Laman Webantu   KM2A1: 3565 File Size: 9.3 Kb *



KeADILan Tolak Pelawaan - Mengapa Umno Gelabah Sakan?
By Amin Sapiro

10/1/2001 6:35 pm Wed

Amin Sapiro (tak mudah termakan umpan)

[Tolak menolak lawa dan mempelawabiarlah ikhlas niatnya. Malangnya Umno sering mengutuk parti lawan tidak tentu hala sejak dulu sehingga pernah menggambarkan KeADILan sebagai parti yang berketuakan orang yang pening kepala.

Tetapi gelagat Umno kini menunjukkan Umnolah yang sebenarnya yang pening kepala. Semua yang diatur asyik tidak mengena sehingga Mahathir terpaksa 'bercuti' di satu negara yang dirahsiakan dengan sengaja. Nampak jelas semua pusat rawatan di Malaysia sudah tidak mampu menawar perit sakitnya..... walaupun anaknya sendiri memegang kunci pintunya.... apatah lagi hotel bertaraf antarabangsa dan bumi Malaysia yang terkenal indahnya. Negeri manakah yang lebih istimewa di hatinya itu?
- Editor
]


KEADILAN TOLAK PELAWAAN - MENGAPA UMNO GELABAH SAKAN?

TAJUK berita muka depan Utusan hari ini, sungguh menggelikan hati saya. Jauh dari menyakitkan hati. Panjang sungguh tajuknya. Cuba baca. Tak cukup se nafas panjangnya..'Keadilan tolak pelawaan -- Perbincangan penyatuan orang Melayu hanya antara UMNO dengan Pas'. Eh..wah? CANTIK adu-dombanya!!

Rungutan 'Orang hanyut' Kelemasan

Menulislah puak UMNO, katanya: 'Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Nasional (Keadilan) hari ini menolak pelawaan UMNO untuk duduk semeja bagi membincangkan penyatuan orang Melayu. Perkembangan yang dianggap mengejutkan itu diputuskan selepas mereka bermesyuarat selama tiga setengah jam di ibu pejabat parti berkenaan di sini. Sebelum ini pucuk pimpinan Keadilan pada dasarnya menyatakan hasrat untuk menyertai perbincangan itu yang akan turut disertai oleh Pas'.

Cuba kita teliti amalan budaya orang Melayu dulu. Kalau pinangan ditolak, jejaka tak boleh mengutuk pulak. Tilik-tilik lah diri dulu. Entah-entah gigi awak tu rongak. Entah-entah kepala awak tu botak. Entah-entah awak zuriat keturunan penyangak.

Orang Melayu banyak pantang larangnya. Waktu meminang dara orang jangan tunjuk garang, iklan diri sebagai kepala semseng. Jangan tunjuk kepada orang diri kita putar-alam cakap pusing-pusing. Jangan sebelum pinang dah canang-canang kepada orang.

Pantang paling keras sekali, jangan tunjuk diri awak tu 'Raja PEMBOHONG'. Kunun si jejaka itu kepalang hensem. Ada harta milion-million. Ada banglo besar di Bkt. Kiara!!

Ajak-ajak Ayam UMNO bersebab dari premis perpecahan orang Melayu berlaku kerana anjakan sokongan orang Melayu terhadap UMNO. Mahathir dan Dollah Bedawi kena faham. Kalau UMNO berpecah; tak ada kena mengena dengan Pembangkang Melayu. Itu, masing-masing punya nasiblah.

Cuba perjatian: KeADILan bermula dari 'Zero'. Anwar cuma berkempen selama 20 hari keliling negara. Bandingkan Mahathir, pemimin UMNO dan jentera UMNO. Mereka gunakan semua media yang ada. Tetapi mengapa jangkaan Mahathir kununnya semangat perjuangan Anwar akan padam dalam tempoh seminggu - akhirnya hampir UMNO/BN kecundang November 99 tahun lalu?

