Laman Webantu   KM2A1: 3536 File Size: 8.9 Kb *



Mungkin Dodol Orang Johor Terasa Pahit Kepada Mahathir..!
By Amin Sapiro

7/1/2001 1:25 am Sun

Amin Sapiro (berhari raya sakan sesudah Puasa 6)

[Kita cukup hairan mengapa wira 'dunia ketiga' dan 'wira barbie' asyik menghilangkan diri sejak akhir-akhir ini. Pemuda Umno pula memutuskan untuk menangguhkan debat sensasi setelah sedikit 'berperang' dalam bilik dengan Suqui yang berakhir dengan banyak diam yang penuh tanda tanya. Tetapi permit yang diberi kepada GPMS untuk berarak di Terengganu masih belum ditarik lagi. Nampak jelas ada beberapa muslihat yang sedang dirancang.

Tambah menghairankan juga kita kenapa Mahathir tiba-tiba terbang ke Myanmar sedangkan negara itu penuh dengan budaya politik yang tercemar. Apakah Mahathir sedang memesan 'dodol berpuaka' dari negara berdekatan untuk dihidangkan kepada rakyat jelata yang sudah tidak berselera? Cukuplah dengan juadah arsenik yang boleh menusuk tulang kuku dan rambut yang boleh membunuh secara perlahan. 'Dodol berpuaka' dari Kerala tentu akan membunuh lebih ramai orang. Lagipun kilang bateri (Union Carbide) di India itu sudah mengsengsarakan ramai orang. Lebih baik biarkan sahaja jantung tiruan itu berhenti, nescaya selamat lebih ramai orang. - Editor]



MUNGKIN DODOL ORANG JOHOR TERASA PAHIT KEPADA MAHATHIR..!

KUNJUNGAN Dr. Mahathir ke 'Seberang Tambak sebelah sini' beberapa hari sebelum berlepas dengan Global Express (yang semacam dianggap beliau sebagai hak-milik peribadi yang dibeli dari duit kepala bapaknya saja) dengan alasan kununnya sebagai menghadiri jamuan Baginda Sultan - sebenarnya adalah satu 'misteri' yang sedang diteliti oleh beberapa pihak.

Orang 'Sini' Sudah Dapat Mengesan

Sana-sini, orang 'Seberang Tambak sebelah sini' masih gegak merayakan Eidulfitri. Yang berbeda dari tahun-tahun sebelumnya, Jamuan Hari Raya secara berkelompok lebih banyak diadakan berbanding kunjungan silaturrahim Eidulfitri dari rumah ke rumah.

Satu kelainan pula, di setiap jamuan yang diadakan, ramai hadirin yang sengaja dijemput mewakili Ketua Bahagian UMNO, Pemuda dan Wanita dari lain-lain kawasan.

Agak pelik dan ganjil lagi, bila terlihat dhef yang dijemput itu adalah mereka yang terang-terang mewakili komponen Barisan Alternatif: ie. PAS, KeADILan, PRM dan DAP. Senario dan suasana begitu sesungguhnya amat janggal; malah tidak pernah terjadi dalam Eidulfitri sejak 43 tahun dahulu.

Nampaknya Eidulfitri tahun ini telah menampakkan satu kemeriahan yang amat terserlah. Dari silaturrahim yang tercetus (sengaja dicetuskan?), terang-terang menunjukkan satu percubaan membukti dan menafikan wujudnya isu-isu 'perpecahan orang Melayu' dan ancaman 'Suqiu' yang digembar-gemburkan media dan puak UMNO yang berkepentingan.

Bagi mereka kalangan rakyat banyak, isu-isu itu 'TIDAK PERNAH WUJUD' dalam minda hadirin yang berkunjung dan bersalaman. Inilah yang menyebabkan timbul satu isu baru yang menyebabkan juadah hidangan anak Johor terasa pahit-getir dimamah Mahathir (khabarnya).

Abdullah Bedawi tidak pula hadir. Mungkin beliau sudah tahu siang-siang bahawa juadah bakal dihidangkan oleh orang Johor nampak saja manis, tetapi ditelan pahit bagaikan jadam! Hihihih?.!!

Ucapan pendek beberapa tetamu yang dijemput telah memeriahkan suasana yang sedia ceria. Lebih-lebih lagi apabila terdengar ucapan-ucapan dhef-dhef jemputan yang rata-rata menjurus kepada perpaduan kaum, silaturahim sesama sebangsa dan seagama tanpa menyebut sebarang perkataan berbau 'politik dangkal' yang tidak putus-putus saban hari diwarwarkan oleh media massa.

Air muka masing-masing pula tidak langsung menampakkan bayang tanda-tanda curiga atau syak wasangka sesama mereka; berbanding dengan kehebohan yang terpapar di media letronik dan akhbar arus perdana UMNO yang sangat mengapi-apikan.

Timbul Soal Dan Tandatanya

Seorang yang bangkit berucap terang-terang membuat kenyatan rengkas dengan berkata:

"UMNO, BN dan Komponen BA harus faham bahawa musuh sebenar berada dalam selimut kita. Seperti virus Aid dan Kenser, semua pihak wajib peka supaya 'membakar' nyamuk pembawa virus itu yang semakin jelas menyusahkan kita. Kita perlu sama-sama membunuh 'nyamok tua' pembawa virus itu sebelum menular hingga ke sumsum (kilang darah dalam tulang). Tidak ada cara lain sebagai kaedah mencegahnya dari menular. Kita sudah mengenalpasti 'bapak nyamok' pembawa 'virus' itu", kata beliau.

