Laman Webantu   KM2A1: 3529 File Size: 11.7 Kb *



Masihkah Mahathir-Daim Releven Memimpin Rakyat dan Negara?
By Amin Sapiro

5/1/2001 3:05 pm Fri

Amin Sapiro (dapat mencongak apa akan jadi tahun 2004)

[Tidak salah untuk kerajaan menceburi dunia perniagaan jika itu mampu memberi kemudahan, keselesaan dan pulangan yang menguntungkan kedua-dua pihak terbabit. Perniagaan itu bukan setakat mengisi poket dengan wang tetapi menawan semua hati yang memandang. Biarlah yang berat itu menjadi semakin ringan dan yang sukar menjadi senang. Apa yang berlaku kini sudah tunggang-langgang. Penswastaan bukan sahaja membebankan rakyat, malah ia melahirkan usahawan yang tempang yang asyik menambah hutang yang terpaksa diselamatkan.

Di negara luar penswastaan menyebabkan rakyat mendapat lebih perjalanan dengan segumpal wang, tetapi di negara kita penswastaan menyebabkan kita asyik diserang dengan pelbagai rompakan 'yuran' yang boleh dikenakan saman dan tuntutan mahkamah jika tidak ditunaikan. Akhirnya gaji dan bonus yang disuruh bersyukur itu tinggal beberapa kupang. Akhirnya tabung KWSP terpaksa ditebuk itupun setelah berbaris panjang. Muka-muka yang tidak girang itu jelas melambangkan betapa penswastaan telah mengundang malang kepada satu kaum yang dulunya begitu terbilang di bumi mereka sendiri.

Penswastaan rupa-rupanya menonjolkan betapa negara sedang digondol dengan rakusnya oleh sang kroniputra yang tidak tahu berniaga. Mereka begitu istimewa sehingga tokey IWK yang parah diambil alih oleh kerajaan tanpa banyak soal dan tanya. Dan towkey MAS mendapat tawaran lebih dua kali ganda.

Tetapi beribu-ribu anak melayu terpaksa berpindah randah mencari universiti yang dapat menerima 'entry' dengan duit segenggam cuma. Merempatlah rakyat menggigit jari, sang kroni apa perduli. Kalau rugi pun, anytime danaharta mari.... - Editor (mohon maaf kerana sakit di mata sudah sampai ke kaki)]



MASIHKAH MAHATHIR-DAIM RELEVEN MEMIMPIN RAKYAT DAN NEGARA?

SEKEMBALI beliau melawat Jepun dalam tahun 1983, Mahathir membebel panjang memberi ucapan melalui teks yang tesedia. Berbuih-buih mulutnya memuji-sanjung dasar Penswastaan, Pengkorporatan dan Malaysia Inc. yang bakal beliau perkenalkan.

Dihadapan puluhan kakitangan awam yang araj-paksa datang, peniaga-pengusaha tempat dan luar negara yang berminat menyambar peluang berniaga dan para diplomat asing yang cuba berbaik-baik dengan Perdana Menteri yang baru naik pangkat dan sedang menikmati 'rating politik' yang tinggi; Mahathir bersyarah kepada mereka mengenai dasar yang beliau perkenalkan itu.

Dalam memuji dasar yang akan diperkenalkan itu, Mahathir berhujah katanya, "Jika kerajaan melaksanakan dasar Penswastaan, Pengkorporatan dan Malaysia Inc. kerajaan akan dapat menjimatkan pelbagai kos dan melaksanakan penjimat wang rakyat. Korporat yang mengendalikan akan lebih cekap dan mendapat pulangan yang lumayan. Dari keuntungan mereka, kerajaan akan mendapat pulangan dari hasil kutipan cukai keatas korporat terbabit' bla..bla..bla..!", kata Mahathir.

Orang semua terdiam. Ada yang menguap, tetapi tutup mulut. Mungkin yang mengantuk tersangguk-sangguk..!!

Seorang cendekiawan yang duduk sesaing bersebelahan kerusi, tersenyum memandang kearah saya. Kami saling mengangguk - bukan kerana bersetuju dengan ucapan Mahathir tadi tetapi sebagai memberi salam kerana tak sangka kami 'terjumpa' di majlis yang sama.

Memang beliau kenalan lama sejak zaman persekolahan dulu. Cuma pada waktu itu beliau sudah bergelar Profesor dengan dua Ph.D di bidang Ekonomi dan Sains Politik. Jambang dan misai beliau punyalah lebat. Dahinya sudah sempak licin tidak berambut, 4 inci menghala ke ubun-ubun. Memang ada gaya sebagai seorang profesor!

