Laman Webantu   KM2A1: 3562 File Size: 14.4 Kb *



Kroni Mahathir-Daim Bangang 'Mengurus', Tapi Cekap 'Merompak'..!!
By Amin Sapiro

9/1/2001 11:16 pm Tue

Amin Sapiro (Jawapan kepada E-mail Ummi Nusuha)

[Sebenarnya Mahathir dan Daim menguruskan siapakah yang sesuai untuk membalun semua projek penswastaan supaya hasilnya dapat dinikmati oleh suka sakat mereka sekalian. Mereka juga memastikan setiap yang tumbang diselamatkan tidak kira berapa jumlah wang sekalipun. Dan mereka yang bertanggungjawab menjaga projek itu tidak di apa-apakan sampailah sekarang.

Akibatnya beberapa buah bank tempatan diambang kemuflisan dan BBMB tenggelam akibat terlalu banyak hutang yang tidak dilangsaikan. Minggu ini pula saham beberapa bank tempatan mula bergoyang dan ini membuatkan mereka semakin berdebar menghadapi kenyataan. Ekonomi negara sudah berganjak kebelakang tetapi petualangnya tidak disentuh sedikitpun, malah beroleh lebih wang untuk membolehkan mereka bukan sahaja lari, malah terbang sehingga sukar dikesan dengan ngilai ketawa yang amat panjang.

Tinggallah rakyat dengan sebuah bangkai yang tidak berharga serta surat untuk membayar semua hutang dan yuran yang sengaja dinaikkan. Akhirnya ada yang tidak berselera untuk makan walaupun di hari lebaran. Rumah yang didiami kini sudah menanti untuk dirobohkan padahal bendera Umno asyik berkibar di taman halaman. Inikah keistimewaan atau satu penganiayaan yang tidak berperi kemanusiaan? - Editor (Tutur bersedih nasib yang menimpa rakyat Johor yang merempat dan tergugat sedangkan mereka begitu setia pada Umno)]



KRONI MAHATHIR-DAIM BANGANG 'MENGURUS', TAPI CEKAP 'MEROMPAK'..!!


SEJAK akhir-akhir ini, semakin rumit Dr. Mahathir dan Umno hendak menipu-bohong, putar-alam kepala orang Melayu. Sulit sangat. Mahathir sudah semakin ketandusan modal.

Puncanya, kini majoriti orang Melayu TIDAK sedungu semasa Delima Melayu (Malay Delimma) - kitab legenda ulung karangan Mahathir popular jadi bacaan umum. Waktu itu, Mahathir 'berjaya' menipu-hasut dan memperbodoh orang Melayu. Mereka taksub dan kemarok mahu kaya cepat dengan beragenda menguasai politik tanahair.

Tetapi sekarang, orang Melayu sudah 'berotak' dan tahu membuat perbandingan. Buku Mahathir itu sudah 'membakar' asas kekuatan 'turningover' baliau. Sudah hilang rasi kepada orang Melayu!

Yang kita nampak, puncanya adalah disebabkan janji Mahathir tidak pernah boleh diperayai. Dulu, dia kata Anwar bakal pengganti beliau. Apa sudah jadi? Sekarang Dolah Bedawi pulak. Dah macam 'mati beragan' kawan kita. Tak juga Mahathir nak turun takhta. Macam berjanji dengan YAHUDI saja!

Kerajaan PAS Terengganu pulak, kena tipu bontang Rm800 juta setahun. Royalti minyak PETRONAS yang dimeterai janji akan diberi royalti kepada kerajaan yang mentadbir Terengganu, sebaliknya terharap-harap saja. Sekaang dah kena 'SONGLAP' dek Mahathir. Rais Yatimlah yang jadi iblis mentafsir undang-undang ikut selera 'syaitan' Mahathir.

Itulah dia Presiden UMNO yang mencanangkan 'Pepaduan Melayu'. Macamana nak percaya 'keling jaga Lembu-lembu puak UMNO ini'? Benarnya, Mahathir masih rancang nak 'TIPU MELAYU'..!!

Nak Percaya Macamana Kat UMNO/BN?

Pernah dulu di sebuah Perhimpunan Agung UMNO Mahathir kata, 'Saya akan letak jawatan sebaik saja rakyat menunjukkan tanda-tanda khidmat saya tak diperlukan..!!'.

