Laman Webantu   KM2A1: 3564 File Size: 7.2 Kb *



Info Terkini - Umno Semakin Kecundang!!
By Amin Sapiro

10/1/2001 9:47 am Wed

Amin Sapiro (setuju Adnan Mansor titelnya dieja 'tAM')

[Satu tribut buat semua penulis reformasi yang tidak jemu mengirim sesuatu untuk tatapan pembaca. Mereka mengusik minda rakyat untuk berfikir. Apabila berfikir kita akan tersedar. Dan bila kita sedar kita akan dapat menyedarkan orang lain pula.

Penulis yang berkualiti akan melahirkan pembaca yang berkualiti juga. Mereka ini nanti akan menjadi tunggak reformasi negara. Malah penulis itu selalunya belajar dari seorang penulis juga. Kehadiran ramai penulis siber masa kini melambangkan apa yang dilukir selama ini oleh penulis vetren di alam ini sudah menular bisanya. Saya kepilkan satu tribut KHAS, buat mereka.** - Editor]


INFO TERKINI - UMNO SEMAKIN KECUNDANG!!


KENCANG! KENCANG! Kalau Dahlia dah mula menulis - ramai yang terpinga-pinga bertanya: dari mana Srikandi ni dapat info 'Class One'!!?

Reformis BA Tak Senang Tidor Malam

Ramai yang tak faham, macamana penulis siber terlalu ramai. Ada rencana merungkai teliti setiap event yang menjelma. Ada yang begitu peka macam tulisan Pak Marhaintua. Ada yang berilmu fasih mengenai Islam macam Tok Misai kita. Ada yang begitu hebat meneliti sesuatu perkara seperti Tarabulsi, Pena Suasa dan Cucu Datuk Bahaman.

Sekali pandang, kita semakin nampak diluar BA ada sebuah Parlimen dan Dewan Undangan juga. Bukan macam budak Umno bernick 'Zzigen'. Memang kita tahu dia budak UMNO prepaid upahan. Tulis di FGR cuma setakat slogan. Langsung hapah 'takde bende nye' kata orang Negeri Sembilan!

Kita bukan nak mengata, jauh sekali dari mengumpat. PW laman FGR bukan kedekut sangat. Kalau budak-budak UMNO nak post apa juga, silakanlah. Tapi tunjukkan benda-benda yang memberi petanda bahawa UMNO itu ada 'maruah'. Sebaliknya, budak-budak UMNO tulis macam budak 'Serenti' penghisap dadah! Kita baca nak termuntah!!

Terpaku Berjam-jam

Dahlia dan Tun Teja penulis siber yang serius. Bukan nak puji. Kalau thread Dahlia tak panjang se depa, itu bukan Dahlia yang tulis tentunya. Mesti penyamar UMNO.

Saya camkan betul-betul. Penulis forum Reformasi adalah serius. Kadangkala boleh kita samakan macam Leo Tolstoi atau Jean J. Russeau. Kalau Voltaire itu penulis terkenal se antero dunia; saya jamin 100% - penulis Reformasi betul-betul memeranjatkan Anwar. Reformis boleh baca fikiran beliau.

Kadangkala saya sendiri tidak sedar disket Iomega 100 meg habis penuh. Kerana si Ani cukup suka masukkan tajuk-tajuk merangsang minda. (Oppppsss? si Ani juru komputer yang tolong taip tulisan tangan saya. Dah ada tunang, woooiiii?.!!).

Kadangkala si Ani yang dulu tak kenal politik sudah pandai cakap politik bila balik kampung (khabarnya). Sampai tunangnya, J/K Cawangan pun dah kena 'turningover'. Dengar cerita si Ani nak mintak cuti pulak nak ikut demo di Teluk Panglima Garang. Saya tentu bagi, sebab saya pun cuti juga. Main tuh - kerjasama antara kita memang susah UMNO jadinya! Hehehe?..

Masa memang susah nak rancang dan atur. Kadangkala saya ada di Kuala Lumpur. Kadangkala saya pergi mancing di Tg. Lumpor. Masa tu, nelayan pantai pulang - cuma dapat temenung agak se bakul. Berderetlah anak mereka menuggu ayah yang melayar perahu bermotor injin sangkut. Sesudah dijual kepada peraih, sebelum pulang ke rumah ditukarkan ringgit se sen dua tadi dengan beras se kepul.

