Laman Webantu   KM2A1: 3517 File Size: 11.0 Kb *



B1: 'Isu Perpecahan Melayu' -Satu Agenda PutarBelit Mahathir/Umno Saja
By Amin Sapiro

4/1/2001 5:43 am Thu

Amin Sapiro (sah Mahathir saja nak mengada-ngada)

[Mahathir sudah lama mengamalkan sikap berpura-pura siap dengan perubahan air muka atau senyum tawa dan hiba. Yang menariknya ia dirakam dan tersiar ke seantero negara untuk menguasai minda rakyat seolah-olah dialah yang jujur dan wira segala. Kita perlu bertanya kenapakah kaca tv asyik memaparkan gambarnya di Kaabah menjelang pilihanraya pada beberapa ketika dulu di waktu yang prime (utama) dicelah-celah sorotan berita. Sedangkan amal yang ikhlas tidak perlu pendedahan sebegitu rupa. Tayangan seperti itu akan memusnahkan semua pahala yang ada menjadi sia-sia.

Kini Mahathir mahu bercakap mengenai perpecahan melayu sedangkan melayunya beliau belum cukup berbunga dan boleh dipertikaikan dengan teknologi genetik DNA. Pengetahuan itu nanti bakal menyerlah apakah dia memang sebenarnya melayu asli atau melayu celup barua yang asyik membebel sana sini dialah wira negara terkini.

Kita tidak perlu meluncur ke Kerala untuk mengira berapa peratuskah melayunya Mahathir. Kita juga tidak perlu membilang berapa kalikah beliau menjejakkan kakinya ke masjid atau mencium Kaabah untuk menilai betapa murninya ketulusan beliau. Cukuplah dengan satu tuduhan aib yang tidak mengambil kira hukum syariah yang dilemparkan kepada seorang manusia yang mempercayai ketulusannya itu sebagai kayu pengukur siapakah Mahathir yang sebenarnya. Dimanakah nilai-nilai Islam yang digembar gemburkan selama ini jika dalam hal itupun beliau meminggirkan tuntutan syarie? Apakah beliau boleh diharapkan untuk memartabatkan maruah dan ugama Islam yang lebih mencabar lagi?

Sebenarnya bukan itu sahaja Mahathir membunuh maruah dan martabat orang Melayu. Dialah juga dalang yang membunuh karier bapa kemerdekaan dan semua bapa malaysia yang menerajui negara. Dimanakah Mahathir ketika rakyat marhaen bersabung nyawa mempertahankan negara di hutan belantara? Bukankah dia sedang berguru dengan pemimpin Yahudi bagaimana mahu menghancurkan Islam dan merosakkan minda orang melayu yang bersatu sekian lama? Pertemuan rahsia diktator Mahathir dengan pemimpin Yahudi di sebuah hotel di Paris satu ketika dulu sudah cukup menjadi bukti bahawa Mahathir sebenarnya adalah anak-didik Yahudi yang cukup berjasa meranapkan negara sehingga dia mendapat perhatian istimewa regim Yahudi. Malang sungguh orang Umno gagal membaca penghormatan hebat ketua Yahudi itu (bersekemuka dengan anak buahnya). - Editor (Masih bersabar lagi...)]


ISU 'PERPECAHAN MELAYU' - SATU AGENDA PUTARBELIT MAHATHIR/UMNO SAJA!!

Bahagian 1


KEPAYAHAN sedang mengancam Mahathir dan UMNO. Di Seberang Tambak sebelah sini, semakin kuat terdengar suara halus sepakat berkata,

"Jika Mahathir mengkhayalkan perpecahan Melayu, maknanya tulang Mahathir sudah 'slip disc' lah nampaknya!!".

Mahathir Nak Menipu Orang Melayu

Kita kerap mendengar Mahathir bercakap pelbagai isu mengenai Melayu. Tetapi, kian lama kita nampak, masakan Mahathir yang 'genetically' bukan Melayu iklas bercakap mengenai Melayu. Mahathir sebenarnya bukan berhajat sangat nak bercakap jujur mengenai Melayu - sebaliknya mahu 'menipu' orang Melayu.

Delima Melayu adalah buku lama karangan Mahathir. Itulah isi benak kepala beliau sebenar. kalau masih ada orang Melayu tak tahu. Jika dibaca dan dibawak kepala kita berfakur, akan terpapar siapa Mahathir sebenar. Inilah 'anak keling Krala' yang sampai hari wajar digelar 'Kaki Kapor'..!!