Waktu majlis ditangguhkan untuk sesi rehat minum kopi, kami sempat berbual disatu sudut dewan. Sambil menghirup kopi ditangan, beliau berkata dengan selamba, "Pagi ini nampaknya saya kena lekcer, Wak. Lepas ini saya akan balik kampus bagi lekcer pula?" beliau senyum.

"Amacam perkembangan di kampus tua kita sekarang?" tanya saya sambil memandang ke muka beliau.

"Haiiisssyyyy! susah youuu! Terlampau banyak sekatan sekarang hingga mahasiswa tertekan bisu kerana AUKU. Sekarang bukan macam kita dulu. Batu keramat di Speaker's Conner tempat kita berdebat dulu pun dah kena conghkah". Ulas beliau. Sedih mukanya. Saya mengangguk walaupun maksud saya nak menggeleng kepala sebenarnya.

Beliau meneruskan dengan nada kesal dan terkilan, "Dah jadi tanggungjawab kami sekarang untuk memberi galakan supaya mahasiswa membebaskan minda - jangan terlalu terikat dengan AUKU yang mengancam. Kena kita bagi lekcer topik-topik yang kontroversial sebagai daya penggalak mereka supaya bebas berfikir - mengasah minda muda yang tidak sepatutnya 'beku dan terikat'", katanya.

Saya mencelah, "Amacam topik tadi? Hujah PM mengenai dasar Penswastaan, Pengkorporatan dan Malaysia Inc. yang diwarwarkan beliau, releven ke? Don't you think it's rather awkward and bound to create a mess at the later stage..". Saya cuba jocker kepala profesor kawan lama saya itu.

"I'm rather sceptical, unless no ulterior motives mixed-up in the process. Don't you think his speech was extracted from J.L Hanson"' katanya dengan muka serius sambil mencemik.

Saya ketawa sambil menjeling ke arah Mahathir yang sedang dikerumuni sekelompok orang-orang bisnis yang meluahkan pujian setinggi langit. Melobby tender dan kontrak!

"Yes..! Yes..! I can still remember that J.L. Hanson book - yang jadi teks Form Six kita dulu, ke?" soal saya sambil ketawa lunak malu-malu asam.

"Yep.. that's it..!" jawabnya pantas. "Itulah taraf pembacaan Prime Minister kita ini untuk berhujah. Malu pulak muka kita bila dia meluahkan sokongan keatas cadangan dasar beliau untuk negara dengan menggunakan hujah usang begitu kepada hadirin yang canggih kepala hotak. Amacam negara kita akan jadi nih?." balasnya.

Habis setakat itu, kami terpaksa berpisah kerana masing-masing ada urusan yang lebih menekan.

Pertemuan kami itu tak disangka terjalin semula pada Hari Raya seminggu dulu di rumah seorang teman. Sambil berbual rancak, timbul semula topik Penswastaan, Pengkorporatan dan Malaysia Inc yang pernah kami dilekcer oleh si mamak tua itu.

Puncanya, tuan rumah kami menyuakan satu keratan akhbar Straits Times terbitan Singapore yang membawa tajuk 'Bail-outs point to Malaysia's policy failure'. Kami berbincang sebagai melengah masa menanti isteri tuan rumah menyiapkan meja.

Antara inti perhatian (observations) kami, yang menjadi isu perbincangan ialah:

Walaupun jumlah wang rakyat yang dibazirkan begitu banyak; tetapi yang menjadi fakta utama penilaian kami mencakupi perkara-perkara berikut:


  1. segala kerugian puluhan bilion itu adalah berpunca dari kerakusan Mahathir berkongsi restu dengan penjenayah ekonomi peliharaan dan pilihan beliau. Ia boleh dielakkan sekiranya beliau sebagai PM tidak memberi muka kepada kroni Mahathir-Daim yang sengaja melingkopkan korporat terbabit.

    Disinilah Anwar sebagai Menteri Kewangan terbukti di pihak yang jujur dan telus kerana tidak mahu pembaziran seumpama itu menekan rakyat. Beliau bermati-matian menolak konsep bailout 'gila-gila'. Malangnya Mahathr-Daim adalah terlibat dalam pelbagai bisnis yang jalankan oleh nominee-proksi yang jadi Kroni mereka! Akhirnya Anwar dijadikan mangsa Konspirasi berjadual.

  2. Jika Mahathir-Daim tidak menggunakan kedudukan dan menyalahgunakan kuasa mereka, dan atas segala-galanya mereka tidak berkroni dan beragenda untuk 'kaya cepat', golongan korporat terbabit akan lebih berhati-hati untuk mengusulkan projek mega yang 'cost-effective' dan menjalankan pengurusan secara berhemat.

