Laman Webantu   KM2A1: 3513 File Size: 34.4 Kb *



Siri 33 YTDT: B1 Antara Takbir Dan Gemanya
By Marhain Tua

3/1/2001 2:33 pm Wed

Siri YTDT: Yang Terbang Dan Terbengkalai Bab: 33

[Era Mahathir merupakan era yang penuh dengan penipuan yang berterusan. Sebab itulah dia amat memerlukan sekumpulan banjingan (penulis upahan, hakim yang pincang, ularmak setan dan polis yang ganas serta wang untuk habuan) yang dapat membantu beliau untuk meneruskan penipuan dan pencurian untuk melaksanakan sesuatu impian yang amat menjijikkan:


  1. Buku '50 Dalil', 'Malay Dilema' dan 'A New Deal For Asia' menunjukkan Mahathir sanggup berbuat apa saja untuk memutar minda dan fakta untuk kepentingan dirinya. Itu belum dikira lagi dengan al-Quran yang ingin ditafsirkan semula dan fahaman baru(a) Islam dari IKIM, Astora, Kassim Ahmad dan SiS yang sentiasa menghiasi dada akhbar harian.

  2. Pelantikkan Augustine Paul yang dirancang bila surat layang mula terbang. Hakim yang sama juga tidak membenarkan transkrip perbicaraan yang memalukan kerajaan Mahathir disiarkan. Tidakkah itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan kebebasan sistem kehakiman?

  3. Tentu kita belum lupa hakim Syed Aidid yang menulis mengenai perilaku hakim yang amat jijik sehingga melanggani perempuan. Hakim Paul, Eusoff Chin dan Arifin Jaka terpaksa mengikut telunjuk Mahathir kerana mereka cukup takut rahsia mereka terbongkar. Kenapa Hakim Aidid TIDAK DIBICARAKAN sahaja jika semua yang ditulis oleh beliau tidak benar? Mengapa bukti Mustakizah dan Vijandran dibakar awal-awal lagi? Dan mengapa hujah Syed Aidid sampai kini tidak dipamirkan seantero negeri?

  4. Mengapa kenyataan Datuk Shapei tidak dinafikan sampai hari ini. Mahkamah sepatutnya mencabar kenyataan itu tetapi ia sengaja mendiamkan diri. Mahkamah juga membenarkan Mahathir menepikan safina mahkamah sedangkan itu tidak pernah berlaku dalam sejarah mahkamah.

  5. Siapakah yang melenyapkan bukti keracunan, mencuri diari/paspot DSAI dan menceroboh secara professional pejabat peguam DSAI? Atau memasang 'bom jangka' dalam pesawat yang dijangka membawa DSAI?


Lukiran Pak MT melakarkan beberapa transkrip dari penipuan-penipuan Mahathir yang asyik dirancang berterusan untuk memesongkan minda rakyat marhaen dengan begitu sistematik sekali. Dia terus membaling batu dan menyembunyikan tangan. Malangnya minda rakyat sudah semakin tajam untuk ditipu dengan permainan seperti itu lagi.

Patutlah Mahathir semakin ligat merencanakan isu sejak kebelakangan ini tetapi sokongan rakyat kepada Umno tidak pula bertambah tetapi semakin berkurang. Umno sendiri sudah nyawa-nyawa ikan dan pasaran saham kini amat membimbangkan hartawan Umno sekalian. Mampukan ikan Umno ini berenang di daratan bila air yang menakung sudah kekeringan? Ikan gemuk pun tidak akan tahan, kerana mereka cuma spesis haiwan satu alam. Mungkin Ibrahim Ali dapat memberi beberapa jawapan dan isu perpecahan melayu sudah menampakkan Mahathir cuba berenang di lautan dalam. Dia lupa Firaun Mesir akhirnya terkapai-kapai lemas dan tenggelam di lautan. Kisah itu tidak akan dilupakan sehingga berzaman dan ia diabadikan dalam al Quran sebagai pesanan untuk umat yang mahu mengambil pengertian. - Editor (mohon maaf... banyak idea pula selepas lebaran....) ]




YANG TERBANG DAN TERBENGKALAI

BAB 33 : ANTARA TAKBIR DAN GEMANYA (BAHAGIAN 1)




Antara Takbir Dan Gemanya

(Bahagian Satu)


Dalam ucapan Selamat Hari Raya yang terbaru, Diktator Mahathir telah mengajak umat Islam melupakan perselisihan faham dan permusuhan dalam agama dan politik, sekurang-kurangnya buat sehari pada hari raya menerusi amalan bersalaman-salaman dan bermaaf-maafan sesama mereka. Diktator Mahathir mengajak rakyat mengenepikan semua tuntutan bersifat perkauman dan terus mempertahankan formula perpaduan yang dicipta pengasas-pengasas negara demi menjayakan Wawasan 2020. Beliau berkata:

"Pada permulaan tahun abad dan alaf baru ini, marilah kita semua ketepikan tuntutan yang tidak mungkin dapat diterima oleh masyarakat pelbagai kaum, marilah kita kembali kepada kesederhanaan dan toleransi yang telah membawa keamanan dan kemakmuran kepada kita dan negara kita. Tidak ada lagi keperluan baru untuk menstabil, mengaman serta memajukan negara."

