Laman Webantu   KM2A1: 3516 File Size: 10.0 Kb *



Mahathir dan Umno Sudah 'Kempunan Sokongan' Melayu..!!
By Amin Sapiro

4/1/2001 2:36 am Thu

Amin Sapiro (kempunan pulut panggang)

[Orang Melayu sudah lama bersatu dan jalinan kemesraan mereka itulah yang menyebabkan orang Cina sanggup mengembara beribu-ribu batu untuk bertapak dan berkawan dengan orang melayu di tanah melayu. Kebijaksaan dan sopan susila nenek moyang kita berniaga menyebabkan ramai kaum terpesona, termasuk sekumpulan pedagang dan pengemis dari satu benua di India. Sedikit demi sedikit budaya melayu tercampur sehingga akhirnya kaum dari India itu ada yang memeluk islam. Segelintir pula pandai bermain kata sehingga mereka menguasai istana. Tentu kita belum lupa istilah 'mamak bendahara' yang begitu menonjol gelagat mereka di istana.

Orang melayu mungkin pakar bermain senjata tetapi mereka mudah tewas di rimba minda. Disinilah seorang mamak memainkan peranan untuk mengkucar-kacirkan keadaan. Malangnya dia lupa kebenaran itu akan terserlah juga walaupun ia cuba disembunyikan dengan pelbagai cara.

Rakyat Malaysia tidak berpecah kerana perkauman, tetapi mereka terpisah kerana pemukauan pemikiran dan prasangka akibat khabar yang sengaja dilayang-layang. Nasib malang yang menghempap negara tidak mengenal kaum yang berbilang, tetapi 'royalti' hak rakyat yang sengaja dinafikan.

Kini rakyat sudah cukup arif siapakah punca sebenar perpecahan itu dan keputusan Lunas sudah membuktikan siapa yang memang pecah dan siapa yang betul-betul bersatu. Negeri Kelantan dan Terengganu bakal menjadi tauladan erti perpaduan di hari yang bersejarah yang bakal muncul itu. Bukankah ramai kaum berpusu-pusu mengunjungi kedua-dua negeri tersebut untuk menikmati keindahan perpaduan itu. - Editor]



MAHATHIR DAN UMNO SUDAH 'KEMPUNAN SOKONGAN' MELAYU..!!

TAK terbayang dalam kepala hotak kita macamana Mahathir boleh teringat nak 'padukan Melayu' balik semula sesudah 20 tahun dihancurkan beliau..!!

Yang peliknya, bukan main ghairah pemimpin UMNO berkhutbah di media letronik dan akhbar UMNO Utusan Meloya dan yang senasib dengannya; kununnya imbauan pemimpin UMNO itu adalah ikhlas demi masa depan orang Melayu.

Bukan Orang Tak Tau

Kebelakangan ini, penyokong UMNOlah yang sudah hilang. Tak habis-habis Mahathir menyusahkan orang Melayu.

Sepuloh tahun dulu, rakyat Kelantan sudah memberi mandat kepada PAS. Apa riaksi Mahathir yang kita nampak? Rakyat Kelantan dicop Mahathir sebagai pengkhianat. TG Nik Aziz dianggap seolah-olah Ulamak 'keparat'. Kununnya, tindak-tandok politik PAS akan menyebabkan kemerosotan ekonomi rakyat Kelantan.

Bila ditinjau dari dekat, baru kita faham, bukan jumlah pendapatan negara dibahagikan samarata oleh UMNO/BN. Kroni Mahathir yang serba rakus yang makin membaham semua!! Tinggallah sekupang dua untuk direndam dan diminum airnya oleh orang Melayu yang dahaga. Kekayaan negara difaraitkan oleh Mahathir dengan anak-anak dan suku-sakat serta Kroni pilihannya.

Mahathir dan UMNO fikir orang Melayu ini buta agaknya. Segala apa yang diucapkannya, kununnya seperti 'gospel' belaka. Saban tahun adalah projek yang diswastakan. Selang setahun menjelang ke dua - BANKRUP! Yang tanggung akhirnya rakyat.

