sebarang masalah, dan mereka harus diberikan keyakinan itu. Memang, nampak mudah sangat pendapatnya itu!

Apakah cadangan Suqui dulu telah membuatkan negara ini tidak stabil? Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku sehingga tidak ada sesiapa yang menyedarinya? Kenapakah menteri-menteri kabinet tidak melalak-melolong mengenai keadaan yang tidak stabil itu? Tidak ada seorang pun yang berdecit mengenai ketidak-stabilan itu, sehinggalah Tun Daim menyebutnya.

Perjanjian yang dicapai oleh jawatankuasa Suqui dan juga Pemuda UMNO tidak pun menyelesaikan sebarang masalah. Ia hanya menunda pergeseran itu kepada satu tarikh yang akan datang. Kenapakah perjanjian itu dirundingkan dengan Pemuda UMNO dan tidak dengan Barisan Nasional ataupun dengan UMNO ataupun MCA? Perjanjian itu hanya meredakan isu yang mencetuskan pergeseran saolah-olah ia laksana kocakan di dalam cangkir minuman semata-mata.

Apakah benar keadaan itu? Cadangan Suqui itu telah dibincangkan dalam Majlis NECC (Perundingan Ekonomi Nasional II) NEC II. Wakil Suqui yang menandatangani perjanjian dengan Pemuda UMNO itu memegang jawatan tinggi dalam NECC II. Apakah ada niat 'malafide' (kurang ikhlas) dalam tindakan mengumumkan cadangan itu semua? Bagaimanakah isu yang dianggap sensitif dan dibincangkan secara tertutup boleh didedahkan untuk tatapan umum, dengan begitu mudah caranya? Apabila Pemuda UMNO dan bukannya Barisan Nasional, MCA ataupun UMNO yang memeterai perjanjian itu, ia membawa erti segala isu yang mencetuskan perbalahan itu masih lagi wujud. Bagaimana pula kedudukan MCA dalam perkara ini? Apakah MCA tidak patut terlibat dalam pencapaian muafakat dalam hal itu, kalau pun ia boleh disebut sebagai satu muafakat? Ataupun apakah UMNO sudah memberi ingatan kepada MCA bahawa Pemuda UMNO adalah badan yang lebih berkelayakan membincangkan masalah Cina daripada parti Cina dalam komponen Barisan Nasional?

Bagaimana pun masalah Suqui tetap belum dikira selesai lagi. Tetapi, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) terus kelam bukan disebabkan cadangan Suqui itu. Keadaan itu lebih disebabkan oleh sentimen para pelabur, baik pelabur tempatan ataupun pelabur asing. Para pelabur ini merasakan mereka telah diberikan layanan haprak sahaja. Cara MAS diselamatkan, yang didahului oleh kaedah penyelamatan beberapa institusi lain seperti Renong dan UEM sudah merobek perisai ketahanan para pelabur itu. Kaedah kerajaan itu membuktikan betapa kerajaan akan menyelamatkan para kroni yang bermasalah. Inilah yang merobah anggapan pelabur terhadap dunia pelaburan Malaysia.

Kisah yang menjijikkan ini tidak dicatatkan dalam akhbar tempatan. Tetapi, keadaan ini memang disedari oleh setiap pelabur setelah mendengar lapuran broker stok mereka. Saya ingin merakamkan di sini betapa kita sedang dihenyak satu keadaan yang menakutkan kerana kita ketandusan maklumat yang benar mengenai semua ini disebabkan tiada laporannya di akhbar dan media harian di negara ini. Pihak yang sepatutnya membuat laporan ini tidak pula melakukannya. Inilah kelemahan yang fundamental dalam media kita. Mereka sungguh takut kepada para pemimpin politik untuk membetulkan kepincangan ini sehingga sanggup melakukan tindakan menyorok di sebalik tabir kepalsuan, dan terus menemui kegagalan jua. Cara media negara ini melenturkan suasana dengan berita putar belit adalah sesuatu yang dikesalkan.