Beliau berkata adalah jelas formula yang dicipta oleh pengasas-pengasas negara iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Tan Siew Sin dan Tun VT. Sambanthan yang diterima pakai oleh pemimpin Sarawak dan Sabah amat mustajab bagi Malaysia. Katanya:

"Pemimpin yang memegang teraju selepas pengasas-pengasas negara hanya perlu memberi makna dan mengisi formula Malaysia yang telah dicipta dan dipersetujui ketika negara memperjuangkan kemerdekaan. Oleh kerana kejayaan formula ini, apakah kita mahu menggugurkannya dan mencipta formula lain atas desakan mana-mana pihak yang mendakwa formula yang sudah kita amalkan selama 43 tahun adalah tidak adil dan memihak kepada kaum tertentu saja? Apakah kita sanggup mengancam kestabilan serta kemajuan negara dan mungkin merosakkan masa depan kita hanya kerana ada pihk tertentu ingin mendapat semua yang dituntut oleh mereka?"


Antara Formula Lama Dan Baru

Pelik, bagaimanakah seorang diktator yang telah berkuasa selama 20 tahun lamanya dan gemar menyebut kemajuan Malaysia yang dilakar mengikut acuan sendiri yang melambangkan kepintaran seorang insan yang akhirnya bergelar Wira Dunia Ketiga, tiba-tiba mengungkit nama tiga orang pengasas kemerdekaan itu agar rakyat mesti tenang buat penilaian. Kenapa tiga nama itu sahaja yang disebut? Apa sudah jadi dengan nama Onn Jaafar, Tun Razak Husin, Tun Dr. Ismail, Saadon Jubir, Tun Tan Cheng Lok dan banyak lagi seperti Temenggong Jugah, Tun Mustapha Haron dan sebagainya. Bagaimana pula dengan seorang pengasas UMNO seperti yang ditulis dalam buku "A New Deal For Asia" di mana pada muka surat 18 ada tertulis:

"I organised the first Kedah Malay Youth Union, and later the Kedah Malay Union, a political party which evolved into what is today the ruling party of Malaysia , the United Malays Ntional Organisation (UMNO)"

(Saya telah menubuhkan Persatuan Pemuda Melayu Kedah yang pertama, dan kemudiannya penubuhan Persatuan Melayu Kedah, sebuah parti politik yang kemudiannya bertukar menjadi apa yang dikenal hari ini sebagai UMNO.)

Saya mahu rakamkan perenggan yang dimulakan dengan kenyataan di atas dengan menterjemahkannya terus ke Bahasa Melayu:

"Usaha kami itu berakhir dengan kejayaan juga. Kami telah gunakan rintihan kecilan yang dicetuskan oleh rakyat setiap hari untuk menggembeling penyertaan mereka menentang British. Sebagai contohnya, kalau rakyat tidak senang hati dengan kenaikan harga beras, kami gunakan masalah itu mendapatkan sokongan mereka untuk memperjuangkan isu yang lebih besar lagi. Akhirnya, British terpaksa melupakan hasrat penubuhan Malayan Union. Saya beranggapan bahawa berakhirlah perjuangan kami, tetapi beberapa pemimpin UMNO mula berkempen untuk mendapatkan kemerdekaan. Secara peribadi, saya masih tidak yakin bahawa kita mampu menguruskan negara kita sendirian. Seperti ketika itu, Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni pelbagai kaum di mana Melayu, Cina dan kaum India merupakan tiga kumpulan etnik yang besar. Dari segi statistik, orang Melayu merupakan penduduk yang lebih ramai tetapi dari segi kekayaan dan kuasa ekonomi, orang Cina memang lebih kuat lagi. Cabaran yang terbesar bagi kami tidak semestinya bagaimana mengnyahkan British keluar, tetapi bagaimana mengurusakan negara kami yang majmuk itu selepas tercapainya kemerdekaan."


Kenyataan lapan belas baris dalam muka surat 18 itu menunjukkan beberapa fakta yang mencerminkan bagaimana Diktator Mahathir memimpin negara ini.


