Laman Webantu   KM2A1: 3511 File Size: 12.5 Kb *



Mesti Baca: Awas Pimpinan BA! Ini Jerangkap Samar!!
By CDB

3/1/2001 7:38 am Wed

[Saya kira rencana dari kawan lama saya ini akan membuka satu lebaran baru dalam perjuangan kita pada tahun baru 2001 ini. Semoga ia dapat memberi semangat baru kepada penulis lain yang masih 'bercuti' sejak Ramadhan lagi.

Mahathir sudah hampir tenggelam dan dia sudah kekeringan buah fikiran. Segala sandiwara ciptaannya telah gagal untuk menghidupkan Umno, sebaliknya ia semakin mengkuburkan Umno sendiri. Pihak BA harus berwaspada kerana sudah terlalu banyak pihak yang mulia musnah dan terbakar hangus bila disentuh oleh tangan seekor setan yang bermaharaja di bumi Malaysia ini. Kini setan itu mahu berjabat tangan lagi tetapi tangan kirinya masih berisi racun Yahudi.

Mahathir perlu membebaskan semua yang dicengkam oleh tangan kirinya itu sebelum beliau menghulur tangan 'perpaduan' itu. Tanpa itu, dia cuma mahu membebaskan dirinya sahaja yang menjadi punca rosaknya negara dan musnahnya ugama dan nama insan yang telah dinodainya selama ini. - Editor]


AWAS PIMPINAN BA ! INI JERANGKAP SAMAR !!

Dalam Surah Yunus, Ayat 90, Allah s.w.t. menceritakan tentang kisah Firaun yang hampir kelemasan setelah tenggelam di Laut Merah akibat mukjizat Nabi Musa a.s. Di saat-saat hampir tenggelam lemas itu, Firaun yang selama ini begitu angkuh dan kufur daripada beriman kepada seruan Nabi Musa a.s. tiba-tiba mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dan seruan yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Allah s.wt. kemudiannya menempelak pengakuan 'beriman' oleh Firaun tersebut dengan firmanNya yang bermaksud, "Apakah sekarang baru kamu percaya padahal sesungguhnya kamu telah durhaka semenjak dahulu dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan" (Yunus: 91)

Ayat di atas antara lain memberikan kita iktibar dan pengajaran bahawa seseorang manusia itu, apabila sudah tersepit dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi serta ditambah pula dengan kekuasaan yang hampir musnah, akan sanggup berbuat apa sahaja untuk melepas atau menyelamatkan dirinya dari maut atau kemusnahan. Ketika di puncak kuasa, orang yang sama jugalah yang begitu kejam dan zalim serta sombong takabbur dari tunduk kepada kebenaran dan keagungan Ilahi. Ketika di puncak kuasalah orang yang sama akan menggunakan segala kekuatan dan kekuasaan untuk menumpaskan apa sahaja seruan kebenaran yang dihadapkan kepadanya.

Berhubung dengan ini, saya ingin mengulas mengenai seruan ke arah perpaduan Melayu yang ditimbulkan oleh Mahathir sebelum Aidilfitri lepas. Setelah meneliti kenyataan Mahathir itu dan menganalisis semula segala tuturkata dan perbuatannya selama ini, nyatalah bahawa seruan 'perpaduan' Mahathir itu tidak lain sedikit pun daripada kisah Firaun yang hampir mati kelemasan dalam ayat yang saya sebutkan di atas tadi. Dan kebetulan pula, orang yang menyeru itu pernah mengaku yang dirinya adalah Mahafiraun. Adakah sejarah Firaun hampir 3000 tahun dahulu berbalik semula pada alaf baru ini? Kenapa baru sekarang Mahathir beria-ia benar mahukan perpaduan Melayu? Kenapa baru sekarang Mahathir tiba-tiba tersedar yang orang Melayu sudah tidak bersatu? Betulkah orang Melayu kini sudah tidak bersatu? Bersatu yang bagaimana pula yang dibimbangkan sangat oleh Mahathir itu? Sejak bila pula Mahathir mahu menjadi juara inginkan perpaduan Melayu? Tenat sangatkah orang-orang Melayu sekarang?

Adakah setelah UMNo kalah teruk dalam pilihanraya 1999 lepas maka baru beliau teringat akan formula perpaduan? Apakah setelah kalah di Lunas maka baru beliau tercari-cari idea untuk perpaduan? Apakah setelah Suqiu membuat tuntutan itu dan ini maka beliau rasakan orang-orang Melayu sudah sangat tercabar dan terancam? Apakah setelah menyedari segala helah dan strategi politiknya untuk memulihkan semula keyakinan dan sokongan orang-orang Melayu kepada Umno dan BN gagal, maka beliau mahu mengambil pula pendekatan secara defensif dengan parti-parti pembangkang?

