Laman Webantu   KM2A1: 3551 File Size: 6.3 Kb *



Tahniah Kepada Presiden PAS Yang Bijaksana..!!
By Amin Sapiro

8/1/2001 11:04 am Mon

Amin Sapiro (yakin dengan kewibawaan Pembangkang Melayu)

[Kebijaksanaan Presiden PAS menjadi fokus rencana Wak kali ini. Kita hairan mengapa baru sekarang Umno mahu menjerit perpecahan melayu kerana orang melayu memang bersatu sejak dulu. Mereka berpecah bukan kerana Suqui dan bukan kerana jatuh terhempas. Sebaliknya mereka dibaling batu oleh presiden umno sendiri yang suka mengata itu ini sehingga sanggup mengaibkan timbalannya dari dulu sampai sekarang. Seperti biasa dia akan menghilang tetapi ada 'NASIHAT' yang terpesan.

Tugas seorang presiden parti dan perdana menteri bukannya mengaibkan orang tetapi memberi panduan. Mahathir sebaliknya mengajar cara melakukan kelucahan dan mengizinkan penyebaran maklumat songsang yang memecah belahkan pemikiran. Sebab itulah Umno sendiri berpecah lebih dua kali sehingga ada cawangan yang dibubarkan. Sahlah orang melayu tidak berpecah, tetapi Umno sendiri berpecah kerana tingkah laku orang atasan yang tidak mengendahkan suara pembaharuan dan asyik melabel dan menuduh orang sambil menyebar surat dan akhbar melayang.

Sudah menjadi lumrah kehidupan apa yang tertekan akan mampus jika tidak terkeluar. Itulah yang berlaku kepada ahli umno sekalian. Mereka hidup tetapi mereka sebenarnya mampus di dalam. Itu semua bukan salah yang keluar tetapi salah yang menekan dan yang mampus kerana tidak melawan demi 'perpaduan' sedangkan tanah, maruah dan kekayaan orang melayu semakin berkurangan dibalun oleh kroni tersayang. - Editor]



TAHNIAH KEPADA PRESIDENT PAS YANG BIJAKSANA..!!

Saya terpanggil menulis sedikit sebagai komentar kepada rencana rakan siber kita sdri. Seri Bainun (di FGR) yang merujuk rencana saya yang tersiar di Laman WebAntu, Feu dan Fgr.

Benarlah saya pernah menulis soalan yang dibangkit itu. Tetapi ia harus ditafsir sebagai soalan terbuka dan tidak bermaksud mengkritik mana-mana parti komponen BA khususnya PAS. Jika rujukan dibuat 'out of context', soalan itu pasti boleh diputarbelitkan.

Jika diteliti, tentu kita dapat melihat kewarasan dan kejujuran Presiden PAS, YB Datuk Fadzil Noor dalam isu yang berbangkit itu.

Kita harus memberi tahniah kepada beliau kerana menunjukkan sikap seorang ahli politik yang 'gentlemen' dengan kesanggupan beliau menjawab surat Dr. Mahathir Mohamad bagi mengesahkan PAS bersetuju untuk berbincang. Kita tidak percaya Dr. Mahathir sanggup bersikap begitu jika dipelawa oleh Presiden PAS.

Kita telah baca di Utusan Malaysia iaitu Presiden PAS itu telah melantik Setiausaha Agung Pas, Nasharuddin Mat Esa mengetuai jawatankuasa teknikal untuk berunding dengan UMNO dan Parti Keadilan Nasional bagi membincang masa, tempat dan cara perbincangan. Itu adalah tanda kejujuran dan ikhlasan beliau yang wajar disanjung tinggi.