Setiba di rumah, isteri Pak Malau menyambut suami dengan senyum simpul. Terubat sangat hati yang mulannya tumpul. Maklumlah yang dibawa pulang cuma beras se kepul. Tetapi, hidup begitu tidak pernah tergugat dengan maksiat laknat macam sesetengah kroni billionaire keparat.

Rakyat Tidak Pedulikan UMNO

Mahathir main catur dengan Kabinet baru yang sedang dipetimbangkannya. Baca rencana Dahlia, anda akan tahu. Mahathir putar sana sini, nak tunjuk Kabinetnya menjurus demi kepentingan negara, kunun. Tapi siapa yang beliau lantik sama saja. Mereka adalah Kroni politik yang akur dengan titah perintah beliau tanpa banyak bicara.

Jadi Menteri dalam kerangka UMNO-Mahathir sama macam ikan nazak dalam bakul Pak Malau tadi. Tercungap-cungap minta nyawa. Kalau banyak cakap, nanti Mahathir bentak "Hell you.. SHUT-UP!!". Kalau banyak komen belakang, nanti ada konspirator yang cekap 'memerangkap'. Malam nanti ada SB yang tangkap. Terus masuk dalam lokap.

Kita bukan bohong cakap. Tengok Anwar, berapa punya teruk kena 'azab'. Diaibkan dengan tuduhan liwat. Mahathir apa peduli? Di tangannya, UMNO dah hadiahkan 'Kuasa Mutlak'..!! Dia boleh 'anjing kepala merah' layak!!

Kita sudah lama menjana iltizam menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman. Berapa ratus yang dibelasah dengan belantan? Kes Jln Kebun baru satu yang dilaporkan kepada SUHAKAM. Mana dia menteri UMNO yang bangkit di Parlimen yang bincang kertas PAS dan KeADILan. Tun Speaker Dewan pun cari jalan nak kelecek - Mahfoz pula yang kena tekan. Isu sepenting itu nak cuma dikesampingkan. Isk..isk? apa punya 'belacan' lah Tun Speaker parlimen nih!

Sekarang Baru Nak Bincang?

Tergelak juga kita tiba-tiba saja Mahathir-UMNO ajak BA nak bincang. Yang peiknya pasal perpecahan Melayu kunun. Apa tak betul-betul, kata nak mintak tolong kepada BA jangan serang UMNO sampai hancor-terkubor.

Jadi orang boleh bagi nasihat jujor. Misalnya: suruh Mahathir letak jawatan, keluarkan Anwar dan ganti dengan Mahathir di Sg. Buloh pulak.

Jadi, bagi rakyat adakah faedah Mahathir rombak Kabinet BN? Rasanya macam ganti 'seluar dalam' saja!! Yang lama dah berkarat, yang baru karat baru nak tumbuh!! Sebetulnya, UMNO/Bnlah yang berdaki dahsyat!!

Sorrylah. Kelentong Mahathir semua orang dah tau!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)





**Rencana Tambahan Editor:

Saya memetik satu nasihat dari 'Penulis Yang Berjurai' sebagai satu TRIBUT KHAS untuk semua penulis reformasi tanah air.:


LEMBUTNYA BAYU DIRGAHAYU - SATU NASIHAT DAN TRIBUT

Kita tidak mengukur perjuangan itu dengan derasnya tiupan bayu - sebaliknya kita melihat setakat mana kekuatannya menggerakkan objek yang berdiri yang masih kaku.

Tidak semuanya akan mengikut arus sepintas lalu. Ia akan kembali kepada posisi asalnya bila arus itu berhenti. Jangan gelagat mereka itu dirasakan satu kekalahan dalam perjuangan yang kelihatan asyik menemui jalan buntu.

Sebenarnya dalam kelembutan bayu itu terserlah sesuatu. Apabila dahan mula bergoyang, akarnya akan turut terangsang. Inilah cabaran penulis itu.... walaupun ia mungkin lembut dan perlahan, bisanya tetap menakutkan. Perhatikan akarnya dahulu, barulah dahan. Itulah bisanya seorang pejuang! Itulah mata yang sebenarnya memandang.... Sebab itulah tintanya datang berjuaian.

-PYB-


"Kebenaran adalah pedang Allah di bumi dan langitNya; ia menusuk segala sesuatu yang disentuhnya". (al)

"Kita perlu mengusik daun itu, nanti kita akan dapat melihat hidupnya alam yang penuh dengan dimensi itu". (-PYB-)