Laman Webantu   KM2A1: 3510 File Size: 12.3 Kb *



TJ MT SadK: Apakah Kita Tergolong Sebagai Pembohong Jua?
By Sadirah K

3/1/2001 6:35 am Wed

Fokus Khas:

[Pihak kami memohon maaf kerana terlambat menyiarkan rencana ini serta tidak dapat menyertakan rencana asalnya yang berbahasa inggeris kerana akhbar Harakah tersebut telah menghilang di kampung.

Rencana terjemahan oleh Pak MT ini jelas menunjukkan bahawa Mahathir memang tidak bersedia untuk membanteras jenayah korup dalam pimpinannya. Dia telah menangis dan dia telah berdoa tetapi dia masih tidak muncul-muncul di mahkamah untuk menyatakan kebenaran. Hanya orang yang bersalah takut untuk berdepan dengan soalan mudah seorang peguam. Mahathir sudah tewas kerana tidak bersedia ke mahkamah, malangnya ramai orang masih tertipu dengan tuduhan dan pujuk-katanya di luar mahkamah. Bayangkan tidak ada sesiapa pun yang mencabar kenyataan Datuk Shapei Yahya sampai kini - mengapa Peguam Negara berdiam diri dan tidak mendakwa sesiapa sampai kini? Apakah Peguam Negara sendiri masih belum cukup belajar lagi atau sudah menjadi seorang barua terkini?
- Editor
]



Penterjemah: -MT-


Apakah Kita Tergolong Sebagai Pembohong Jua?
(Are We part Of The Lie?)

oleh: Sadirah K.


Pilihanraya kecil Lunas telah menyerlahkan masalah sosial yang sudah lama menghantui masyarakat kita. Ia bermula dengan penyingkiran Saudara Anwar Ibrahim. Kisah yang berikutan dan berkaitan dengan penyiksaan yang ditanggungnya dan beberapa tuduhan yang dilontar terhadapnya telah menambahkan banyak soalan lagi.


Satu pembohongan telah dilakar dan banyak usaha telah dilakukan oleh ramai manusia untuk memperakukan pembohongan ini. Bahawa seorang pemimpin teragung sanggup berbohong dalam hal ini tidak bererti kenyataanya itu satu kebenaran. Pembohongan yang utama itu telah mencambahkan pembohongan yang lain dan beberapa penipuan lagi. Sayangnya segala kerja jijik ini diberikan penghormatan yang sah melalui sistem kehakiman.


Banyak nyawa terlah terancam namun pembohongan terus dipanjangkan. Inilah yang mencetuskan lebih banyak soalan lagi dan menyebabkan ramai insan yang mengalami tekanan perasaan yang berantakan. Pembohongan semakin galak mengambil tempat kebenaran kerana semakin ramai insan merasa meluat denagn kerenah si pembohong. Kebenaran terus kekal bersahaja tanpa sebarang muslihatnya. Walaupun persoalan semakin membuak di kalangan masyarakat Melayu, gelombangnya itu semakin rancak riaknya di kalangan masyarakat yang lainnya.


Manusia yang memegang kuasa terus menggunakan jawatan mereka untuk melindungi sebarang tuduhan pembabitan mereka dengan rasuah. Kalau Mahathir benar-benar bersih daripada sebarang unsur rasuah dia sepatutnya bersedia untuk diperiksa berdasarkan tuduhan yang dikemukakan oleh bekas Ketua Pengarah Biro Pencegah Rasuah Negara (BPR). Dia harus membersihkan namanya. Begitu juga halnya dengan menteri kabinet yang lain, yang telah dituduh mengikut laporan polis yang telah dibuat oleh orang luar. Sebaliknya polis lebih bersedia menyiasat laporan yang dibuat terhadap pemimpin pembangkang seperti Ezam.


Perdana Menteri berhak untuk memecat sesiapa sahaja dalam kabinetnya. Tetapi cara beliau memecat seorang timbalan presiden yang dilantik daripada UMNO adalah satu perbuatan yang mengaibkan kebenaran yang ada. Usaha bersepadu untuk mengaibkan Saudara Anwar Ibrahaim telah melibatkan pencacatan yang tidak ada kebalikannya terhadap martabat dan maruah diri perdana menteri iu sendiri. Anwar Ibrahim akan terus menjadi satu agenda besar selagi UMNO dipimpin oleh Mahathir. Keengganan pucuk pimpinan UMNO yang angkuh untuk menangani episod Anwar itu akan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai satu faktor negatif yang akan menghantui perjuangan mereka.


