Laman Webantu   KM2A1: 3523 File Size: 10.3 Kb *



B1: Betulkah Melayu Berpecah Atau Umno Yang Terbelah?
By Amin Sapiro

4/1/2001 10:57 pm Thu

Amin Sapiro (nampak sangat silat Mahathir tersalah langkah)

[Tektik pecah dan perintah serta fitnah dan muslihat sudah lama menjadi darah daging dunia persilatan umno. Ia menikam bukan saja orang PAS, tetapi orang umno sendiri. Hasilnya PAS tewas di Kelantan selepas MAGERAN, Ku Li menyeberang dan DSAI dipecat dan diaibkan. PAS akhirnya berpisah dari BN dan ahli Umno semakin 'ramai' (sebab mereka pun beranak pinak juga) tetapi semakin ramai juga mereka yang mengundi pembangkang!

Umno sebenarnya mengundang retak dari dalam. Ia menjadi umpama buah durian usang yang dilonggok di pasar malam. Durinya kelihatan mengancam, tetapi rasanya masam dan boleh membuat perut pemakannya meragam.

Tanda harga dan jualan murahan sudah tidak mampu untuk mencuit hati pembeli lagi. Rakyat sudah makin bijak tetapi pemimpin Umno masih belum faham. Buangkan semua durian yang masam itu, dan tukarkan penjual baruanya yang suka menipu itu, mungkin nasib Umno akan semakin tidak malang. Jika itu resmi perniagaan nescaya pembeli nun jauh pun akan sanggup datang. - Editor]


BETULKAH MELAYU BERPECAH ATAU UMNO YANG TERBELAH?

Bahagian 1

BERASASKAN pemantauan rambang, isu 'Penyatuan Melayu' yang yang 'hot' sangat dibincang dan dikhutbahkan oleh pemimpin UMNO dan diwarwarkan pula oleh penulis 'upahan' akhbar-akhbar UMNO, malangnya tidak pula mendapat sambutan positif oleh orang Melayu termasuk majoriti ahli UMNO.

Pembangkang Melayu menerima imbauan itu sekadar 'menyahut' saja. Tetapi pemimpin Pemuda komponen BA nampaknya sudah terang-terang mentafsirkan apa sebenarnya agenda Mahathir & UMNO!!

Yang pasti, pengalaman mengajar manusia lebih cerdik. Dulupun Mahathir kata Anwar bakal penggantinya. Setelah Anwar berbudi menyelamatkan karier Mahathir sebagai PM, sekarang dimana Anwar dipurukkan Mahathir? Tak cukup dengan fitnah dan aib, mata lebam Anwar masih namak kesannya!

PAS juga masih bernostalgia bagaimana Mahathir menjerangkap-samar parti itu dalam pertengahan tahun 70-an di Kelantan.

Ku Li adalah bertanggungjawab. Sekarang Ku Li sudah 'combined' dengan Mahathir; masih nak caya ke dengan 'ajak-ajak ayam' Mahathir yang hidup-mati tidak punya semangat 'setiakawan'? Itu kena jawap dulu. Yang pasti sekarang - orang Melayu tidak berpecah. Yang belah hancur berkecai hanya UMNO dan BN saja.

Puncanya, parti itu berpresiden orang sewel gila kuasa pengaut harta kekayaan dunia. Selagi 'makhluk perosak' menerajui UMNO, maka BN akan terus lumpoh!!

UMNO/BN - Parti Tak Makan Saman

Pelbagai versi didengar diperingkat rakyat banyak. Nampaknya, dalam perbincangan anjuran Mahathir-UMNO itu; lebih ramai yang ketawa dari berserius.

Ada penyokong UMNO yang berkata, 'Kalau UMNO dan Pembangkang Melayu dah bersetuju duduk se meja 'bundhar' (loghat Jawa..heheh) begitu, halallah kita menyokong PAS dan KeADILan. Tak ada lah kita kena tangkap! Itu sangatlah yang kita mahu. Lagipun nak harap apa kepada UMNO/BN' Parti 'tak makan saman'..!!?.

Akhirnya mereka sama-sama ketawa berdekah-dekah. Yang untung Wak Warong juga, kopi ditambah secawan lagi.

