Laman Webantu   KM2A1: 3556 File Size: 14.9 Kb *



Gendang Mahathir-Umno Dipalu Semakin Sumbang...!!
By Amin Sapiro

9/1/2001 5:03 am Tue

Amin Sapiro (gemarkan pukulan gendang irama GHAZAL)

[Nampak jelas Mahathir semakin tersepit. Dia sering menggunakan kelemahan pihak lawan untuk menang digelanggang. Kita berharap pihak BA berhati-hati bila membuat ucapan atau bila berdamping dengan pemimpin BN yang tersepit ini. Imej BA mungkin musnah dengan satu dua rakaman gambar sahaja atau kenyataan.

Mahathir sering mengambil orang lain yang bersih untuk berselindung bila sokongan merudum. Dulu dia mengumpan Anwar memasukki Umno, bila kebangkitan Islam meletus seantero dunia. Seorang 'professor luar' dijadikan orang tengah untuk tujuan itu. Kini perpecahan melayu dijadikan agenda untuk 'Melayu bersatu' kerana imej BN/Umno di mata masyarakat pelbagai kaum sudah terjejas dengan teruk sekali.

Perbincangan Umno-Suqui berakhir tetapi kenyataan akhbar milik Umno yang terlalu kempunan publisiti untuk menjadikan Umno juara di gelanggang telah merosakkan lagi imej Umno sendiri. Akhbar kroni mencetak lapuran yang meragukan yang membunuh Umno sendiri. Ia mencetak Suqui 'menarik balik' ('put aside') sedangkan yang berlaku adalah Suqui 'mengenepikan dulu' ('set aside') 7 rayuan. Nampak sangat Umno cuba bermuslihat - mungkin itulah NASIHAT penting diktator yang tidak berada dalam negara ketika ini. Jelas sekali Mahathir tidak mahu dia disabitkan lagi tetapi minda ynag tajam sudah nampak semua ini. Robot Mahathir gagal lagi, segagal di Lunas tempoh hari.

Sejarah membuktikan Umnolah satu-satunya parti yang paling banyak berpecah sehingga kini. Ia menggelupur dan bertempur sesama sendiri dan akhirnya perpecahan di dalam sukar dibendung lagi. Itulah bahananya menelan pil ciptaan seorang doktor sewel yang masih tidak mahu undur lagi. Umno hanya akan memusnahkan dirinya sendiri. - Editor]



GENDANG MAHATHIR-UMNO DIPALU SEMAKIN SUMBANG...!!

MENTAFSIRKAN keadaan sekarang yang mengaitkan orang Melayu yang kununnya 'berpecah' kerana riak gelombang majoriti orang Melayu beralih fokus dari menyokong UMNO kepada parti Pembangkang Melayu (terlalu ketara hingga menggugat UMNO) - harus dibaca sebagai satu 'methos' merbahaya.

Dikatakan merbahaya kerana orang Melayu yang sedang menghadapi era IT dan Global masih lagi dikhayalkan sebagai terkial-kial dengan momokan isu 'perpecahan' begitu. Jika ia diyakini, kelak orang Melayu akan merasa bangsa mereka sentiasa menghadapi masalah 'perpaduan'.

Yang merugikan ialah, sementara dunia bergerak maju kehadapan hingga bercita-cita meneroka bumi gersang di planet Marikh, orang Melayu masih terbungkus dalam kepompongan isu-isu 'dungu' yang membangangkan. Alangkah ruginya orang Melayu kerana membuang masa yang berharga begitu banyak.

Apa UMNO Buat Selama 43 Tahun?

Jika orang Melayu sentiasa bergelimang dengan isu 'perpecahan dan perpaduan', pasti tenaga dan kekuatan minda orang Melayu akan terus-menerus terkongkong seperti anak-anak bayi yang dimomokkan dengan 'cerita hantu' sebelum mata mereka tidur.

Akhirnya, si bayi itu tidak akan terlena nyenyak kerana 'hantu bayangan' itu akan sentiasa menerpa sebagai mimpi ngeri. Pasti bila bangun esok hari, si bayi akan hidup dalam ketakutan kerana 'hantu' itu sentiasa meresahkan jiwa dan perasaan mereka. Apa akan jadi 1000 tahun lagi? Tidakkah orang Melayu tinggal ditakuk lama saja?

Jika dikatakan benar Melayu berpecah dan tidak ada perpaduan dikalangan mereka (mengikut versi UMNO), kita harus tanya pemimpin parti itu: Apa pemimpin mereka sudah buat sejak 43 tahun dulu untuk mengelakkan perpecahan Melayu? Tidor sajakah sampai orang Melayu berpecah-belah? Baru sekarang sedar, apasal?

