Laman Webantu   KM2A1: 3563 File Size: 6.4 Kb *



SOH16 - SANDIWARA HANYUT PANTAI TIMUR
By La Domeng3

10/1/2001 12:17 am Wed


SOH16 - SHPT

SANDIWARA HANYUT PANTAI TIMUR

Kunjungan ke Pantai Timur baru-baru ini telah menemukan aku dengan seorang sahabat lama aku. Aku panggil dia Din' Penyu, teman sekuliah masa di universiti dulu. Dia kini sudah ada gelaran Dato' dipangkal namanya dan berpengalaman lebih 20 tahun dibidang akademik pulak tu. Dulu dia ini pensyarah di salah sebuah IPTA tetapi demi untuk turut membantu Kerajaan PAS Terengganu, beliau meletak jawatan enam bulan yang lalu.

Untuk meninjau perkembangan dirinya yang terkini, aku pergi menemuinya baru-baru ini. Sambil mencari bahan untuk sama-sama kita tatapi dan hayati. Menurut katanya tidak lama lagi ramai lagi rakan-rakan pensyarah akan balik ke negeri. Kerana ingin turut serta dengan perjuangan PAS/BA dan kesejahteraan ummah, mereka sanggup menerima gaji rendah. Kebetulan Dato' Din' Penyu ini adalah anak Terengganu, jadi baliklah dia ke situ. Mencurah bakti katanya setakat termampu. Habuan ringgit bukanlah daya penarik katanya dengan penuh keyakinan sejak dulu. Terharu aku dengan kegigihan dan ketabahan Dato' Din' Penyu. Syabas Dato' dan semoga Allah meredhai dan menerima jihadmu.

Awas pengampu-pengampu UMNO (Para Penyokong UMNO telah lama melarikan diri kerana malu dengan Presiden sendiri yang tidak berhati-perut tetapi bila diminta ke mahkamah menjadi kecut macam cencorot) di seluruh negara, mereka yang pulang dari perantauan ini bukan calang-calang orangnya. Kalau Hamid Othman yang dipaksa meletak jawatan, berijazah Kedoktoran dari Scotland itu setakat dapat bermain di laman saja.

Bukanlah nak berlagak cuma nak peringatkan kepada pengampu UMNO saja. Kepada orang PAS jangan dipandang rendah dan hina. Segala sepak terajang, silat pulut dan madah berhelah para pengampu UMNO semuanya telah diketahui sudah. Oleh itu yang sudah tu sudahlah. Tinggalkanlah UMNO sebelum ianya rebah dan menimpa engkau orang anak-beranak hingga punah-ranah. Jangan lambat, nanti menyesal tak sudah. Jangan salahkan sesiapa jika hari ini anak sendiri tidak dapat ke IPT kerana yurannya tinggi.

Diucapkan syabas kepada Suhaimi (GPMS) selamat mengampu dan terus mengampu selagi termampu dan tak malu. Apa jadi dengan perhimpunan 100,000 di KT? Berapa kerat yang datang? Aku berada di sana pada hari itu…hehehe…malam berita TV3/4…tiada gambar cuma bualan telefon saja…hahihu…yahooo…padan muka tu…itulah Suhaimi lain kali kalau nak buat apa-apa fikir dulu dan cermin diri tu. Jangan asyik nak ikut telunjuk Si Mamak Tua tu saja. Jadilah agen untuk merubah minda dan membangunkan masyarakat kearah yang lebih positif bukan diperalatkan sehingga jadi barua untuk kepentingan bajingan tua nasional - siapa lagi kalau bukan Si Mamak Tua itu.

Dalam pertemuan singkat dengan Din' Penyu, beliau beritahu orang-orang UMNO Terengganu kini sedang mengagihkan apa yang disebut sebagai wang ihsan kepada kroni-kroni mereka melalui JKKK tajaan Kerajaan Pusat. Kroni-kroni ini pula katanya bukanlah orang susah ataupun hidup merempat. Ada dikalangan mereka yang menerima 'wang ihsan' ini ceritanya mempunyai dua tiga buah rumah dan kereta mewah lagi.

