Laman Webantu   KM2A1: 3491 File Size: 10.8 Kb *



TJ MT MGG: Bila Kroni Jual Pegangannya
By M.G.G. Pillai

24/12/2000 8:30 pm Sun

MGG 166

[Rencana ini jelas menunjukkan betapa kroniputra telah memusnahkan semua syarikat yang diamanahkan kepada mereka. Mereka hanya menambahkan hutang dan masalah kepada negara tetapi mereka tetap dijaga oleh kerajaan umno dengan manjanya. Enam syarikat kroni sahaja sudah berhutang 50 Billion! Jumlah ini akan membenamkan semua institusi perbankan yang ada, malah Petronas pun akan tercedera dan mungkin terpaksa melelong menaranya jika ia turut serta.

Alangkah mudahnya kerajaan membantu satu dua kroni, tetapi kita heran kenapa kerajaan begitu kedekut untuk memberi royalti kepada jutaan rakyat Terengganu .. walaupun jumlahnya itu tidaklah sebanyak mana. - Editor]



Penterjemah: -MT-

Bila Kroni Jual Pegangannya
(MGG: A Crony Sells His Stakes)

Keajaan Malaysia secara berahsia dan sambil menghadapi masalah kekurangan dana telah bertindak untuk menyelamatkan sebuah syarikat kepunyaan seorang kroni. Empayar perniagaan Tan Sri Tajuddin Ramli memang banyak berhutang, tidak diurus dengan baik dan tidak boleh bertahan lama. Kerajaan membeli sahamnya dalam MAS (Malaysian Airlines) pada kadar RM bernilai RM1.7 bilion, selepas selesai membantu seorang lagi kroni yang bermasalah di Renong. Tetapi, sikap membantu Tajuddin Ramli ini mencetuskan banyak soalan daripada memberikan banyak jawapan. Bagaimanakah pembelian itu akan dilaksanakan? Apakah pertolongan itu mengambil kira MAS Capital yang mempunyai pesawat udara semuanya dan bagaimana dengan aset yang lain? Kenapakah parliamen tidak diberitahu akan perkara ini? Pada 1992 Perdana Menteri pernah memberiahu semua orang, kalau Tan Sri Tajuddin Ramli tersilap langkah dia akan jatuh muflis. Jadi, kenapakah dia diselematkan?


Pada 1993, MAS telah dibeli oleh Malaysia Helicopter Service kepunyaan Tajuddin dengan cara pertukaran saham; satu saham MHS dengan dua saham MAS. Saham MHS telah dipacu untuk naik melambung sehingga RM14 dan saham MAS ditekan menurun sehingga RM7, untuk menjadikan pertukaran itu seimbang. Kemudian, MHS bertukar nama menjadi 'Naluri'. Pertukaran itu diikuti dengan merudumnya harga kedua-dua saham itu di bursa KLSE.

Kini, kerajaan akan mengambilalih beban hutang dan menswastakan pengurusan kepada kumpulan yang sama yang telah merudumkan MAS. Kenapakah kerajaan berbuat demikian sedangkan ada empat syarikat penerbangan antarabangsa - KLM, Swissair, Qantas dan American Airline yang berminat, tidak pula diperjelaskan. Begitu jua dengan tindakan kerajaan membayar harga saham itu dua kali ganda kadar nilai semasa.

Tetapi Dato Seri Abdullah Badawi ada memecahkan tembelang, secara tidak disedarinya. Syarikat penerbangan asing mahu menguruskan MAS secara yang professional. Ini bererti ribuan orang Melayu akan kehilangan pekerjaan mereka. Ini akan melanggar prasyarat kerajaan. Dengan lain perkataan, MAS tumbang kerana ketidakcekapan, terlebih tenaga kerja, pengurusan yang sengkek kerana menanggung hutang sehingga RM 9 bilion.

Yang menjadi lebih menakutkan sekarang ialah terdapat banyak syarikat pengangkutan lain yang kena senggugut kerana hutang yang membusut. Kini kerajaan sedang menyiapkan usaha mengambil alih tiga syarikat pengangkutan bersama hutang berjumlah RM6.2 bilion. Parkmay Bus Services RM1.4 bilion, Intrakota Bus Services RM800 juta, STAR dan PUTRA sekitar RM4 bilion. Semua syarikat ini diuruskan sama ada oleh anak-anak ataupun kroni Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan. Satu jawatankuasa khas sedang membuat kajian untk menyerap hutang yang membusut itu, menswastakan syarikat yang senggugut itu untuk diserahkan semula kepada pengurusan yang (seperti berlaku kepada MAS), menjadi punca kerugian besar tersebut.


Jadi, kerajaan sedang dijerut sebanyak RM15.2 bilion oleh sekurang-kurangnya lima syarikat tersebut. Kalau dicampurkan pula hutang Renong sejumlah RM26 bilion, dan RM8 bilion yang lesap bahana pembelian sebuah syarikat di Filipina oleh pengerusi Renong itu, membawa erti enam syarikat sahaja sudah menanggung kerugian RM50 bilion. Masih ada satu lagi syarikat kroni yang boleh kita ambil secara rambang; MRCB dan New Straits Times Bhd yang berhutang sebanyak RM4 bilion. Tan Sri Vincent Tan mempunyai tiga syarikat yang berhutang sebanyak RM11 bilion (tidak diambil kira banyak lagi yang belum dicatitkan). Di pasaran saham BSKL terdapat ratusan syarikat yang mempunyai hutang bertapuk melebehi RM1 bilion dan secara teknikalnya sudah pun muflis.

