Laman Webantu   KM2A1: 3488 File Size: 17.3 Kb *



TJ MT MGG: Vincent Tan Tarik balik Kes Mahkamah
By M.G.G. Pillai

24/12/2000 5:06 am Sun

MGG163

[Pihak KM2 mengkategorikan rencana ini sebagai MESTI BACA dan MESTI SEBAR. Diucapkan jutaan terima kasih kepada Pak -MT- kerana usaha murni membuat terjemahan rencana yang amat berharga ini. Sepatutnya pemuda umno dan GPMS melakukan demo membantah keistimewaan kroniputra yang amat istimewa ini, bukannya bercakap besar membantah rayuan Suqui. Vincent Tan sudah lama mencuri, dan diktator yang sewel itu amat mudah memberi hadiah untuknya lagi, tetapi umno masih tidak celik-celik lagi. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Vincent Tan Tarik balik Kes Mahkamah
(MGG: Vincent Tan Wants To Withdraw From A court Case)


Pedagang antrabangsa yang tidak ada tolok bandingannya, Vincent Tan kini dihantui satu empayar niaga yang semakin merudum di bawah kakinya. Syarikat kepunyaannya Berjaya Group mempunyai hutang lapuk sebanyak empat kali daripada modal berbayar bernilai RM2 bilion itu. Berjaya Toto masih berbalah dengan Berjaya Land disebabkan hutang yang diberikan dan terus meningkat naik kerana tidak mampu membayarnya. Lebih menekannya ialah syarikat telefon bimbit Digicom sudah dihenyak oleh syarat kontrak tidak boleh campur tangan yang dipersetujui bersama pengurusan daripada Norway yang mampu memperbaiki status kerugian RM11 juta menjadi keuntungan satu tahun sebanyak RM90 juta. Dengan kata lain, Vincent Tan sedang mencari seorang 'godfather' untuk membantunya bernafas lega. Tetapi, pengharapan adalah sesuatu yang tidak ada penghujungnya. Dia kelihatan bersama perdana menteri di Kelab Kuda Kuala Lumpur, dalam usahanya yang diagakkan untuk mengambil alih tempat seorang kroni lain.

Marwah Tan Sri Vincent Tan memang dikenal orang kerana dia mudah mengenakan saman malu terhadap seseorang itu. Dia menuntut gantirugi yang besar-besar untuk menakut-nakutkan, sehinggakan syarikat insuran terpaksa membayar wang penyelesaian di luar mahkamah. Gelagatnya itu membuatkan dunia mengenalnya sebagai seorang peniaga yang tidak ada tolok bandingannya. Tuntutan gantiruginya menjadi sebahagian sejarah kehakiman negara, bukan disebabkan ketelusan kes itu tetapi kerana ketidakadilan yang dirumuskan oleh sistem kehakiman negara. Keangkuhannya memang amat terserlah.

Tersebut kisah seorang pemberita bernama Sahathevan yang menulis mengenai adanya unsur 'insider trading' (kelentongan dalaman) yang membabitkan Tan Sri Vincent Tan dengan salah seorang anak perdana menteri. Ketika itu Sahathevan bertugas dengan 'The Sun' yang ketika itu dimilikki oleh Vincent Tan. Mr. Sahathevan telah diberhentikan, walaupun cerita yang ditulisnya itu diberitahu kepadanya sendiri oleh anak perdana menteri itu.

Mr. Sahathevan menuntut keadilan melalui mahkamah industri apabila The Sun enggan melayan tuntutannya itu. Kes itu berpanjangan walaupun Vincent tan tidak lagi memilikki akhbar itu.

Tidak lama kemudian, Mr. Sahathevan berpindah dan bekerja di Sydney. Dia melepaskan kerakyatan Malaysia dan diberikan kerakyatan Australia. Di sana dia bekerja sebagai seorang pemberita bebas. Dia terserempak dengan sebuah syarikat yang bernama Carlovers yang dipunyai oleh Vincent Tan. Dia terjumpa pula cerita yang menarik kerana isu hangatnya. Bursa Saham Australia bertindak menggantung syrikat itu daripada papan perniagaannya. Syarikat tersebut bersama Vincent Tan menyaman Sahathevan dan mendapatkan satu injunksi di bawah undang-undang 'fair trading laws'. Mr. Shathevan membuat tuntutan saman balas kerana libel.