Fikirlah saudaraku orang-orang UMNO betapa suku-sakat korang melakukan penyelewengan dan penganiayaan terang-terang di siang hari. Tanpa memikirkan anak-isteri dan harga diri. Rezeki yang diperolehi disumbat ke mulut tanpa memikirkan untung rugi di akhirat nanti. Oleh itu cubalah fikiri. Manalah orang Melayu nak sokong UMNO lagi. Jika beginilah feel dan cara hidup yang korang gilai. Merompak harta dan merampas hak rakyat kemudian mengagihkannya ikut sesuka hati. Apa korang ingat harta itu bapak korang yang bagi?

Kepada para pengampu dan penyokong UMNO ingatlah balasan Allah SWT nanti. Masa di akhirat nanti menangis keluar air mata darahpun sudah tidak berguna lagi. Rasakanlah nanti seksanya memakan harta dan hak anak-yatim yang dizalimi ataupun warga tua yang tidak berupaya lagi, mungkin juga ibu tunggal yang menangis setiap hari. Mereka ini menanti dengan penuh harapan di hati. Ingatlah !!! Tiada hijab bagi doa mereka yang dizalimi.

Menurut sumber itu lagi, Pok Yeh (Idris Jusoh) terlibat secara langsung dengan penyelewengan dan penganiayaan ini. Terpaksa ikut arahan lagi. Itulah alasan yang diberi. Daripada siapa lagi kalau tidak daripada Si Mamak Tua yang tak reti-reti nak berhenti. Awas Pok Yeh…anda sedang diperhati. Segala perbuatanmu Allah tidak akan redhai. Ingatlah setelah hidup kita semua akan mati. Masa tu barulah tahu, untung ataupun rugi nasibmu nanti. Di dunia kau boleh buat apa sahaja yang terlintas di hati. Bila mati nanti tanggunglah sendiri. Aku cuma nak ingat-mengingati. Sebagai sesama Islam kita harus nasihat-menasihati supaya tidak terbabas lagi.

Yang peliknya kata sahabat aku itu, menurut sumber daripada 'orang dalam UMNO' wang ihsan yang heboh diperkatakan itu sebenarnya belum diluluskan lagi agihannya kepada UMNO Terengganu. Inipun satu sandiwara keliru oleh UMNO yang sudah bercelaru. Ambil kesempatan musim banjir, kununnya hendak membantu. Jadi tanda tanya disini, wang ihsan yang diagihkan kepada mangsa banjir UMNO (Orang PAS tak dapat) oleh Pok Yeh baru-baru ini datangnya dari mana tu? Kerajaan PAS Negeri Terengganu turut menyumbang bantuan kewangan kepada mangsa banjir berkenaan setakat termampu, tetapi tidaklah terhad kepada orang PAS sahaja yang dibantu. Malah orang UMNOpun dapat panggu. Jelas disini Kerajaan PAS Terengganu tidak berdendam dengan sesiapa baik orang mahupun 'hantu'.

Menurut tinjauan aku semasa di sana. Rakyat Terengganu melihat tindakan Kerajaan PAS benar-benar ikhlas dan penuh tanggungjawab, menyumbang bantuan kepada mangsa banjir dan ini telah meraih simpati rakyat jelata. Rakyat Terengganu bersyukur kerana diperintah oleh golongan ulama. Jelas dapat dilihat dalam kata-kata di sepanduk yang dipasang merata.

Dalam masa yang sama, dengan rasa yang tak tahu malu UMNO Besut secara melulu mengata PAS pembohong (Sila perhatikan sepanduk yang terpasang di bangunan UMNO Besut). Siapa sebenarnya pembohong? PAS ke atau UMNO yang dah jadi tin kosong?



La Domeng
9.1.2001

p.s. - Sedarlah wahai saudara-saudaraku orang UMNO terutamanya di Negeri Johor yang masih SAYANGKAN UMNO TAPI BENCIKAN SI MAMAK TUA YANG SATU ITU.
(Ikutilah rencana berasingan dalam SOH17).