Laman Webantu   KM2A1: 3512 File Size: 7.6 Kb *



Pelandok Umno Sudah Terjerat Kaki Sendiri..!!
By Amin Sapiro

3/1/2001 9:52 am Wed

Amin Sapiro (masih bertanya - benarkah Melayu Berpecah?)

[Mahathir nampaknya mahu menggunakan isu perpecahan melayu pula untuk menjadi juara baru sedangkan orang melayu sebenarnya lebih banyak berpecah sejak Mahathir memasukki Umno lagi. Perpecahan itu semakin ketara bila dia menguasai kerusi presiden dan hasilnya umno sendiri berpecah dua (atau lebih lagi?) dalam kes Ku Li dan berpecah tiga (atau lebih lagi) dalam kes DSAI yang terkini. Itu belum dikira lagi bagaimana Mahathir menikam perdana menteri umno terdahulu tanpa belas dan tanpa kasihan. Proses pengaiban dan demam surat layang bermula dengan rancak di zaman Mahathir juga dan polis pula semakin mengganas sejak diasuh oleh Mahathir yang sekian lama menguasai KDN.

Mahathirlah yang memusnahkan al Arqam dan dia juga yang bertanggungjawab di Memali kerana dalam kes tersebut pihak polis Bukit Amanlah yang menjadi master mind (dalang penggerak) kesemuanya terjadi. Mereka menculik Abu Ya dan menipu kononnya markas Ibrahim Libya adalah markas kominis. Akhirnya IKS melayu islam al Arqam musnah sama sekali dan Kedah dimurtadkan sehingga menjadi-jadi. Salah siapa lagi jika tidak orang yang selama ini menguasai polis yang turut memecahkan pintu rumah AI tempoh hari?

Cukuplah dengan dua pecahan besar dalam UMNO dan tiga pemecahan 'pintu' rumah orang melayu yang berugama. Elakkan semua pecahan itu dengan menyumbat Mahathir ketempat yang sewajarnya - jika tidak lebih banyak pintu akan pecah dan orang melayu akan hilang semua tanah dan maruah - alang-alang wawasan dan projek penswastaan yang melintang pukang. Yang senang rupanya kroni tersayang tetapi yang rakyat hanya layak mewarisi hutang yang tidak berkesudahan..... - Editor]



PELANDOK UMNO SUDAH TERJERAT KAKI SENDIRI..!!

TIDAK ada orang Melayu yang bimbang jika isu perpecahan Melayu menjadi minat Mahathir Mohamad secara tiba-tiba. Apa yang hendak digelabahkan Mahathir? Tidakkah selama ini perpecahan Melayu itu sangatlah yang menjadi agenda beliau sejak menjadi Presiden UMNO?

PAS Diserang Saban Perhimpunan

Semua orang yang punya minat untuk menyemak ucapan pemimpin UMNO pasti akan menyimpan satu siri ucapan Mahathir di Perhimpunan UMNO.

Saban tahun, maudhuk ucapan Mahathir tidak akan lengkap jika tidak diluahkannya hasutan busuk dan adu-domba mengutuk keras parti PAS. Walhal Mahathir dan pemimpin UMNO tahu bahawa PAS adalah berteraskan Melayu dan Islam.

Malangnya, pemimpin UMNO yang telah dirasuah dengan habuan sepinggan nasi dan wang ganjaran membeli kain pelikat oleh Presiden 'keparat' mereka, akan gelak berdekah-dekah sebaik saja Mahathir menaburkan kata-kata fitnah yang tidak bermaruah terhadap parti Melayu itu.

Sekembali mereka ke kampung halaman, pemimpin jenis inilah yang gigih menyebar mandat Mahathir untuk memecah-belahkan umat Melayu dengan pelbagai dakyah dan kata nista. Sementara Mahathir, anak-anak dan Kroninya memilih mana-mana mandat Perhimpunan yang akan mengenyangkan tembolok mereka. Orang Melayu terus melopong saja!! Tak boleh buat apa-apa!

Bila sampai tahun depannya, Mahathir akan meneruskan SANDIWARA busuknya lagi. Sekali lagi puak UMNO akan dipesonakan dengan pelbagai cerita 'Pak Kadok'. Kemudian balik semula mereka ke kampung - setelah berhari-hari menadang tempurung!!

UMNO - Agen PEMUSNAH Perpaduan Melayu

Kesan dari karenah busuk Mahathir yang gila kuasa itu - Melayu semacam berpecah. Yang tinggal dalam PAS hanyalah mereka yakin bahawa perjuangan mereka adalah menegakkan kemerdekaan negara dan maruah bangsa.