Jawabnya mudah saja. Rakyat faham. Anwar jujur, ikhlas dan telus. Mahathir asyik 'merapu'..!

PAS - Pembangkang Berwibawa

Mahathir dan UMNO jangan pura-pura tak tau! PAS adalah parti Pembangkang Melayu. Hampir sama usianya dengan UMNO. Orang Melayu tak kesah sangat - jika UMNO meragam dan terbabas, PAS ada sebagai pilihan nombor satu.

Sekarang, sudah ada KeADILan pulak. Apa orang Melayu nak gelabahkan? Hari ini UMNO/BN boleh kata kedua-dua parti tunjang Pembangkang Melayu bergelar 'Pembangkang'. Tapi kita nampak di Kelantan dan Terengganu PAS/BA adalah KERAJAAN yang memerentah. UMNO/BN macam 'tungau' (serangga kuning di punggung ayam).

Dulu boleh UMNO nak pelekeh PAS umpama parti 'Nyamok'. Sekarang Amin Sapiro dah kata, 'PAS dah jadi GARUDA..'. Kalau di bumi bertaraf 'Dinasur'. Itu belum lagi bergerak dengan KeADILan, PRM dan DAP dalam pakatan bergelar BA. Jika berpakat, tengok apa jadi kepada di Lunas!!

Faham-fahamlah UMNO Sikit

Jangan puak UMNO resah sangat jika KeADILan menolak pelawaan Mahathir-UMNO untuk berbincang isu yang disandarkan atas premis perpecahan orang Melayu. Penyokong BA yang berjuta jumlahnya dah cukup yakin bahawa apa yang berlaku ialah anjakan sokongan orang Melayu dari UMNO kepada barisan pembangkang Barisan Alternatif.

Kenyataan yang dilafaz dan ditulis di Utusan Meloya mengenai penolakan KeADILan itu tidak ada kena mengena dengan tanggapan kununnya 'menjejaskan usaha menyatukan semula orang Melayu'. Tanya, Mahathir (saksi yang hidup) - sejak bila UMNO betul-betul nampak nak menyatukan orang Melayu. Apa yang Mahathir buat cuma nak menipu Melayu.

Sejarah UMNO membuktikan terang-terang, allahyarham Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO sendiri kena terajang keluar UMNO. Siapa punya kerja? PAS ke?

PAS kena sakitkan dan dilancarkan MAGERAN di Kelantan, siapa punya pasal? Ku Li sendiri tubuhkan Parti Melayu Semangat 46, Pembangkang kah yang suruh. UMNO lingkop terkubur dalam tahun 80-an, berpecahkah Melayu?

Balik sikit ke pangkal, Peristiwa 13 Mei, Mahathir tak nampakkah beliau sendiri ambil kesempatan diatas keadaan yang berlaku. Mengapa orang Melayu sekelip mata bersatu-padu? Tidakkah, sudah terbukti terang bahawa orang Melayu adalah sentiasa hidup dalam budaya bersatu padu dan aman damai?

Apakah Faktor Penyatuan Orang Melayu?

Kerana UMNO begitu terpesong oleh Mahathir, maka keadaan sekarang sedikit 'bercelaru'. Pemimpin UMNO sempang-perenang gelabah tak tentu hala, itu salah siapa yang mula? Ada pemimpin yang masih tinggal menetap dalam UMNO tetapi sokongan mereka kepada Anwar, itu yang UMNO mesti perkemas dulu!!

Mana-mana yang terjerut leher dek Mahathir semacam 'terjual' kepala saja yang masih tunjuk bicara 'sokong Mahathir'. Kalau di'hypnotise' dan soal betul-betul - tak sampai 5 minit, mereka akan kata, 'GO TO HELL with MahaTAIK..! Hhehehe'..!!

