Laman Webantu   KM2A1: 3528 File Size: 10.2 Kb *



B3: Betulkah Melayu Berpecah Atau Umno Yang Terbelah?
By Amin Sapiro

5/1/2001 9:48 pm Fri

Amin Sapiro (masih banyak soalan yang terbuku di hati)

[Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan bermakna sesuatu milik kita yang banyak itu akan semakin berkurang atau terus menghilang (seperti syahid - satu pengorbanan teragung). Ia disalurkan dengan ikhlas dengan harapan ugama terbela dan rakyat yang teraniaya terlepas dari kongkongan hidup dan kedaifan. Orang yang berjuang akan bertambah miskin di mata masa tetapi kaya di mata hati. Dia akan diingati dan terabadi walaupun dia telah sekian lama pergi. Malah dia dicintai walaupun dia sudah tiada lagi di alam yang fana ini.

Apa yang berlaku di dalam Umno kini sudah jauh menyimpang dari falsafah perjuangan itu sendiri. Mereka boleh membina mahligai yang amat bergaya untuk diri sendiri tetapi tidak mampu untuk membela rakyat miskin sehingga ramai yang 'mati' sedangkan mereka masih bernyawa. Ramai yang terkaku walaupun mereka masih empunya kaki. Mereka menjadi peminta sedeqah dinegara sendiri.

Itulah yang berlaku kepada orang melayu. Mereka hanya diingati bila menjelang musim pilihanraya, tetapi sesudah itu mereka dibelasah dengan ngeri di jalanraya. Itulah hadiah Umno kepada rakyat yang telah menabur bakti selama ini menyumbang kekayaan kepada negara. Itulah jawapan biadap setelah baru diberi mandat di tampuk kuasa.

Sebenarnya Umno sendirilah yang menabur perasaan benci. Benci itulah perpecahan di dalam hati. Dan amat sukar yang berpecah di hati untuk bersatu di alam yang satu lagi. - Editor]


BETULKAH MELAYU BERPECAH ATAU UMNO YANG TERBELAH'

Bahagian 3

KITA tanya Mahathir, Dollah Bedawi dan pemimpin UMNO yang tergian sangat henak menangani isu 'non-issue' ini: Apakah 'mimpi'nya mereka dengan tiba-tiba merasa 'orang Melayu berpecah'? Jika Melayu berpecah, bukankah itu yang diusahakan oleh Mahathir dan disokong oleh pemimpin UMNO sejak 25 tahun UMNO menyisihkan PAS di Kelantan hingga ke hari ini?

Jika ini tidak terjawab, bermakna ajakan Mahathir, Dollah Bedawi dan UMNO itu hanya 'ajak-ajak ayam'. Jelaslah mereka ada agenda tersembunyi.

Mungkin juga, UMNO sebagai sebuah parti politik Melayu sudah 'tersadai dan tersalai' diganggang percikan bara api yang membahang punggung masing-masing - sudah disingkir-sisihkan oleh orang Melayu.

Pembangkang Melayu Sudah MATANG!

Dari bacaan yang nyata, kebiasan Mahathir; beliau tidak pernah berniat mahu berpatah kebelakang. Perangai YAHUDI keras kepala sudah mendarah daging dalam tulang sum-sumnya. Tambahan pula, sebarang 'persekongkolan' mana-mana pihak dengan beliau, akhirnya akan menemui 'maut politik' - kecuali jika sanggup 'menjilat' punggung si Laknatullah ini..!

Ku Li dan Rais Yatim adalah saksi hidup yang terkial-kial bagai katak diganggang di bara api. Dollah Bedawi sendiri yang berpatah belakang sanggup jadi 'penjaga Babi'.

Bagi Mahathir, "once you make a come-back into my fold, do as what I tell you to do, BUT don't you ever try to do what I do..!!" Jika tidak "anda akan jadi penghuni sebuah bilik 4'x7' di Sg. Buloh menunggu"?

Pembangkang Melayu sudah matang berfikir. Nasib yang ditempuh hari ini adalah pengalaman lama yang banyak mengajar mereka.

