Laman Webantu   KM2A1: 3489 File Size: 10.7 Kb *



TJ MT MGG: AG Baru Jalan Melencong
By M.G.G. Pillai

24/12/2000 7:23 am Sun

MGG 164

[Peguam Negara sewajarnya mempunyai pendirian dan pandangan yang cukup jauh. Dia perlu berfikir sebelum bertutur dan cukup arif berbicara. Malangnya belum apa-apa dia sudah menyerlahkan sesuatu yang kurang menyakinkan dicelah-celah bicara kata. Makin pelik lagi bila diketahui beliau sering bertukar selera sehingga mencampak pinggan dengan lauknya secara tiba-tiba. Kini beliau muncul kembali ketika rakyat masih bermuram mengenang insan-insan yang teraniaya. Ucapan terima kasih hanya melukakan lagi semua harapan yang ada. Pinggan itu perlu dicuci terlebih dahulu, barulah makanan itu dapat dirasakan keenakkannya.... Apakah AG baru belum membasuh lagi tangan? - Editor]


Penterjemah: -MT-

AG Baru Jalan Melencong

(MGG: The New Attorney-General Takes A Wrong Turn)


Ketua Peguam Negara yang baru, Dato' Ainum Mohd. Said sepatutnya tidak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan perdana menteri kerana perlantikannya. Tentunya prlantikan beliau itu berasaskan kepintarannya. Dengan mengucapkan terima kasih kepada dua pihak itu dia memberi tahu dunia betapa dia terhutang budi kepada mereka kerana perlantikan tersebut. Dia tidak perlu melaungkan kepada dunia seperti yang dirakamkan oleh The New Straits Times sebagai berkata: "akan melakukan yang terbaik untuk kepentingan pengadilan dan kesaksamaan." Demikian juga yang diucapkan oleh Tan Sri Mokhtar ketika menerima jawatannya dulu. Kini dia disuruh melepaskan jawatannya itu.

Keupayaan Dato' Ainum memang tidak perlu dipertikaikan. Ketika dia meletakkan jawtan di Suruhanjaya Sekurit dia telah membuat satu laporan yang keras sehingga membuatkan pengerusi suruhanjaya itu naik jengkel. Selepas itu dia menjadi seorang pengarah sebuah syarikat awam selama lima tahun sebelum perlantikan terbaru ini.

Tetapi setelah mendengar wawancaranya yang pertama dengan pihak akhbar sebaik sahaja dilantik itu, ia mencetuskan sedikit keraguan. Suasana pembohongan yagn disogok kepada masyarakat begitu lama seharusnya membuatkan beliau bersikap tegas untk menangani masalah yang ada. Kalau dia belum bersedia dengan tugas itu sepatutnya dia tidak mengadakan wawancara itu dengan pihak akhbar. Kalau kenyataannya dibandingkan dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara nampak sangat pendapat beliau jauh menyimpang. Mungkin beliau masih terkejut dengan perlantikannya itu. Perlantikannya itu bukannya perlantikan pilihan pertama. Saya diberitahu terdapat dua orang lain yang telah menolak perlantikan yang sama kerana mereka enggan menjadi hamba kepada kerajaan secara tidak semberono. Mungkin ada orang lain yang melakukan yang serupa.

Kita tidak berniat mengatakan beliau tidak akan menyerlah. Tetapi, apabila ada orang lain yang menolak jawatan itu bererti beliau akan menghadapai masalah juga.

Pendakwaan Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Mohktar merupakan satu skandal. Dia dihantui dilema itu setelah orang Melayu tidak lagi menyokong Perdana Menteri dan UMNO. Dato' Ainum mungkin mampu memberitahu dunia seperti juga Tan Sri Dzaiddin, betapa dia mampu mengembalikan maruah jabatan Ketua Peguam Negara yang sudah tercemar. Lambat laun dia akan mendapati bagaimana masyarakat menganggap jawatan Ketua Peguam Negara itu sebagai penindas rakyat marhaen yang memerlukan keadilan dan perlindungan yang adil.

Malangnya, keupayaan beliau banyak bergantung kepda keupayaan Tan Sri Dzaiddin menyekat kereputan sistem kehakiman itu. Keadaan mereput itu bukannya bermula setelah Tun Salleh Abas diaibkan pada 1988. Ia telah berlaku satu tahun sebelum itu lagi apabila dicetuskan dalil-dalil kenapa dia dipecat sebagai Ketua Hakim Negara. Pada 1987, Hakim Harun Hashim, yang kemudiannya menjadi hakim mahkamah persekutuan telah mengambil alih kuasa Pendaftar Pertubuhan untuk mengistiharkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan yang tidak sah. Itulah keputusan ayng mengikut kemahuan perdana Menteri sebagai tindakan untuk menyekat kemaraan musuh politiknya Tengku Razaleigh Hamzah.

