Laman Webantu   KM2A1: 3535 File Size: 18.3 Kb *



TJ MT MGG: Penswastaan: Sekejap Ada Sekejap Tidak !
By M.G.G. Pillai

6/1/2001 7:40 pm Sat

MGG0101

[Satu terjemahan MGG Pillai oleh Pak -MT- yang mesti dibaca oleh semua rakyat yang perihatin. Kerajaan Umno terlalu memanjakan kroni tersayang sedangkan ia pun tahu hutang yang mencanak itu pasti akan membuatkan ikan yang gemuk pun mati kelemasan. Air di kolam sudah kekeringan dan seribu titik tangisan sudah tidak mampu untuk membolehkan semua ikan berenang, termasuk yang masih keanak-anakkan. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Penswastaan: Sekejap Ada Sekejap Tidak ! (MGG: Privatisation: Now You See Now You Don't)


Catatan: Artikel asal diterbitkan oleh HARAKAH terkini keluaran 16-31 Januari 2001.

Di ruangan column, mukasurat 11.



Perdana Menteri masih lagi yakin dengan usaha menswastakan aset kerajaan kepada para kroni, jongos dan sukusakatnya. Walaupun sudah ada yang lingkup, dia masih belum serik lagi. Dia menganggap peristiwa itu sebagai perkara biasa dalam perniagaan. Memang nampak sangat kurang jujurnya dalam wawancara bersama Bernama barau-baru ini. Penswastaaan telah dilaksanakan sebelum dilakukan pengoditan (due diligence) yang menyeluruh.

Proses penswastaan itu difaraidkan kepada peniaga pilihan, lengkap dengan kemudahan yang molok-molok. Usaha seperti itu memang menjanjikan penswastaan yang akan lingkup juga, seperti yang berlaku akhirnya. Demikianlah gagalnya Dasar Ekonomi Baru, bukan disebabkan adanya banyak cacat-cela dasar itu tetapi disebabkan perancangan yang dibuat secara melulu. Itulah bahana mencetuskan Agenda Politik Nombor Satu.

Kini dia berkata, adalah penting untuk kita menyuapkan orang Melayu, sehingga prosess berdikari itu merupakan sesuatu yang tidak perlu. Tetapi, tidak pula ianya disebut sebagai satu kontrak sosial ketika direncana, dulu.

Apa yang melanda negara sekarang ini adalah kesan bagaimana dasar negara dilaksanakan. Pegawai-pegawai kerajaan sengaja memperlekehkan dasar yang mententukan kejayaan perencanaan kerajaan itu dengan tujuan tidak ada sesuatu institusi kerajaan yang dapat menyerlah lebih menonjol daripada yang lain. Yang menakutkan kita, semua ini memerlukan masa yang panjang sehingga berdekad lamanya untuk memperbaikinya semula. Untuk sementara waktu kita turut mereput sebagai sebuah negara.

Kerajaan terpaksa melakukan usaha menyelamatkan (bailout) semua entiti yang telah diswastakan itu kerana itulah hakikatnya untuk menentukan ramai orang Melayu mendapat pekerjaan, sebagai sebahagian daripada kontrak sosial yang dirangkakan. Tetapi, apakah yang telah kerajaan lakukan sejak tiga puluh tahun yang lalu untuk menentukan putaran berbisa itu tidak berlaku lagi? Tidak ada sesiapa pun yang peduli.

Enam orang super jutawan (bilioner) semuanya kini sedang dihenyak oleh kemuflisan, sehinggakan semua peniaga bumiputra turut terpalit dengan buruk-laku yang amat memalukan. Pada mata rakyat marhaen mereka gagal segagalnya. Tetapi, itu bukan cerita yang sebenarnya. Peniaga bumiputra yang bergiat di luar naungan kerajaan memang berjaya tanpa dimanjakan dan disudukan oleh kerajaan. Tidak salah, kalau mereka naik marah terhadap gelagat superjutawan yang perlu diselamatkan.

Terdapat juga beberapa peniaga Cina yang telah ditonjolkan bukan disebabkan kepintaran mereka tetapi kerana keupayaan mereka tidak mempunyai kepintaran yang diperlukan. Inilah golongan yang tidak mampu naik mencanak selagi kerajaan tidak menyogokkam mereka dengan projek yang semakin banyak.