Perhatikan nasib PAS tahun 70-an yang menjadi pengajaran. Pengalaman rakyat Kelantan sejak PAS memerentah dan peri aniya-khianat agenda Mahathir dan UMNO terhadap Kerajaan yang sah di sana adalah suatu bacaan yang terang - bagai coretan di dinding terbentang!

Jangan tanya Kerajaan PAS Terangganu. Satu juta rakyat negeri itu diTIPU!! TG Hadi Awang masih mencari ikhtiar bagaimana menepis kebusukan karenah dan dendam kesumat Mahathir/UMNO-BN di sana.

Kita sudah lihat bagaimana Ali Rustam berterima kasih kepada pengundi Melaka yangb meletakkan UMNO/BN ke tampok kuasa. Puak seperti ini yang mengenakan pelbagai ancaman kepada orang Melayu.

Agenda Mahathir Memperkuda Melayu Cuma

Kita sudah nampak bagaimana Mahathir beragenda memporakperandakan khazanah rakyat Selangor dengan karenah Mahathir merampas Putera Jaya - hak turun-temurun mereka!! Apakah ganjaran kepada rakyat Selangor setelah mereka berhimpun di Jln Kebun kerana mempertahan hak dan tanah pesaka nenek-moyang mereka?

Itu hanyalah sebahagian dari gejala berpunca dari sokongan orang Melayu (yang bersatu) terhadap UMNO dalam Pemilu Nov. '99. Akhirnya UMNO/BN dan Mahathir berkuasa majoriti 2/3 di Parlimen. Apa balasan Mahathir kepada orang Melayu?

Kita sudah rasa belantan dan cotar 'anjing-anjing kepala merah' upahan Mahathir di Jln TAR, Masjid Jamek Kg. Baru dan Jln. Kebun sebagai balasan kontan. Kita nampak bagaimana seluruh jentera pentadbiran kerajaan dan institiusi undang dikutak-katikkan oleh Mahathir sesuka hati belaiu. Mana dia muka UMNO yang membantah? Sebaliknya, pemimpin UMNO lah yang paling angkuh menuduh orang Melayu 'pengkhianat' dan 'tidak bersyukur kepada UMNO', kunun.

Keangkuhan puak UMNO inilah yang memecah-belahkan parti itu. Akhirnya penyokong mereka cabut 'blahhh..' - meluat sakan UMNO sekongkol dengan Yahudi yang beragenkan Mahathir. Cuba tanya Mahfoz dan Pak Amjal - mengapa mereka memilih penjara padahal mereka ada kuasa memilih untuk membayar denda?

Kita tanya 350 ribu penyokong Reformasi, mengapa mereka sanggup dibelasah di Jln Kebun? Apakah mereka ke sana memperjuangkan hak rakyat dan orang Melayu yang dirampas UMNO atau sengaja cari pasal untuk dibelasah dan dipatahkan tulang rusuk mereka?

Jawapan mereka ialah: Regim Mahathir bukan saja memecah orang Melayu, malah mereka sanggup memenjarakan orang Melayu Islam (waima membunuh orang Melayu); kerana 'sahabat karib' Mahathir dan pemimpin UMNO adalah Yahudi pemusnah agama Islam!!

Tanya Hamid Albar, apa komen beliau bila tersemu muka malu-alah berbohong dengan rakyat, kunun tak jumpa wakil Ehud Barak menyampai salam Mahathir 'tuan besar' beliau? Tak sangka anak singa UMNO bertukar jadi 'binatang'..!!

Mahathir & UMNO Pecahbelah Umat Islam

Tidakkah kita nampak sekarang, bagaimana Mahathir berfatwa mensekularkan Islam seperti Yahudi mengutuk ajaran Muhammad saw. Tidakkah kita nampak bahawa tidak ada satu bijik mata pun diantara 'Ulamak UMNO' yang dibayar gaji dari wang rakyat menyanggah perbuatan biadap Mahathir membelakangan undang-undang syariah dalam kes Anwar.

Kita sudah tahu masjid-masjid sudah dijadikan tempat Mahathir memecahkan umat Islam. Yang paling pedih dan menerima kesan ialah Pembangkang Melayu beragama Islam. Imam-imam dan penceramah dipantau supaya tidak ada antara mereka menyebelahi PAS. Tanya YB TG Nik Aziz, apa amaran dan ugutan Khir Toyo kepada seorang MB yang berhemah tinggi?