Peguam UMNO ketika itu, yang kini menjadi Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Gopal Sri Ram, telah menyanggah pendapat majoriti dan meminta agar UMNO diharamkan. Tun Saleh Abas baru sahaja pulang daripada umrah. Beliau berpendapat tindakan itu adalah salah dan akan diperbetulkan kalau ada rayuan mengenainya. Perdana Menteri menggelabah mendengar kisah itu dan bertindak untuk memecat Tun Salleh Abas akhirnya.

Keadaan bergolak selepas itu. Tun Hamid Omar yang menggantikan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara telah mempengerusikan satu tribunal yang membuat pemecatan itu. Inilah yang mencemar martabat kehakiman dan juga beberapa keputusan politik yang menjadi pendesaknya. Peranan kehakiman dalam menghancurkan bekas timbalan perdana menteri Dato Seri Anwar Ibrahim telah membuatkan orang Melayu naik marah dengan cara beliau diaibkan dan diseksa. Keadaan ini dikelamkan lagi oleh tanggapan Tun Eusoff Chin betapa dia mampu bertindak sesuka hatinya, walaupun berlaku sesuatu yang salah. Dia mampu menggunakan khidmat para hakim yang tidak berwibawa untuk menjadi orang suruhannya; untuk membuat keputusan yang akhirnya memperlekehkan sistem pengadilan negara.

Dato' Ainum mesti bekerjasama dengan Tan Sri Dzaidin melakukan beberapa perubahan untuk menggilap kembali sinar Jabatan Ketua Peguam Negara dan melaksanakan peranan sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan dan pengarah kepada pendakwaan awam. Saya berharap beliau akan berjaya walaupun beliau akan menghadapi lebih banyak kerenah yang lebih berat lagi daripada yang dihadapi oleh insan yang digantikan jawatannya itu.

-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>-MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


The new Attorney-General Takes a Wrong Turn

The new Attorney-General, Datin Ainum Mohd Saaid, should not have thanked the government and the Prime Minister for her appointment. She is appointed, one hopes, for her competence. By thanking both, she tells the world the she is beholden to them for her appointment. She does not have to parrot to the world she would, as the New Straits Times says, "do her best to discharge her duties in the interest of justice and fairness". Tan Sri Mohtar, when he took office, said so too. And he is asked to leave without by your leave. Her competence and her independence is not in doubt. She resigned from the Securities Commission than soften a tough report she did which angered the chairman. She was in limbo, as director of a public listed company, for five years before he appointment.

But when her first interview with the Press after her appointment is one she should not have, it throws doubts. We have been taken for a ride for too long that she should have ignored the niceties and address the task in hand. If she was not ready for it, she should not have talked to the press. When her remarks are read together with what the new chief justice, Tan Sri Dzaiddin Abdullah, said, her remarks are way off. She probably is still reeling from shock at her appointment. She was not the first choice. I know of two prominent Malay lawyers who rejected offers because it meant being subservient to the government in a blatant way. There could well have been others. A high court judge certainly was considered. So, she is chosen in a form of Buggin's turn.

That is not to suggest she would not excel. But that others did not want to be Attorney-General underlines her problem. Tan Sri Mohtar's prosecution of the ousted deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, is a scandal. It caught up with him, as the Malay ground shifted away from UMNO and the Prime Minister. She has to tell the world that she can be, like Tan Sri Dzaiddin, swif and intelligent to put the shine back on the Attorney-General's chambers. She would find the judiciary and the Attorney-General's chambers are seen as oppressors of the public that guardians of law and justice.

Unfortunately, what she can do depends on how well Tan Sri Dzaiddin can stop the rot in his bailliwick. The rot began not with Tun Salleh Abas's judicial castration in 1988, when he was removed as Lord President, but what caused his removal, the previous year. In 1987, Mr Justice Harun Hashim, later of the federal court, usurped the power of the Registrar of Societies to declare UMNO illegal. It was a decision the Prime Minister wanted to stop his political rival, Tengku Razaleigh Hamzah, in his tracks. The UMNO lawyer, now Mr Justice Gopal Sri Ram of the Court of Appeal, to everyone's amazement wanted his client, UMNO, to be declared illegal. Tun Salleh, returning from Mecca after performing umrah prayers, told his companion, a high ranking UMNO official, that the decision was wrong and if appealed, as it probably would, would be set right. This is not what the Prime Minister wanted to hear. And he set up the chain of events that eventually sacked Tun Saleh.

What happened since follows from that. Tun Hamid Omar, who succeeded Tun Saleh as Lord President, as the chief justice was then known, presided over the tribunal which dismissed him. It threw into doubt the judiciary's integrity and the obvious political decisions of that act. The judiciary's role in destroying the former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, came when Malays roiled at how he is demonised and humiliated. That, with Tun Eusoff's belief that he could do what he liked, even -- especially -- if wrong, and how less than competent judges became hatchet men for those in authority all reduced the judiciary to a shell of what it once was. Datin Ainum must keep pace with Tan Sri Dzaiddin to make the changes she must to return the Attorney-General's Chambers to its pre-eminent role as legal advisers to the government and the director of public prosecutions. I hope she succeeds but she will face pressures more severe than her predecessor ever did.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my