Laman Webantu   KM2A1: 3525 File Size: 11.1 Kb *



B2: Betulkah Melayu Berpecah Atau Umno Yang Terbelah?
By Amin Sapiro

5/1/2001 8:01 pm Fri

Amin Sapiro (nampak sangat silat Mahathir tersalah langkah)

[Wak menyorot punca sebenar mengapa Umno beria-ria mahu menghulurkan tangan dengan agenda perpecahan melayu. Padahal ada sesuatu yang tersirat disebaik kata yang tersurat. Sudah bertahun Umno mengaku memperjuangkan hak orang Melayu tetapi semakin ramai orang melayu yang terkebelakang daripada yang terkedepan. Malah yang terkedepan dulu pula semakin mundur kebelakang. Dulu orang Melayu menghormati sesama sendiri, tetapi kini mereka mengaibkan orang lain walaupun terbukti tercemar peribadi semua saksi. Dulu mereka tidak menulis surat layang tetapi sekarang mereka sanggup membuat buku dan menuduh bukan-bukan untuk menjatuhkan orang. Yang menghairankan kita itu semua berpunca dan berlaku di dalam sebuah dewan di PWTC yang dipenuhi oleh orang Umno sendiri.

Parti lain tidaklah berpecah sebanyak rekod yang ada dalam Umno dan kalau adapun bilangan yang berpisah itu tidaklah mengugat sangat parti lama. Tetapi lain halnya dengan Umno. Yang menariknya semua perpecahan dahsyat itu berlaku bila seorang ketua yang mengaku melayu naik takhta. Perpecahan orang Melayu bermula dari dalam Umno, maka dari semua penyelesaiannya harus dilakukan di dalam parti itu sendiri terlebih dahulu - barulah semua yang berada di luar boleh yakin akan ketulusannya. - Editor]


BETULKAH MELAYU BERPECAH ATAU UMNO YANG TERBELAH?

Bahagian 2

Pelbagai Pertanya Yang Memusing Kepala

Perlu kita bertanya sekarang: Sebelum menerima saranan Mahathir-UMNO mengenai 'penyatuan Melayu' yang diwarwarkan itu:

1) Betulkah Melayu berpecah? Jika benar, pecah yang bagaimana dan siapa yang jadi punca penyebabnya?

2) Jika Melayu disatukan dibawah bumbung UMNO, apakah nasib orang Melayu akan berubah positif? Jika benar, Melayu puak mana yang akan kayaraya dan bermewah-mewah?

3) Bolehkah lagi Melayu bersatu dibawah bumbung UMNO?

Mahathir tahu, dengan penyatuan orang Melayu dibawah bumbung UMNO, parti itu akan kembali pulih. Melaluinya, kemelut yang menghantui UMNO sepanjang 2 tahun ini akan terpadam dengan sendirinya. Kesannya, Pembangkang Melayu akan ketandusan hujah. Ceramah BA yang diminati ramai akan tawar hambar. PAS akan kembali ke tahap asal. KeADILan akan pupus - terkubur seperti S46!

Dengan itu, beberapa isu yang merudumkan UMNO akan terkikis dengan sendirinya. Mahathir dan UMNO akan kembali berpesta dari hasil rompakan yang diagenda dan dihalalkan oleh Mahathir dan parti UMNOnya.

Segala isu dan permasalahan yang timbul selama Anwar diaib dan dipenjarakan akan tuntas dan hilang lenyap sekelip mata. Akhirnya Anwar akan terus menghuni Sg. Buloh selagi hayat beliau masih ada!!

Bermakna, UMNO akan pulih seperti sediakala. UMNO akan digeruni, dan Mahathir serta kroninya akan meneruskan agenda merompak harta rakyat.

Itulah dia yang diimpi-impi dan dimaksudkan dengan pernyataan 'Mahathir mahu menipu orang Melayu jika sokongan orang Melayu terhadap UMNO diperbetulkan'.

Sebenarnya, Mahathir mahu Pembangkang Melayu kehilangan wakil di DUN dan Parlimen untuk menyanggah-bantah semua kebusukan perilaku 'penjarah UMNO' yang berkeliaran seperti 'anjing-anjing lapar' membaham mangsanya!! Tindakan aniaya Mahathir dan regimnya akan dihalalkan!!

Bermakna juga, perjuangan Barisan Alternatif selama tempoh 2 tahun ini akan sia-sia. Pengorbanan Anwar dan teman-teman yang di lokap dan ditelanjang-bogel, dihina dan sumpah seranah, dibelasah dan dihentam dengan belantan - akan jadi kenangan abadi umpama cerita kosong saja!!