Di Australia mahkamah tidak membenarkan injunksi terhadap wartawan terutama sekali dalam kes fitnah. Kisah ini meletup sehingga memalukan. Kerajaan Negeri New South Wales campurtangan sebagai pihak yang berkepentingan sebaik sahaja Mr. Sahathevan berindak menolak injuksi itu. Kes ini akan dihadapkan untuk pengadilan. Minggu sudah, Vincent Tan mengarahkan peguamnya menulis kepada Mr. Sahathevan untuk mendapatkan pesetujuan menarik balik kes itu.

Permintaan itu mengejutkan Mr. Shathevan pada mulanya. Vincent Tan bersetuju dengan permintaan Sahathevan bahawa apa yang ditulisnya dulu mengenai Vincent Tan di Malaysia dan di Australia adalah kisah benar. Begitu juga dengan tindakan guaman untuk memusnahkannya dulu. Mr. Sahathevan telah berunding dengan peguamnya untuk mendapatkan nasihat mereka. Alangkah anihnya kini Vincent Tan lebih memihak untuk mengaku kalah? Apakah dia tidak sedar pengakuannya itu akan menghinakan sistem pengadilan negara ini lebih teruk lagi? Di Malaysia dia boleh melakukan apa saja dengan sistem kehakiman negara sedangkan perkara yang serupa tidak dapat dilakukannya di Australia. Apakah dia tidak sedar kesnya di Australia itu menarik perhatian ramai seperti yang berlaku juga di Malaysia?

Dia berubah sikap kerana terdesak dan kerana selama ini dia mampu mendapatkan bantuan para kroni untuk terus berlagak. Dia tidak sedar ketika itu betapa setiap yang molok-molok akan sampai ke garisan penamat juga akhirnya. Gambaran kata-kata yang dibuat oleh peguamnya bahawa dialah peniaga yang tidak ada tolok bandingnya itu adalah satu kenyatan yang penuh kepalsuan. Sedangkan dia mamu berlagak sakan selagi ada kontrak besar yang disuapkan. Tidak ada sesiapa yang akan menghormatinya lagi selagi dia tidak berubah sikap dan perangai.

Vincent Tan adalah merupakan segelintir Super-Bumiputra. Untuk melayakkan diri dengan gelaran itu dia mestilah seorang Cina. Walaupun ada satu dua kerat orang India dalam kumpulan itu, kebanyakan mereka adalah orang Cina. Kalau orang Melayu dan bumiputra mendapati kesukaran memiliki tanah, dia mudah mendapatkan peluang kawasan tanah lapang yang luas, di kawsan yang mewah-mewah seperti di setiap negeri di negara ini. Di Penang, dia memunyai tanah di Penang Hill, di Pahang dia punyai tanah seluas ribuan hektar termasuk satu kawaan hutan simpan. Di Terengganu dia punyai tanah yang mahal-mahal harganya di Pulau Redang sedangkan tanah itu dulunya merupakan tapak perumahan para nelayan yang sudah menetap di situ berkurun lamanya. Mereka dipindahkan untuk mendudukki lereng bukit beberap kilometer jauhnya dari tapak asal nenek moyang mereka. Di Kuala Lumpur dia memilikki Kompleks Bukit Kiara. Itu pun sebagai contoh sahaja.

Di samping itu dia diberikan kontrak pengswastaan saluran najis. Indah Water Konsortium yang bernilai RM6 bilion. Dia tidak pernah berniat melaksanakan projek itu, kerana berniat untuk menjualnya dengan keuntungan yang tinggi. Kerajaan terpaksa mengambil balik projek itu daripadanya. Dia gagal dengan projek monorel, dan begitu juga dengan projek Linear City yang dijanjikannya dengan impian yang meninggi jalan ceritanya. Dia sedang mencungap mencari peluang baru untuk membantunya menyelesaikan hambatan hutang bank.