Eh..wahhhh?!! Bukan main jujur, kan? Sayuuuuuu?. saja nada suaranya. Masa tu yang menangis teresak-esak sakan bukan Siti Hasamah (sepatutnya). Sebaliknya Siti Hasmah ketawa sengeh aja. Maklumlah, dia tahu karenah pembelit Mahathir. Lakinya, masakan dia tak kenal akal pembelit auta kelingnya!

Cuma Wanita UMNO yang berbaju putih dan berkain merah saga itu yang kena tipu bontang. Di kepala masing-masing tersangkut renda macam langsir rumah murah. Kununya itulah dia penutup aurat cara UMNO! Sebab, isi kepala hotak diorang langsung tak guna!!

Ada pulak 'wira kampung' yang ikut mengeluh sama. Waduhh..! Kepala mereka bersongkok baldu, dengan tanjak baju Melayu berwarna hitam dengan samping songket tenunan Terengganu. Pondan sangat bunyi mereka mengungu menangis teresak-esak. Seolah-olah, macamlah si Mamak Tongkang tu diorang punya 'kepala bapak'.

Berdengung di PWTC tempik sorak gemuruh dengan tepuk tangan bagai keling mabok todi, macam Cina mabok brandy. Padahal mereka orang Melayu nih! Jangankan nak sebut Allahu Akbar lagik, mereka bersorak macam orang mabok 'pekasam tapai'. Haiiiiihhhhh? entahlah UMNO nih, betui-betui koghang akai..?

Projek Penswastaan Tak Rugikan Rakyat?

Maka berkali-kali Mahathir Mohamad mengulangi jaminannya bahawa Dasar Penswastaan dan Pengkopratan kerajaan tidak akan merugikan negara dan rakyat. UMNO patut sokong dan alu-alukan.

Pemimpin yang 'bangang' langsung tak faham apa yang si Mahathir tu sedang agendakan. Banyak perkara yang si mamak tu sembunyikan. Tapi, sebab pemimpin UMNO yang berhimpun itu bangang ketetel sakan? bersoraklah deme macam nak rak Dewan Perhimpunan.

Berkatalah Mahathir macam bomoh Siam, katanya: 'Golongan bumiputera dan orang Melayu akan menikmati sumber bisnis secara terbuka. Penwastaan akan memberi orang Melayu dan rakyat sumber pendapatan yang lebih - demi kesejahteraan mereka yang berhajat menceburi bidang keushawanan'.

WOPS?.Alahai?.memang 'sodap' bunyinya, bang!! Terjegil cuping telinga, kembang-kempis lubang hidung puak UMNO. Bontang terbelalak mata mereka yang gian nak berniaga (walaupun tak ada modal nak mula bisnis).

Daim Pandai Tutup Pekung

Seterusnya Mahathir, cuit sikit Daim Zainuddin yang jadi Bendahari UMNO. Minta sokong apa dikatakannya.

Daim yang dah siap pakat dengan Mahatir tau apa nak jawab. Membebellah Dak Im melatah dengan berkata, 'Kerajaan akan bantu orang Melayu pinjam 'loan' untuk berniaga. Mereka boleh buat pilihan sendiri. Peluang perniagaan cukup banyak untuk diagihkan'..'.

Wah! Semakin bergolak Dewan Tun Hussein Onn dengan laungan gempita 'HIDOP MAHATHIR'..!! HIDOP UMNO..!!

Melihat respon orang Melayu macam lupakan diri, Mahathir 'jolok' lagi, katanya:

'UMNO akan jaga kepentingan orang Melayu selagi UMNO berkuasa. Kerajaan tidak pernah mengecewakan bangsa. Sebab itu apabila kita membuat penswastaan, satu daripada syaratnya ialah pengusaha Melayu tidak akan diketepikan melainkan mereka sendiri pilih tidak mahu berusaha! Tetapi mereka boleh jadi eksekutif dan pekerja'.

Perwakilan terus bertempik. gempita 'HIDOP MAHATHIR'..!! HIDOP UMNO..!!' (Hihih? tak sedar diri yang akan MAMPOS..!)

Mahathir menyambung, 'Jika orang Melayu mundur juga, jangan salahkan pucuk pemimpin UMNO. Mereka adalah menjalankan amanah rakyat saja. Mereka adalah hamba kepada rakyat jelata..'.

Maka mengangguklah hadirin. Ada yang memuji ucapan Mahathir sebagai paling berkesan dan bernas. Ada yang kata Mahathir adalah pemimpin berwawasan! Tapi mereka tak sedar 'there is a catch!!' Memang majotiti perwakilan UMNO ni ramai yang boleh Mahathir-Daim perlekeh!

