Laman Webantu   KM2A1: 3542 File Size: 5.9 Kb *



TJ MT GS: Sports Toto Yang Diswastakan
By Ganesh Sahathevan

7/1/2001 5:58 am Sun

MGG0601

[Rencana ini memaparkan betapa satu anjakkan dilakukan dibalik tabir untuk mengalihkan kekayaan yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa untuk seorang kroni tersayang. Sikap menyembunyikan fakta itu menampakkan betapa rakusnya mereka membalun kekayaan sedangkan itu bukan hak mereka. Kita perhatikan banyak syarikat kroni diselamatkan sebelum penghujung tahun 2000. Apakah itu satu muslihat lagi untuk menyembunyikan sesuatu yang masuk dan keluar sewaktu ramai pelabur dan penganalisis bercuti? Angka 2+0+0+0=2 itu mungkin dapat menjawab beberapa ramalan. Tetapi mungkin juga satu alasan 'Y2K bug' menjadi alasan sebagaimana yang sudah lama dirancang? - Editor]


Penterjemah: -MT-


Sports Toto Yang Diswastakan
(Sports Toto privatised to Bumi Company - Will The MoF Clarify The Issue?)

Vincent Tan yang selama ini dianggap sebagai menguasai B&B Enterprise yang dipilih oleh Kementerian Kewangan (MoF) dalam penswastaan Sports Toto pada 1985, enggan membuat komen terhadap satu laporan Bank Dunia. Laporan Bank itu adalah mengenai penswastaan yang menyebut bahawa B&B adalah sebuah syarikat yang dipunyai oleh Bumiputera. Apakah Kementerian Kewangan mampu menjelaskan perkara ini?

Sports Toto telah diswastakan pada 1985 kepada sebuah syarikat Bumiputera bernama B&B Enterprise, demikian laporan yang diterbitkan oleh Bank Dunia itu. Laporan yang ditulis pada 1994 adalah berasaskan maklumat yang mudah diperolehi dan juga melalui wawancara dengan ketua pengarah dan pengurus besar syarikat Berjaya Toto itu.

Hingga ke hari ini, B&B Enterprise masih merupakan pemegang saham berpadu dalam Berjaya Group Bhd. Laporan Tahunan BGroup menunjukkan B&B sebagai sebuah syarikat yang dikuasai oleh Vincent Tan, sebagai Pengerusi Eksekutif Berjaya dan juga pemegang saham terbesar. Dalam beberapa laporan tahunan syarikat kepunyaan BGroup ada disebut betapa Vincent Tan adalah manusianya yang diberikan penswastaan Sports Toto itu.

Laporan ini menyanggah bagaimanakah Vincent dan B&B Enterprise boleh diklasifikasikan sebagai sebuah syarikat bumiputera.

Laporan yang berjudul "Welfare Consequences of Selling Public Enterprise", dan seperti yang tertulis pada muka surat 373 ada menyebut "the divestiture of Sports Toto was carried out between B&B Enterprises (a private Bumiputera-owned firm) and a "government working committee following a bid by the former."

Apabila diterjemahkan ia berbunyi begini: "Pengagihan Sports Toto telah dilaksanakan di antara B&B Enterprise (sebuah syarikat yang dipunyai oleh Bumiputera) dan satu 'Jawatankuasa kerja kerajaan sebagai melengkapi permohonan yang dibuat oleh B&B Enterprise'.

Laporan itu juga melaporkan betapa B&B membeli 70% Sports Toto dengan harga RM28 juta, dan kemudiannya menjual pula 10 persen pembelian itu kepada Melewar Corp. Bhd. Setelah disenaraikan di pasaran saham pada 1987, B&B telah mengekalkan 45%, kerajaan memegang 30% sedangkan Melewar telah menjual pegangannya. Pada November 1987, Berjaya Group telah membeli 52% saham syarikat yang tersenarai itu, dan kerajaan pula telah menjual pegangannya (30%) kepada Raleigh Cycles Bhd. (satu ketika dulu dipunyai oleh Tajuddin Ramli -penterjemah) dengan harga RM85 juta. B&B pula memegang 45%.

Kini, BGroup masih memegang 52% saham Sports Toto melalui BToto dan BLand, sedangkan B&B tidak lagi nampak sebagai pemegang saham yang terserlah.


-Ganesh Sahathevan-

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>MT<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Rencana Asal:


Sports Toto privatised to Bumi company-will the MoF clarify the issue?

[Vincent Tan, who is commonly believed to have control of B&B Enterprises, to which the MoF privatised Sports Toto in 1985, has refused to comment on a World Bank report that on the privatisation which describes B&B as "A PRIVATE BUMIPUTERA-OWNED FIRM". Might the MoF clarify the matter?]


Sports Toto was privatised in 1985 to a private BUMIPUTERA company called B&B Enterprises, says a report on privatisation published by the World Bank.

The authors of the 1994 report relied on publicly available information as well as interviews with Berjaya Sports Toto's managing director and general manager.

B& B Enterprises remains today a substantial shareholder of Berjaya Group Bhd; the BGroup Annual Reports show B&B to be a company controlled by Vincent Tan, Berjaya's executive chairman and controlling shareholder.Vincent is said , even in some of his own BGroup annual reports, to be the person to whom Sports Toto was privatised.

The report raises questions as to how Vincent's B&B Enterprises came to be a classified as a Bumiputera company.

The report is entitled "Welfare Consequences of Selling Public Enterprises" , and states at page 373 that "the divestiture of Sports Toto was carried out between B&B Enterprises (a private Bumiputera-owned firm) and a .....governemnt working committee following a bid by the ffformer." The report goes onto state that B&B bought 70% of Sports Toto for RM 28 million (pe of 3.1), and sold 10 percentage points of that stake to Melewar Corp Bhd. After listing in 1987, B&B retained 45%, the Government its 30%, while Melewar sold its stake. By November 1987 , Berjaya Group had purchased 52% of the listed company, and the Government had sold its 30% to Raleigh Cycles Bhd for RM 85 million, while B&B retained its 45%.


Today, BGroup retains about 52% of Sports Toto S/B via BToto and BLand, while B&B does not appear as a direct shareholder.