Laman Webantu   KM2A1: 3561 File Size: 5.7 Kb *



Sekuntum Senyuman Untuk Umno
By Tok Misai

9/1/2001 11:27 pm Tue



Pada hari ini, sebilangan besar dari rakyat Malayia sedang senyum sinis kepada Umno. Dan pada tahun 2004 pula, seluruh Malaysia akan mentertawakan Umno.

Umno memang sah Bangsat. Saya sudah tak ada perkataan yang lebih baik untuk menggambarkan keadaan mereka. Inilah dia perkataan yang sehabis baik yang boleh saya pikirkan untuk mereka. Kalau nak perkataan yang lebih teruk daripada ini, memang boleh. Tapi yang lebih baik, memang saya tak boleh cari setakat ini.

Inilah dia golongan makhluk Allah yang sebenarnya berjiwa dan berotak keldai, babi, anjing, kera, lembu, pacat dan ulat taik yang terperangkap dalam jasad manusia. Setiap dari sifat binatang dan ulat ini memang terdapat dalam diri orang Umno yang darah mereka berkarat dengan perjuangan membela Taghut. Sekurang-kurangnya air sungai di Ladang Bukit Pelanduk yang dicemari dengan najis babi itu pun boleh dibersihkan dan mungkin disucikan melalui proses kumbahan yang teliti. Tapi darah yang mengalir dalam tubuh badan penganut agama sekular ini langsung tak boleh dibersihkan selagi mereka tak bertaubat.

Umno sudah sah sedang panik bagai nak gila sekarang. Tiba2 baru mereka sedar yang orang Melayu sudah bencikan mereka. Yang paling mereka tak duga sekali ialah kaum lain pun sudah muak dan benci dengan mereka. Maka jadilah mereka bagaikan tunggul kayu reput yang menunggu saat untuk tumbang yang sikit pun tak dipedulikan oleh orang.

Masalah perpaduan bukanlah masalah sebahagian besar orang Melayu di Malaysia. Masalah perpaduan ialah masalah puak Taghut ini. Allah sudah pun gambarkan orang yang sakit jiwa ini (munafiq) dalam Quran seperti berikut :

"Sesungguhnya dalam hati mereka, kamu (orang beriman) adalah lebih mereka takuti dari ketakutan mereka terhadap Allah. Yang demikian itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti. Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan yang bersatu padu, kecuali dalam kawasan2 yang terbenteng atau di sebalik tembok. Permusuhan antara mereka sendiri adalah sangat hebat. Kamu kira mungkin mereka bersatu tetapi sebenarnya hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti." [Al-Hasyr (59) : 13-14].

Berpandukan kepada ayat ini, kita janganlah takut walau sedikit pun kepada mereka kerana Allah memang sudah janjikan kehancuran terhadap mereka.

Yang jadi kelakar sekarang ialah dengan secara tiba2 saja mereka terpikirkan soalan perpaduan di antara Melayu dan sanggup melutut meminta untuk bertemu dan berbincang tentang hal ini. Kenapa sekarang sibuk tentang perpaduan? Pergi jaga perpaduan sesama sendiri dululah sebelum nak ajak orang lain berpadu. Diri sendiri tak terurus, ada hati nak ajar orang lain apa erti perpaduan pulak.

Nak menambahkan lagi ketololan mereka, dulu heboh betul mereka nak berdebat dengan Pas tentang isu pembelaan bangsa Melayu hingga satu dunia mereka pukul canang bagi tahu yang mereka kononnya hero bangsa yang paling hebat. Tiba2 hari ini, mereka lari kembali dalam lubang jamban untuk bersembunyi setelah puas berkokok-kokok ke seluruh kampung bagaikan ayam pondan yang terpalit tahi di ekor. Apa punya jenis perangai ini? Dasar orang tak ada maruah! Bila kita kata dia orang pengecut, tak mahu mengaku.

Puak2 yang tak reti bahasa ini perlu tahu bahawa orang Melayu tak akan rugi satu sen pun kalau Umno hancur dan terus lenyap dari mukabumi ini. Yang rugi bila Umno hancur ialah Mahathir, kroni2 dia, dan lintah darat yang lain2 itu saja.

Tapi kalau Islam hancur, barulah orang2 Melayu akan betul2 rugi kerana yang telah menyelamatkan Melayu selama ini ialah Islam, bukannya bangsa Malayu itu sendiri yang memanjang layu saja. Kalau nak harapkan bangsa Melayu menyelamatkan kita, taklah sampai jadi berpuluh-puluh ribu orang Melayu murtad merata-rata sekarang. Bila orang Melayu murtad, bukankah taraf keMelayuan mereka akan hilang dengan cara otomatik? Jadi, bagaimana boleh kita katakan bahawa Umno boleh menyelamatkan Melayu?

Saya sokong Pas jumpa dengan Umno untuk bicang mengenai isu perpaduan Melayu ini. Biar Fadzil Noor bagi tahu kepada Mahathir di depan batang hidung dia sendiri bahawa syarat perpaduan yang kita mahu adalah dengan kembali mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. Mungkin selama ini Mahathir dan sekutu2nya buta dan pekak. Oleh itu, inilah peluang terbaik untuk bagi tahu kepada golongan buta dan pekak ini secara langsung (direct) tanpa bertapis lagi tentang syarat perpaduan kita.

Pada masa yang sama, saya juga sokong Keadilan yang memutuskan untuk tidak mahu jumpa dengan Mahathir. Buang karan saja bila jumpa orang yang tak reti malu ini. Dulu dia kata parti Keadilan ini tak ada pengaruh dan kekuatan. Oleh itu, kenapa nak jumpa dengan Keadilan pula sekarang? Lagipun, saya tak fikir Wan Azizah patut duduk semeja dengan iblis seekor ini yang telah mengaibkan dan menjatuhkan maruah keluarganya. Kalau terpaksa pergi, hantar orang lain. Tapi Wan Azizah tak boleh pergi dan cemarkan maruahnya.

Sebenarnya, tak guna kita melayan orang munafiq yang tak ikhlas dan tak sedar diri ini. Kalau ikhlas, tentu mereka akan terima Islam dan berhenti bergaduh sesama sendiri berebut wang, pangkat dan kedudukan.

Sudahlah Umno...... bertaubat sajalah. Apa yang susah sangat nak terima Islam secara keseluruhan? Yang nak pergi bela sangat Taghut tu kenapa? Esok bila mampus, syaitan boleh tolong ke? Mahathir boleh tolong ke? Siti Hasmah boleh tolong ke? Keris Umno itu sendiri pun boleh tolong ke?

Mamposlah kau orang dengan berhala sekular yang bernama Umno itu!

-Tok Misai-