Sementara UMNO pula cukup pelahap menjual setiap inci tanah pusaka orang Melayu, mencagarkan maruah orang Melayu hingga kaum pendatang mewah melimpah ruah. Itulah jasa UMNO paling jelas!! Orang Melayu dapat apa? Abok pun tak ada!

Cuba tanya Mahathir, berapa jumlah Tanah Simpanan Melayu yang dirampas oleh Kroni beliau? Tanya Mahathir, kaum mana yang dihakis hak mereka oleh kepimpinan UMNO berpresidenkan beliau (Mahathir)?

Cuba tanya Mahathir siapa yang merogoh biasiswa anak-anak Melayu hingga diubahpinda menjadi pinjaman? Adakah Mahathir peduli dengan kemiskinan yang menekan orang Melayu? (P*k*M*k punya anak keling bastard - pandai cakap tak serupa bikin.. Mahathir inilah anti-Melayu!!).

Nah! Maka timbullah konsep fragmantasi 'Melayu UMNO' dan 'Melayu bukan UMNO'. Rakyat Kelantan terbiar dalam kemiskinan. Di Trengganu makin ketara: Kemiskinan 'Melayu bukan UMNO' dengan kekayaan 'Melayu UMNO'!! Itulah perpecahan Melayu sebenar!! (Mahathir ada komen apa-apa? F***-off this bloody bastard!!).

Ketulusan Mahathir Dan UMNO Harus Diragui

Hari ini, perpecahan Melayu yang dikhayalkan Mahathir Mohamad telah meragut UMNO. Orang Melayu semua tahu bahawa isu perpecahan Melayu itu sebenarnya hanya khayalan Mahathir umpama sebuah SANDIWARA terakhir beliau untuk duduk ditampuk kuasa.

Bila Mahathir berkuasa, perhatikan apa sudah jadi selepas November ?99? Mana ada pemimpin UMNO yang berterima kasih kepada Rakyat? Apa Ali Rustam sudah buat. Apa Khir Toyo sudah lakukan? Apa Mahathir arahkan kepada FRU di Jln Kebun?

Kesimpulannya: UMNO dan Mahathir tidak mampu lagi meraih sokong orang Melayu kepada puak UMNO. Yang jelas, UMNO sendiri sedang menerima BENCANA. Untuk apa diwarwarkan lagi perpaduan Melayu itu jika yang hakiki sekarang ialah orang Melayu sejak Anwar dipecat Mahathir melalui Konspirasi kotor semakin berpadu setelah BERPECAH dari UMNO dan berpihak kepada Pembangkang Melayu (BA)?

Biarkan UMNO Karam Dalam Mimpinya

Semakin nyata sekarang, para pemimpin tiga parti politik Melayu dalam Barisan Alternatif telah dapat menafikan kebenaran ungkapan popular 'tidur sebantal mimpi lain-lain.'

Pilihanraya November '99 menampak kesan paling mengancam kewibawaan UMNO. Parti ini sudah kehilangan sebuah negeri dan sejumlah kerusi Dewan Undangan Negeri. Mana-mana wakil mereka yang menang hanya dibilang dengan ratusan cuma. Inilah bukti 'bantal yang itu mencerna mimpi yang satu'.

Namun pemimpin UMNO masih tak sedar diri. Mahathir masih meneruskan agenda menjual negeri. UMNO masih terperangkap dengan Kezaliman dan Politik 'balas dendam' yang tidak berkesudahan.

Akhirnya UMNO/BN 'karam' di Lunas. Kunci kemenangan UMNO/BN sudah mampu dirampas. UMNO/BN TUMAPAS!! Jentara BA semakin diperkemas. Inilah yang menyebabkan Mahathir dan UMNO semakin cemas!

Apa Kata Rakyat Sekarang?

"Berundinglah dan berbincanglah kalian dalam semangat ukhuwah Islamiah semoga perpaduan bangsa Melayu terus kukuh dan dihormati". Itulah kata rakyat.

Maknanya, dengan putarbelit agenda-rencana dan pensekularan Islam oleh pemimpin 'bangsat' UMNO yang berkeliaran bagai cacing kepanasan sekarang; InsyaAllah - your days are numbered by the Rakyat!!

Senarai mereka yang akan diheret ke mahkamah rakyat sudah diperlengkap. Mungkin penjara Sg. Buloh harus direnovasi dan diperbesar bagi menyumbatkan mereka puak keparat ini..!! Tahun 2004 ditunggu penuh cemas!!

Tak perlulah dibicang isu 'Perpedcahan Melayu' itu; sebab isu itu tidak wujud langsung sebenarnya! Biarlah Mahathir dan UMNO berkhayal dalam mimpi 'di siang hari'nya!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO Berpatah Arang)