    Malangnya, Mahathir-Daim terlibat secara langsung hingga (sebagai contoh) kos pembinaan Lebihraya meningkat dari RM6.0 juta se km (tahun 1985) kepada RM25.0 juta pada pertengahan tahun 90-an. Padahal batu dan pasir yang digunakan bukan diimpot dari US atau UK, atau dibuat dari ketul-ketul emas-perak.

    Jadi, perbedaan sebanyak RM19.0 juta itu masuk poket siapa? Siapa yang songlap? Inilah unsur-unsur rasuah yang diamalkan oleh pemimpin politik UMNO/BN;

  3. Dasar Penswastaan, Pengkorporatan dan Malaysia Inc. yang diapplikasi oleh regim Mahathir adalah suatu 'wayang' untuk memberi gambaran indah dimuka layar; tetapi di belakang layar, Mahathir-Daim bergila-gila melaksanakan dasar Nepotisma, Kronisma dan Korupsi. Inilah yang menyebabkan masing pihak yang berkepentingan bikin 'fast buck with no sweat' untuk poket sendiri dan membiarkan projek lingkop sebaik saja ia siap. Kerana, mereka tahu ada orang yang akan bailout - dan mereka akan terlepas dari 'cangkok'..!

    Disinilah punca maka Mirzan Mahathir, Halim Saad, Vincent Tan, Eric Cheah, Ting Pheik Khing sampai hari ini terlepas dari saman mahkamah atau tindakan muflis.

  4. Mahathir menafikan wujudnya faktor 'bubble economy'. Puncanya beliau tidak setahu mana tentang sepak-terajang gejala bisnis dan pelabur antarabangsa. Akhirnya, kerana pengusaha korporat bergabung dengan politikus 'keparat' (macam Mahathir-Daim), disatu peringkat timbul masalah yang cetuskan oleh faktor 'cyclical' yang menjejaskan nilai matawang antarabangsa.

    Kerana struktur ekonomi negara tidak pernah diambil kira oleh penggubal dasar, kerana mereka asyik main saham membuta tuli saja - ratusan bilion ringgit karam seperti kapal diamok badai melanggar batu karang!!

    Maka korporat yang 'hangus' merengek macam anak lapar susu. Antara mereka termasuklah kepentingan petualang bangsat dikalagan pucuk pimpinan negara seperti Mahathir-Daim yang berkepentingan dibelakang Kroni pilihan.



Teman saya yang berjambang itu mencelah, "Apa jua dasar yang dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan, sekirannya ada orang politik atasan campor tangan dalam pengurusan korporat terbabit, pasti akhirnya akan menghadapi kegagalan. Akhirnya rakyat yang sakit. Kerana minda orang politik hanya duit..duit..duit.. secara mudah tanpa pertimbangan mengenai 'sound corporate management, mereka akan buat apa jua untuk mengimbuh kepentingan Kroni mereka..". kata beliau.

Menjawab tuan rumah, "Government men @ politician should have no business in busniness. Tapi nampaknya politikus negara kita menggunakan kesempatan berkronisme, bernepotisme dan bermewah-mewah melakukan RASUAH! Now it is time for a 'cover-up' dan 'bailout', ya tak?", ujar beliau.

Sementelah topi ini minatan saya, saya sampuk serba sedikit, "Apa juga teori ekonomi yang diwarwarkan oleh Mahathir selama ini, namun ia tidak berupaya merobah struktur ekonomi negara kita. Makin nampak bukti sekarang allahyarham Tunku dan Tun Razak lebih matang mentadbir ekonomi negara. Di saman beliau, rakyat tidak tahu apa itu inflasi. Beliau sentiasa berhati-hati melaksana projek - cuma mementingkan kepentingan ekonomi majoriti rakyat. Tapi hari ini, ibu-bapa anak-anak Melayu terpaksa bergadai bergolok mengongkosi persekolah anak-anak ke IPT. Sementara, anak-anak Melayu miskin tersadai tanpa peluang ke IPT dan keluar negeri, kroni Mahathir berbondong-bondong bikin juta-juta kaut kocek orang miskin?." celah saya.

"Hahaha! itulah dia Dasar Penswastaan, Pengkorporatan dan Malaysia Inc. yang dibanggakan oleh Mahathir Mohamad. Patut sangat dia ni dihumbankan sekarang'". mencelah tuan rumah dalam nada garang.

Memang tak sangka lapisan rakyat yang begini terpelajar dan berpengalaman luas sudah tidak yakin lagi dengan kepimpinan UMNO dan BN.

Nampak betul saudara-saudara pengundi di Lunas sudah mengorak langkah mencorak era baru kearah kecemerlangan!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)