Jadi, penyatuan orang Melayu adalah berteraskan agama mereka. Mahathir kena belajar sikit dari Hitler. Diktator German 40-an. Hitler tak mau kacau Gereja. Maknanya, UMNO jangan benarkan Mahathir ganggu agama Islam. Kerana Mahathir terlampau celupar, habis dipelekeh agama rasmi orang Melayu - sekarang terimalah padahnya.

Pembohongan Bontang Jangan Main

Jika Utusan berkata, kununnya 'Pelbagai pihak sebelum ini mengharapkan pertemuan tiga presiden itu akan menjadi kenyataan', itu adalah satu pembohongan.

Jika penyokong Pembangkang Melayu lebih 80% terdiri dari orang Melayu, tak adapun mereka menulis berkajang-kajang di utusan mengalu-alukan perkara itu.

Yang menulis dan bersetuju itu rata-rata orang upahan UMNO. Bukan kita tak ingat, seminggu dua dulu ada seorang Profesor 'Cangkung' dari UUM yang memandai-mandai nak 'tayang heroic' mengusulkan, kunun.

Soalnya, Profesor yang sekor ni apa dia faham isi hati Pemangkang. Ramai orang tau, dia asyik 'makan nasi kangkang' bininya saban hari. Bininyapun '2 x 5' juga; kata kawan saya PW Laman FeU (rujuk foot-note artikel saya).

Itu macam punya Profesor, boleh jadi taukeh jual durian baka Siam di Bkt. Hitam diimpot dari Hadyai lagi baik?.!! Tak payahlah bagi cadangan kalau sekali pun tak pernah 'attend' ceramah BA. Masa tu apa 'you' buat? Setakat 'mengopek' kat celah ketiak bini saja ke? Eloklah duduklah dulu diam, sampai gian 'you' puas Hihihi? (jangan marah Prof, kita kawan sejak dulu)..

Sekarang Dah Mula Sesi Adu-Domba

Sebut saja rencana Utusan, kita akan baca macam-macam cerita adu-domba. Ada penulis upahan 'anak mamak Maidin' yang sengaja lagakan PAS dengan KeADILan. Bisingnya bukan main, seolah 'Melayu perang dulu, Mamak Tongkang jadi referee'. Mana ada jalan itu macam weiiii? kalau nak elok 'bersopanlah' bila nak 'meminang' anak dara sunti orang, kan?

Adu-domba macam rencana dalam utusan itu tidak akan memberi ruang kepada Pembangkang Melayu mentafsirkan ia memberi faedah kepada mana-mana pihak. Hentikanlah.

Orang Melayu Kampung Pun Tau

Walaupun perbincangan penyatuan Melayu yang diumumkan oleh Dollah Badawi baru-baru ini meliputi macam-macam format, tapi yang jelas kepada orang Melayu - ia tidak menyentuh isu asas punca orang Melayu (kok ya lah) berpecah.

Nak takrifkan ia 'secara sidang kemuncak membabitkan anggota delegasi termasuk tiga presiden masing-masing', memang tak perlulah macam itu sangat. Orang dah buat keputusan dengan sembang-sembang kedai kopi saja dah cukup matang keputusan.

Sebab BA adalah parti Demokratik. Bukan macam UMNO - Presiden boleh buat suka hati dia saja. Pemimpin Komponen BA lebih memantau dan buat keputusan dari apa 'mood' menyokong mereka.

Untuk 'penyatuan semula Melayu' yang tidak wujud, memberi alasan kununya 'selama ini bertelingkah akibat perbezaan politik dan ideologi' bukanlah seafdhal isu yang menjadi bantahan kontan orang Melayu terhadap KEZALIMAN yang berlaku dan KEADILAN yang sudah pupus sejak Anwar diKONSPIRASIkan, diaib dan dipenjarakan.

Cakaplah kepada Mahathir yang itu dulu. Jangan main umpan-umpan, nanti tak orang terima? kok malu. Boleh, kan?


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)