Sebabnya, nawaitu Mahathir dan kuncu-kuncu UMNO sudah salah dari mula. Mereka cuma nak cari kaya segera. Kesejahteraan rakyat dan ekonomi mereka jatuh jadi perkara ke dua. Yang utama bagi Mahathir ialah tembolok mereka saja.

Anwar Pembuka Mata

Pengaiban ke atas Anwar adalah permulaan kelumpuhan UMNO. Lebamnya mata Anwar mencelikkan minda rakyat. Tak ada satu bijik mata pemimpin UMNO yang menunjukkan rasa simpati.

Dollah anak Bedawi berkata, "Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri pasti berlandaskan keputusan yang telah lama beliau fikirkan".

Nampaknya, Dolah cuma bercakap berasaskan keinginan menjawat jawatan Timb. PM saja. Fitrah manusia diketepikannya. Bila beliau menjadi Menteri KDN, lagi dahsyat tindak-tanduk beliau. Dolah menggunakan kuasa polis untuk melindungi kebusukan hatinya. Ratusan ribu rakyat semua kaum dibelasah dengan belantan dan diracun dengan gas pemedih mata.

Itulah dia replika pemimpin yang kununnya akan mengambilalih jawatan PM kalau Mahathir MAMPOS terbongkang hari ini!! Dolah tak segan silu sanggup jadi Pengerusi Babi Kebangsaan. Dolah sanggup jadi 'belukang' Mahathir mengancam keselamatan baduan yang diaibkan. Berbohong beliau, kununnya Anwar mendapat 'VIP treatment' di penjara. Padahal orang semua tahu Anwar sudah tiga suku mati dibelasah rahim Nor dan diberi makan ikan masin dan nasi basi di 'cell' beliau.

Orang Melayu Tidak Kesal

Orang Melayu sudah habis kesabaran mereka. Iman di dada sudah tidak lagi mengampunkan dosa-dosa Mahathir, kuncu-kuncu yang tidak bermaruah dalam UMNO.

Kununnya, Mahathir dengan ego-takbur mentafsirkan gelombang asakan rakyat akan dapat ditindas dengan menggunakan dakyah, hasutan dan fitnah yang bukan-bukan. Tetapi apa yang berlaku sesudah itu, UMNO sendiri hilang pengaruh dan merundum tinggal abok saja.

Perpecahan UMNO 13 tahun dulu semakin ketara. S46 yang dikuburkan pemimpin mereka yang bertukar menjadi 'penjarah dan penjenayah' tak lebih jadi alat penyebar propaganda Mahathir yang tamak kuasa. Mereka bertukar menjadi 'sedayus-dayus' petualang bangsa dan negara.

Ku Li anak raja Kelantan sanggup jadi 'tukang jilat' p*ngg*ng Mahathir. Rais Yatim yang berkelulusan Ph.D hilang kewarasan mindanya - jadi 'tukang angkat taik' Mahathir. Apa yang mereka mahu cuma pangkat, darjat dan wang sogokan yang raih secara putarbelit. Inikah jenis pemimpin UMNO yang bercakap tentang perpduan Melayu?

Satu Cerita Di sebuah Desa??

Semasa berkunjung ke rumah teman (yang jasadnya masih dalam UMNO; tak taulah rohaninya), beliau bertanya: "Wak percaya ke? Wak fikir Mahathir tu jujur ke?".

Saya cuma geleng kepala. Tidak pula bermakna saya memperakukan atau sebaliknya.

Saya mencelah selamba, "Saya lebih suka tunggu dan lihat. Jika Mahathir ikhlas, pemimpin UMNO harus lebih dulu bersemuka dengan Mahathir menuntut supaya Anwar dibebaskan".

Menjawab seorang rakan lagi, "Itu susahlah nampaknya, Wak. Mahathir cadangkan perpaduan Melayu bukan bermaksud nak bebaskan Anwar. Dia cuma nak memasang perangkap samar supaya Pembangkang Melayu mengenepikan Anwar dan meyokong UMNO!"