Kita lihat, dalam mana-mana peperangan, biasanya yang menawarkan perdamaian adalah pihak yang kalah atau merasakan akan kalah dalam medan pertempuran. Setelah segala strategi dan taktik perang digunakan tetapi kemenangan masih belum menampakkan tanda-tanda menyebelahinya, seseorang panglima perang biasanya akan menawarkan gencatan senjata. Gencatan senjata merupakan alternatif dalam mana-mana pertempuran untuk mengurangkan kerosakan dan kematian.

Dalam kes UMNo dan BN ini, saya melihat banyak persamaannya antara pertempuran di medan peperangan dengan 'pertempuran' antara rakyat majoriti terhadap Mahathir dan UMNOnya. Tahap kebencian rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi terhadap Mahathir dan UMNonya. Setelah merasakan yang rakyat kini banyak memberikan sokongan kepada pembangkang atau Barisan Alternatif, Mahathir sudah tidak mempunyai banyak pilihan untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaannya. Setelah puas dan 'letih' menyerang dan menghentam orang-orang Melayu dan Cina, si Mamak Gila itu mencuba pula umpan ke arah perpaduan. Kononnya orang-orang Melayu sudah begitu meruncing sekali berpecahnya. Sudah mahu mengaku kalahkah Mahathir?

Jika benar Mahathir sukakan perpaduan orang-orang Melayu, kenapa selama ini apabila PAS mengajak mengadakan muzakarah sejak sekian lama, tetapi UMNo tetap menyepikan diri ? Kenapa ada-ada sahaja helah dan alasan untuk mengelakkan muzakarah tersebut meskipun PAS tidak menetapkan sebarang syarat yang mesti dipatuhi. Jika benar Mahathir ikhlas untuk menyatupadukan orang-orang Melayu, kenapa selama ini beliau begitu lancang dan celupar sekali menghentam parti-parti komponen BA, terutama sekali PAS. Jika benar Mahathir jujur dalam hasratnya itu, kenapa kini, setelah UMNO dan kerajaannya berada dalam keadaan nazak, maka baru disuakan niat inginkan perpaduan? Ingin membincangkan perpaduan? Apakah seruan kepada perpaduan hanya dibuat setelah menyedari nafasnya sudah tercungap-cungap dan beliau sudah mati akal untuk mencari formula bagi mengembalikan sokongan orang-orang Melayu kepada kerajaan dan UMNonya?

Hanya setelah segala isu dan sandiwara yang direkacipta gagal juga meyakinkan rakyat, maka alternatif terakhir ialah menawarkan 'gencatan' senjata dengan komponen BA? Hanya setelah sandiwara Sauk gagal? Hanya setelah Lunas meranapkan segala nafsu buas untuk terus bermaharajalela ke atas rakyat ? Hanya setelah sandiwara Suqiu hancur hancai? Inikah 'keikhlasan' yang Mahathir mahu pamerkan kepada rakyat? Inikah 'niat murni' yang Mahathir insafkan setelah hampir 20 tahun merompak dan menyamun wang dan harta benda rakyat dengan menggunakan segala kuasa dan kekuatan yang ada padanya? Inikah 'taubat nasuha' yang Mahathir perolehi hidayahnya setelah habis segala khazanah dan kekayaan negara dimilikperibadikan kepada anak bini dan para kroninya selama ini?

Dan adakah ini 'inayah' dan 'petunjuk Ramadhan' yang Mahathir perolehi semasa bulan puasa baru-baru ini lantas beliau tersedar dari lamunan gilanya yang merasakan dirinya tetap popular dan masih mendapat sokongan parti, walhal ulat dalam tahi pun sudah tidak sudi lagi berperdana-menterikan dirinya yang maha bangsat itu? Maka menjelang sahaja (kununnya untuk mencari berkat) Aidilfitri lalu dilontarkan ungkapan lunak merdu 'marilah kita bersatu padu kembali demi kekuatan orang-orang Melayu'? Sejak bila pulalah orang-orang Melayu berpecah belah hinggakan seolah-olah akan lenyap dan hancur-leburlah baka Melayu di mukabumi Malaysia ini bak dilanggar garuda lagaknya? Adakah bila orang-orang Melayu sudah melafazkan 'talak tiga' kepada Mahathir dan UMNOnya maka Mahathir terhegeh-hegeh mencari 'Cina Buta' untuk memujuk dan merayu pari-parti komponen BA agar 'kembalilah padaku'? Alahai!.'jujur' sungguh PM ku ini !!