Proses Turningover Mendaulatkan Presiden

Mahathir meneruskan proses turning-over nya dengan menyeru dengan suara lantang, 'Kita tidak akan menggugurkan mana pemimpin yang berjasa kepada rakyat. Bahkan mereka yang ingin naik akan kita sokong' katanya.

Orang UMNO yang semacam lupa diri bertepuk kuat. Mereka tak sedar, sesungguhnya Mahathir dengan licik telah menipu mereka bulat-bulat. Tak sedar dek untung bila balik kampung nanti mereka akan terkulat-kulat. Balik semula ke dalam keompong jadi 'ulat'..!!

Dengan nada selamba Mahathir menambah, 'Sebagai bukti, penswastaan telah memberi peluang kepada Renong, sebagai sebuah syarikat Melayu mengendali projek penswataan Lebuhraya, LRT dan pembukaan kawasan 'township' canggih di Selatan Johor!'.

'Dengan itu' kata beliau selanjutnya, 'jurang perbedaan ekonomi orang Melayu dengan bukan Melayu akan dapat dirapatkan. Sementara itu, orang Melayu yang lain akan diberi peluang yang sama..!!'.

Bersorak lagi mereka. Tak sedar Tanah Simpanan Melayu (TSM) habis punah difaraitkan Mahathir dengan kuncu-kuncu anak-bini, dan kroninya! Kalau tak caya, tanya orang Johor dan Putera Jaya. Kalau nak tau banyak, orang Johor tanya Ummi Nusuha.

Orang Selangor habis dijual dek 'Khir monTOYA'..!! Tak lama lagi tengok apa jadi Putera Jaya.

Mahathir berkata lagi, 'Kepentingan Melayu miskin akan tetap dijaga. Kerana, golongan itu menjadi aset paling berharga dalam kemajuan dan perkembangan negara.' TEPUK lagi?

'Kita selalu jaga kepentingan orang Melayu. Bukan seperti sesetengah parti lain, apabila mereka memerentah sesebuah negeri di Malaysia - rakyat semakin miskin. Itulah bahana dan bahaya terlalu taksub kepada ulamak dijadikan pemimpin politik. Mereka tidak faham apa dia penswastaan. Mereka tidak tahu langkah pertama yang harus diambil bagi menyelamatkan wang Rakyat dan negara!'.

Terpegun TG Nik Aziz Disindir

Mungkin terpegun TG Nik Aziz mengucap istighfar mendengar Mahathir mengasut orang Melayu supaya membenci dan memecah PAS!

Mahathir terus ego dengan berkata, 'Kerajaan tak pernah buang pekerja, bahkan pekerja sendiri yang meminta kerajaan menswastakannya agensi kerajaan. Contohnya di Pelabuhan Klang, pekerja meminta kerajaan menswastakan perkhidmatan kontena,' katanya.

Masa itu Ling Leong Sik dan Mirzan main genyit mata dengan muka selamba. Hehehehe?..!! Mereka berdua tahu, cakap Mahathir ada makna. Billion-billion masuk poket - hasil kontarak dan tender.

'Saya tidak tahu apa-apa pun. Ini semua akan diuruskan oleh Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.' Kata Mahathir.

Daim memandang tajam ke arah Mahathir. Tak taulah apa yang tersembunyi dalam hati si Qarun era IT itu..!! Dia pun ada agenda rakus nak tumpang se kaki dalam agenda Mahathir ini.

Akhirnya?. Setelah sesi puji-memuji para perwakilan yang sanggup datang dari ceruk kampong dengan semangat juang menegakkan bangsa, negara dan agama (kunun); Mahathir duduk semula.

Tepukan bergema terus sampai Mamak Ninam Shah melaung dengan berkata, 'Oiiiii!. Dah lah tuuu! Marilah sambung agenda Ke-2 pulak?'. Baru reda tepukan gemuruh tadi. 'Hahahah'.

Ada bisik-bisik terdengar berkata perlahan, 'Ya gak ya. Habis dek sorak bila lagi nak makan' Perut dah keroncong. Cakap-cakap tak kan boleh kenyang, kan?'. Hahah? itulah objektif perwakilan UMNO ke Perhimpunan.

SEKARANG APA SUDAH JADI AKHIRNYA?

LINGKP! LINGKOP! LAINGKOP! Teori ekonomi Mahathir bikin dunia gelak! Teori Penswastaan dan Pengkopratan dah makan tuan.