Apakah Keadilan Islam yang ada dalam kepala hotak Ulamak UMNO seperti Hamid Osman, Nakhaie Ahmad, Dusuki Ahmad, Zainal Kadir, Hamid Zainalabidin, dan kelompok mereka yang berserban besar dan berVolvo ke sana ke mari yang mengepalai Jabatan dan Majlis Agama Islam di negeri dibawah takluk UMNO? Dalam kepala mereka ada taik ke? Islam mereka semacam ?Bahai? ke?

Bermakna, puak yang taksub kepada Mahathir dan mengharap hidup dengan ringgit dari khidmat mereka kepada rakyat tetapi dihulurkan oleh regim Mahathir - akhirnya mereka dianggap semacam 'peminta sedekah' oleh si Laknatullah ini. UMNO dan Mahathir fikir itu ringgit kepala bapak dia punya ke?

Ini macamkah jenis parti dan pemimpin yang wajar dilayan berbincang berkeliling meja bundar? Adakah mereka akan patuh menepati janji? Mana satu Yahudi yang 12 puak itu betul-betul akur dengan janji? Yang kita nampak puak 'pengikut' seperi Mahathir dan UMNO itulah yang paling khianat dan 'mungkir janji'.

Kalau tak percaya tanya 1 juta rakyat Terengganu - apa sudah jadi dengan baki RM400 juta Royalti Minyak. Tidakkah yang kenyang masih lagi 'haiwan-haiwan' peliharaan UMNO yang bertuankan Wan Moktar? Tidakkah itu satu pengkhianatan dan penganiayaan terhadap orang Melayu? Apakah mesejnya jika tindak Mahathir-UMNO seumpama itu tidak bertujuan memecahkan sesama Melayu? UMNOlah yang mepuak-puakkan 'Melayu UMNO' dan 'Melayu bukan UMNO'.

UMNO Menggunting Dicelah Lipatan

Dengan aspirasi Mahathir yang ketandusan sokongan, UMNO tidak ada ikhitar lain selainn dari menggunting dicelah lipatan.

Sebagai puak yang terdesak dan diasak, Mahathir tidak ada jalan lain melainkan mencari helah dan beragenda 'bermuka-muka dan menebal tepung gomak di mukanya' dengan cuba bermain 'Sandiwara Opera Cina' dengan mencadang perbincangan bagi 'menyatukan Melayu'.

Soalan:

Tidakkah perbincangan seumpama itu akan menyentuh 'setiakawan' komponen parti dalam BA dengan kemunkinan besar akan berakhir dengan BA meletakkan kaum buka Melayu dalam keadaan serba-salah untuk menyokong PAS dan KeADILan (BA)?

Walhal, UMNO sudah siang berpakat di sebalik tabir dengan MCA, MIC dan GERAKAN bahawa pelawaan itu cuma 'wayang' saja. Siapa yang terperangkap?

Soalan:

Apa pentingnya Melayu bersatu, jika Melayu sebenar hakikatnya Melayu tidak berpecah? Yang pecah-belah hanya UMNO. Hampir 80% orang Melayu penyokong UMNO sudah tidak akur lagi dengan imbauan dan pujuk-rayu UMNO. Peristiwa Lunas adalah sebaik-baik cotoh untuk dicerakinkan.

Soalan:

Bertanya kita kepada Mahathir, Dollah Bedawi dan pemimpin UMNO: Apa jadi sekiranya orang Melayu penyokong PAS dan KeADILan berpecah menyebelahi UMNO - adakah UMNO akan mengajak dan menjemput parti Pembangkang Melayu duduk se meja berbincang untuk 'menyatukan' orang Melayu kerana menyebelahi UMNO?

Soalan itu ada soalan kontan yang harus dijawab oleh UMNO. Cuba perhatikan kebenaran dan kejujuran mereka oleh pemimpin Barisan Alternatif sebelum mereka mengorak langkah ke meja bundar yang dihidangkan UMNO cuma 'mineral water' dari Tasik Putera Jaya..!!

InsyaAllah, kita akan sambung di Bahagian 4. Isunya: Siapa TIPU siapa dalam konteks ini. This is a game of 'smart' in reality!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO Berkerat Rotan)