Keadaan sebenarnya ialah, BSKL sedang menanggung kesan kejutan. Selain daripada fiasko MAS yang telah menggugat wibawa dasar kewangan kerajaan, BSKL juga masih merasakan libasan beliung Lunas dan kemelut perpaduan orang Melayu. Keputusan pilihanraya kecil Lunas telah menggegarkan asas keteguhan kerajaan. Kemelut perpaduan Melayu yang dihantui oleh cadangan pihak Suqui telah menggugat asas perpaduan kaum di negara ini.

Tiga masalah besar ini telah meruntunkan BSKL. Pelabur jangka panjang yang mampu melayari ombak masalah perkauman dan politik negara tiba-tiba bingkas setelah mengetahui berita 'bailout' MAS itu. Minat para pelabur terus menghilang. Indeks Komposit selalunya sengaja dipaksa naik mencanak di saat-saat terakhir perdagangan. Ketika itu kita dapat lihat harga saham Maybank, Tenaga, Telekom (inilah saham pemikat di antara 100 saham yang diambil kira untuk Indeks Komposit BSKL) terus naik dan membuatkan BSKL terus bermaya. Tetapi, keadaan sebenar adalah terlalu jelas. 'Turnover' ataupun kepesatan niaga terus berkurangan dari satu hari ke satu hari. Isu Suqui hanya menjadi salah satu penyebab negatif yang menghantui BSKL. Para pelabur asing sudah pun lama pergi dan tidak akan kembali lagi. Mereka pergi bukan disebabkan apa yang saya tuliskan hari in, tetapi kerana hasil kajian pare penyelidik dan analis mereka sendiri. Ramai pakar dan penasihat ini menetap di Kuala Lumpur dan amat arif dengan keadaan sebenar di BSKL. Mereka mengeluarkan kata-kata yang manis-manis di depan khalayak ramai, tetapi bukanlah begitu perangai yang sebenar ketika menulis laporan mereka. Saya telah membaca banyak laporan mereka dan memang ramai yang menulis tanpa manisannya.

Tidak ada sebab kenapa pelabur memasuki pasaran negara ini selain mencari keuntungan. Memang tidak ada kemestian dalam kontrak sosial yang dikenakan terhadap pelabur yang meyakinkan diri mereka untuk melabur di BSKL. Apa yang mereka lebih minat ialah menentukan bahawa pelaburan mereka itu mendatangkan keuntungan. Mereka kerap mendengus dan membising kalau menghadapi pelaburan yang mengancam, tetapi kalau keadaan yang mengancam itu berlaku berdasarkan suasana yang jelas dan telus, mengikut rentak dan ragam pelaburan biasa, mereka tentu tidak akan merasa tersiksa. Tetapi, kalau ragam niaga itu ternyata mengelat, mereka akan berpakat melepaskan pegangan pelaburan yang pernah mereka ikat. Mereka tidak mudah berpatah balik walaupun menteri kewangan sudah lantang bersuara mengatakan keadaan sudah kembali baik.

Lagipun, bukan mudah memujuk para pelabur apabila mereka sedar betapa menteri kewangan yang sama mengawal sekitar dua pertiga saham yang diniagakan di pasaran itu. Beliau menguasai saham-saham itu secara terus dan juga secara proksi. Inilah yang membuatkan semua orang harus bersedia untuk menghadapi lebih banyak kejutan lagi.

-MGG Pillai-
7 Januari, 2000.

|-------------~ -MT- ~-------------|




Rencanan Asal:

Suqiu And The Bearers Of Bad Tidings

The finance minister, Tun Daim Zainuddin, is confident that with the "resolution" of the Suqiu proposals -- the word means "proposals", not demands, as UMNO thinks it is -- the stock market has no way but to go up. "It's the beginning ... it'll pick up if you all (the Press) don't come up with nnegative statements." Foreign investors should now know the country is stable, which faces no problems, and would lead to greater confidence. If only it were that simple!