Kemudian, kita boleh semak akbar tempatan tahun 90-an. Apa rencana Mahathir hingga menggugat Perlembagaan. Kita akan nampak sesungguhnya Mahathir Mohamad ini adalah seorang 'Republican'. Beliaulah pemimpin puak UMNO yang berkeinginan sangat untuk meluruh-lantakkan 'kekebalan Sultan-sultan'. Untuk tujuan itu, Mahathir Mohamad sengaja memperkudakan UMNO.

Takhta Raja-Raja Melayu Dicelah Ketiak Mahathir

Waktu itu, Mahathir bukan main sakan ketawa dengan nada ego, sombong dan takbur. Seolah-olah Raja-raja Melayu cuma boleh hidup dicelah 'ketiak' beliau saja.

Pemimpin UMNO yang serba dungu menurut saja. Mereka tidak sangka bahawa agenda Mahathir sebenar adalah apa yang berlaku selepas Anwar dikonspirasi-aibkannnya!! Mujur baik Anwar tidak terus terpedaya.

Pun waktu itu juga, rakyat merasa begitu bertuah kununnya 'kuasa' raja-raja akan berpindah kepada rakyat demi kesejahteraan rakyat jelata. Tetapi bila sampai masa, Mahathirlah pemimpin UMNO yang begitu tamak memperkutak-katikkan Perlembagaan dan Undang-undang Negara. Semua orang habis ditipu bontangnya!

Cuba teliti semula jika tak percaya: Mahkamah jadi 'sarkis' tempat haiwan peliharaan Mahathir menggigit mangsa. Polis dijadikan 'anjing-anjing kepala merah' bersedia membaham siapa saja.

Tanya Pak Din dan Norazimah! Sesudah Rahim Nor, Norian Mai pulak mewarisi perangai 'anjing gila'. Perangai masing sama saja. Mahathir arahkan FRU jenis Melayu bangsat papa kedana belasah rakyat tanpa mengira mereka seagama. Yang mereka harap cuma upah seringgit dua. Kabarnya, sampai hari ini elaun tambahan tak juga dapat jadi angpow Hari Raya puasa. Itulah balasan orang bedosa kepada rakyat jelata!!

Kita semua tengok, si Dugong Negara bernama Mokhtar Abdullah. Apa katanya? Kununnya 'masa akan menentukan kebenaran beliau'.

Tetapi yang nampak jelas, Mokhtar jual maruah undang-udang negara sekupang dua. Tuduhan yang dikemukakan di mahkamah dipinda berpuluh kali dek AG yang rasuah ini. Itu macamkah seorang peneraju undang-undang yang berwibawa punya kerja? Mana si Dugong yang sekor ni sekolah agaknya? Inner Tempel ke atau Inner 'Batu Caves Seri Nayagam' Temple keh?

Mahathir Sudah Tidak Cerdik Lagi

Pada mulanya, Mahathir fikir dirinya cerdik sangatlah akal-budinya, kunun. Diarah beliau Rahim Nor membelasah Anwar dalam penjara lokap Bkt. Aman. Mata ditutup, tangan diikat dan penumbar dihunjamkan. Kalau Rahim Nor sendiri pun tak boleh tahan.

Sementara itu Mahathir melalak ke luar negara kempen sakan membusukkan Anwar: kununnya Anwar hendak menggulingkan beliau. Apa punya 'BABI' Mahathir ini? Dulu Allahyarham Tunku dan Hussein Onn siapa yang khianatkan? Tidakkah Mahathir yang berkonspirasi dengan pemimpin UMNO yang dirasuk jembalang?

Mahathir Tiru Strategi YAHUDI

Sebenarnya, Mahathir sudah lama menyusun strategi hendak menggulingkan 'sistem Raja Berperlembagaan'. Mujur Anwar segera sedar! Termasuk Krisis Perlembagaan Ke 2, sebelum itu Mahathir sudah terang-terang membenci sistem 'Beraja'. Inilah dia strategi Yahudi Antarabangsa.

Kita nampak contohnya. Raja-raja Melayu (penaung Islam) ditegah dan diugut supaya jangan campur tangan walaupun rakyat menyampaikan pelbagai 'memo' kepada baginda. Ugutan Mahathir mudah saja: Pekung raja-raja Melayu dan kerabat mereka yang berbisnis mega akan dibuka kepada rakyat. Kerabat baginda akan ditekan hingga muflis. Bisnis mereka akan lingkop habis!!

