Laman Webantu   KM2A1: 3518 File Size: 5.4 Kb *



B2: 'Isu Perpecahan Melayu' -Satu Agenda PutarBelit Mahathir/Umno Saja
By Amin Sapiro

4/1/2001 6:12 am Thu

Amin Sapiro

[Mahathir begitu gemar menuduh dan melabel orang lain sesuka hati. Rakyat kerap dilabel tidak bersyukur, pengkhianat, ektrimis, kominis, bodoh, dungu, bebal (closed mind) dan lain-lain panggilan yang tidak enak kepada rakyat secara langsung dikaca tv dan di dada akhbar. Yang menyedihkan ucapan sebegitu diolah dimajlis mengingati hari kemerdekaan dan beberapa upacara perasmian untuk mebedil sentimen garang.

Taktik mengkategorikan rakyat sebegini tentu akan menimbulkan kemarahan rakyat, apatah lagi jika bantahan suara rakyat dicengkam dengan ugutan dan tindakkan pelbagai akta yang tidak berperi kemanusiaan. Sikap tersebut tidak ubah seperti membalas dendam kerana sokongan yang semakin berkurang.

Sepatutnya Mahathir berfikir panjang sebelum menuduh orang sebarangan. Kemelut Suqui dan isu perpecahan orang melayu sebenarnya akan menenggelamkan Umno sendiri. Isu ini sengaja ditiup untuk mengumpulkan sebanyak mungkin rakyat untuk dihimpun di satu hari yang diidam-idamkan oleh Mahathir sendiri. Bila itu berlaku Mahathir mempunyai alasan untuk menangkap lebih ramai orang supaya rakyat semakin takut dan diam. Jerat sudah dipasang, tetapi minda rakyat belum tentu dapat disongsang. Malah mungkin kaki Mahathir sendiri yang tersangkut di hujung tali yang terikat di dahan. Kita biarkan dia bergantungan keseorangan terkapai-kapai melambai tangan mencari sentuhan. Duri yang menanti di bawah sudah cukup untuk membuat dia tidak tidur kerana seram. - Editor]



ISU 'PERPECAHAN MELAYU' - SATU AGENDA PUTARBELIT MAHATHIR/UMNO SAJA!!

Bahagian 2


Inilah Musibah Anjuran Mahathir

Hari ini terdengar asakan Mahathir dan pemimpin UMNO yang menyeru 'penyatuan Melayu' kunun. PAS dan KeADILan diajak beliau berunding. Kununya nak menyelamatkan Melayu.

Sebelum itu kita perlu tanya Mahathir dan UMNO dulu:


  1. Jika Mahathir dan UMNO betul-betul ikhlas, mengapa pada tahun 1975 Mahathir dan UMNO begitu ghairah menolak PAS keluar BN?

  2. Jika Mahathir dan UMNO jujur dengan niat mereka, mengapa selama 20 tahun Mahathir menerajui UMNO, belum ada sekali Mahathir tidak mencerca dan mengutuk PAS di Perhimpunan mereka?

  3. Jika pemimpin seperti Mahathir berhemah dan sayangkan orang Melayu, mengapa Ku Li gelabah sakan keluar UMNO pada tahun 1988. Walhal orang semua tahu, Mahathir kalah dalam pertarungan jawatan Presiden UMNO!!

  4. Jika orang Melayu benar-benar mahu diangkat kewibawaan mereka dalam pergolakan ekonomi dan sosial, mengapa Mahathir begitu berusaha mengkesampingkan hak-hak orang Melayu hingga mengadu-domba orang Melayu dengan kaum Cina. Siapa yang keluarkan kenyataan isu 'PM Cina'?

  5. Jika Mahathir begitu sangsi dengan karenah kaum Cina hingga isu SUQIU digembar-gemburkan di media UMNO, mengapa tak tangkap saja mereka yang Mahathir cop sebagai 'ektrimis' dan 'kominis'? Tak cukup dengan itu Mahathir sendiri menyembah kaum Cina di Parlimen memohon maaf. Mengapa Mahathir tidak minta maaf kepada orang Melayu kerana beliau bersikap 'Biadap Kurang Ajar tak ada Otak punya orang' membelasah orang Melayu dan mengcop mereka sebagai 'penglhianat negara'?


UMNO Sudah Porak-peranda

Jelas sekarang, ajakan 'perbincangan' itu tidak lebih dari cerita Si Luncai yang sudah terjun dengan labu-labunya. Jika orang Melayu tak juga faham, Mahathir sedang menghadapi risiko mega bahawa UMNO akan linkop menjelang Pilihanraya akan datang.

Fikir ini: Sejumlah 1.8 juta pengundi muda yang berpendidikan dan terpelajar sudah sedia dengan pensel di jari untuk menconteng muka UMNO. Mereka sudah hilang sabar untuk menumbangkan parti itu. Sementara, berjuta rakyat segala kaum sudah hilang keyakinan dengan tindak-tanduk UMNO/BN menyelesaikan kekalutan politik yang semakin meruncing.

Penyokong BA mengharap sangat semoga pemimpin BA jangan semudah itu terpedaya. Baca betul-betul apa putarbelit media UMNO kata. Belum apa-apa lagi mereka gembar-gemburkan berita seolah-olah BA kemarok bergabung dengan UMNO pula. Jika itulah cara UMNO bertindak sejak mula, kita wajar berfikir dua kali sebelum menjejak kaki ke meja bundar mereka.

Fikir sikit. Bila Mahathir berkata semacam orang jujur, 'lidah paria'nya akan menguit diakhir ayatnya. Kalau banding dengan biawak berlidah cabang dua, lidah Mahathir bersalut gigi geraman buaya!! Lebih suku abad orang Melayu mengharapkan Mahathir dibuang saja. Masakan kesempatan begini akan dipersia-sia. Tak payahlah bincang apa-apa!!

Bagi rakyat, tidak ada jalan lain membetulkan sistem yang sudah berkecai dibawah pemerentahan UMNO. Hanya dengan REFORMASI saja keadaan yang ada akan kembali seperti sediakala. Tak payahlah nak 'bincang-bincang'. Akhirnya Mahathir dan pemimpin UMNO haprak juga yang akan kenyang!! Apa faedahnya?

Hahaha? kita kepingin sangat tengok Mahathir dan kuncu-kuncunya basah suspender terkencing dalam seluar??!! Kita mahu tengok bagaimana muka Mahathir jika nasib beliau seperti Fuji Mori!! Mari kita fikir sama-sama.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)