Sana sini heboh cerita 'bailout'. Halim Saad, Kroni muflis Mahathir-Daim dah sebat hampir RM5.0 billion untuk LRT.

Eh?wahhh..!! Tak malu Mahathir kata, 'Kerajaan terpaksa mengambil alih pengurusan LRT untuk menyusun semula struktur pentadbirannya berikutan syarikat yang menguruskan pengangkutan awam berkenaan sebelum ini tidak mendapat sebarang keuntungan'.

Apa nih? Dulu bukan main auta lagi - semua untung dan rakyat dapat manafaat. Kini Mahathir kata pulak, 'Sekarang kerajaan sudah memberi bantuan (fahamkan betul-betul - iakah 'bantuan'?) kepada syarikat yang diswastakan dengan memindahkan saham secara murah kepada mereka. Namun demikian, mereka masih tidak mendapat sebarang keuntungan. Cuma ada dua cara untuk mengatasinya, iaitu satu ialah menaikkan harga tambang LRT yang mana ini akan menyebabkan tentangan daripada parti lawan'.

Haikkkk? Kalau naik tambang camana rakyat dikatakan rakyat dapat faedah. Kalau dibailout sampai bilion-billion, maknanya teori ekonomi Mahathir sama macam kertas tisu tandas aja, kan?

Dah tu, bila rakyat merungut, Mahathir salahkan orang lain. Dah kebas duit rakyat, cari pasal dengan rakyat. Ada muka Mahathir kata:

'Pembangkang nak semua hak orang lain murah, tapi hak kita, kita nak mahal. Saya sanggup memindahkan pentadbiran LRT kepada parti lawan supaya DAP terutamanya boleh mengurangkan tambang dan membayar semua perbelanjaannya,' katanya.

Tak cukup dengan itu, Disember lalu, kerajaan Mahathir mengumumkan pembelian aset milik dua syarikat pengangkutan awam, iaitu Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR) dan Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (PUTRA) menerusi terbitan bon bersiri 5 berjumlah RM6 bilion.

Maknanya, Mahathir buatkan duit rakyat macam pasir saja. Dia ingat rakyat cari duit untuk bagi kita tanggung Kroni dia ke, apa? Dulu janji lain, sekarang buat lain. Apasal cakap tak serupa bikin?

Pandai pulak sekarang Mahathir cakap belit-belit lidah biawak. Kununnya, 'Sektor pengangkutan awam perlu penyusunan semula bagi menjamin perkhidmatan yang lebih cekap, moden dan menyeluruh. Terbitan bon selama 15 tahun dengan kadar kupon antara 5.6 hingga 7.2 peratus itu kemudiannya akan digunakan oleh pengendali LRT terbabit untuk membayar hutang komersial mereka'.

Eh..wah. Kalau hutang tak boleh bayar, mengapa dulu cakap besar? Ngaku sajalah - tak tau nak tadbirkan duit yang diamanahkan rakyat!!

Kalau macam tu, sahlah bukan setakat Mahathir sorang yang kaki songlap boros, Kroni yang dilantik juga adalah dari kelompok Melayu yang bangang 'mengurus' - tapi cekap MEROMPAK?! Rakyat terpaksa tanggung Kroni Mahathir yang muflis. Terpaksa ikat perut, makan ikan asin dengan rebus ubi kayu yang gilis. Kroni Mahathir pulak, makan di restoran 5-Bintang. Perut gendut sendawa kenyang!

Inikah dia faedah PENSWASTAAN kepada Rakyat? Isn't it Mahathir-Daim practicing 'hooliganism'? Yakkhhhh?.!! Nak sokong UMNO dan undi BN lagi kah?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO Berkerat Rotan)





Rujukan Tambahan:

[Saya memetik lapuran (The Business Times, Singapore 8th January 2001)

"Their lack of prudence was reflected during the recession in 1998 when the banking system suffered a pre-tax loss of RM5.7 billion (S$2.6 billion). The massive red ink was partly due to exceptional losses at three financial institutions -- Sime Bank, state-owned Bank Bumiputra and MBf Finance.

Danamodal pumped in more than RM4 billion to recapitalise 10 ailing financial institutions. And it mopped up more than RM15 billion worth of non-performing loans in 1998. A third agency -- the Corporate Debt Restructuring Committee -- was roped in to help mediate on RM20 billion worth of soured loans." - Editor]