Laman Webantu   KM2A1: 3566 File Size: 7.5 Kb *



Umno Cuba Tembak Salah Sasaran..!!
By Amin Sapiro

10/1/2001 6:56 pm Wed

Amin Sapiro (baru meligan anjing gila buruk kepala)

[Jika Parlimen itu memainkan peranannya sudah banyak isu akan selesai. Kemelut yang melanda negara ini, antara lain, disebabkan Parlimen sudah gagal berfungsi dengan sebaiknya. Sedangkan mereka yang berada di sana bergelar 'wakil rakyat' semuanya. Yang selebihnya 'senator' dan anak didik pilihan diktator belaka, termasuk speaker. Siapakah yang ramai terpilih untuk berada di sana jika tidak wakil Umno dan rakan MCA (yang pandang sahaja dalam isu Suqui), MIC. dll. sehingga lebih dua pertiga bilangannya.

Sebenarnya rakyat telah memberi terlalu banyak masa buat Umno dan Mahathir untuk membuktikan apa yang dikata sehingga negara kita penuh dengan cogankata yang enak-enak belaka. Malangnya mereka asyik tidur di parlimen atau bersembang lepak di kantin sahaja. Yang tidak menjelma terlalu ramai sehingga perlu dipantau pula oleh kamera di Putrajaya.

Umno dan (jutaan?) ahli mereka ada di mana-mana. Apakah yang dibuat oleh mereka sejak dulu semuanya? Berpecah sesama sendiri sahaja... kerana Mahathir yang memulakannya. - Editor]


UMNO CUBA TEMBAK SALAH SASARAN..!!

SAYA hairan tak sudah bila membaca rencana orang UMNO kesal sangat KeADILan tolak perbincangan isu 'perpecahan orang Melayu' itu yang dicadangkan oleh puak UMNO itu.

Yang paling menghairankan saya, dimanakah letak pentingnya isu itu? Betulkah ada isu 'perpecahan Melayu'?

Kalau ada, mengapa UMNO tak selesaikan sendiri? Kan selama ini, UMNO mengaku kununnya UMNOlah parti Melayu paling kanan, punya 3.5 juta ahli dan mewakili ratusan kawasan Parlimen, Dewan Negeri dan puluhan negeri Semenanjung?

Kalau macam tu, nampak sangatlah UMNO parti pembohong. Besar lubang hidung. Sikit kena cuit dek Suqiu, dah meraung mintak tolong..!!

Kenapa Pemimpin UMNO Jadi 'Hero Kampung'?

Opppsss?. Sorry! Sebutan 'Hero Kampong' itu bukan bermaksud merendahkan sesiapa - cuma sebagai pewarna bahasa saja. Macamlah jugak orang sebut 'mamak tongkang'; sebenar 'mamak tongkang' sekarang dah pun jadi PM dan Presiden UMNO.

Khabarnya, Dahlia pecahkan rahasia - ada yang bakal jadi S/U Agung UMNO merangkap menteri Wilayah Persekutuan. Tak payah menang pilihanraya - memadai dilantik oleh 'mamak' yang sorang lagi tu. Tapi kenalah jadi Senator dulu. Lain-lain perkara tanggung beres bisa atur lhoo!! Hahaha? (cara UMNO lantik menterinya).

Mungkin juga, sebab UMNO adalah parti yang pelik sikit. Kalau dah tersepit, suruh Bangla dan pendatang Mynmar longgok dalam bus pelancung ACME Tour - arah mengundi calun UMNO. Jadi 'hantu raya' pun tak apa! Asalkan, undi bagi menang calun UMNO. Gitulah dia cara nak merentah negara.

Pemimpin UMNO Waraskah?

Saya terbaca Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin, berkata, 'Beberapa perkara pokok sudah dipersetujui semua kaum dan tidak wajar dibahaskan walaupun sesama orang Melayu kerana dikhuatiri memberi kesan negatif kepada keharmonian kaum.'

Kira-kira cakap Muhyiddin itu logik jugak. Beliau mengulas kenyataan Dollah Bedawi (boss no.2 nya) yang mengarahkan Ketua Pemuda Umno, Hisham Aw Aw, membatalkan debat mengenai hak keistimewaan orang Melayu dengan Ketua Dewan Pemuda Pas, YB Mahfuz Omar.

Kata Muhyiddin lagi, 'Saya berharap Pemuda Umno tidak menganggap pembatalan itu menggambarkan pergerakan Pemuda UMNO sebagai bacul atau menjatuhkan air muka mereka kerana ia dibuat selepas kajian teliti,' katanya.