"Alhamdulillah.!!" sambung beliau, "UMNO di 'Seberang Tambak sebelah sini' bersedia menggerakkan jentera parti dan mengahayati iltizam rakyat bersama rakan dalam Barisan Alternatif untuk membuang 'nyamok tua' bervirus itu dari menggugat dan menular perpaduan kaum dan perpaduan ummah".

"Pendirian kami mudah saja: Yang busuk akan dibuang jauh dan yang keruh akan dijernihkan. Jika keadaan menuntut bukti, kemungkinan besar UMNO akan menunjukkan kesanggupan untuk mengorbankan 'kepala Kurau' yang busuk itu dari merentung-busukkan ikan yang se bakul ini." ujar beliau.

Imbauan beliau itu telah disambut dengan tepukan gemuruh dan hilai laungan Reformasi dan Allahu Akbar yang terdengar dengan gamat. Tidak nampak sebarang suasana curiga. Sebaliknya berkabung-kabung lemang dan berketul-ketul ketupat, berpinggan-pinggan rendang dan berpiring-piring juadah beredar.

Sambil ucapan bergema silih berganti (umpama hadirin merafa'kan ikrar), susana Eidulfitri itu semakin hebat dirayakan. Ia amat mempesonakan! Yang jelas, tidak disangka-sangka bagaimana wakil-wakil yang berucap itu begitu sinis dan berani menyindir tajam.

Makin ternafikanlah sekarang, kununnya 'orang Melayu berpecah' kini. Atau, isu Suqiu menggugat 'perpaduan kaum'.

Di peringkat rakyat marhain, seolah-olah perkara itu tidak timbul langsung. Mungkin Dr. Mahathir, Abdullah, budak-budak suruhan Mahathir (Hisham Aw-Aw, Shahidan 'Kantoi' atau Suhaimi 'cikgu tadika GPMS' dan juak-juak media 'pembodek' Mahathir yang didalangi anak lelaki kepada 'mamak' Maidin) wajar insaf dan berhati-hati sikit laaa....!!

Lawatan Mahathir Tidak Meredakan

Dicelah-celah suasana beginilah kunjungan Dr. Mahathir ke 'Seberang Tambak sebelah sini' diadakan. Kununnya, alasan menghadiri jamuan Baginda Sultan cuma. Kunjungan yang disebut 'misteri' itu akhirnya tersemu juga dengan bisik-bisik yang sedang merebak bagai api membakar hutan kering di Kalimantan.

Asap yang berkepul itu telah 'menjerubu' memeningkan kepala dan benak pemimpin UMNO atasan di sini. Malangnya, tidak pula menyakiti benak rakyat jelata.

Pastinya, Mahathir sendiri sudah hampir-hampir 'pitam' sekarang. Ghani MB yang diiringi Adam Hamid dan beberapa orang wakil terpilih komponen BN yang menyambut beliau di Senai (tetapi tanpa Shahril dan kepimpinan UMNO yang lain) adalah suatu 'petanda buruk' kepada pertemuan Mahathir - Perwakilan UMNO Johor selepas jamuan itu.

Pelbagai isu ditimbulkan. Perbincangan menjurus kepada hujah berbentuk 'tekanan' sengit. Mahathir seperti lazimnya sentiasa menepis dan berdolak-dalik.

Kerana negeri 'Seberang Tambak sebelah sini' adalah tanah kelahiran UMNO, Mahathir wajib akur dan mengkaji semolek-moleknya peranan beliau yang semakin tandus di gurun pasir.

Berkata seorang yang mengetahui rahsia perbincangan yang 'memerah muka' itu, kata beliau:

"Dr. Mahathir bukan saja pulang ke Putera Jaya dengan sebungkus penganan 'dodol' sebagai ole-ole hadiah kunjungan; sebaliknya Mahathir sendiri 'telah dibungkus rapi' oleh UMNO Johore besekali dengan 'Dodol Lekit' yang digodak oleh anak-anak Johor yang tahu resepi dan formula hasil tunjuk-ajar rakan yang sama iltizam dengan BA!!

'Semangat Lunas' Semakin Merebak

Mungkin semangat dan iltizam penduduk perkasa di Lunas di utara sudah menular ke Selatan tanahair. Jika kerabat kita di Lunas berdaya dan jatidiri merobah keadaan statik dan sterotype sejak tahun 1957, apa beda orang 'Seberang Tambak' ini pula? Masakan mereka berbeda; kerana cubit peha kanan terasa juga.

Maklumlah, jika keadaan tidak diubah-rombak oleh umat penghuni dunia, masakan Allah swt. akan mengutus malaikat merobahnya untuk kita selagi kita punya upaya.

Berkata seorang ahli UMNO yang sudah berumur tetapi masih bertenaga, "Jika Muhamad berhijrah ke Madinah untuk mengerjakan amanah Allah swt, masakan kita akan teragak-agak melakukan penghijrahan cara kita demi kesejahteraan zuriat masa depan..". Kata-kata pendek dan rengkas beliau itu spontan disambut dengan laungan Allahu Akbar dan gema Takbir Eidulfitri al Ahzab (perjuangan)!!

Mungkinkah Mahathir ke Myanmar mencari penawar? Khabarnya Mahathir akan melanjutkan cuti hari raya dan dijangka pulang lewat dari tarikh yang dijadualkan. Ada apa-apa ke? Hehehe?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)