  1. Dia memang pandai berbohong. Bayangkan bagaimana dia sanggup menyebut bahawa dialah pengasas UMNO melalui Kedah Malay Union, sedangakan kita tahu UMNO dilahirkan di istana Johor, atas usaha Dato Onn Jaafar dengan kerjasama para guru dan wartawan Melayu.

  2. Dia mendapatkan sokongan orang Melayu dengan menggunakan masalah peribadi mereka untuk menyokong perjuangannya. Bukankah itu taktik yang sama dilaksanakannya dengan memutarbelitkan minda para pemimpin UMNO untuk taksub kepadanya? Oleh kerana dia mempunyai kuasa yang amat besar, dia mampu berbelanja sakan untuk menjulap setiap pemimpin UMNO baik yang sedang berkhidmat mahupun mereka yang sudah lama bersara agar terus tercungap kerana mahu mengekalkan lambang kekayaan dan kuasa.

  3. Pembubaran (ura-ura) "British Union" bukannya disebabkan usaha Mahathir mendapatkan sokongan orang Melayu yang bermasalah untuk menyokong pergerakannya. British hampir berjaya dengan rencana itu setelah majlis raja-raja Melayu bersetuju mengikut tipu helah British itu. Yang menghentikan ura-ura British itu ialah demonstrasi rakyat marhaen Melayu, yang mengingatkan British kepada peristiwa 'Bowani Junction' di India satu ketika dulu. Itulah himpunan rakyat India daripada golognan Hindu dan Islam yang bersatu di bawah pimpinan Ghandi yang meminta British membenarkan rakyat India mentadbir negara mereka sendiri. British telah cuba mengarahkan rakyat marhaen bersurai setelah mereka menyekat pergerakan keretapi dengan berbaring di landasan. Mereka enggan beredar walaupun disirami dengan air kencing.

  4. Mahathir tidak yakin rakyat Malaysia mampu mentadbir negara mereka kalau kemerdekaan dicapai. Tetapi, kenapakah di hari ini dia selalu sangat menuduh orang asing kerana mahu mengkucar-kacirkan negara ini? Malahan, dia mudah menuduh pemimpin Keadilan seperti Ezam sebagai pihak yang mudah mengikut pengaruh asing. Apakah cadangannya kepada golognan yang mengkritiknya? "Pergi daripada Malaysia dan hiduplah di negara orang."

  5. Di mukasurat "19" ada satu ayat yang berbunyi: "I value the family very much and have always tried to promote family values as a central part of my policies and political visions." Maksudnya ialah: "Saya menghargai keluarga dan memberikan penekanan terhadap kerukunan keluarga sebagai rujukan penting terhadap dasar dan wawasan politik saya." Tetapi, apakah dia memikirkan keluarga orang lain? Jawabnya tidak. Kerana itu dia sanggup memenjarakan Anwar Ibrahim dengan tuduhan yang tidak masuk akal dan menangkap serta memasukkan Azmin dan Ezam ke dalam lokap sebaik sahaja mereka pulang daripada tanah suci untuk berhari raya dengan keluarga.


Sekarang saya ingin rakamkan apa yang ditulis oleh diktator ini pada muka surat 21 hingga 23 dalam buku yang sama:



"Pulling our country out of poverty and creating a fair and prosperous society for all ethnic groups was never an easy task. I was always quite outspoken and would sometimes argue with the leadership of the party concerning their policy choices.

"In 1969, I stood for my second election. At that time, I was of the opinion that the Malays, the country's largest ethnic group, were not too happy with what independence had brought them. Becoming an independent nation had not substantially improved their livelihood, except they now had Malay leaders in government. The ordinary Malays were not faring any better than in colonial times; economically and educationally they remained backward. Only a handful of Malays were employed by major companies owned by European and others, and the Malaysian Chinese continued to control the economy.

"The election of 1969 gave the Alliance coalition, which was headed by UMNO, only a very small majority, and in some states we were unable to form a government. A very unstable and volatile situation arose and the crisis culminated when race riots broke out in Kuala Lumpur on May 13, 1969 with serious fights between the Chinese and the Malays. I blamed the political leadership of UMNO for the riots and wrote a strong letter to the prime minister, Tunku Abdul Rahman, urging him to resign. I pointed out to him that the wrong policies had been chosen for a multiracial society but this kind of candid criticism was not tolerated and I was expelled from the party.

"For three years I was exiled from politics in my own country. My break with the Tunku and the political leadership in 1969 has been documented and analysed extensively in books and academic theses and need not be repeated here. Suffice it to say that an equitable racial policy is of the utmost importance in a country with several different ethnic groups who were not enjoying the same level of economic activity. I was reinstated as a member of the party and as a senator in 1972 and was given my first cabinet post as a Minister of Education after I won the 1974 elections. Only two years later, in 1976, I was appointed deputy prime minister and this naturally set me on a course to become prime minister in 1981.