Bagi saya dan saya yakin majoriti daripada kita akan bersetuju dengan saya bahawa jika benar Mahathir jujur dan ikhlas untuk menyatupadukan kembali orang-orang Melayu dan bukannya suatu helah politik orang yang tersepit dan 'kelemasan', maka perkara-perkara berikut wajib terlebih dahulu beliau laksanakan dengan SEGERA dan TANPA SYARAT, iaitu;


  1. Membebaskan Sdr Anwar Ibrahim daripada penjara politik yang dipaksakan ke atasnya dan Mahathir mesti menuntut maaf kepada Anwar dan keluarganya baik secara peribadi mahupun secara terbuka dan membersihkan nama Anwar bukan sahaja secara perundangan malah secara peribadi kerana Mahathir telah mencemarkan dengan teruknya maruah Anwar ke seluruh dunia.

  2. Mengembalikan semula wang royalti Petronas kepada kerajaan Terengganu serta berikrar untuk menghormati pilihan rakyat Terengganu dalam memilih kerajaan yang disukai mereka.

  3. Menghentikan serta merta politik kotor dan perkauman yang dilakukan selama ini.

  4. Membebaskan secara mutlak dan meyakinkan rakyat, Institusi Kehakiman dan Perundangan serta Polis daripada campurtangan secara menjijikkan semata-mata untuk melampiaskan nafsu dan dendam politik kepada seterunya, khasnya ke atas Sdr Anwar dan rakyat amnya.

  5. Mengembalikan semula permit penerbitan kepada Harakah dan Detik dan seumpamanya agar rakyat dapat berfikir secara waras dalam menilai pandangan kedua dalam apa jua isu.

  6. Memberhentikan segera segala usaha dan niat seterusnya untuk merompak dan menyamun wang rakyat dalam KWSP, Tabung Haji, Dana Pencen dan sebagainya untuk menyelamatkan syarikat-syarikat Mirzan, Mokhzani, Daim dan para kroni.


Inilah sebahagian daripada isu-isu besar yang perlu Mahathir berikan perhatian sebelum beliau layak untuk bercakap dan mengajak pimpinan BA duduk di meja rundingan untuk membincangkan soal perpaduan Melayu yang digembar-gemburkannya itu. Bukankah perkara-perkara yang saya sebutkan tadi itulah yang menjadi asas kepada penentangan dan kebencian rakyat terhadapnya dan menjadi punca kepada 'perpecahan' Melayu yang dibimbangkan sangat oleh Mamak Gila itu.?

Berhubung dengan 'pujukan' lemak merdu yang dilontarkan oleh Mahathir itu, ingin saya memberi amaran dan ingatan kepada pimpinan tertinggi BA, khasnya kepada Ustaz Fadzil Noor dan Kak Wan bahawa ini merupakan suatu 'perangkap' dan jerangkap samar yang amat merbahaya sekali, yang cuba dipasang oleh Mahathir untuk menyelamatkan dirinya yang sedang kelemasan di lautan dan gelombang yag diciptanya sendiri. Perbandingannya saling tak tumpah dengan Firaun yang sanggup mengaku 'beriman' kepada Allah s.w.t. setelah lemas ditelan Laut Merah dalam kisahnya dengan Nabi Musa a.s. dahulu, seolah-olah macam Tuhan tak tahu apa yang ada dalam hati perutnya itu.

Ingin saya ingatkan bahawa Mahathir adalah satu-satunya manusia yang percakapannya tidak boleh dipercayai sama sekali, hatta setengah perkataan yang keluar dari mulutnya pun. Dan Mahathir adalah selicik-licik manusia dalam mengatur strategi politiknya. Jika sesuatu itu tidak mendatangkan sebarang keuntungan atau kejayaan kepadanya, jangan diharap yang manusia bernama Mahathir bin Mohamed Iskandar Kutty itu akan 'mengalah' kepada pihak yang lain. Harus diingat bahawa penasihat Mahathir bukan sahaja Yahudi yang berada di belakang tabirnya, malah para iblis dan syaitan yang berselindung di sebalik bomoh-bomoh dan fengsui yang menjadi kiblatnya !! Saya bukannya mahu meragui kebijaksanaan pucuk pimpinan kita, tetapi memberikan ingatan antara satu sama lain adalah sebaik-baik cara untuk membantu menguatkan saf perjuangan kita. Barang harus tidak dilupakan bahawa Mahathir adalah sebesar-besar 'makhluk perosak' di muka bumi Malaysia ini yang tidak layak sama sekali untuk bercakap atau mengajak kepada perpaduan. Bukankah beliau yang menjadi bapak perpecahan selama ini dan semenjak dari zaman Tunku lagi? Pergi jahannam lah dengan si Mamak Tongkang yang dah nak mampuss tu !!

-Cucu Datuk Bahaman-
01/01/2001