Semua tekanan ini menghantui Vincent Tan, tetapi saya hanya menulis sedikit sahaja mengenainya. Dia tidak mampu pergi ke mahkamah Australia kerana di sana dia terpaksa menjawab soalan bagaimana dia menjadi kaya raya sambil menjawab beberapa soalan yang tidak mungkin disebut di mahkamah Malaysia. Sudah tentu dia akan disoal bagaimana dia berantai dengan Bekas ketua Hakim Negara bersama peguamnya dan juga bersama Ketua Peguam Negara Malaysia. Segala jawapannya nanti akan dirakamkan di Australia dan juga di Malaysia. Bukan semua orang berpangkat di Malaysia ini suka dengan kisah itu. Dia tidak akan berjaya di mahkamah Australia seperti yang pernah dinikmatinya dalam mahkamah Malaysia.

Itu sebabnya dia mahu menyeleaikan kes itu di luar mahkamah. Dia tidak mahu kes itu membebankannya lagi. Dia terjerat kali ini dan akan terus terjerut. Inilah kejayaan Mr. Sahathevan. Empayar perniagaanya di Australia turut terjerut sama. Ketua Pengarah syarikatnya di Australia jatuh sakit dan terus meletakkan jawatan untuk menghilangkan dirinya. Semua pemegang saham Carlovers mahukan jawapan kepada soalan yang lama mereka sediakan. Tan Sri Vincent Tan amat mengharapkan masalah perniagannya itu dapat diselamatkan seperti yang diterima oleh kebanyakan peniaga bumiputra. Saya berani berkata kalau dia ditolong seperti itu, ramai orang Melayu akan membantah. Sekarang ini mereka memeram dendam melihatkan berbilion ringgit digunakan untuk program menyelamat itu. Program ke atas seorang Super Bumiputra tentu tidak akan disenangi.

Vincent Tan sudah ketiadaan projek baru. Tiak ada sesiapa yang sanggup membantu, dan tidak juga ada pegawai bank yang akan datang menolongnya. Kalau dia ada kawan dalam bidang kewartawanan, mereka tidak berani membantunya. Bukankah dulu dia bermusuh dengan orang akhbar untuk menakutkan mereka? Kenapakah dia hairan kalau wartawan tidak mahu membantu? Yang anihnya tiga insan yang mencabarnya dulu, melawan kes fitnah dan libel adalah wartawan semuanya.

-MGG Pillai-


Komen Penterjemah:

Kita jangan terkejut kalau pada satu hari nanti ada satu bangkai manusia yang terdampar di mana-mana dan mempunyai DNA yang seiras dengan penyangak ini. Buat masa ini dia masih lagi mampu mencungap kerana masih ada lagi seorang sahabat yang bergelar Tengku di PWTC. Inilah salah seorang yang mengeluarkan belanja besar untuk menghenyak seorang wira rakyat. Tunggulah selepas 10 Januari 2001 nanti. -MT-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>-MT-<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Vincent Tan Wants To Withdraw From a Court Case

The Malaysian international business man of unquestioned repute, Tan Sri Vincent Tan, has his business empire crumble under him. His Berjaya Group's debts are four times its paid-up capital of RM2 billion. His Berjaya Toto is in a tangle over loans to his Berjaya Land, which continues to increase by leaps and bounds with no prospect of repayment. His Berjaya Times Square mall is the albatross it always was around his heck. He sold his interest in the monorail project for a fraction of the RM1 billion he insisted it would be worth when it turns in a profit. To add insult to injury, his Digicom mobile phones, now under Norwegian management with a contract of non-interference, turned an RM11 million loss into a RM90 million profit in a year. In short, he is looking for a new godfather who could bail him out. His present godfather cannot. How could he when he needs godfathers to keep him afloat? But hope springs eternal in the human breast. He was seen at the Kuala Lumpur Turf Club with the Prime Minister in what seems an attempt to take it over from another Prime Ministerial crony.