Even as a deputy minister I had plenty of ideas about what should be done for the country, but having a boss meant that I was unable to do things on my own. Thus, my first thoughts when I became prime minister in 1981 were that now I was finally free to try out all of these ideas. After becoming prime minister, I first set out to reexamine everything we had been doing. All the policies, all the day to day business of running a government, all the systems and procedures in the bureaucracy were thoroughly examined and, when necessary, new ideas and practices were implemented. We created workflow charts and office manuals for government officials so that everyone knew exactly what he or she had to do. We systematised the administration and immediately started pushing people both in government and in the general public to work harder and more efficiently to invigorate and develop the country.

My years as deputy and prime minister coincided with an era of spectacular economic and social development in Malaysia and other East Asian countries. In the following chapter I will present my view of the key mechanisms behind this period of growth and rapid development. Personally, my entire focus in this period has been on the creation of an ethnically stable and economically and socially prosperous Malaysia.

"Looking back at my years as prime minister, I think it is fair to say that my single greatest achievement has been focussing the entire nation of the future. Previously there were no truly long-term targets or plans and people just lived from day to day. My government and I created a long term vision in which everyone knew his role and which mobilised everyone, from the man in the streets to top leaders in business and politics, to work harder, for their country and for themselves. The actual results achieved gradually fostered a sense of self-confidence and belief in the future which lasted until the fateful summer of 1997."



Diktator Mahathir menulis bukunya itu pada tahun 1999. Dia banyak menggunakan bahan sejarah untuk menegakkan benang basah, seolah-olah dialah wira negara terunggul yang membawa Malaysa ke mercu yang menonjol. Sekaligus dia menghina penjajah British dan sistem PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) yang berasaskan sistem Indian Civil Service yang sungguh terkenal seantero dunia. Satu ketika dulu seseorang yang gagal dalam ujian menawat jawatan ICS masih mampu dan bangga menulis gelaran ICS (failed) di sebelah namanya. Contoh ini pernah dilakukan oleh Allahyarham Haji Mubin Shepherd. Diktator Mahthir juga lupa bahawa Malaysia sudah mempunyai Buku Rancangan Malaysia sejak lama dulu lagi sebagai asas pembanungan negara.

Alangkah ganjil, ketika Tunku Abdul Rahman memerintah negara ini hinggalah Tun Hussein Onn, tidak banyak buku yang diharamkan. Akhbar tabloid seperti Watan bebas diterbitkan, tanpa banyak sekatan. Kempen pilihanraya berjalan hampir sebulan tanpa banyak masalah dan pertempuran darah. Ketika Tunku memerintah, sesiapa sahaja boleh berbalah di parlimen ataupun di luarnya tanpa banyak masalah dan bahayanya. Hukum undang-undang ISA tidak banyak digunakan terhadap ahli pembangkang. Malahan, Tunku kerap berhenti di rumah pemimpin pembangkang tanpa sebarang temu janji, cuma untuk berbincang tanpa rasmi dan menghirup secangkir teh atau pun kopi. Kalau ada perkara yang tidak disenangi oleh rakyat terhadap kerajaan yang memerintah, mereka tulis di akhbar-akhbar ataupun mereka hantarkan memorandum untuk membantah. Pernah terjadi apabila Tunku atau pun Tun Razak ditahan di tengah jalan secara bersopan untuk membolehkan rakyat menyerahkan surat bantahan. Tidak pula rakyat itu ditangkap ataupun ditahan, dibelasah sehingga lebam matanya dan remuk tulang belakangnya. Tidak ada masalah yang tidak pernah dilalui oleh rakyat Malaysia dengan pemimpinnya secara bersama. Malahan ketika itu Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Pakeh dan pengikut mereka masih masyhor sebagai petualang negara. Nama mereka bermain di bibir pemimpin negara dan para bala tentera. Rakyat sanggup bersabar melihatkan keadaan dharurat negara berubah rupa, tanpa mahu mencetuskan banyak masalah kepada kerajaannnya.


