Laman Webantu   KM2A1: 3541 File Size: 10.2 Kb *



TJ MT CH: Perpaduan Melayu
By Charles Hector

7/1/2001 6:08 am Sun

MGG0501

[Pertubuhan politik adalah satu wadah atau bekas untuk mengisi mereka yang sehaluan perjuangan. Ia diwarnai dengan pelbagai prinsip dan perlembagaan agar dapat belayar dalam irama itu di medan juang. Rentak dan alunan tarian mereka itu tentunya akan mengirim pelbagai tanggapan mata yang memerhatikan. Kurangnya rakyat yang menyertai pertubuhan itu (10%) menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena pada sistem yang ada yang mengawal pergerakkan semua pertubuhan itu. Sudah tiba masanya setiap parti mengubah sedikit rentak untuk membaiki beberapa alunan yang kurang enak demi masa depan negara. Lebarkan senyuman dan tambahkan hidangan, nanti ramai tamu yang bakal datang bertandang walaupun rumah masih usang. Itulah tumpuan yang harus diberikan - Editor]


Penterjemah: -MT-

Perpaduan Melayu

(Malay Unity)

Oleh: Charles Hector

Pada 1957, Malaysia menerima kemerdekaannya daripada British. Kuasa politik telah bertukar tangan kepada satu koalisi parti politik yang bergabung berasaskan parti perkauman. Inilah gagasannya yang terus menunjangi pemerintahan negara hingga ke hari ini dan lebih dikenali dengan panggilan Barisan Nasional.

Apabila parti politik diwujudkan berasaskan perkauman, keupayaannya untuk terus bernafas hanya dapat dikekalkan dengan selalu memberi penekanan kepada perpaduan kaum - dan tidak kepada perpaduan multi-kaum dan nasionalisme. Parti perkauman di Malaysia masih lagi mengajak ahlinya berdiri teguh di belakang konsep perkauman itu dan terus berjuang mempertahankan hak-hak masyarakat perkauman tertentu. Mereka tidak mampu melenyapkan diskriminasi kaum. Mereka terpaksa menghidupkan semangat diskriminasi itu dengan apa cara jua, kerana sebaik sahaja rakyat Malaysia berpaling ke arah konsep Malaysian secara menyeluruhnya dan tidak lagi sebagai 'Melayu', 'Cina', India', 'Kadazan' dan sebagainya - politik yang berasaskan kaum itu akan menemui jalan buntunya.

Negara kita adalah satu negara yang mengandungi kaum yang pelbagai - rakyatnya berasal daripada pelbagai kumpulan etnik yang berbagai-bagai, seperti yang jelas dirakamkan sejarah dengan terdapatnya banyak kahwin campuran yang semakin galak berlaku di kalangan kumpulan etnik yang berbeza-beza itu. Inilah hakikatnya dan inilah sesuatu yang dianggap oleh semua parti politik yang berasaskan kaum itu enggan akui dan menerimanya.

Beberapa usaha telah direncana untuk menonjolkan dakyah kepalsuan betapa semua parti berbentuk perkauman itu sebenarnya parti yang berbentuk nasionalitik. Contohnya ialah kemunculan semangat nasionalisme Melayu - sedangkan frasa yang dicetuskan itu sebenarnya satu kontradiksi sahaja. Bagaimana mungkin adanya Nasionalisme Melayu, Nasionalisme Cina ataupun Nasionalisme India, sedangkan yang sebetulnya hanya boleh ada Nasionalisme Malaysian.

Rakyat Malaysian sedang menolak apa juga bentuk politik yang berasaskan perkauman dan keagamaan dan ini amat terserlah apabila di lihat di dalam negara yang mempunyai 22 juta penduduknya, hanya sekitar 10% penduduk itu yang menganggotai parti perkauman. Ramai yang tidak menjadi ahli parti dan apa juga parti lain kerana tidak ada alternatif ketika itu.

Memang ada parti politik seperti Gerakan, DAP, Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia yang pada kewujudannya berbentuk sebagai parti yang tidak bersifat perkauman. Malangnya, pemimpin parti itu dan juga media (kepunyaan parti pemerintah) telah mengambil jalan mudah untuk mengaitkan perjuangan parti ke arah perkauman juga. Pihak media telah menonjolkan DAP dan Gerakan sebagai parti orang Cina, dan Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia sebagai parti orang Melayu.

Oleh kerana media massa dikuasai oleh parti yang memerintah, usaha untuk mengekalkan parti yang berasaskan perkauman itu memang sengaja diteruskan. Parti pembangkang yang tidak mengamalkan konsep perkauman itu harus bersedia bertindak melantik bukan Melayu dalam Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia, dan orang Melayu dalam DAP. Kini, kita mempunyai Barisan Alternatif yang dapat berganding bahu. Ramai rakyat Malaysia yang mula bertanya apakah ini satu barisan parti politik yang berasaskan kaum seperti Barisan Nasional yang sudah lama itu.