Saya menjawab pantas, "Kalau begitu tak akan selesailah hutang Mahathir dan UMNO kepada orang Melayu. Tali pura penyelesaian sebenar ada ditangan Anwar. Jika isu Anwar tak dibereskan, mustahil masalah UMNO akan dapat diselesaikan. Orang Melayu dah tak pedulik lagi kepada UMNO.."


Berkata seorang teman yang sudah lama meinggalkan UMNO, "Saya tak yakin Mahathir bercakap benar. Begitu juga pemimpin UMNO. Sebaik-baik bukti kejujuran beliau, Mahathir sendiri wajib letak jawatan, hadapkan dirinya dengan redha ke mahkamah. Kalau titik ditampung, kalau tercurah ditadah. Main songlap dibelakang tabir, orang Melayu dah muak-jelak. Cukuplah dua tahun" kata beliau dengan nada pantas berbicara.

Seorang cendekiawan kenalan lama kami berkata dengan nada suara berhemat. Katanya, "Jika Dr. Mahathir dan pemimpin UMNO berhasrat memperbetulkan UMNO, bukti pertama - Mahathir harus memohon maaf kepada semua orang Melayu atas kesalahan yang dilakukannya selama 20 tahun menerajui UMNO".

"Kedua," katanya, "Mahathir kena buktikan kejujurannya dengan menyerah diri untuk dibicarakan atas sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan, kuku-besi dan kezaliman beliau".

"Ketiga," ulasnya lagi, "atas segala-galanya: Mahathir bersedia menyerahkan petaksiran harta beliau, anak-anak, kroni dan semua pemimpin UMNO/BN yang kayaraya melalui rasuah dan penyewengan. Sesudah itu, baru kita bincang isu perpecahan Melayu dalam UMNO. Yang bermasalah ialah UMNO. Pembangkang Melayu orait saja", kata beliau sambil ketawa.

Saya anggap syarat yang dikenakan beliau itu memang akademik bunyinya. Tetapi jika diperhatikan, itulah sebenarnya yang dituntut rakyat jelata.

Bermakna, jika pemimpin Barisan Alternatif berbincang tanpa syarat mutlak yang dipersetujui rakyat, memang perbincangan itu cuma membuang masa sahaja. Satu sen pun tak guna! BA adalah parti demokratik bersandarkan kebulatan iltizam rakyat!

"Maknanya, UMNO harus meREFORMASIkan parti itu sebelum 'buang-buang cakap' nak padukan Melayu, tak gitu" ulas saya. Masing-masing mengagguk.

Menyampuk seorang rakan (Ketua Bahagian sebuah komponen BA), "Kalau begitu tak payahlah kita nak bincang pasal perpecahan dan perpaduan Melayu. PAS dan KeADILan sudah cukup matang menyatupadukan orang Melayu. Apa sebab nak rujuk kepada UMNO? Owwwww? kerana UMNO sudah ketandusan isu untuk meraih simpati dan sokongan orang Melayu, maka kita datang nak 'rescue??".

Dalam kami bercerita kosong itu, terdengar dentuman meriam buloh yang diledakkan anak-anak yang menceriakan suasana hari raya.

"Kurang akal budak-budak tuh!" celah seorang yang sudah tidak bergigi lagi.

Menjawab saya secara berseloroh, "Meriam UMNO, hihihi..!!!"

Kami sama-sama ketawa berdekah-dekah sambil mengunyah lemang dengan rendang ala Minang. Di TV, terpapar gambar FRU sedang membelasah beberapa orang pemuda di Jln Kebun. Tak sangka CD itu ada tersimpan dirumah penyokong UMNO juga.

"Itukah jenis puak pemimpin UMNO yang ajak orang Melayu berunding 'demi perpaduan'. Macam GESTAPO memaksa rakyat Eropah menyokong Hitler saja.." ujar seorang teman yang dulu pernah berkempen menyokong UMNO.

Kami saling berpandangan!! Tak ada siapa yang ambil perhatian kenyataan Mahathir dan pemimpin UMNO!! Kempunan sajalah Mahathir dan UMNO nampaknya..!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)