Laman Webantu   KM2A1: 3534 File Size: 8.6 Kb *



B4: Betulkah Melayu Berpecah Atau Umno Yang Terbelah?
By Amin Sapiro

6/1/2001 10:09 am Sat

Amin Sapiro (ke mana Mahathir pergi selepas ini?)

[Siri akhir dari Wak ini jelas menunjukkan isu perpecahan melayu adalah muslihat Mahathir untuk menyelamatkan dirinya. Dulu Mahathir menggunakan isu PM Cina dan menjemput PM Cina Zhu Ronghi di saat hampir pilihanraya. Peristiwa 13 Mei 1969 digembur semula untuk menakutkan orang Cina dan gambar 'rusuhan' di Indonesia sengaja ditayang untuk memesong minda orang Cina supaya berpihak kepada BN. Malah rayuan Suqui diterima 'pada prinsipnya' kerana BN tahu sokongan kaum Cina adalah penentu kemenangan majoriti yang lebih efektif dari pengundi hantu.

Yang kita hairan mengapa Umno banyak bising di luar daripada berbicara secara professional dengan Suqui setelah sekian lama. Isu itu segaja dileret dan ditarik ke luar padahal Suqui telah menegaskan bahawa ia tidak bermaksud untuk tawar-menawar atau mencabar keistimewaan yang termaktub di dalam perlembagaan lebih setahun lalu. Kegagalan untuk mengadakan pertemuan yang memanfaatkan negara itu menunjukkan betapa isu itu sengaja disimpan oleh Umno untuk muslihat yang menjijikkan. Sikap menteri dalam negeri yang memgizinkan permit perarakan perkauman di Terengaanu oleh GPMS makin menampakkan belang dimanakah Umno sebenarnya berdiri.

Bayangkan pihak Umno memerlukan masa setahun lebih untuk menyelesaikan 83 rayuan lembut dan berbohong beberapa kali dan sengaja mencetus percikkan api. Padahal penyelesaiannya dapat dicapai tanpa perlu menjerit liar, memanjat pagar atau bercakap berapi-api. Rakyat mahu ditipu lagi tetapi akhirnya Umno yang termalu sendiri. - Editor (maaf, tidak suka jalan bengkang bengkok, dan tak suka juga jalan lurus yang bertol. Lagipun jalan asyik berlubang lagi dan tayar kereta sudah semakin haus kerana terpaksa membrek tiba-tiba ditengah-tengah jalan. Apa tidaknya, banyak delegasi umno memandu tidak bersopan sedangkan ramai kanak-kanak sedang melintas jalan)]


BETULKAH MELAYU BERPECAH ATAU UMNO YANG TERBELAH?

(Bahagian 4 - terakhir)


DALAM perkembangan terkini, penarikan tuntutan Suqiu yang digembar-gemburkan oleh UMNO ketika ini bukan meningkatkan 'rating' parti itu dikalangan kaum Cina, malah keputusan itu telah membunuh terus sokongan mereka terhadap beberapa pihak dalam MCA, UMNO dan gabungan Barisan Nasional (BN).

Kaum Cina Terasa Terlalu Diperhina

Ucapan Mahathir yang menuduh kaum Cina sebagai 'Ekstrimis' dan 'Komunis' masih belum sempat dibayar kontan lagi. Sekarang paksaan keatas Suqiu untuk menarik satu item yang sengaja digembar-gembur dan disalah ertikan oleh pemimpin UMNO itu; amat memalukan sebagai tambahan. Kesannya adalah negatif - kearah kemeruduman MCA dan BN pula.

UMNO tidak harus merasa terlalu bangga dan mentafsir insiden itu berhasil besar dengan terbitnya kenyataan 'menarik balik' oleh pemimpin Suqiu itu.

Jika Hishamuddin selaku Ketua Pemuda yang bercita-cita besar, beliau harus berfikiran luas selaku pelapis muda yang mahukan satu 'future' yang mantap. Sebaliknya kini, Hisham sudah semakin terperangkap.

Walaupun Dr. Mahathir tidak ada dalam negara, ramai kaum Cina bawahan menganggap bahawa Mahathir adalah 'pressure factor' yang mengugut supaya Suqiu menggugurkan tuntutan itu. Ini adalah satu tindakan Mahathir paling 'tidak gentlemen' (kata kaum Cina). Mahathir dicop berjanji BOHONG!!

Dalam konteks ini, Mahathir yang kununnya cuba bersikap tidak terlibat; rata-rata kaum Cina mentafsirkan bahawa sebenarnya beliaulah sebagai 'prime mover' yang telah bermain politik sentimen perkauman demi menyelamatkan kedudukan dan jawatan beliau (sebagai PM).

Kaum Cina tahu, Mahathir hanya berhasrat untuk menyelamatkan dirinya saja, bukan UMNO, MCA dan Gabungan BN. Selain dari percubaan untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap UMNO, hasilnya: Mahathir adalah seorang pemimpin dan ketua parti yang GAGAL!!

UMNO Semakin Kecundang

Selama ini UMNO menganggap 'gampang' (mudah) pergolakan yang timbul dari pengaiban, ketidakadilan dan kezaliman Mahathir ke atas Anwar.