'Perpecahan' Bagai 'Jamu Berjadam'

Resipi ubat-ubatan tradisional Melayu paling terkenal dalam senarai ramuan orang Melayu (dan semua orang tahu) ialah 'Jamu'. Ia kerap dikaitkan dengan resepi 'awet muda' dan 'tenaga batin'. Kerap juga ia terasa pahit jika ditelan tanpa 'madu lebah' yang memberi perisa. Kerana antara ramuannya terpenting yang bancuh ialah 'jadam' yang pahit, tanpa gula, payah sikit nak telan.

Memang jadam itu pahit. Tetapi, tanpa jadam sepahit itu, 'Jamu' itu tidak seberkesan yang diharapkan. Mau atau tidak, terpaksalah tahan pahit sedikit jika pengguna mahu 'awet muda' dan perkasa 'tenaga batin'.

Begitulah analoginya. Dalam sejarah perkembangan politik orang Melayu ditanahair kita ini; dari semasa ke semasa, orang Melayu sentiasa 'berjamu' dengan resepi 'berjadam' pahit. Sehingga hari ini orang Melayu sentiasa berfikir seolah-olah mereka 'awet muda' dan perkasa 'tenaga batin'.

Malangnya, walaupun tubuh nampak 'awet muda' dan 'tenaga batin' semacam perkasa, mereka tidak sedar tulang yang empat kerat dan selangka dada yang dibalut kulit didalam tubuh sudah reput. Daging otot semakin 'gelonyor' dan penafasan mereka sudah semput.

Mengapa Begitu?

Puncanya, orang Melayu tidak cukup tidur dan perkelilingan sekitar mereka tidak segar. Udara sekitar sudah terlalu tercemar hingga 'oksigen' yang diperlukan tubuh terlalu banyak peratus pencemaran dari 'karbon dioksida'.


Bukan salah siapa. Orang Melayu sendiri tinggal rumah tanpa membuka tingkap untuk laluan udara bersih dari luar. Sebaliknya mereka menutup semua jendela hingga udara yang tercemar tidak beredar dan bertukar.

'Karbon dioksida' yang melemahkan sistem tubuh orang Melayu ialah Nepotisme, Kronisme, Kerupsi yang menular. Dibawah Presiden UMNO zuriat Krala ini, sudah tercemar UMNO hingga dibaruakan oleh gejala 'Konspirasi' aib-mengaib, fitnah dan adu-domba. Jika Melaka punah Kesultanan yang unggul hingga Bendahar Seri Maharaja terbunuh, hari ini sudah hidup Raja Mandeliar yang rakus itu dengan 'Kitul-kitul' yang jadi tukang canang 'pengampu-bodek' beliau.

Apa Akan Jadi?

Perhatikanlah! Sejak tahun 1957, walaupun 'rumah UMNO' yang usang itu pernah dibuka tingkap dan pintunya untuk menyambut tetamu, malangnya mereka sendiri yang tutup semula tingkap-tingkap yang dibuka setelah tetamu yang diajak bertandang dan makan se meja diterajang keluar. Maka berbaliklah mereka menghirup udara tercemar itu dan hidup sesama mereka dalam 'kepompong' lama.

Sejak tahun 1946, sudah 4 kali Melayu 'disebut' mengalami isu 'perpecahan' (mengikut versi dan tafsiran UMNO).

Kali pertama ialah 'perpecahan' antara UMNO dengan Parti Negara. Kali kedua 'perpecahan' yang menyebabkan PAS (parti Melayu) disingkir dari BN (pertengahan tahun 70-an). Kali ke tiga ialah 'perpecahan' yang mewujudkan Parti Melayu Semangat 46 (tahun 80-an).

Dalam semua kes-kes 'perpecahan' itu, orang Melayu masih menyokong UMNO. Dalam ke S-46, kerana mereka (orang Melayu) pemimpin UMNO yang meninggal parti itu dan menubuhkan S46 tidak menampakkan jati diri dan tidak punya keyakinan asas perjuangan mereka - akhirnya mereka 'gulung tikar'.

Kita lihat Tengku Razaleigh yang lebih dikenali bergelar 'Ku Li' betul-betul telah jadi 'kuli'. Setelah rujuk kepada UMNO yang dulu bercerai 'talak 3', kini anak raja yang sekor ini kembali menggilap 'b*nt*t' Mahathir.

Rais Yatim yang kunun berjuang di seberang sana setelah membakar 'jembatan lapok' yang menghubung beliau dengan UMNO 'Lama'; kini terkial-kial berenang ke sebenarang sini. Tegapai-gapailah beliau memaut rumput kering di tebing sambil melaung meminta ditolongi dari dihanyutkan Mahathir-UMNO ke hilir air sarang buaya lapar!