Tetapi, lihatlah kini, apa yang terjadi? Komunis sudah lama pergi, industri timah dan getah yang sudah lama gerhana sudah lama diganti oleh sawit, gas dan minyak, pelancongan dan perindustrian. Sudah banyak hasil bumi yang berjaya dikumpulkan dan mampu menonjolkan Malaysia sebagai negara dunia ketiga yang terkaya di dunia. Sekaligus semua hasil yang lumayan itu sudah mampu memberi kesenangan kepada orang Melayu yang banyak berjuang mati-matian menegakkan keselamatan dan kestabilan politik di negara ini. Sepatutnya kemewahan yang ada itu sudah mampu memberikan ketenangan dan keyakinan kepada orang Cina dan India untuk terus hidup senang linang di sebuah negara di mana ada jaminan akan kestabilan politik di dalamnya. Tetapi apa yang terjadi sebenarnya? Di manakah hasil bumi yang dikumpulkan oleh Petronas yang sepatutnya berjumlah lebih RM 124 bilion semuanya? Kalau pun ada wang rakyat itu digunakan untuk membangunkan negara, apakah pembinaannya dan berapakah kos sebenarnya? Kalau kita sudah banyak wang simpanan hasil gas dan minyak mentah itu, kenapakah hutang negara semakin bertapuk banyaknya sehingga tiga generasi yang akan datang masih tidak mampu melunaskannya?


Penyelewengan Mega Yang Diputar-putarkan

Negara telah merdeka selama 43 tahun. Diktator Mahathir telah memegang tampuk kerajaan lebih daripada 20 tahun. Di waktu itu negara mampu naik membangun dengan menikmati tempias pembangunan ekonomi rantau Asia yang menjadikan Jepun negara terkaya di dunia dan diikuti oleh Taiwan, Hongkong dan Singapura. Filipina, Thailand dan Indonesia ikut naik sama selaras kemajuan tempias yang ada sambil mampu menyediakan tenaga buruh yang amat diperlukan oleh Malaysia. Burma, Bangladesh, Pakistan dan India malahan juga beberapa negara di Afrika telah menyumbang kepada bekalan tenaga buruh yang diperlukan, walaupun usaha untuk merencana kemasukan mereka secara tersusun tidak pernah dilakukan dengan serius kerana alasan politik yang tertentu dan untuk memperkayakan pemimpin politik yang tertentu. Tenaga yang mendatang itu bukannya digunakan di tempat yang paling diperlukan iaitu memerkuatkan industri perladangan dan pertanian ataupun perkilangan kerana itulah industri yang banyak menyumbang kepada hasil mahsyul negara. Mereka dibawa masuk secara berleluasa untuk projek mega yang membazirkan wang rakyat jelata. Yang lebih memalukan banyak projek mega itu diserahkan secara kontrak 'turnkey' kepada para suku-sakat, jongos dan para kroni. Panduan negara agar kontrak besar diberikan secara tender terbuka dimansuhkan secara mudah agar kroni yang hanya pandai mengekspot batang penyapu diberikan tender membuat ampangan haidro. Juruwang bank dan penjual insurans diberikan kontrak membuat projek tren aliran kotaraya. Wang rakyat jelata dibelanjakan untuk membina litar lumba yang digunakan hanya dua kali setiap tahun sedangkan kosnya itu mampu membina projek perumahan untuk rakyat yang berpendapatan sederhana.


Apabila projek mega diteruskan tanpa rancangan yang jitu dan tujuan yang menepati nawaitu pembikinannya, inflasi datang mengancam dan rakyat jelata turut menjadi mangsa. Kekayaan negara merudum kerana pembaziran telah menghasilkan unsur-unsur ketahanan negara terhadap serangan putar-belit matawang pasaran dunia. Projek mega dan segala kerakusan yang tercetus darinya telah melalaikan pihak yang berkuasa sehingga terus menjadi gelabah apabila dicabar oleh bencana. Diktator Mahathir terus melatah melihatkan anak-anak dan para kroni yang tertekan dan yang meminta agar diselamatkan. Sekali lagi suara rakyat diketepikan sedangkan harta warisan rakyat itu diperah tanpa persetujuan mereka ataupun tanpa mendapatkan keizinan. Ekonomi negara pun merudum dan banyak projek swasta yang terbengkalai. Tetapi, projek yang ditaja oleh si diktator tua tidak boleh dibiarkan terbengkalai kerana mesti diteruskan juga dengan menggunakan harta rakyat yang masih ada. Kalau tidak didapati mencukupi surat hutang diagihkan dengan premium yang tinggi dengan mencagarkan hasil minyak dan gas yang masih lagi berada di perut bumi.

Proses menyelamatkan para kroni dengan menggadaikan hak rakyat jelata berjalan terus walaupun teori pengurusan mengajar kita adalah lebih baik membiarkan projek yang gagal itu lingkup daripada menyelamat dan mengapongkannya. Diktator Mahathir tidak pernah mendengar teori itu, kerana kebanyakan projek mega yang gagal adalah kepunyaan keluarganya ataupun kepunyaan para kroni dan sukusakat yang difaraidkan secara proksi kepada beberapa orang bukan Melayu yang tergolong dalam Kelab Elit Jin Alam Mahatir (KEJAM).