Did the Suqiu proposals make the country unstable? How? If it did, no one seems to have noticed it. If it had, would not the cabinet ministers have ranted and raved well before that? Until Tun Daim said so, no one in the government even suggested it. The agreement between the Suqiu committee and UMNO Youth resolves nothing, only postpones the conflict to a later date. Why is the agreement with UMNO Youth and not with the National Front or with UMNO or MCA? The agreement carefully skirts over the contentious issues, and appears in the end to be a storm in a teacup.

Is it? The Suqiu proposals were discussed in the National Economic Consultative Council (NECC) II. The Suqiu representative who signed the pact with UMNO Youth holds a high position in NECC II. Was there male fide in releasing the proposals when it was? How did what was discussed in camera come up to be the political hot potato it became? That it was UMNO Youth, not the National Front, MCA or UMNO that reached an agreement means it is still a contentious issue. Where is the MCA in all this? Should it not have been involved in the resolution, if indeed there is a resolution? Or is UMNO telling the MCA that UMNO Youth is a better body to discuss Chinese issues than the Chinese party in the National Front?

So, however you look at it, the Suqiu problem remains unresolved. But the Kuala Lumpur Stock Exchange is lacklustre not because of the Suqiu proposals. That has to do with a general feeling amongst investors, local and foreign, that they get a raw deal. The MAS bailout, which preceded several other bailouts, including of Renong and UEM, is the financial straw that broke the camel's back. It proved beyond doubt that the government would bail out its cronies come what may, and that changes the game of investment in Malaysia.

This is not written about in the local newspapers, but any foreign investor and, indeed, the local, is made aware of this, especially if he is a substantial investor, by his stockbroker. I would add that because we do not discuss, in our daily newspapers and media, the reality that is now passed by word of mouth, we stumble -- and badly. Those who should be reporting this do not. That is the fundamental flaw in our media. It is so frightened of being second-guessed by politicians that it takes the line of least resistance, and fail. The market is always better informed than the best newspapers in the world. In Malaysia, where the media provides figleafs to cover the bad news, it takes a life of its own.

Now for the reality: the KLSE is in shell-shock. Besides the MAS bailout, which questioned the government's fiscal and financial policies, there is the Lunas typhoon and the Malay unity fiasco. The Lunas by-election upset the government's political equilibrium, and the Malay unity fiasco, to which must be added the Suqiu proposals since one impetus for the Malay unity discussions is to put the Chinese in there place, the racial equilibrium.

On all three counts, therefore, the KLSE is weighted down. Long term investors prepared to live with racial and political problems drew the line at the MAS bailout. There is just no interest. The KLCI index is pushed up literally within the last five minutes of trading, when a sudden surge in the stock prices of Maybank, Tenaga, Telekom (weighted shares in the KLCI index of 100 shares) keept it buoyant. But the overall weakness is all too clear: the turnover declines day by day. What the Suqiu affair did was to add to a litany of negative conditions in the KLSE. The foreign investor has moved out, is unlikely to return not because of what I write today but because its own researchers, several of whom live in Kuala Lumpur, find too many things wrong with what happens at the KLSE. They would say nice things in public, but their private reports -- I have seen a few -- pull few punches.

There is no reason why anyone should come to this market except to make money. There is no imperative of "social contracts" that investors who part with their money on the KLSE should abide by. They are more interested in making sure they get a fair return for their investment. They bitch and they grumble when the odds turn against them, but if they are above board and done with the best of intentions for the market as a whole, few would go beyond it. But if it is not, as now, they would desert it in droves, and not come back because the finance minister says conditions have improved with the Suqiu settlement. Especially, when the self-same finance minister also controls about two-thirds, directly or indirectly, of the counters on the KLSE. Be prepared for more shocks.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my