Kerajaan masih berlagak sakan seolah-olah negara masih mempunyai longgokan dana yang berlebihan. Ia telah menafikan hak rakyat Terengganu kepada wang royalti mereka. Segala dalil yang dikemukannya kenapa Terengganu tidak layak kepada royalti itu memang tidak boleh dipakai. Kepercayaannya bahawa negara lebih mudah ditadbir dengan rhetorik yang penuh keangkuhan telah menyebabkan negara ini tersembam ke jurang kemuflisan.

Apa yang berlaku kepada MAS dan juga kepada syarikat pengangkutan yang lainnya, memang terdapat di dalam semua sektor industri negara. Sistem yang dirangka ialah menentukan sesiapa yang diberikan hak menswastakan institusi kerajaan itu menyedut apa juga yang termampu daripada institusi itu dan membebankan hutang yang ada ke dalam penyata kewangannya. Itu sebabnya lebuhraya yang berjaya menghisap tol yang tinggi mencapai kejayaannya, tetapi tidak mencatatkan keuntungan kerana hutang yang menggunung tingginya. Kita akan terus menyaksikan banyak proses pemulihan itu lagi. Di waktu yang sama kita boleh lihat betapa Tan Sri Tajuddin Ramli akan tersenyum lega seperti yang dinikmati oeh Tan Sri Halim Saad dan beberapa kerat insan lagi.

-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>-MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Subject: [MGG] A Crony Sells His Stake Message-ID: MIME-Version: 1.0
Content-Type: TEXT/PLAIN; charset=US-ASCII Sender: owner-skmgg@listserv.net-gw.com Reply-To: skmgg@listserv.net-gw.com
X-Disclaimer: The opinions expressed belong solely to the sender. Status: R
X-Status: N

The Malaysian government, in secret and without the funds, rushes in to save yet another crony on the skids. Tan Sri Tajuddin Ramli's business empire is indebted, mismanaged, and cannot last. In buying his stake in Malaysian Airlines at RM8 for RM1.7 billion, so soon after getting Renong, another crony empire, eases Tan Sri Tajuddin's debt but raises more questions than answers. How is this going to be paid for? Does this bailout include MAS Capital, which owns the planes and other assets of MAS, which is but a shell? Why was not Parliament informed of this huge payout? In 1992, the Prime Minister told anyone who would listen that if Tan Sri Tajuddin bungled, he would be a bankrupt. So, why is he rescued?

His Malaysian Helicopter Services bought the MAS stake in 1993 by exchanging one of its shares for two of MAS. The MHS shares were pushed up to RM14 and MAS pushed down to RM7 for this inequitable deal. MHS later became Naluri. Shares on both shares dropped on the KLSE on the announcement. The government would now absorb the debt and privatise the management to the same group that brought MAS to its knees. Why it bought the stake when four international airlines -- KLM, Swissair, Qantas and an American airline -- had shown interest is not explained. Nor why it paid twice what it is listed on the KLSE. But the deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, gave the game away. The foreign airlines wanted to run it professionally and efficiently. That would mean thousands of Malays would be out of a job, and that runs foul of the government's social contract, so we are told. In other words, MAS fell on its knees by inefficiency, overmanning, shockingly bad management while running up debts of RM9 billion.

What frightens more is that besides MAS, other transport companies are saddled with grossly unrepayable debt. The government is about to take over another three transport companies and its RM6.2 billion in debts -- ParkMay Bus Services RM1.4 billion, Intrakota Bus Services RM800 million, the STAR and Putra light rail transport betweens them RM4 billion. These are run by either a sibling or cronies of the Prime Minister and the finance minister. A special committee looks into taking it over, absorb the debts and privatise its running back to the same group, like in MAS, that mismanaged them.

So, the government is in hock for RM15.2 billion at least from these five companies. Add to the the RM26 billion of Renong's debts, another RM8 billion which disappeared when a company its chairman bought, on his account, in the Philippines became bankrupt. Just six companies have lost RM50 billion. Taking another crony company at random -- MRCB and its New Straist Times Berhad owe nearly RM4 billion; Tan Sri Vincent Tan's three Berjaya companies (there are more unrecorded) RM11 billion. But more than a hundred (possibly several hundred) companies quoted on the KLSE have debts in excess of RM1 billion and technically bankrupt,

But the government continues to insist it is flush with funds. It lies. It denied the petroleum royalty to Trengganu because it needed the funds. Its creative reasons why Trengganu is not entitled to to, despite a solemn agreement that Petronas should pay it the royalties, does not wash. Its privatisation policies fails to burden the country into needless heavier unrepayable debt. Its belief that arrogant rhetoric is better than prudent fiscal management brings Malaysia to its knees.

What happens in MAS and the other transport companies is mirrored in every sector. The system was to ensure bleeding of the privatised institutions by whoever is given it and the repayment loaded on to the listed company's balance sheets. So, the hugely successful tolled highways make money but not a profit because of its huge debts. And we are not about to see the last of such bailouts yet. Meanwhile, Tan Sri Tajuddin is off the hook as Tan Sri Halim Saad, and many more to come.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my