Penyelewengan Mahathir telah cuba dibenteras oleh Saudara Anwar Ibrahim, tetapi beliau gagal melaksanakannya. Sebaliknya beliau terjebak dalam satu perangkap yang disediakan oleh si diktataor tua itu bersama satu kumpulan insan berhati syaitan yang sanggup membelakangkan Tuhan kerana ketaksuban kepada kekayaan di dunia ini. Ketika kumpulan insan jahanam ini melakar program menghenyak Anwar Ibrahim ke kancah penghinaan, Mahathir secara solo mengelilingi dunia dan berucap untuk memperlekehkan George Soros sebagai penyangak matawang antarabangsa yang menjahanamkan ekonomi Asia Tenggara. Yang anihnya, hampir seluruh dunia faham dan sedar bahawa Soros bukannya insan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ekonomi yang merudum secara serentak itu. Kenapakah Soros dipersalahkan, sedangakan di waktu ekonomi Malaysia menjunam, ekonomi Taiwan dan Singapura tidak pun terjejas dengan teruknya? Kenapakah kejatuah ekonomi Malaysia berlaku sama masanya dengan kejatuhan ekonomi Filipina, Indonesia dan Thailand?

Mahathir cuba menuduh orang lain kerana kerakusannya. Dia cuba mendapatkan simpati dunia degan menuduh Soros, tetapi dia hanya ditertawakan sahaja. Taktik memperbodohkan dunia agar dia dapat gunakan simpati mereka untuk memperkokohkan kedudukannya di Malaysia menghadapi jalan buntu. Dia tidak mampu mempengaruhi rakyat Malaysia bahawa ekonomi negara merudum kerana ada sekongkolan di antara Soros dan Saudara Anwar Ibrahim dan kuasa besar asing seperti Amerika yang telah menghamparkan permaidani merah ketika Anwar melawat negara besar itu. Tinggallah stategi terakhir yang berasaskan buku '50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri'

Untuk memahami jalan cerita kerakusan Mahathir untuk terus berkuasa eloklah kita rakamkan di sini apa yang berlaku satu ketika dulu di mahkamah pada 19 April, 2000 ketika peguam Gurbachan Singh Deo menyoal Nurazman bin Abdullah @ Baginda anak Minda sebagai saksi pendakwaan nombor 28 (D28);


Gurbachan (G): Adakah kamu kenal sseorang yang bernama Datuk S'ng?

Baginda (B): Ya, Yang Arif, saya kenal.

G: Apa hubungan kamu dengannya?

B: Bekas majikan saya.


G: Adakah kamu juga kenal dengan seorang perempuan bernama Umi Hafilda bt. Mohd. Ali?

B: Ya.


G: Semenjak bilakah kamu kenal dia?

B: Sejak 1992.


G: Adakah apa-apa hubungan antara kamu dengan Umi Hafilda dengan Datuk S'ng?

B: Ada.


G: Apa dia?

B: Pada mulanya ada rancangan antara saya, Datuk S'ng dan Umi membuat projek sekolah.


G: Khususnya projek apa?

B: Untuk membekal kasut dan baju (pakaian) seragam.


G: Pada bulan Jun 1998, adakah kamu bersama-sama Datuk S'ng, Ummi dan lain-lain orang pergi ke London?

B: Ya, saya dengan Datuk S'ng, Ummi dan seorang lagi rakan saya bernama George bertolak ke London.


G: Adakah kamu bertolak ke London dari lapangan terbang Subang?

B: Benar. Dari Terminal 1.


G: Di lapangan terbang, adakah apa-apa berlaku mengenai buku 50 Dalil?

B: Sebelum saya 'check-in' Ummi telah memberi kepada saya buku ini.


G: Apa tujuan Ummi memberi buku itu kepada kamu?

B: Dia kata dia nak tunjuk satu gambar dia bersama dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Shamsidar yang terkandung dalam buku itu.


G: Berapa hari kamu tinggal di London?

B: Datuk S'ng dan George hanya tinggal 4 hari dan saya da Ummi 5 hari.


G: Semasa di London adakah kamu dan Ummi tinggal di rumah ini?

B: Benar.


G: Semasa di London adakah Ummi menceritakan kepada kamu Siapakah yang menaja buku 50 Dalil?

B: Ummi pernah memberitahu saya dan Datuk S'ng ada tiga orang yang menaja buku ini - Dato Tengku Adnan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim.


G: Semasa di London, kamu tahu sama ada Ummi Hafilda menelefon beberapa orang di Malaysia/

B: Dia pernah menelefon beberapa orang seperti Khalid Jefri dan Tun Daim, tetapi dia gagal menghubungi.