Kerana PAS bukan berteraskan UMNO pada dasar dan perlaksanaan parti mereka, maka PAS yang disingkir UMNO terus kekal sebagai sebuah parti Pembangkang Melayu tunggal.

Itu sajalah parti Melayu tempat orang Melayu mengadu sebagai pilihan. Namun Mahathir dengan UMNO yang dibaru(A)kannya, sentiasa beragenda untuk memecah 'perpaduan Melayu' yang semakin condong memilih dan menyebelahi parti PAS. Itu satu senaio satu!

UMNO Dengan Ego 'Riak dangkal'

Senario ke-dua: Saban tahun (sejak 20 tahun lalu), Mahathir yang dilantik sebagai Presiden berkuasa mutlak oleh UMNO, telah berwenang-wenang berucap dalam Perhimpunan UMNO di PWTC. Bukan setakat beliau mengejek dan memperlekeh PAS yang kununnya diterajui oleh 'ulamak fundamentalis'; malah Mahathir begitu senang hati dan terbuka selera mencemik-cemuh agama Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS.

Kerap Mahathir tersasul hingga Islam sebagai agama seluruh orang Melayu, semacam hendak disekularkan beliau mengikut tafsiran beliau. Kita semua tahu, Mahathir langsung tidak tahu sepatah haram bahasa Al-Quran. Tetapi, kerana ego dan keghairan beliau yang sudah di hasut Iblis, maka beliau cuba mentasir Firman dan Hadis mengikut hukum akal dangkalnya beliau.

Akhirnya, bercelaru dan berkecamoklah kepala hotak pemimpin dan penyokong UMNO. Termasuklah 'ulamak UMNO' yang berserban tebal. Masing-masing ain 'angguk sesibur' manjang aja!!

Lebih teruk lagi bila beliau sudah langgar garisan sempadan dengan berbangga mencuit keperibadian Rasulullah. Mahathir dengan bongkak mempersendakan, kununya Baginda berjanggut kerana di zaman itu tidak ada pisau Guilette! Mahathir sanggup memfitnah dan 'mempergurau-jenakakan' Baginda Rasulullah begitu sekali. Betapa berusahanya Mahathir berhajat besar memecah orang Melayu semata-mata beliau mahu memusnahkan PAS. Terfitnah dan terhinalah parti itu kerana Mahathir senga menjadikan ia bahan 'jenaka'.

Tak cukup dengan itu, Mahathir mencabar kewibawaan Rasullullah pula. Kununnya kemampuan Baginda setakat menerajui kelompok Kabilah saja, walhal beliau (Mahathir) begitu angkuh - mampu mengepalai sebuah negara berbilang kaum dengan jumlah warga negara 20 juta. Hebat rasa dirinya, mungkin!

Beliau berbangga bersahabat dan tidur sekelambu dengan Yahudi. Dizalimilah rakyat yang mengutuk Yahudi. Dipurukkan Mahfoz dan rakan-rakannya ke dalam PENJARA kerana menentang kekejaman Yahudi.

Mahathir semakin ghairah bila Ibrahim Ali al-Kataki (penjilat b*nt*t Mahathir paling terkenal dikalangan ahli UMNO) menggelarkan beliau sebagai 'Wira Dunia Ke-3'.

Alhamdulillah?!! Doa Ibrahim Ali itu hampir makbul sekarang. Jika Dunia pertama manusia bermula di rahim ibu, dunia kedua ialah dunia yang kita dilahirkan - maka Dunia Ke-3 Mahathir dan UMNO ialah kambusan 6 kaki di perut bumi!! Mungkin UMNO dan Mahathir akan bersemadi disana tak lama lagi!

Memang pandai dan bijak Ibrahim Ali menspekulasi nasib Mahathir dan UMNO serta pucuk pimpinan dan kepimpinan UMNO. Bertuah 'hero' anak Kelantan yang sekor ini menganggotai UMNO. Akan berterusanlah 'Ku Li' sebagai 'kuli', Rais Yatim sebagai 'kontraktor' Jamban, dan Ibrahim Ali sebagai 'bomoh' tukang tenung!!

UMNO Makin 'Terkepung'

'Perpecahan Melayu' terus didendang UMNO dengan penyanyi solonya ialah Mahathir. Beliau yang fasih bermain 'sitar' ala rentak 'bollywood' saban hari menggubah lirik dan madah yang membosankan.

Mahathir sendiri dipuji oleh Shah Rukh Khan semasa mereka bertandak 'joget Krala' semasa berdansa di Genting Highland. Waktu itu kita dapat bayangkan bagaimana Mahathir seolah 'Nero' sedang bermain biola sedangkan kota Roma terbakar hangus.