Paling menyedihkan, Mahathir akan mengupah Zainuddin Maidin menulis sebuah buku mencatatkan senarai orang Melayu yang menjadi pengkhianat negara. Mahathir akan memberi kata pengantar mengatakan mereka adalah 'ekstrimis' dan 'Komunis' setanding dengan cop yang diberi kepada pemimpin Suqiu!

Pembangkang Melayu Berpengalaman Banyak

Selama 20 tahun Mahathir mempresidenkan partinya, orang Melayu sudah berpengalaman luas dan menerima pelbagai cemuhan dan penyisihan dari Dasar-dasar beliau yang ditekankan (stressed upon) kepada UMNO.

Pemimpin UMNO pulak sudah terbeli murahan dengan rasuah dan jawatan untuk menafikan tuntutan majoriti orang Melayu. Ada antara mereka dengan pelbagai jenayah dan maksiat besar. Namun Mahathir sedia melindungi mereka dengan syarat 'jangan lawan Datuk Seri Presiden'..!!

Kita cabar Mahathir dan UMNO, apakah inti-inti Dasar regim Mahathir yang memberi manfaat kepada orang Melayu secara khusus? Jika Pengkorporatan dan Penswastaan disebut bermanfaat, akhirnya anak-anak dan kuncu-kroni siapa yang menjahanamkan korporat tersebut hingga puluhan bilion wang rakyat dihamburkan sebagai 'bailout schemes'?

Kita tanya Mahathir, adakah si Mirzan dan Halim Saad sedemikian cekap sebagai pengurus koporat hingga puluhan bilion wang rakyat punah-ranah untuk membailout korporat mereka? Mengapa Wak Warong Nasi Lemak di tepi jalan masih mampu kais pagi makan pagi tanpa 'bailout' - sebaliknya mereka lebih selesa meminjam dari 'loan sharks'..?

Mengapa IKS Melayu hilang mata pencarian dan terus gulung tikar dibiarkan saja? Malah mereka merungut kerana sumber rezki mereka dirampas oleh Korporat yang tamak! Berapa jumlah mulut yang mereka suapkan?

Mana Dasar regim Mahathir yang betul-betul menjadi kenyataan membangunkan institiusi IKS Melayu secara nyata? Yang nampak cuma 'indah khabar dari rupa' dan bantuan UMNO 'melepaskan batuk ditangga' cuma!! Itupun seluruh pemimpin UMNO bergila-gila mengejek orang Melayu sebagai 'Kaum Subsidi'. Adilkah ejekan itu?

Siapa Pencorak Dasar Regim Mahathir?

Orang semua tahu, kedudukan korporat tajaan Mahathir-UMNO dan pemimpin 'pengampu' mereka - sebenarnya tidak rugi.

Korporat itu disebut rugi kerana keuntungan itu diangkut keluar negara sebagai persedian mereka yang menjadi Kroni Mahathir-Daim dan menerajuinya untuk 'cabut lari' bila keadaan berlaku seperti di Chile dan Mahathir pula senasib dengan Fuji Mori!!

Orang semua tahu, Mahathir, Daim Zainuddin, anak-beranak, suku-sakat dan kroni segala kaum disekeliling mereka berdua itu punya akaun bank dalam lingkungan puluhan billion dan harta Karun tersembunyi disegenap ceruk dunia.

Korporat mereka di negara ini ditaksir 'jatuh muflis' (on paper) dan perlu dibailout sebagai mengimbuh kelumpangan yang mereka angkut ke segenap ceruk dunia. Bukti-bukti itu sudah ada.

Komplot dan konspirasi pengendali koporat inilah orang-orang terhampir kepada Mahathir yang 'mencorak' UMNO sebagai sebuah parti politik yang menggubal dasar negara! Itu sebab kita tidak nampak ketelusan dalam sebarang pembahagian kontrak dan tender sebarang projek mega.

Datin Zaleha - kakak Siti Asmah yang tak cukup sekolah pun boleh jadi kayaraya!! Brig. Gen bersara yang suka 'menangis' itu pun pandai 'kelentong' akaun SUKOM sampai 10 akauntan tak mampu semak akaunnya!! Mirzan sendiri tidak tahu berapa jumlah hutang judinya di Macau, Hongkong dan Las Vegas!! Siapa bailout kalau tidak rakyat dan orang Melayu kununnya berpecah!!

Pemimpin UMNO Bawahan Ditipu BONTANG

Pemimpin bawahan UMNO dan orang Melayu penyokong UMNO tidak tahu bahawa diri mereka ditipu bontang oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya.