Rakyat Malaysia yang percaya bahawa setiap rakyat mempunyai hak yang sama mestilah menolak setiap usaha menyatukan sesuatu kaum itu yang dianjurkan oleh sesuatu parti. Perkauman dan keagamaan memang kerap digunakan sebagai tajuk untuk mengalihkan perhatian daripada isu yang sebenar - inilah ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan, jurang mendalam di antara golongan kaya dengan yang miskin, perlaksanaan undang-undang dan hak asasi manusia.

Bersatulah menolak dan berkata "TIDAK" kepada penyatuan Melayu, penyatuan 'Cina', penyatuan 'India', penyatuan Islam' penyatuan 'Kristian', penyatuan 'Kadazan dan apa juga usaha bentuk penyatuan yang sempit di kalangan kaum, etnik ataupun kumpulan keagamaan di negara ini. Kalau kita tidak mampu melakukan perkara ini, kita akan terus dipesongkan daripada kegiatan kumpulan minoriti yang sungguh berkuasa dalam usaha mereka melanyak negara dan membalun harta untuk diri mereka semata-mata. Mereka melakukan semua itu secara gelojohnya tanpa memikirkan nasib masa depan rakyat marhaen negara ini secara keseluruhannya.

-Charles Hector-

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Rencana Asal:


Malay Unity

Malay Unity: Another attempt to divert attention from the REAL issues

In 1957, Malaysia got its independence from the British but sadly political power was transferred to a coalition of racial based political parties that still continue to be the dominant parties in the ruling coalition, the Barisan Nasional, until this day.

When political parties are racially based, its survival can only be obtained by the continuous emphasis on racial unity - and not multi-racialism or nationalism. Racial parties in Malaysia sadly continue to call on its members to stand together united - to defend and to fight for the rights of particular racial based communities. That is all it can do and must do for its continued survival. They cannot allow for the death of racial discrimination. They have to continue to propogate it by whatsoever means, for if Malaysians begin to look at each other as Malaysians and not merely as "Malays', 'Chinese', 'Indians', 'Kadazans', etc - racial based politics will come to an end.

Our nation is a multi-racial nation - with people belonging to various different ethnic groupings, where even this is not exactly true by reason of the growing number of marriages between between the different ethnic groupings. This reality is something that racial based political parties have difficulty admitting and accepting.

Attempts have been made to made to give a false perspective that these racial based parties are in fact nationalistic parties. For example, the emergence of Malay Nationalism - but is not this phrase itself a contradiction in terms. There can be no Malay Nationalism or Chinese Nationalism or Indian Nationalism - there can only be a Malaysian Nationalism.

Malaysians are now rejecting all forms of racial and religious politics - and this is evident by the fact that in a country where the population is over 22 million - only about 10% or less are members of racial based parties. Many have stayed away from becoming members of these parties, and any other party because there really was no alternative.

In Malaysia, there were some parties like the Gerakan, the DAP, Keadilan and Parti Rakyat Malaysia which started off as non-racial based parties - but sadly some of its leaders and of course the media (possibily used by the ruling coalition) have taken great steps to identifying parties as being racial parties. The media has projected the DAP and Gerakan as being Chinese parties, and Keadilan and Parti Rakyat Malaysia as being Malay parties. The leaders (and members) of these parties have also 'fallen into this trap' - by continuosly electing persons from the particular ethnic/racial groupings as leaders. Leaders should not be based on their race - but on their merit and capabilities and popular support. In Malaysia, given the fact that the mass media is controlled by the ruling coalition that cannot allow racial based politics to die, opposition non-racial based parties and their members must be ready to take drastic steps by possibily getting non-Malays as Keadilan and Parti Rakyat leaders, or Malays as leaders of the DAP. We have now the Barisan Alternatif - and they are working together. The question that many Malaysians are asking is whether this is merely another coalition of racial based political parties - just like the Barisan Nasional that we have now.

Malaysians who believe that all Malaysians are equal should reject any attempt for racial based unity drives by any party. Race and Religious differences have always been used to divert the attention from the real issues - the inequality of the distribution of wealth, the growing gap between the rich and the poor, the rule of law and human rights.

Stand together to say "NO" to Malay Unity, to Chinese Unity, to Indian Unity, to Muslim Unity, to Christian Unity, to Kadazan Unity and all such narrow calls for unity between any racial/ethnic or religious groupings in Malaysia. If we cannot do this we will continue to be distracted by the actions of the powerful minority who continue to pillage the wealth of the nation for themselves, without any real concern the good and well-being of all and each and every Malaysian.