Setiap kali berlaku pilihanraya, parti komponen BN akan berkumpul sendirian mencari bahan hangat untuk dijadikan isu yang digunakan untuk memancing undi. Selepas pilihanraya itu mereka akan bercakap mengenai Wawasan 2020, Bangsa Malaysia, perpaduan dan solidariti. Sebetulnya semakin ramai di kalangan mereka yang tidak selesa dengan paradoks ini.


Mereka mahu digerakkan oleh idealisme dan bukannya ketakutan. Untuk membina masa depan mereka, sesuatu yang berunsurkan ketakutan tidak menjadi isu yang mereka minati. Amalan mereka mengenai keagamaan, saling-mengharap, globalisasi dan juga pasaran terbuka tidak mempunyai unsur etnik langsung. Barisan Nasional tidak mempunyai kumpulan tersusun yang membincangkan isu yang penting dan berdialog mengenainya. Dasar parti itu adalah berunsurkan 'apa raja monyet buat, semua monyet bawahan mesti turut". Inilah konsep pendekatan dan strategi mereka. Itu sebabnya mereka menghadapi banyak masalah dalam konsep Sekolah Wawasan. Kalaulah BN mempunyai kekuatannya sudah tentu ia mampu mengawal semua parti komponen yang ada.


Apakah bentuk pembaharuan yang boleh kita harapkan daripada mereka? Mereka hanya mampu terus bergelodak dalam pekasam masalah mereka dan terus mencetuskan bau yang merengak. Mereka sudah ketandusan kepimpinan untuk melakukan perubahan yang diperlukan itu dan krisis yang ada akan terus membelenggu mereka. Tidak ada yang baru dan menarik daripada mereka selain daripada muka lama dan suara basi yang melolongkan slogan etnik purba.




Tetapi kita direstukan dengan satu pilihan alternatif yang lahir dari himpitan hidup sejarah kita. Barisan Alternatif tidak semestinya satu gagasan yang terbaik masa kini. Namun ia menjanjikan sesuatu yang serba mungkin kepada semua rakyat Malaysia Inilah dia satu impian yang gemerlapan untuk masa depan kita. Asas kekuatan impian itu adalah disebabkan penubuhannya yang bukan berdasarkan perkauman. Sama ada mereka memberikan penekanan kepada keadilan, sosialime, demokrasi atupun Islam. Yang pentingnya semua itu lebih menarik daripada perkauman, Inilah kunci penting kepada masyarakat kita yang multi-kaum itu.

Kita telah merdeka selama 43 tahun. Sudah tiba masnya untuk kita memperbetulkan masalah yang ada dari sudut prinsipnya dan bukan dari sudut perkauman lagi. Kalaulah BN wujud sebagai sebuah parti yang kuat dan lebih berdaya daripada komponen parti yang ada, mereka tentu berjaya memberikan kepimpinan itu. Malangnya mereka telah gagal.

Krisis yang meledak telah melahirkan BA. Inilah peluang kepada generasi yang ada untuk mengambil peluang melakar sebuah negara baru di melinium baru. Kita perlu melakarkan asas perjuangan kita dengan garis asas filosofi yang membawa banyak makna dan nilai harapan kepada semua rakyat Malaysia.

Sebagai satu parti koalisi yang baru BA memang berhadapan dengan cabaran yang serius belaka. Cabaran ini berbentuk mekanisma, kaedah dan pendekatan untuk terus berdialog dan berbincang. Mesti ada peraturan untuk membuat kepastian yang dapat bertahan terhadap tekanan dan propaganda BN.

Kepercayaan dan kejujuran di setiap tahap kepimpinan adalah sesuatu yang kritikal dalam usaha ini. Semua usaha ini masih di tahap awalan lagi dan setiap rakyat Malaysia harus berdoa agar usaha itu akan berjaya. Namun, cabaran untuk melakukan anjakan pradigma daripada pemikiran yang bersalutkan unsur etnik kepada amalan berprinsip perlu dikongsi-sama oleh setiap ahli di setiap peringkat.

Pemikiran begini mungkin dapat diterima-pakai oleh pucuk kepimpinan di peringkat atasan, tetapi di peringkat cawangan kita perlu melakarkan satu hubungan kerja yang rapat di antara parti yang terbabit. Kerana itu kita dapati ada ahli daripada kaum India dalam DAP yang bercakap mengenai kerusi untuk orang India. Semangat kerjasama dalam BA akan terjejs kalau pemikiran yang berasaskan perkauman terus dibiarkan mempengaruhi kenyatakan berpolitik.