Saya fikir itu adalah satu cadangan yang waras; sebab rakyat dah tengok hasil perbincangan Hisham dengan Suqiu - satu sen tak nampak hasilnya. Apatahlagi kalau Hisham nak debat dengan Mahfoz. Buat habeh bogheh jerr!!

Dollah lebih berminat kepada pertemuan mengenai perpaduan Melayu antara pemimpin tertinggi Umno, Pas dan Keadilan. Yang pelik sikit, kenapa UMNO habiskan masa dengan berbincang dengan Pembangkang saja. Ini bukan 'kongres Amerika'. 'Taukeh' UMNO hidungnya besar macam pelepah kelapa.

Yang lagi pelik kita, bila Pembangkang nak debatkan isu kepentingan rakyat dan negara - dari Hansad Parlimen yang kita baca; puak wakil rakyat UMNO asyik hilang pergi kantin saja!!

Mahathir sebagai PM datang Parlimen cuma sekali dalam sesi debat Parlimen yang hampir sebulan. Tapi bila debat isu 'rerpecahan Melayu' (yang cuma wujud dalam khayalan beliau saja)? Wah! Bukan gian dia! Itu Mahathir kena jawap dulu!

Pandangan Puak UMNO Macam Rojak 'Pasemboq'

Dalam satu rencana di e-media. com, saya terbaca sanggahan puak UMNO membantah perdebatan Pemuda UMNO-PAS supaya tidak diadakan.

Berkata seorang orang besar UMNO, 'Tak usahlah berdebat. Untuk apa berdebat jika ia membabitkan isu yang kita sudah lama persetujui sejak negara merdeka dan rakyat juga sudah jelas,' katanya. Tetapi mereka bersutuju sangat supaya diadakan perbincangan 'perpaduan Melayu'.

Jadi saya kurang arif dengan mentaliti UMNO sejak dah 'berkerat rotan berpatah arang' nih. Termangu-mangu juga saya - apa bezanya isu perdebatan Pemuda UMNO-PAS dengan perbincangan cadangan Mahathir dengan pemimpin PAS dan KeADILan itu? Tidakkah kedua-dua perkara atas isu yang sama?

Tidakkah kedua perbincangan itu berhubungkait dengan 'sensitive issues' juga? Jadi, kenapa satu dibatalkan dan satu lagi diteruskan. Dimanakah logik dan rasionalnya?

Nampak kepada saya sekarang, sebenarnya UMNO sengaja bermaksud:



  1. sengaja nak heret BA masuk perangkap UMNO, kerana parti itu (UMNO) sudah terjebak 'kaki' sendiri;

  2. nak alih tumpuan BA dari meneruskan sebarang agenda yang memberi rangsang kepada rakyat meneliti isu-isu yang penting mereka pertikaikan selama ini;

  3. supaya UMNO dapat sedikit ruang lega bernafas sebagai memperlihatkan kepada orang Melayu bahawa UMNO dan Pembangkang Melayu dah boleh duduk se meja; jadi tak payahlah sokong BA (hahaha? pandai Mahathir, kan?);

    4) lain-lain tak mau cakap disini sebab nanti semua orang tahu?(rahsia yang belum konfim).



Apa Yang Mencemaskan?

Jawabnya tak ada benda! Buang masa saja. Tak releven. Terlampau sempit dan tidak mencakupi kepentingan negara selain dari menambah kudos UMNO dan mencacatkan perjuangan BA.

Kalau nak debat pasal Mahathir tak mau jadi saksi perbicaraan Anwar, apasal kes rasuah Rafidah tutup buku saja, apsal Mahathir takut sangat kes Abol Hassan yang diceritakan oleh Datuk Shafie Yahya di mahkamah - baru ada Ummphh nya! Stadium Bukit Jalil pun boleh penuh!

Jadi, biarlah keadaan seperti sediakala. Lagipun Anwar akan diheret dek 'andartu' Attorney General yang baru naik pangkat itu. Kesnya sama saja - tak ada kes pun!! Itulah punca UMNO terpuruk habis. Kenapa tak cerita? Padahal itu sebenarnya yang menjadi punya utama.

Kalau agenda Mahathir-UMNO tetap sama, dan Anwar akan terus ditambah hukuman penjara keatas beliau, sampai kiamat UMNO-Mahathir jangan harap orang Melayu akan balik semula sokong UMNO. Bukan orang Melayu yang berpecah akhirnya, tetapi UMNO?..!!

Kalau tak percaya, tunggulah tahun 2004, insyaAllah!!

Peringatan:
BA jangan leka dan dan terpedaya pula!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)