Laman Webantu   KM2A1: 3559 File Size: 5.1 Kb *



UMno ANgkat Bendera Putih
By tv3

9/1/2001 10:20 am Tue


Assalamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI


Walau dimana tv3 bercakap dan beresembang hal hal REFORMASI, jelas kelihatan satu gambaran seolah olah matlamat REFORMASI, ia itu melawan kekejaman, kezaliman, rasuah, penyelewengan kuasa, kronisma dan nepotisma, kini telah tercapai.

Apa benarkah ini? Mungkinkah ini hanyalah satu gambaran yang sengaja dipertuntunkan secara psikoloji bertujuan melalaikan para REFORMIS?

Sayugia diingatkan, semenjak awal krisis ini dicetuskan, tv3 telah dengan lantang mengatakan bahawa kita berhadapan dengan SYAITAN! Kita berhadapan dengan Manusia Kehilangan Tuhan (MKT)! Dan seperti difirmankan didalam al-Quraan, syaitan itu penuh dengan tipu muslihat. Kami di tv3 tidak berganjak dari pendirian tersebut dan disini menyeru agar semua PEJUANG REFORMASI berwaspada, kerana, "sesungguhnya syaitan itu adalah musuh mu yang nyata"!

Kita semua sedia maklum akan perbincangan "perpaduan Melayu" yang dianjurkan oleh Mahafiraun. Seterusnya kita semua yakin bahawa ini adalah satu lagi tipu muslihat untuk mengalihkan pandangan umum daripada pergolakan didalam dan di luar UMno. Begitu juga dengan isu Suqiu.

Kebelakangan, terdengar pula puak kaum kerabat dan kroni Menteri Kewangan mengisytiharkan kepada umum bahawa ekonomi hanya boleh bertahan hingga bulan April 01. Bahawa pendekatan yang paling mujarab adalah untuk "merayu" kepada pelaburan dari Timur Tengah. "Masaalahnya", ini hanya mungkin tercapai dengan terbebasnya (tanpa syarat) seorang insan yang telah dianiaya secara total!

Kemudian dengan perletakan jawatan Ha(midos)Man. Kami menaruh harapan dan berdoa agar ini berlaku hanya kerana timbul sifat insaf dan rasa bersalah didalam hati kecil beliau. Namun, dengan perletakan jawatan tersebut ada pula ura ura yang terbisik bahawa Qarun zaman Musa (Hassan) akan menyusul, diikuti dengan seorang lagi yang kini menyandang jawatan Setiausaha Agung. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa Khalil akan dikambing hitamkan, untuk (kununya) menegaskan bahawa Mahafiraun tidak memilih bulu didalam hal hal rasuah dan penyalah gunaan kuasa!

Berita yang juga luas disebarkan kini adalah tentang bagaimana Mahafiraun kini terdesak supaya membebaskan DSAI, dan bahawa beberapa syarat turut dikenakan jikalau dia membebaskan DSAI. Diantaranya, DSAI memberi jaminan bahawa dia dan anak pinaknya jangan di apa apakan, dan DSAI mesti kembali kepangkuan UMno dan membetulkan keadaan parti yang sedang sakaratul maut (insya Allah).

Seterusnya, pihak Mahafiraun, didalam keadaan sungguh desprado, telah mengutus surat kepada Sheikh Yusuf Qardhawi yang menggariskan bahawa DSAI adalah seorang ejen Yahudi! (Didalam lebaran terbaharu ini tidak pula disebut kes liwat!). tv3 diberitahu diantara yang merangkakan surat tersebut adalah ulaRmak UMno, termasuk Yusof Yes. Diberitakan juga Ha(midos)Man tidak lagi sanggup mengambil bahagian didalam fitnah tersebut, maka inilah jadi diantara satu sebab yang beliau dikemut keluar dari lubang keramat! Temujanji (appointment) dengan Yusof Qardhawi, yang sungguh diliurkan oleh Mahafiraun (zaman Musa Hassan) dipersetujui oleh Ulamak muktabar tersebut, dengan syarat DSAI turut hadhir sebagai seorang insan yang bebas!

Kesemua ini diperindahkan lagi oleh beberapa artikel yang ditulis dilaman web reformasi. Bahawa Umno diambang kehancuran dsb dsb……

Pendek kata hampir kesemua desas desus yang bertiup kencang, menggambarkan seolah olah peperangan hampir tamat dan pihak yang bathil kini bersedia untuk mengangkat bendera putih tanda SURRENDER!

Mari kita imbas kembali Peperangan Uhud dizaman Rasul tercinta Muhammad (SAW), supaya ianya dapat dijadikan iktibar oleh kita semua. Pengajaran terpenting didalam peristiwa sejarah tersebut adalah, tentera Islam dianjung kemenangan. Allah Maha Bijaksana. Dilalaikan hati tentera pemanah yang terhidu akan harta rampasan perang. Tanpa segan silu mereka meninggalkan kubu masing masing demi untuk merebut harta rampasan. Kesudahan peristiwa tersebut termaklum. Nabi (SAW) mendapat kecederaan dan ramai sahabat, diantarnya Sayyidina Hamzah (paman Nabi SAW) gugur syahid! (Mahafiraun 1500 tahun kemudian mengeluarkan fatwa yang Sayyidina Hamzah tidak dimandikan kerana kekurangan air! - fatwa kepala bapak dia!)

Ceritanya sedikit berlainan. Kita belum lagi terhidu harta rampasan (na'u dzu Billahi min dza leek). Namun pengajaran yang harus dimenafaatkan tidak berbeza, ia itu, JANGAN sekali kali lalai sebelum kemenangan pasti tercapai. Perbetulkan NIAT. Jangan langgar ARAHAN pemimpin. Jaga DISIPLIN. Rapatkan SAFF. Pastikan musuh benar benar telah disemadikan didalam liang lahat. NEVER EVER BE COMPLACENT.

Akhir kalaam. Ingat! Kita berhadapan dengan syaitan yang bertopengkan manusia. Ingat! Syaitan itu penuh dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan adalah musuh mu yang nyata!

Ingat! Lawan Tetap Lllllaaawwaannnn……