Sekarang mari kita lihat beberapa projek yang lingkup itu: MISC, Westport, MAS, Renong, UEM, IWK. Bintang super jutawan yang paling gagal ialah Kumpulan Tan Sri Halim Saad yang kini dihenyak dengan hutang berbilion (beribu-ribu juta) banyaknya. Tujuh syarikat yang disebut ini mempunyai hutang yang nilainya sama dengan satu pertiga daripada nilai harga semua syarikat yang kini tersenarai di BSKL. Sekitar RM80 bilion ataupun US 20 billion dollar. Sebagai contohnya ialah dua syarikat LRT, Star dan Putra yang mempunyai hutang bertapuk RM6 bilion. Begitu juga dengan dua syarikat bas Park May dan Intrakota. Keadaan yang serupa ditanggung oleh MRCB, NSTP, TV3 yang mmpunyai hutang yang sudah lama bercendawan. Senarai hutang itu memang panjang lagi. Apabila diambil kira hutang para kroni, para jongos dan juak serta sukusakat yang banyak, hutang bertapuk semakin melambak.

Dengan lain perkataan, jumlah hutang yang melekap pada syarikat yang tersenarai di BSKL adalah sama banyaknya dengan nilai stok BSKL yang ada - sekitar US400 bilion dollar banyaknya. Sebelum ekonomi merudum pada 1997 dulu, KKN (GDP) adalah bernilai US100 billion dollar, ini bersamaan dengan hanya satu pertiga nilai saham di BSKL itu. Kini, nilai GDP itu masih tetap sama, tetapi nilai saham yang ada sudah lama menjunam harganya.


Apakah yang silapnya dalam perkara ini?


Semua aset (institusi) kerajaan itu telah diswastakan dengan satu tujuan sahaja; yakni untuk memberi kemudahan kepada insan yang difaraidkan insitusi itu untuk membuat duit dan membalun harta rakyat. Projek Lebuhraya Utara-Selatan, dan semua lebuhraya yang diswastakan, telah dibangunkan tanpa sebarang tender terbuka dan yang mampu bersaing. Kerana itu semua syarakat yang difaraidkan projek itu mampu membangun dengan hutang bertapuk yang tidak mampu mereka lunaskan.

Kemudian, syaraikat yang sarat mengandung hutang itu disenaraikan pula di bursa saham untuk memberi kemudahan kepada para penajanya membalun wang rakyat marhaen lagi. Harga tol sudah dinaikkan berpuluh kali, tetapi syarikat akan terus rugi.

Kerajaan memang pintar mengeluarkan alasan kenapa pengursan syarikat menghadapi masalah yang ada. Sedangkan syarikat yang terbabit memang tidak pernah mempunyai sebarang ide untuk memperbaikki keadaannya. Terpaksalah kerajaan mengambil alih hutang bertapuk itu dan menyerahkan balik pengurusan syarikat kepada kelompok insan yang mencetuskan hutang itu di tahap awalnya. Kalau kerajaan benar-benar serius untuk memulihkan keadaan dan menentukan adanya keuntungan, sepatutnya kerajaan melantik orang baru untuk meneraju pengurusan dan tidak mengekalkan para pengurus lama yang diketahui mempunyai pertalian rapat dengan kerajaan.

Kini, setelah menanggung hutang sebanyak RM9 bilion, saham TR dalam MAS telah dibeli oleh kerajaan dengan kadar RM8 se saham, sedangkan syarikat itu tidak lagi mempunyai pesawat udara dan juga tenga perkhidmatannya. Ini bererti kerajaan telah membeli syaraikat penerbangan tanpa pesawatanya.

Tan Sri Tajuddin sedang menanggung hutang berjumlah RM1 bilion sahaja. Kerana itu dia perlu diselamatakan, tidak kira apa caranya. Tetapi kenapa membeli sahamnya dengan kadar RM8 sedangkan adalah lebih mudah dan murah untuk memulangkan balik saham Naluri itu kepadanya ? Ataupun beli sahaja saham MAS dan Naluri di pasaran terbuka sehinggakan tercapai kuasa menguasainya?

Kalau kerajaan sememangnya mempunyai saham kencana (golden share) yang bersamaan dengan 51 persen modal syarikat, apa perlunya membeli saham MAS itu sedangkan ia mudah mengawal MAS di belakang tabir sahaja? Malahan, kenapakah Kerajaan tidak menggunakan kuasa saham kencana itu untuk menyekat Tajuddin membogelkan harta dan aset yang ada pada MAS, satu ketika dulu?

