Laman Webantu   KM2A1: 3492 File Size: 14.2 Kb *



TJ MT MGG: Juadah Berlebihan di Bulan Ramadhan
By M.G.G. Pillai

24/12/2000 8:23 pm Sun

MGG167

[Ramadhan adalah bulan percintaan mahluk dengan tuhan. Malangnya ramai diantara kita menyintai perut dan mulut sehingga berbelanja dan makan berlebih-lebihan ketika berbuka. Kita sepatutnya mengawal makanan, bukan makanan yang mengawal diri kita.

Bagaimana kita mahu mengawal satu negara jika kita masih belum mampu mengawal satu 'negara' dalam diri kita sendiri. Kita hanya mampu mengawal keadaan masyarakat yang berada disekeliling kita hanya jika kita mampu mengawal diri kita sendiri terlebih dahulu.

"He who can control himself, can control others. He who can manage himself, can manage others."

- Editor]



Penterjemah: -MT-

Juadah Berlebihan di Bulan Ramadhan
(Gluttony At Ramadhan0

Juadah yang berlebihan bukannya sesuatu yang boleh dikaitkan dengan bulan Ramadhan. Tetapi di Malaysia, itulah hakikatnya. Kita tidak perlu pergi jauh untuk mengsahkan perkara ini. Tempoh berpuasa selama 14 jam itu dianggap satu penderaan yagn mesti berakhir dengan hidangan laksana bankuet, untuk membolehkan seseorang makan sepuasnya, berbeza daripada kelazimannya, dan tidak kiralah berapa pula belanjanya. Pengurusan hotel dan restoren memang pandai mengolah cara memancing pelanggan untuk makan sebanyak yang mereka mahu dan membayar pada kadar haga setinggi yang mereka mampu.

Berbuka puasa sendirian bukannya stail hidup di Malaysia. Kawan dan taulan diajak sama dan bil bayaran setakat RM600 sekali makan adalah perkara biasa. Ada sebuah hotel yang mengenakan caj 'Ramadhan Special' sebanyak RM400, termasuk sebuah kamar yang selesa untuk anda menginap dan bangun selesa untuk bersahur keesokan harinya. Ada pula hotel yang mengenakan harga RM75 satu kepala. Tetapi kebanyakan hotel mengenakan sebanyak RM50 sahaja.

Mengikut ajaran Islam inilah masanya seseorang itu bersabar, mengirimkan syukur kepada Allah yang maha besar, meneguhkan iman dengan penuh kesedaran apa ertinya satu kelaparan. Sebaliknya ia dijadikan satu majlis dan temasya untuk menunjukkan kekayaan sesaorang ataupun keupayaan berhutang sambil menjamu selera secara berlebihan. Kini, ia dijadikan satu dalil untuk mengadakan parti menjamu selera dengan nama Islam sebagai topengnya.

Mereka yang tidak mampu dengan harga yang tinggi digalakkan pula menikmati hidangan yang seakan sama dengan harga yang murah lagi di tempat makan yang kurang bernama. Di situ pun juadah berlebihan memang disediakan. Perkara ini memang digalakkan secara rasminya. Apabila Perdana Menteri berbuka puasa bersama menteri kabinetnya memang jelas akan juadah berlebihan yang disediakan. Malahan Pesta Ramadhan yang diadakan di setiap bulan Ramadhan adalah testimoni pada galakan ini. Di pesta ini, yang banyak dijual adalah makanan juga.

Ramadhan kini menjadi satu lesen terbuka untuk memperkecilkan nasihat ajaran agama mengenai makanan. Seorang sahabat yang saya kenal selama 40 tahun, pernah meminta maaf kerana hidangan yang 'tidak seberapa'. Dia mengingatkan saya hidangan yang diberikannya satu ketika dulu. "Ketika itu aku masih bekerja lagi."

Secara tidak langsung, bolehlah kita katakan, Ramadhan di Malaysia digunakan untuk menunjuk-nunjuk dan menayangkan wang berlebihan yang diperolehi secara tidak telus. Para menteri kabinet, menteri besar dan ahli exco, memang mempunyai elaun keraian. (Satu ketika dulu elaun jamuan raya dan buka puasa adalah sekitar RM10,000, kini harganya tentu tinggi lagi). Inilah yang menyerlahkan bibit rasuah.

Inilah keangkuhan golongan yang kaya raya tanpa perlu bekerja yang menggalakkan makanan dan juadah berlebihan itu. Setiap kehendak dan keinginan ditafsirkan kepada satu harga dan inilah yang membuatkan seseorang itu mampu menonjol dalam masyarakatnya.