YD Pertuan Negeri Sembilan dengan kepentingan adinda Baginda dalam 'Melewar Corporation' siang-siang telah diugut akan dibatalkan kontrak mega bernilai berbilion dengan regim Mahathir. Akhirnya baginda 'sign' saja apa yang Mahathir tuntut. Sekarang, depan Mahathir pun baginda tak berani 'kentut'. Bila Mahathir datang, terbalik pulak Baginda yang terjelepok melutut. TAKOOOOOOOOTTTTTTTT??!!

Sultan Pahang pula yang hobby baginda memang suka berjudi di Las Vegas, telah mengalami kekalahan berjumlah puluhan juta. Mahathir begitu cekap mengambil kesempatan untuk menekan baginda supaya menyerahkan Kuantan untuk di'Wilayahpersekutuan'kan. Termasuklah ratusan ribu hektar hutan simpan yang akan dibahagikan sebagai hadiah jika baginda 'angguk kepala'.

Baginda pun serba-salah juga. Bini sendiri pun keturunan Pakistan pula. Mahathir genyit mata, si 'pomple Bollywood' itu akan mengomel bila Paduka Baginda masuk kelambu. Esok bagun dari beradu, akan pasti Mahathir diberi jawapan, 'SETUJUUUUUU'!!?.

Sultan Selangor yang tersepit dicelah 'kangkang muda', terpaksa akur dengan asakan Mahathir menggunakan 'kebangangan' Mohd. Khir Toyo. Anak si Toyo yang muda mentah tak tau karenah Mahathir yang lapar tanah dan kuasa, terpaksa ikut saja telunjuk si 'mamak tua Mandeliar' ini.

Maka Putera Jaya pun beralih tangan walaupun dari segi Perlembagaan - penyerahan itu tidak sah dan tergelincir dari asas dan lunas undang-undang yang diperakukan.

Dengan pattern karenah yang sama, Mahathir berlepas pula menziarahi Istana Bkt. Serene, di JB. Kununnya, Siti Asmah bukan main rindu nak berhari raya dan bertemu Sultanah Johor. Bisik-bisik bergema sekarang, khabarnya Mahathir sudah mula membisikkan sebahagian bucu negeri Johor berhampiran kawasan Linka Dua dengan tanah tak kurang 100 ribu hektar akan dijadi Wilayah Perkutuan yang baru pula.

Pada mulanya Sultan terperanjat juga. Tapi bila diajak berunding apa yang dimahukan Baginda, dan sebanyak mana yang dituntut Baginda, Mahathir janji akan bagi percuma!!

Sultan yang dah hilang pertimbangan pasti termakan hasutan anak-anak yang mahu jadi bilionair seperti Sultan Brunei. Maka bermulalah rundingan selanjutnya. Boleh tanya Ghani Osman - memang sebagai MB, kerja Ghani saling tak tumpah macam Khir Toyo juga! Jual negeri, punahkan amanah rakyat!!

Harapan Mahathir mahu jadikan Langkawi satu lagi wilayah kepunyaan beliau dan kroninya. Pada mulanya Sultan Kedah memang sukar diugut. Khabarnya ada puak UMNO yang berdatang sembah dari Pulau Mahsuri supaya Baginda Sultan jangan semudah itu menyerahkan negeri kepada Mahathir.

Diingatkan baginda sejarah Langkawi 1000 tahun dulu. Pulai emas itu bergelar 'Langkasuka'. Kerabat Mahathirlah yang memerentah rakyat hingga Langkawi/Langkasuka jadi 'padang jarak padang terkukur'. Sampai kini pun ada bukti, kubur orang Melayu zaman itu dipunggah dibuang ke laut. Apakah paduka Sultan masih nak ikut Mahathir punya telunjuk?

Rakyat Lunas Penyelamat Kedah

Mujur juga, pendukung Barisan Alternatif cekap mengatur barisan. Khabarnya, ada pemimpin UMNO sendiri yang memberi bantuan moral dari belakang. Jika majoriti 2/3 BN dikekalkan, tindakan Mahathir yang pasti ialah menggunakan kekuatan ADUN Negeri untuk meluluskan cadangan me'wilayahpersekutuan'kan Langkawi.


Jika itu terjadi, maka lengkaplah agenda Mahathir melantik dirinya ditabalkan sebagai 'raja' di bumi Melayu ini. Anak-anak Mahathir pun akan jadi pewaris tanah pesaka nenek-moyang orang Melayu. Anak-cucu kita juga yang akan kehilangan hak pesaka mereka.

Apa sebenarnya niat Mahathir tiba-tiba berlagak orang siuman? Kita akan teliti di Bahagian ke-2.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)