Mereka dilayan seperti raja cuma semasa mereka berhimpun di PWTC. Mereka disandingkan dengan WANITA UMNO bagai mempelai dan diarah supaya merafa'kan sembah, menyusun jari sepuluh dan melaungkan 'HIDOP MAHATHiR dan UMNO' - sebagai mendaulatkan 'baginda' Presiden parti untuk kesekian kali.

PEMUDA UMNO cuma bertaraf 'boca cilik' budah 'kanyak hingusan' saja. Bila disuruh tepuk, mereka akan bersorak. Janji - mulut mereka perlu disumbat gula-gula dan jijan saja!!

Mahathir akan ketawa senyum simpul kerana agendanya menjadi. Ucapan dan kenyataan beliau akan disebarkan melalui media letronik. Kandungannya mengutuk siapa saja yang terkedu dihatinya. Sudah tentu Pembangkang Melayu jadi sasaran. Kutukan itu akan diulas panjang oleh media pro-UMNO.

Kita kerap jadi saksi Mahathir menjadikan rostrum PWTC sebagai medan membela diri dan mengutuk Anwar. Tetapi Mahathir kecut p*l*r bila saman saksi diserahkan kepada beliau. Masih lagi puak UMNO bertepuk tangan diakhir ucapan gila presiden mereka.

Tidakkah itu antara inisiatif Mahathir betul-betul menjurus kepada 'pemecahkan kesatuan orang Melayu'? Tidakkah itu kerja bangang lagi dungu-bebal? Baru sehari dua ini Mahathir mahu sedar setelah 20 tahun bermulut celupar? Piiiiiraaaahhhhh??!!

Tetapi sebenar-benarnya, puak lapisan UMNO yang ini sudah sanggup membangangkan diri untuk ditipu habis-habisan dengan sepinggan nasi cuma dan sebuah bilik hotel lima bintang selama 3 hari saja..!! Selepas itu, mereka balik kampung 'tanam jagung, bawak untung sendiri'..!! Mahathir akan kata dari belakang, 'Mampoih lah hang' kena tipu bontang..!! Aku yang kenyang.. Melayu BANGANG..!!?

Bermakna selama 20 tahun Mahathir mempresidenkan UMNO, nasib orang Melayu yang bersatu dibawah panji-panji parti itu cuma makan nasi 3 hari; tetapi 'makan taik' sepanjang 362 hari setahun!! Kalau 'leap year', Melayu UMNO 'makan taik Mahathir' tambah satu hari lagi!!

Kesan Dari Orang Melayu 'Celik Politik'

Mungkin Mahathir sudah silap baca! Minda anak muda Melayu yang terpelajar sudah jauh berbeda pemikiran dan keteguhan diri dari puak UMNO yang dikongkong minda mereka. Kita sudah lihat Ezam, Mahfoz Omar, Saifuddin, Azmin Ali, dan puluhan mereka yang seganding dan sekata dalam satu barisan. Perhatikan kesanggupan mereka! Kita terpesona!!

Terbuka minda kita melihat cara mereka menangani isu semasa hingga mereka seperjuangan dengan rakan kaum lain seperti Tien Chua dan Gobalakrishnan. Mereka sehaluan saling menghormati ketua.

Hari ini, YB Fadhil Nor, TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang sudah sama-sama sanggup duduk se meja dengan Kiat Siang dan pemimpin DAP. Terbalik pulak Ku Li dan Rais Yatim yang ubah pendirian sanggup jadi 'belukang' jual maruah dan tak habis-habis 'menjilat' punggung Mahathir!! Itulah naluri UMNO!!

Tanya diri kita sebagai orang Melayu, adakah Mahathir sudah benar-benar membentuk UMNO sebagai sebuah parti yang terpancar dari iltizam orang Melayu sebenar? Jika Allahyarhan Datuk Onn, Tunku dan Tun Razak masih hidup - adakah karenah Mahathir ini akan diangkat setinggi langit? Mungkin Mahathir sudah lama dipurukkan di Sg. Buloh!

Jika jawapan anda 'Tidak', bermakna UMNO hari ini bukan lagi selaras dengan piagam Kemerdekaan tuntutan orang Melayu.

Jika anda menjawab 'Ya', maka sudah sampailah masanya Pembangkang Melayu dibawah panji-panji Barisan Alternatif akan terus memperjuangkan hak dan kemerdekaan orang Melayu sebagai satu bangsa MERDEKA dan Demokratik!! Tidak perlu perkara ini dibicangkan dengan UMNO seperti imbauan Mahathir.

Soalnya sekarang, sudah matangkah Pembangkang Melayu?

Kita akan perhatiakan dalam sambungan Bahagian ke-3


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO Berkerat Rotan)