Keadaan seperti di Malaysia ini berlaku juga di negara lain. Saya pernah berada di Pakistan kira-kira lebih satu dekad yang lalu. Yang kaya memang terlalu kaya dan juadah Ramadhan adalah satu alat untuk mereka memperagakan kekayaan itu. Tetapi si kaya itu disokong dengan setianya oleh kumpulan pegawai kerajaan dan mereka yang berada di kelas menengah dan atasan. Kalau kita menghadiri satu majlis makan yang ditaja oleh kedutaan di sana, kita akan dapati para hadirin akan meluru ke meja hidangan dan menyapu bersiah setiap juadah yang dihidangkan sehingga burung unta pun boleh naik cemburu melihatkan gelagat manusia seperti itu.

Apakah ini cara sebenar orang Malysia berbuka puasa? Saya pernah ternampak seorang pekerja Melayu berbuka bersama keluarganya dengan menikmati ayam goreng KFC, memanglah murah cara itu kalau dibandingkan untuk menyediakannya di rumah sendiri. Makanan digerai memang murah, tetapi kita mudah terlebih membelinya, "saya tidak mampu itu semua."

Di Malaysia, amalan Ramadhan di kalangan golongan miskin dikaitkan dengan makanan dan juadah yang berlebihan. Tetapi ada juga pihak yang berbuka dengan bersahaja. Merka memulakannya dengan memakan manisan, selalunya kurma ataupun tamar. Kalau tidak sebarang manisan pun jadi, termasuk secangkir minuman teh. Mereka akan makan juadah yang lebih banyak selepas beberapa waktu kemudiannya. Orang Indonesia berhenti makan ketika tengah malam dan berpuasa selama lapan belas jam. Mereka berbuka dengan juadah yang ringan dan tidak makan apa-apa lagi sehingga tengah malam tiba untuk bersahur.

Berpuasa seperti di bulan Ramadhan memang digalakkan oleh setiap agama. Orang Kristian mengamalkan 'Lent'. Penganut Hindu berpuasa sebelum dan ketika mereka meraikan sesuatu majlis agama, dan ketika mereka mahu melakukan satu perjalanan mengikut istiadat agama. Selalunya mereka berpuasa selama 14 hari tetapi boleh makan pisang dan susu di sepanjang musim puasa itu. Namun, puasa yang diamalkan oleh penganut agama lain tidak pula membabitkan juadah berlebih lebihan yang kita lihat terdapat pada bulan Ramadhan di Malaysia. Makanan yang dihidangkan dalam upacara keagamaan di kuil penganut Hindu dan Budhist adalah untuk santapan para pengamal dan juga golongan yang miskin.

Puasa itu sepatutnya diamalkan secara bersahaja. Satu peraturan agama untuk berpuasa seharusnya tidak dijadikan satu lesen untuk mengadakan alasan. Tetapi inilah hakikatnya di negara ini. Ramai pegawai profesional Melayu yang menjadikan puasa itu satu alasan untuk datang lambat bekerja ataupun melupakan janji mereka.

Inilah yang sudah menjadi satu penyakit di negara ini. Alasan keletihan sudah dijadikan satu unsur yang sengaja diperakui sama ada secara rasmi ataupun tidak hingga menyebabkan kerja tergendala. Inilah sebabnya tidak banyak kerja yang diselesaikan pada bulan Ramadhan. Kerajaan semacam menggalakkan fenomena ini tanpa bertindak ke atas mereka yang sengaja melakukannya. Ramai orang Melayu yang memberi kepentingan kepada puasa di bulan Ramadhan itu dari aspek kewujudannya dan bukan dari aspek kerohanian yang terbit daripada kemunculannya. Tidak hairanlah kalau seorang brigadier jeneral dan beberapa pegawai kanan satu division angkatan tentera telah terbunuh di zaman konfrontasi dulu, ketika mereka sedang berbuka puasa.

Al Quran telah mencatatkan beberapa pengecualian ketika seseorang itu melaksanakan tugas penting yang menyangkuti ajaran agama. Sejak pembunuhan itu tidak ada lagi episod yang serupa terjadi di negara ini. Ia tidak mungkin berulang lagi.

Tetapi, apakah perlunya kejadian seperti itu berulang lagi? Apakah perlunya jutaan penganut agama Islam memerlukan keistimewaan dan pampasan khas untuk hanya berpuasa? Mestikah ramadhan itu terus dijadikan satu alasan untuk menyediakan juadah yang berlebihan?