G: Adakah Ummi menceritakan siapakah orang lain dalam reka-rekaan kandungan buku ini selain daripada Khalid Jafri.

B: Tidak, hanya Khalid Jafri.


G: Adakah Ummi menceritakan kepada kamu tentang Azizan, khasnya tuduhan l**** terhadap Anwar?

B: Ya. Ummi ada memberitahu saya ia telah memaksa Azizan mengaku Yang dia dil**** oleh Anwar.


G: Apa yang Ummi kata mengenai pengakuan yang Azizan dipaksa membuat?

B: Ummi berkata dia sangat benci dengan Anwar Ibrahim dan abangnya Azmin, oleh kerana mereka berdua tidak pernah beri projek padanya. Dia benci, itu sebab dia memaksa Azizan untuk mengaku dia dil****.


G: Adakah Ummi memberitahu kamu tujuan dia memaksa Azizan membuat pengakuan dia dil****?

B: Supaya Anwar jatuh dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.


G: Adakah Ummi memberitahu kamu sama ada beliau mengharapkan projek atau apa-apa?

B: Ya.


G: Apa dia ?

B: Ummi pernah memberitahu saya, bila Anwar dijatuhkan, dia akan dapat Projek Iklan di Lapangan Terbang Sepang sebanyak 10 tiang (papantanda besar), satu papantanda bernilai 1 juta.


G: Adakah Ummi beritahu dia akan dapat projek daripada siapa?

B: Ada. Tun Daim akan memberikan projek.


G: Adakah Ummi memberitahu kamu perkara l**** antara Anwar dan Azizan ini berlaku atau tidak?

B: Mula-mula dia berkata memang berlaku, 'she wants to convince me. Tetapi oleh kerana saya sangat rapat dengan dia, akhirnya dia memberitahu saya semua ini direka untuk menjatuhkan Anwar.


G: Berapa rapat?

Saksi seolah kurang faham maksud soalan itu. Hakim memberitahu Gurbachan bahawa perkataan 'sangat rapat' itu sudahpun jelas dan dia tidak payah tanya sekali lagi. Tetapi Gurbachan mengulangi soalan itu sekali lagi.

B: Saya dengan Ummi pernah buat hubungan seks. Itu sebab saya kata saya ada hubungan rapat.


Hakim: Go ahead. He is your witness. You can ask question you like!


G: I am not going to ask question I like, but will only ask question which are relevant! (Kepada saksi): Di mana dia buat hubungan seks dengan kamu?

B: Di London.


G: Bilakah hubungan rapat dengan kamu bermula?

B: Semenjak Jun 1998.


G: Apakah yang Ummi beritahu selanjutnya berkenaan dengan l**** selepas hubungan rapat antara kamu berdua?

B: Umi pernah memberitahu saya bahawa dia akan memberi RM200,000 kepada bekas isteri saya untuk saya berkahwin dengannya.


G: Pernah dia beritahu di mana dia akan dapat RM20,000 itu?

B: Dia ada beritahu, selepas Anwara dijatuhkan, "kita akan dapat RM10 juta dari projek Sepang." Dia berkata dia janjikan 25% saham dalam projek Sepang kepada saya.

..
^

GG: Pada masa itu, iaitu Jun 1998, adakah kamu sudah berkahwin?

B: Ya, saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.


G: Adakah kamu tahu kenapa pada mulanya Ummi mengatakan bahawa perbuatan L**** antara Awnar dengan Azizan memang berlaku tetapi akhirnya ianya hanya reka-rekaan sahaja untuk menjatuhkan Anwar?

B: Mula-mula kita belum rapat. Akhirnya (apabila) hubungan kami semakin rapat, saya bertanya dengan Ummi saya mesti diberitahu sebenarnya apa yang berlaku. Ummi memberitahu saya semuanya direka untuk menjatuhkan Anwar, untuk mendapatkan projek.


G: Boleh kamu ingat tarikh kamu dan Ummi balik dari London?

B: 22 Jun 1998


G: Adakah Ummi memberitahu kamu mengenai surat yang dikatakan ditulis oleh Ummi kepada Perdana menteri?

B: Ya, ada. Dia ada menyatakan bahawa dia ada menulis surat kepada Perdana menteri. Tetapi dia pernah memberitahu saya bahawa kandungan surat yang ditulis itu sudah diubah.


G: Dia ada beritahu kamu siapa yang ubah surat itu?

B: Ada. Dato' Aziz Shamsuddin.


G: Selepas balik dari London pada Ogos 1998, adakah Ummi menceritakan kepada kamu apa-apa mengenai hubungan beliau dengan bapanya?