Di Seberang Tambak sebelah sini, pengaruh UMNO memang masih nampak kuat lagi. Tak bolehlah kita pertikaikan. Pembangkang Melayu masih perlu bekerja keras jika mahu berjaya lebih hebat dari Nov. 99.

Walaupun majoriti calun UMNO/BN yang menang sudah jauh merosot (hingga ada yang menang tipis 200 - 300 undi), tetapi hakikatnya Barisan Alternatif wajar berhemat, peka berhujah dan kumpulkan maklumat dan dedah. UMNO/BN belum kalah. Paling kurang, belum mau mengaku kalah!

Pemilu Nov.99 tidak selama-lamanya boleh dijadikan ukuran. Politik adalah 'living social fenomena'. Jangan salah tafsir dan terus membuat kesimpulan. Silap baca situasi, anda akan 'terjun tembam'. Inilah yang menyebabkan Mahathir dan UMNO merudum hilang 22 kerusi Parlimen, sebab Mahathir-UMNO salah congak, kan? (Amin Sapiro ikhlas nak ingatkan teman-teman).

Agenda Mahathir Licik Bangat (sangat)

Mahathir sudah mendapat bayangan ilham dari beberapa pemimpin parti bahawa siri 'keceluparan' beliau telah menyebabkan UMNO semakin hilang pengaruh. Terlampau banyak perbuatan dan tindakan Mahathir yang bersalahan dari segi amalan lazim UMNO. Sekaligus, komponen BN sudah tidak mampu menangani masalah yang spontan timbul dari kesan keceluparan Mahathir itu.

Beberapa orang pemimpin UMNO/BN menjelaskan pendirian mereka secara terbuka. Shahril Samad dan Adam Hamid adalah antara mereka yang berdebat secara terbuka. Tetapi yang simpan pekasam macam api dalam sekam pun ramai juga!

Beberapa isu kontan yang masing-masing bangkitkan adalah berseklai dengan tudingan jari kepada Mahathir dan karenahnya. Jika Mahathir tidak mengorak langkah positif, khabarnya pemimpin UMNO/BN sendiri terpaksa mengambil langkah-langkah 'drastic'.

Bayangan ini sudah jelas dari bacaan di satu Perhimpunan tergempar UMNO. Berikutan dengan itu, beberapa kumpulan kecil telah menyampaikan memo untuk perhatian Mahathir dan Dollah Bedawi. Kini mereka berdua sudah tahu hala tuju penyokong UMNO/BN.

Amaran terkini, jika keadaan tidak ditangani segera, akan melaratlah cacing ke mata. Mungkin peritiwa Lunas akan menjadi titik-tolak kemeruduman UMNO/BN (kata mereka) dalam pemilu 2004. Mungkin akan lebih ramai pengundi dan penyokong UMNO/BN yang jadi 'katak lompat'..!!

Isu-Isu Getir Bakal Merudum UMNO/BN

UMNO/BN sedang menghadapi pelbagai isu getir yang menjatuhkan imej dan keterampilan parti itu. Antara yang dikenalpasti oleh pemimpin parti ialah:

1) Isu Tuntutan SUQIU

Amat malang Mahathir dan UMNO, isu tuntutan Suqiu tidak pernah ditafsir oleh orang Melayu sebagai isu besar yang kononnya menyentuh kredibiliti orang Melayu. Yang panas miang cuma Mahathir dan puak-puak yang beragenda cuba menggunakan isu itu untuk mengembalikan pengaruh UMNO yang semakin merudum.

Bagi Mahathir dan pemimpin yang berkepentingan, isu Suqiu amat tepat, berguna dan molek sangat di diseleweng dan digembar-gemburkan untuk dijadikan bahan 'adu-domba' bagi menyemarakkan api 'perkauman' dangkal.

Mahathir menyangka orang Melayu masih dungu seperti sebelum 13 Mei. Dengan itu, UMNO akan mendapat faedah politik yang lumayan dalam agenda mengembali dan mempertingkat pengaruh dan kewibawaan UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang kununya memperjuangkan hak orang Melayu. Malangnya - semakin ketandusan.

Perkembangan selanjutnya menampakkkan Mahathir dan pemimpin UMNO baru mulai sedar sekarang. Bahawa, api perkauman dangkal tidak semudah itu dinyalakan semula.