Setiap kroni memang dimanjakan sehingga dia tidak perlu dilanyak oleh rakyat marhaen. Mereka dimanjakan untuk terus mengada-ngada. Yang menjadi mangsa sekarang ini adalah rakyat marhaen yang terpaksa merana dari satu generasi dan seterusnya untuk melunaskan hutang yang sudah bertapuk itu.

Hutang Lebuhraya Plus sebanyak RM18 bilion memang tidak masuk akal. Apatah lagi bila pengurusan yang sama dibiarkan meneruskan menerajui syarikat itu.

Kini, seorang kroni lagi sedang meraung meminta kerajaan membantu menyelamatkan hutang yang berjumlah RM30 bilion banyaknya. Perdana Menteri masih lagi bertegas bahawa para kroni itu mengalami kerugian kerana keadaan BSKL yang merudum. Mereka gagal sebenarnya kerana menganggap syarikat mereka itu dulu laksana monyet diberikan bunga. Tidak ada seorang pun yang mempunyai nawaitu untuk menguruskan syarikat yang difaraidkan itu untuk menjadi satu perniagaan yang membawa keuntungan. Tujuan utama mereka ialah mencantas wang dan harata yang ada dalam masa yang terpantas.

Kerajaan pula mudah percaya bahawa keuntungan di atas kertas yang mereka mainkan di pasaran saham adalah bukti betapa pintarnya mereka berniaga. Mereka pun dibiarkan berlagak sakan. Pesawat terbang persendirian, yang besar ataupun yang kecil-kecil semuanya dirampas dan sudah pun kerajaan ambil.

Setiap seorang taikun segera ini pernah berlumba-lumba siapa dulu yang mampu membeli kereta mewah dan mencari isteri baru untuk ditambah. Memang tidak ada tolok bandingnya nafsu rakus mereka terhadap betina simpanan, gundik dan barang perhiasaan. Semua itu diraih dengan semangat berlumba-lumba seolah-olah esok sudah tiada. Dalam dunia yang penuh angan-angan ini mereka sudah lupa darataan untuk mengecam sinario yang realiti.


Apa yang menakutkan kita ialah sikap Perdana Menteri yang gagal mengambil kira apa yang akan terjadi kepada keturunan generasi masa depan negara. Apakah Malaysia mampu diselamatkan daripada kancah hutang yang menggunung tingginya ini? Kerajaan masih lagi mengumumkan projek mega yang berbilion harganya sedangkan wang untuk membikin semua itu sudah lama tiada.

Namun, kerajaan masaih terus berkhayal lagi, menyogokkan rakyat marhaen degnan berpuluh projek mega lagi. Semua itu dilakukan untuk memanjangkan impian rakyat marhaen itu seolah-oloh semua itu adalah perkara mudah sahaja. Bolehkah kita mempercayainya!


-MGG Pillai-
5.1.2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

16-31 January 01

HARAKAH Column


PRIVATISATION: Now You See, Now You Don't!

M.G.G. Pillai


The Prime Minister is still sold on privatising government assets to cronies, courtiers and siblings. The few that collapsed, he infers, are "inconsequential". These things happen in the normal run of business. But he was less than ingenious in his recent interview to Bernama, his annual tour de horizon that in recent years raises more questions than answers. He did not privatise these assets after due diligence. It was handed out to favoured business men, with often a large sweetener to boot. And all we guaranteed to fail, as indeed it has.

With it is the failure of the New Economic Policy, not for its inherent shortcomings but for its ill-thought-out political agenda. MAS is in deep straits because of what he now insists is the social contract. It is important, he now says, that Malays be spoonfed. No effort is made to have them stand on their own feet. But there was no mention of this social contract when they were privatised.

In fact, what brought this country to its present levels is how policies are implemented. Civil servants defang desirable policies such that success only postpones the heavy cost to a date in the future and makes sure that no institution of government can pull its own weight. Frighteningly, it would now take decades before we can begin to rebuild them. In the meanwhile, we degenerate as a nation.

The government must now bail-out the continually indebted privatised entities because it must continue to employ Malays to keep the social contract, such as it is, alive. What has the government done in the past 30 years to break away from this pernicious cycle? Precious little.

The six billionaires this created are all in debt, consequently giving all bumiputra entrepreneurs a bad name: they are all, in the public eye, failures. They are not. Those outside the government loop survive, often well, without government help or assistance. They are themselves angry at this bailout of cronies.