B: Ya, dia ada memberitahu saya. Pada satu malam dia tak boleh tidur dan menelefon saya (dan mengatakan) bapa dia menghalau dia dari rumah. Dia memberitahu ini disebabkan dia memberi "part of the information" (sebahagian dari maklumat) - iaitu gambar - yang dimasukkan ke dalam Buku 50 Dalil. Bapa dia marah sebab dia bagi information itu dan tak menganggap dia sebagai anak.


G: Ingat tak berapa perkataan yang digunakan (oleh Ummi)?

B: Bapanya tak anggap dia "sebagai anak dunia dan akhirat" kerana dia memberi maklumat dalam kandungan buku itu.


G: Adakah Ummi beritahu, bapanya halau dia dari rumah kerana dia mereka-reka sesuatu?

B: Kerana dia cuma bagi information. Information itu palsuˇ­sebab itu, bapa dia tak anggap dia sebagai anak.


G: Itu sahaja.


Mahkamah berhenti sidang sekejap pada jam 11.05 pagi dan bermula semula pada jam 11.45 pagi. Tetapi, Gurbachan bangun semula dan meminta kebenaran untuk menyoal lanjut. Hakim membenarkannya dan pihak pendakwaan tidak membantah.

G: Adakah Ummi beritahu kamu siapakah di belakang buku 50 dalil?

B: Ummi pernah memberitahu (saya) Perdana Menteri orang yang dibelakang buku itu.


G: Adakah Umi memberitahu kamu sesiapa dari Pejabat Perdana Menteri yang meminta dibekalkan 50 Dalil semasa kamu di London?

B: Dia memeritahu saya (bahawa) Aziz Shamsuddin dari jabatan Perdana Menteri meminta dibekalkan 40 buku.


G: Adakah Umi memberitahu kamu dia berjumpa sesiapa di Sepang?

B: Ada. Dia berjumpa dengan Tun Daim dan Daim mengarahkannya pergi berjumpa dengan Tan Sri Basir. Dia (Ummi) beritahu, apabila dia sampai, dia diberitahu Tan Sri Rahim Tamby Chik sudah menunggu dia di situ.


G: Adakah Ummi memberitahu kepada kamu sesiapa orang lain yang terlibat alam mereka-reka tuduhan l**** dalam kandungan buku 50 Dalil?

B: Ada. Dia kata Tengku Adnan, Daim, Rahim Tamby Chik yang terlibat.

Mahkamah ditangguh apda jam 12.00 tengah hari. Pihak pendakwa enggan menyoal baginda kerana menunggukan Hafilda dipanggil oleh mahkamah. Pihak pembela pula menunggu sehingga mahkamah memutuskan sama ada Dato' Seri Diktator Mahathir perlu datang ke mahkamah sebagai saksi untuk memberi keterangannya. Beliau enggan hadir walaupun sudah diberikan safina sebanyak dua kali.

Saya mengajak para pembaca meneliti maklumat yang dirakamkan kali ini. Cuba fikirkan masak-masak siapakah yang sebenarnya mencetuskan perpecahan di kalangan orang Melayu? Siapakah yang mencetuskan suasana huru-hara yang menjejaskan pelaburan negara? Sekarang, kesan semua kerja bajingan ini sudah meletakkan ekonomi negara di satu tahap yang sungguh menakutkan. Cara memperbaikinya dikatakan terletak kepada perpaduan orang Melayu yang telah terjejas "oleh mainan politik parti pembangkang dan kerana ketaksuban kepada fundamental Islam".

Inilah mainan Mahathir selama ini. Dia gunakan semua fitnah itu untuk menakutkan orang Melayu agar bersatu kalau tidak Melayu lemah. Apabila Melayu lemah kaum lain seperti Cina akan menggugat ketuanan Melayu dan Hak keistimewaan orang Melayu. Inilah putar belit UMNO dan Mahathir selama ini. Dia masih mahu menipu bangsa Melayu, seperti dia menipu seluruh dunia bahawa dialah pengasas UMNO.

UMNO dan Mahathir sudah menggunakan segala media perdana untuk mencanangkan usaha perpaduan Melayu itu. PAS dan Keadilan dikatakan sudah bersetuju dengan isu itu dan "menunggukan agendanya sahaja". Tetapi sedarkah orang Melayu semuanya bahawa taktik kotor ini sebenarnya menggugat keharmonian negara kerana sekaligus ia memperlekehkan kewujudan kaum lain yang selama ini menyumbang terhadap pembangunan negara?

Kini, Mahathir mahukan orang Melayu bersatu setelah 'berpecah'. Siapakah raja pencetus perpecahan itu? Betulkah Melayu sudah berpecah ataupun hanya UMNO yang berpecah?

-Marhaintua-
2 Januari 01.

Bersambung...