TETAPI jangan salah faham, dari apa yang kita dimaklumkan oleh akhbar Utusan Malaysia (7 Januari 2001) seperti berikut:

[[Bagaimanapun ujar beliau, Pas merasakan tempat paling sesuai untuk matlamat itu ialah di Parlimen]]

Dari situ, kita harus mentafsirkan dan berbangga dengan ketelusan sikap Presiden PAS itu dan sekaligus memberi kita jaminan bahawa beliau tetap seorang politikus rakyat yang tidak mau berselindung dengan berbincang di sebuah bilik mesyuarat tanpa disaksikan sesiapa. Beliau mahu berbincang di Parlimen yang terbuka.

Sebagai rakyat, sikap Presiden PAS itu sungguh membanggakan. Tambahan pula beliau sudah nampak dari bacaan awal kemungkinan kandungan perbincangan itu ditakuti akan tersalah tafsir, atau kemungkinan akan diputarbelit oleh pihak-pihak yang berkepentingan sekianya ia dijalankan dalam bilik 'air tight'.

Kita berharap juga supaya UMNO tidak menggunakan isu yang (pada hemat beliau dan begitu juga bagi majoriti orang Melayu) tidak wujud itu. Kita berharap semoga PAS dan KeADILan dapat meyakini pemimpin UMNO bahawa 'perpecahan Melayu' sebenarnya tidak timbul.

Jika UMNO mentafsirkan 'perpecahan Melayu' wujud kerana UMNO sudah begitu parah kehilangan sokongan orang Melayu terhadap parti itu, dan Pembangkang Melayu semakin mendapat sokongan - apa boleh buat.

Begitulah adat berpolitik, bukan? Sebelum ini pun PAS juga telah diperkononnya oleh UMNO kununnya tidak mendapat sokongan orang Melayu - tetapi mereka tetap berjuang. PAS pula tidak fikir orang Melayu sudah berpecah pula kerana orang Melayu tidak menyokong PAS. Cuma belum tiba masanya orang Melayu hendak menyokong PAS. Sekarang sudah!! Sekali lagi??. Apa boleh, kan? Dah nasib Datuk Seri Presiden. Hahaha..!!

Bagi rakyat, mudah-mudahan perbincangan UMNO dengan PAS dan KeADILan akan mententeramkan rasa gelabah UMNO yang menyangka wujudnya 'Perpecahan Melayu'. Percayalah, Melayu tidak berpecah. Cuma UMNO yang terbelah (rujuk hujah dalam rencana Amin Sapiro).

Oleh itu, janganlah UMNO gundah gulana dan gelabah sangat. Orang Melayu, OK? tidak berpecah. Saya sudah jelaskan dalam siri 4 rencana itu bahawa orang Melayu cuma berhijrah meninggal UMNO saja. Tapi kesatuan orang Melayu masih 'solid-molid' macam gadis bawah umor yang digian Rahim TC dan Shahidan Kassim..(Hehehe?.)

Umno harus berbangga kerana orang Melayu sudah ada parti Melayu sebagai pilihan selain dari UMNO saja yang memonopoli.

Kita sama-sama beri tahniah kepada PAS dan KeADILan kerana tinggi hemah. Kita ucapkan terima kasih kepada UMNO/Dr. Mahathir kerana baru sekarang sedar dan insaf bahawa perjuangan Reformasi cetusan DS Anwar tidak lenyap tempoh seminggu seperti yang mereka jangka pada mulanya. Inilah bukti bahawa KeADILan adalah wacana dan janaan rakyat yang mengerti arus perdana minda rakyat banyak.

InsyaAllah, dengan pebicangan itu, orang Melayu dalam UMNO akan lebih mengerti hala tuju perjuangan Pembangkang Melayu dan lebih ramai menyokong BA tanpa ragu-ragu. Pasti BA mengalu-alukan mereka!

Semoga dengan itu, selepas tahun 2004, negara akan beralih diterajui oleh Pembangkang Melayu (kini) dan mencari ikhtiar untuk menyelesaikan 'mess' yang semakin berlonggok dalam 'tong sampah' bikinan UMNO/BN. (Hahaha? maaf saya tergelak).

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)