The Chinese business men press-ganged are handpicked not for their ability but for their lack of it. So, Tan Sri Ting Pek Khiing, a former tractor driver, and his Ekran empire keeps going with projects which prove their incompetence: after making a mess of the Bakun hydroelectrice project, he is given another chance to build it; besides, he also gets an important subcontract for the submarine base at Sepanga Bay in Sabah. The former car salesman and insurance agent, Tan Sri Vincent Tan, cannot rise from his inability to run companies and businesses without fresh infusions of government projects.

Let us look at the "few" failures: MISC, Westport, MAS, Renong, UEM, IWK. The failed star is the Tan Sri Halim Saad stable, with more than RM30 billion in debt. These seven companies owe a quarter of what KLSE stocks now are worth: about RM80 billion or US$20 billion. Let us take a few other examples. The two LRT companies, Star and Putra, are in debt to RM6 billion.

The two bus companies, ParkMay and Intrakota, RM2.7 billion. MRCB RM1.4 billion, its associate companies NSTP RM1.9 billion, TV3 RM700 million. The list goes on. When you add the cronies' and courtiers' corporate debt, it could quintuple. In other words, the total debt now of KLSE companies equal what KLSE stocks were worth -- US$400 billion -- before the 1997 decline. The GDP, then, of US$100 biilion was a quarter of what KLSE stocks were worth. The GDP remains the same but the KLSE stocks are worth less.

What went wrong? All these assets were privatised for no reason than for its stakeholders to make lots of money. The North-South Highway and all privatised highways were built not by competitive tender but in such a way that the privatised company would be loaded with debt it cannot repay. Then this heavily indebted company is listed on the stock exchange, with the promoters making a second killing. Even with tolls increased regularly, the companies cannot repay its loans.

The government finds creative reasons to say why the management could not do better. But the companies had no incentive to do better. The government takes over the debts and then returns it to the management that caused the debts in the first place. If the government is serious about turning a profit, it should bring in a different management chosen for their competence and not political reliability.

Look at just one company, MAS. Tan Sri Tajuddin Ramli's 29.9 per cent stake in MAS was acquired not for cash as he now claims but by manipulating MAS and Malaysian Helicopter Services share prices. MHS price was pushed nearly four times and MAS pushed down a third so that two MAS shares equalled one MHS share. MHS changed its name to Naluri.

He then went raided MAS. The planes were transferred to a Labuan registered company called MAS Capital, which then leased the planes back to MAS. The catering and maintence departments were privatised to companies in his stable. One TR subsidiary insures the 100 or so MAS planes for about RM2 billion each, so a pilot tells me.

Now, with RM9 billion in debt, MAS's TR stake is sold to the government at what he paid for it -- RM8 a share, but without planes and services. In other words, the government has bought a virtual airline in acquiring the TR stake. Tan Sri Tajuddin himself is in debt to about RM1 billion. So, he needs to be rescued, come what may. But why is he being paid RM8 in cash when it would be far cheaper to return the Naluri shares back to him? Or buy the controlling stake on the open market, either buying up MAS or Naluri shares?

Indeed, with the government's golden share which equals 51 per cent of the share capital, why did it have to buy the MAS shares when it could have controlled it behind the scenes to rescue MAS. Further, why did not the government use the golden share to prevent Tan Sri Tajuddin from stripping MAS of its assets?

Every crony is mollycoddled so that he does not ever face the market place. They should be left to their own devices. So thoroughly indebted they are that future generations would continue to pay for the mistakes now long after they are forgotten. The RM18 billion the Plus Highway owes is scandalous, especially since the management is returned to the same group that brought this debt about. Meanwhile, Renong goes about crowing that its RM30 billion debt is about to disappear into the government safety net.

The Prime Minister insists the cronies, courtiers and siblings did badly because the KLSE went weak. But they failed because they looked upon the companies they acquired as a monkey sees flowers. None had any intention to hold on to them and create a business. Their only aim was to make as much money in the shortest time possible. But they believed this is best done by being indebted as quickly as possible.

The government believed that paper profits they made in a burgeoning stock market was proof of success. And they flaunted their wealth. Their fleet of planes, by and large, have been repossessed. Each of these instant tycoons fell over each other to buy the latest model of motor cars and acquired wives, mistresses, baubles as if there was no tomorrow. In this make-believe world they did not see reality.

What frightens is that the Prime Minister and his cabinet cares not a whit what this does to future generations. Or if Malaysia would survive this heavy debt. They announce projects and plans worth tens of billions. They is no money. But they brazen it through with more privatisation and more projects, lulling the people into believing that somehow by the skin of its teetch the country would survive. Were it that simple!

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my