-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>-MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Harakah COLUMN

Gluttony At Ramadhan

by M.G.G. Pillai

Gluttony is not what one associates with Ramadhan. In Malaysia it is. One need not look far to see why. The 14 hours of fasting is seen as an imposition that must end with a banquet, to eat as much as one would not at other times, whatever it costs. Hotels find creative ways to encourage patrons to eat as much as they can as expensively as possible. And people do not break their fast alone. They bring along friends and bills of RM600 a day are common. One hotel offers a Ramadhan Special for RM400, for which you get a better-than-average room, the breaking of fast and the early morning repast before beginning it the next morning; another offers a Ramadhan buffet at RM75, though most charge RM50 each.

It is an occasion, as Islam requires, a time for reflexion, thanksgiving to Allah, strengthen one's faith by knowing what it is to suffer hunger pangs, that faith does not come easily. Instead it has become an excuse to flaunt one's wealth, or rather expense account, by turning it into a gastronomic festival. It is now an excuse to throw parties in the name of Islam, with a perfect reason to do so.

Those who cannot afford these astronomical prices are encouraged to gluttony by the smaller and less well-known establishments with a smaller selection and far cheaper. But make no mistake. They also offer gluttony as the main course. This is officially encouraged. When the Prime Minister and his cabinet break fast, it is to partake in a feast. The Pesta Ramadhan, which are a feature of the fasting month, sells mostly food. The stalls that open up during the month, usually illegally, come to sell food. Ramadhan is now an officially sanctioned licence to ignore the tenets of the faith, and pig at the dining table. An friend of 40 years, a retired civil servant, apologises for the "poor" fare at his table. "I was working then and could afford a better table", he said as if it explained everything.

In a sense, it does. Ramadhan in Malaysia is to show off one's usually ill-gotten wealth. When cabinet ministers, mentris besar. cabinet ministers and state executive councillors get an official allowance (for cabinet ministers, it was once RM10,000 for Hari Raya and for breaking fast, but it must be higher now) it encourages this nationwide chasing the tail to show one's importance. It is an arrogance of the newly rich, usually without working for it, that encourages this deliberate gluttony. Every need and desire is reduced to a value, and it is this that determines where one stands in society.

Malaysia is not alone in this. I first noticed this in Pakistan more than a decade ago. The very rich are very rich indeed, and gluttony at Ramadhan is one way they tell the world they are who they are. But they are strengthened by the civil servants and other denizens of the middle to upper classes in almost every society where this is all too prevalent. Walk into any diplomatic function in the sub-continent, and you find every one rushing for the food that it is soon picked so clean that the vultures would be jealous.

But is this how Malaysians break their fast? I saw a Malay labourer, his wife and child break fast with KFC fried chicken. It was cheaper than cooking at home. Stall food is cheap but one tends to eat too much and "I cannot afford that". In Malaysia, even amongst the poor, Ramadhan is linked to food, lots of it. But non-Malay Muslims break their fast differently: they eat a sweek fruit, if dates are unavailable or unaffordable, tea and a savoury. It is much later that they sit down to a modest meal. The Indonesian stops eating about midnight and fasts for about eighteen hours, breaks it with a light meal and eats nothing until midnight. The Indian Muslim generally is abstemious about his food during the fast.

Fasts like Ramadhan exist in every religions. The Christians have Lent. Hindus do fast before and during some festivals and always before and during a pilgrimage, the most common the 41-day milk-and-banana fast that devotees undertake pilgrimages. In the other religions, there is no licence to gluttony as we see amongst Muslims in Malaysia. The food served on feast days at temples, both Buddhist and Hindu, are for devotees and the poor.

One should therefore take fasts in one's stride. A religious observation should not be a licence for indolence. But it has become. One need look far to confirm this. Proffesional Malays behave as if obligations should not be met during Ramadhan, and often absent themselves, or turn up for work late. It is a national disease. This general tiredness, officially encouraged if not discouraged, makes it certain that work does not get done and mishaps aplenty. This is now so prevalent that little gets done during the month. It should not. But the government encourages this, by not making examples of those who blatantly flout it.

Somehow Malays in Malaysia believe that the forms of the Ramadhan fast is more important than observing it for what it is, as an article of faith. So, it was not surprising that a Malaysian brigadier and several senior officers of a Malaysian division in East Malaysia during Indonesia's confrontation were shot dead during their evening fast. The Koranic rules have exceptions when doing one's duty exceeds the rituals and forms of the religion. Nothing as dramatic has happened since in Malaysia. Nothing would. But does it need to? When millions of Muslims believe they should be compensated and allowed special rules when observing the requirements of their faith. But this is still no excuse for the annual gluttony at Ramadhan.

Ends