Kesannya, Mahathir tidak mampu lagi menangani pergolakan politik yang mengkucarkacirkan UMNO (hingga berkecai). Kaum Cina semakin arif dengan realiti kelemahan dan masalah UMNO. Pemilu Nov. '99 memberi bacaan yang terang terbentang mengenai kewibawaan UMNO.

Sebagai bukti nyata: Setahun genap sesudah itu, kekalahan BN di Lunas adalah manifestasi kegusaran dan ketidakyakinan semua kaum terhadap parti gabungan BN yang diterajui UMNO. Adalah diduga, keadaan akan berlanjutan ke Pemilu 2004.


SANDIWARA 'gila'

Perpecahan orang Melayu yang diwarwarkan oleh UMNO sudah semakin ramai yang mentafsirkan ia sebagai sebuah lagi 'SANDIWARA' tajaan Mahathir-UMNO.


Akhirnya, segala kempen dan gembar-gembur yang dicanangkan oleh pemimpin UMNO, sekaligus telah mempengaruhi keperihatinan dan keyakinan kaum bukan Melayu terhadap UMNO. Ia tidak lagi menggambarkan sebuah parti yang jujur dan ikhlas bergabung dalam BN.

Kaum bukan Melayu sudah melihat dan meneliiti riaksi sebenar Barisan Alternatif (BA) dan kepimpinan tertinggi PAS dan KeADILan yang pelawa duduk se meja. Mereka menghormati betapa arifnya pemimpin BA dengan karenah-telatah pucuk pemimpin UMNO dan jentera parti yang sengaja membesar-besar perkara itu. Dari usul pemimpin UMNO yang begitu sempit, kepimpinan tertinggi PAS dan KeADILan telah terang-terang menyanggah usul UMNO itu sebagai tidak releven.

Pemuda BA Mengajar UMNO Berpolitik Matang

Ketua Pemuda PAS dan KeADILan telah dengan berani dan berterus terang 'membelasah' pemimpin UMNO secara matang. Seolah-olah, mereka mengajar UMNO supaya berfikiran terbuka; supaya kemerdekaan negara sejak 43 tahun lampau tidak wajar dimengertikan sebagai satu perjuangan yang sia-sia saja.

Mungkin Mahathir dan kepimpinan UMNO masih yakin untuk menggunakan sentimen perkauman untuk mengembalikan pengaruh UMNO yang semakin merudum dikalangan orang Melayu. Tetapi dikalangan anak muda yang berfikiran terbuka yang menyokong Barisan Alternatif (BA), (khususnya penyokong Reformasi semua kaum) telah sedemikian berhati-hati dan peka dengan 'tegahan-tegahan' yang menjadi sensitiviti antara mereka.

Dengan itu, (sebagai contoh) imbauan Pemuda UMNO menjemput Pemuda BA membuat 'joint-demo' membantah tuntutan Suqiu telah ditolak MENTAH-MENTAH. Pemuda UMNO amat malu! Mahathir yang merancang tindakan Pemuda UMNO yang 'dangkal-dungu' itu telah kempunan besar meleleh airliur basi untuk menawan sokongan orang Melayu.

Vetren UMNO Mengcemuh Pucuk Pimpinan

Dari beberapa mulut beberapa pihak dalam UMNO sendiri, terdengar bisik-bisik halus yang menyebut, 'Kegagalan taktik kotor membabitkan Suqiu Itu menyebabkan Mahathir-Abdullah Bedawi merancang 'sandiwara' terbaru untuk menjemput pemimpin PAS dan KeADILan ke meja bundar. Tetapi, riaksi kepimpinan BA terbabit yang bijaksana telah memberi 'tamparan' yang hebat kepada kepimpinan UMNO'.


Bermakna, Dr. Mahathir tidak berjaya menggunakan taktik kotor lagi jijik untuk menaikkan 'rating' UMNO 'all round'. Sebaliknya, ramai pemimpin tidak yakin sebarang taktik mencetuskan permushan kaum akan berjaya meraih sebarang kudos politik dalam senario politik semasa.

Mahathir-UMNO Sudah Ketandusan Ikhtiar

Apakah rencana Mahathir-UMNO selanjutnya? Kita sama-sama akan tengok.

Tetapi, dari desas-desus yang terdengar dan sahih - beberapa pihak dalam kelompok kepimpinan UMNO di peringkat Pertengahan semakin serius meningkatkan asakan menuntut supaya Dr. Mahathir segera MELETAKKAN JAWATAN. Bagi mereka, tidak ada jalan terbaik lagi selain itu, demi menyelamatkan UMNO dan BN.

Nampaknya, Mahathir tidak punya pengaruh lagi dalam UMNO. Malah, Mahathir juga adalah faktor utama kearah merudumnya sokongan semua kaum terhadap BN.

Apa akan jadi kepada Barisan Nasional dalam Pemilu 2004?

Ternyata sekarang, dari empat (4) rencana dalam siri tajuk ini, sedikit sebanyak telah membayangkan apa yang sebenarnya berlaku dan bergolak sekarang bukannya orang Melayu yang berpecah, sebaliknya UMNOlah yang terbelah sempang-perenang.

Kiasannya: Mendung sedang berarak melindungi langit UMNO/BN yang semakin kelam. Reformasi dan Islah akan menggemakan Takbir dibawah kegemerlapan cahaya BULAN!! InsyaAllah!

Sekian.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)