Hematnya, Mahathir bersukaria, gelak-hilai ketawa; bangga sangat hatinya melihat seorang hamba Allah merengkok dipurukkan ke dalam penjara dengan khidmat konspirator Konspirasi tajaan beliau. Yang paling anih, Mahathir berbuat perkara sehodoh itu semata-mata bertujuan merangkul kuasa, walaupun beliau tidak sedar UMNO sedang berpecah terbelah dua.

Akhirnya, sebahagian besar penyokong UMNO sudah berhijrah menyeberang tambak kepada Pembangkang Melayu. Cuma sebahagian kecil tinggal menetap dalam UMNO. Termangu-mangu saki-baki UMNO yang tinggal mengayun dagu!!

Seperti 'Nero dengan biolanya', Mahathir pula terus berdansa dengan Shah Rukh Khan menari sakan rentak Hindustan; tanpa menyedari dan menghiraukan UMNO sudah hilang kewibawaan - hampir terlongkop terjun tambam!!

Asakan PAS dan KeADILan

Resam dunia - Sesuatu yang bermula ada hujungnya! Setelah Mahathir dan UMNO lesu dengan karenah 'loq-laq' mereka, baru disedari, sesungguhnya UMNO sudah tinggal gusi dengan lidah cuma.

Mahathir tidak sedar bahawa semangat perjuangan REFORMASI Anwar yang disangka padam tempoh seminggu itu makin berlarutan - dengan kemungkinan besar 'menghanguskan' UMNO jadi abu. PAS yang selama ini disangka Parti 'Nyamok' telah berubah tubuh hingga membesar menjadi 'GERUDA'.

KeADILAN yang meneliti inti-inti perjuangan Anwar telah menjelma menjadi 'Dinasur'. Parti itu dengan kendalian semangat Pemuda yang wira (seperti Ezam Mohad Nor, Azmin dan Saifuddin Nasution) - semakin bergerak hebat menggeleparkan ekor bertulang kasar penuh duri Dengan mulut mengeluarkan bara api; seiringan dengan komponen Barisan Alternatif yang lain, semakin nampak mereka sedia menelan UMNO!!

Baru kini Mahathir mengakui bahawa 'petang sudah beralih senja'. Sebelum malam tiba, UMNO/BN teraba-raba mencari 'andang' bagi menerangi malam yang semakin gelita. Jika tidak di suluh jalan berduri onak, pasti lorong yang dilalui akan memperosokkan UMNO ke gaung dalam. Waktu itu, untuk merangkak ke tebing bukan semudah yang disangka. Pasti ramai yang akan mengkambuskan UMNO/BN hingga terkubur.

Maka diciptalah oleh Mahathir sebuah slogan terakhir. Kununnya Melayu sedang menghadapi perpecahan. Dalam episod pertama di'dramatise'kanlah plot Al-Maunah dengan pelakun tambahan terdiri dari orang Melayu.

Berikut pula kemudianya, diarah beliau segelintir kaum Cina melakunkan tuntutan 'SUQIU' dengan sandiwara dialog wayang Cina. Diarah kemudiannya Pemuda UMNO dan GPMS supaya beramai-ramai keliling negara mencanangkan 'Tayangan Perdana'.

Kerana 'tiket' yang dijual tidak selaris yang dharapkan; maka Mahathir-UMNO menjadual agenda berkongsi 'pentas' dengan kerjasama PAS dan KeADILan.

Tetapi komponen Barisan Alternatif itu sudah dapat menganggak, Mahathir-UMNO sebenarnya sudah kurang 'modal'. Tetapi, jika pementasan itu menguntungkan Mahathir-UMNO akan kaut semua hasil kutipan masuk poket beliau. Sebab, kali ini adalah kali ke-4 UMNO bermain 'sandiwara' menggunakan judul yang sama, maka ramai yang rasa 'geligeleman' jijik untuk sama-sama berkecimpung dalam kolah yang sama.


Yahhhhh?!! Masakan 'Jerat Melupakan Pelandok'. Biarlah 'pelandok' terjerat kaki sendiri. Nasib 'engkaulah Wahai! Pelandok' - salahkan tupai yang pantas melompatpun sekali persetua pun jatuh juga ke tanah, kan?

Sama-samalah kita tunggu apa akan jadi bila tiba tahun 2004?!! Eloklah postmortum baik-baik apa yang berlaku di Lunas! Kesah Lunas adalah bayangan apa akan jadi jika Melayu bersatu dan kaum lain sama mengahayati perjuangan Reformasi dan Islah! Itu kesannya jika negara dan rakyat sudah mahukan perubahan total!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)