Di waktu yang sama seseorang itu tidak boleh dibiarkan terus idealistic (berangan-angan) dan menidakkan realiti perkauman yang wujud dalam masyarakat kita. Ini perlu satu kepintaran untuk mengimbangi kematangan itu. Pucuk pimpinan BA harus menyekat pergandaan keahlian dengan cara menerima kemasukan kumpulan yang berbentuk perkauman. Mereka harus memberi penekanan dan fokus kepada memperkuatkan dialog di antara parti dan perbincangan terhadap isu yang hangat sesuatu masa. Mesti ada usaha untuk mendidik semua pihak bahawa BA adalah sebuah parti perjuangan yang tidak berasaskan perkauman. Semua ini memerlukan perdebatan politik berasaskan fakta dan kenyataan yang mudah difahami oleh rakyat Malaysia.

BA harus bekerjasama dengan 'Suqui' dan kumpulan lain untuk mencerna fikiran yang proaktif yang dapat menyumbang kepada hubungan baik antara kaum. Kita telah melihat bagaimana sektor korporat dalam negara dan juga di arena global yang mampu merobah struktur organisasi mereka untuk menyerap pembaharuan. Segala faktor yang menjadi unsur perubahan itu boleh berbentuk dalaman dan juga luaran yang menyangkuti kos teknologi, sumber manusia, kualiti ataupun pun saingan. Melakukan perubahan untuk mencapai keuntungan sudah menjadi stail masakini. Organisasi yang tidak mampu melakukan perubahan itu baik secara dalamannya ataupun pada luarannya akan kekal menjadi dinasor ekonomi sahaja. Malangnya kita telah selama ini merelakan keadaan demikian kepada institusi politik negara ini.

Golongan yang memerintah telah leka dan alpa. Strategi mereka yang berasaskan ketakutan itu yang kerap bersalutkan slogan kestabilan hanya menjanjikan status quo yang ada. Mereka lebih berminat untuk mengekalkan kuasa. Krisis yang melanda negara kini, mendedahkan pelbagai kelemahannya. Kita telah merelakan institusi feudal yang tidak berkenan kepada perubahan. Kesannya amat jelas sekali. Bahagian ekeskutif kerajaan masih lagi mengamalkan dasar menekan dengan menafikan penyertaan semua peringkat dalam proses demokrasi.

Imej dan martabat negara telah tercemar di mata dunia disebabkan nafsu-nafsi seorang pemimpin yang otokrat dan penyokongnya yang tidak bertulang belakang. Penekanan terhadap kebebesan rakyat dan penggunaan undang-undang yang drakonian telah membantutkan kreativiti.


Kita memang mempunyai segala fesyen demokrasi tanpa intinya. Akhirnya demokrasi itu perlu memuaskan kehendak dan keperluan rakyat yang ada. Kini sudah tiba masa untuk kita bersuara lantang. Apakah kita akan terus menjadi sebahagian kumpulan mereka yang berbohong? Langkah yang paling mudah yang perlu dilakukan oleh orang yang berani ialah tidak terlibat dengan segala pembohongan itu. 'Satu perkataan yang benar adalah lebih bermakna daripada seluruh dunia' demikian kata Solzhenitsyn. Pembohongan memang berleluasa di Malaysia. Kita mempunyai terlalu ramai pemimpin yang pintar memutarbelitkan pembohongan menjadi satu kebenaran. Hanya mereka yang tidak mempunyai kuasa yang menuduh orang lain kerana masalah itu.

Kekuasaan muncul hasil daripada proses perubahan tanpa pembabitan perasaan takut ataupun penafian yang dogmatik. Ia medapatkan kekuatan daripada perubahan yang lahir dari dalam diri kita bukan disebabkan gerakan mengimpikan kebendaan ataupun status social, tetapi disebabkan motivasi dalaman yang bersangkutan dengan moral dan spiritual.


Ketika Ramadhan masih berkumandang dan sambil kita mengimbangi tekanan dalaman yang meransang naluri kita dan mengingatkan kita kepada kuasa Allah kita perlu bertindak agar keadilan berkuasa dalam negara kita. Soal untuk kita bersikap berkecuali tidak timbul lagi. Cabrannya ialah melakukan perubahan untuk semua dan membayangkan masa depan kita dengan mengambil kira akan segala caranya dan juga hasilnya nanti.


-Sadirah.K-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>-MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<