Percubaan Pemuda UMNO berdemo di Putera Jaya hingga mengugut membakar Dewan Perhimpunan Cina, ugutan 'mandi darah' Khir Toyo dan serangan tulisan akhbar penulis upahan UMNO di media pro Mahathir - tidak menjadi 'kudis'.

Mahathir yang cuba mengapi-apikan isu itu dengan menimbulkan cerita bangang 'PM Cina' adalah kemuncak betapa desperadonya Mahathir mencari ikhtiar meraih sokongan Melayu. Hingga, Mahathir sendiri celupar menghentam kaum Cina sebagai 'ekstrimis' dan 'Komunis'. Malang lagi, pun tidak ada orang Melayu yang respon!!

Akhrinya, rata-rata orang Melayu membuat kesimpulan bahawa punca 'perkauman' dangkal itu adalah cetusan ragam karenah dan tindakan Mahathir sendiri. Pembangkang Melayu buat 'muka selamba' saja. Mat Sabu 'just throw cold water', api pun padam bara pun tak nyala. Itu yang bikin Mahathir pening kepala! Hhihihih??!!

ii) Mahathir - Pelopor Nepotisme, Kronisme dan Korupsi

Mahathir tidak perlu berdolak-dalik memberi sebarang justifikasi jika rakyat dan orang Melayu menuduh beliau sebagai 'Pelopor Nepotisme, Kronisme dan Korupsi'.

Semua orang cop Mahathir adalah pelindung kepada perasuah dan penyeleweng di kalangan ratusan pemimpin UMNO dan BN.

Bermula dari AJKKK lantikan UMNO di ceruk kampung (contoh banyak di Terengganu) hingga kepada Menteri dan MB UMNO berjawatan (termasuk keluarga, suku-sakat dan kroni) adalah 'daki-daki' perasuah dan penjenayah lindungan Mahathir. Mereka sengaja dilepaskan 'scot free'.

Jentera Kerajaan - bermula jabatan Polis, Kehakiman dan Perundangan dan sesiapa juga 'yang berkenaan' (to whom it may concern) akan mendapat bahagian masing-masing (jika tidak, mereka akan diugut habis-habisan). Orang-orang 'terlindung' ini belum ada sesiapa antara mereka yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Jika ada pun, mereka akan 'terlepas' atau 'sengaja' dibebas-lepaskan.

Apa khabarnya Rahim Nor, Rafidah, Rahim TC, Megat Joned, Sanusi Joned, Samy Vellu, Ling Leong Sik, Wan Mokhtar, Ramli Ngah Talib, Shahidan Kasim, dan ratusan mereka yang lain?

Apa kahabarnya Mokhtar Abdullah AG, Eusoff Chin? Itu yang nampak di mata saja. Bagaimana yang berlindung disebalik lalang sehelai? Seperti kutu di b*nt*t babi?

Umumnya, penyakit UMNO sudah melimpah keluar hingga jabatan Kerajaan sudah terbukti dicemari faktor 'KKN'.

Kita dengar cerita 'Lesen Terbang'. Tetapi, sementara isu itu hangat dibincangkan KP RIMV naik pangkat pula jadi Ketua Setiausaha kementerian tukang tangkap beras seludup!! Mau bersih nama kunun!! Tapi p*ngg*ng tercemar taik kering juga!!

Ketika kes Abol Hassan dengan RM100 ribu dijumpai dalam laci pejabatnya oleh BPR, tak sangka itulah kelayakan yang menyebabkan beliau dinaikkan pangkat jadi Gubenur Bank Negara Malaysia. Bermakna, Mahathir adalah sah pelopor, pelindung dan penggalak rasuah!!

Yang peliknya, Mahathir pandai pulak cakap mintak kesian, kununnya: "Saya menangis pun sudah, doa pun sudah!".

Kalau doa pun tidak makbul, habis apa lagi? Letak jawatanlah!! Nak nanti MAMPOS pulak ke?

Perlu kita bertanya sekarang, betulkah Melayu berpecah? Pecah yang macamana dan siapa yang jadi punca penyebabnya?

Kita akan sambung berbicara di Bahagian ke-2


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO Berkerat Rotan)