Tan Sri Vincent Tan's reputation is so prickly that he sues at the drop of a hat. He sues for Croessian sums to frighten the targets of libel and defamation, whose insurers settle out of court for huge sums, to let the world know he is indeed a business man of unquestionable repute. His defamation suits have entered Malaysian legal history. Not for the righteousness of his cause, but for the judicial injustice the judiciary meted out. But his arrogance got the better of him. When Mr Sahathevan, then working for him when he controlled the Sun newspaper, wrote an article that suggested insider trading involving Tan Sri Vincent, his cohorts, who included the Prime Minister's son, he was sacked. That the Prime Minister's son told him about this did not help. Mr Sahathevan brought the case to the industrial court when the Sun would not settle. The case drags on. And Tan Sri Vincent Tan has lost control of the Sun.

Meanwhile, Mr Sahathevan moved on to Sydney, gave up his Malaysian citizenship, took out Australian, and is a free lance journalist there. He looked into the Vincent Tan connexion there, and came up with a company called Carlovers. And found a can of worms. The Australian stock exchange jumped in to suspend its quotation. The company, Tan Sri Vincent and other directors sued him for libel, getting an injunction against him not under the libel laws but under the fair trading laws. Mr Sahathevan counter-sued for libel. In Australia, the courts would not allow an injunction against journalists, especially in defamation cases. It raised, to put it mildly, a stink. New South Wales state government came in as an interested party when Mr Sahathevan moved to vacate the injunction. That case is about to come to trial. Last week, Tan Sri Vincent's lawyers wrote to Mr Sahathevan's asking for permission to withdraw his case.

This is Mr Sahathevan's first surprise he was unprepared for. What Tan Sri Vincent admits with this request is that what Mr Sahathevan wrote about him, in Malaysia and Australia, is right, his legal moves to silence him a deliberate attempt to harrass. Mr Sahathevan consults his lawyers on what he should do next. More intriguing is why Tan Sri Vincent Tan decides cowardice is more honourable than valour? Does he not realise that this would damage the Malaysian judiciary more than ever? That he could get the decision and delays he wanted in Malaysia but not in Australia, where this case is as widely discussed as his own libel actions in Malaysia were?

So, why? He is in a financial bind, the fate of cronies who overextended, believing the gravy train would not end, and there was always money to keep them afloat. He did not realise that all good things must come to an end. His lawyer's description of him as an international business man of unquestioned repute is untrue, his business empire sustainable only so long as he continually gets large contracts to keep him afloat. No one would take him seriously as a business man if he does not get out of his present financial and commercial mess.

He is among Malaysia's few Super Bumiputras. To qualify for one he must invariably be Chinese; there are a few Indians in this exalted list, but most are Chinese. Unlike Malays and bumiputras, who can only, with difficulty, get land in their own states, he could get prime land in every state: in Penang, prime portions of Penang Hill; in Pahang, several choice plots, including several thousand hectares of forest reserve; in Trengganu, a few tens of hectares of prime coast land on Pulau Redang, for which fishermen who had lived there for decades were forcibly relocated a few kilometres away up a hill; in Kuala Lumpur, the Bukit Kiara complex; the list is endless. Besides, he was given the RM6 billion privatisation of sewage, the Indah Water Konsortium, which he had no intention to run but sold for a profit so high that the government had to take it over. He has given up the monorail, and his promise of the Linear City is as, like so many of his projects, a promise. He cannot expect more favours he could turn into cash to pay his bankers to float.

With all this hanging over his head -- and what I have mentioned is but a partial list -- he cannot afford time in an Australian court to explain how came by his empire, why he chose defamation to burnish his reputation, and answer questions that could not be asked of him in Malaysia court. He would no doubt also have to explain his role in the retiring chief justice, Tun Eusoff Chin's unusual holiday arrangements with his counsel, and of his holiday in Italy with his lawyer and the Attorney-General, Tan Sri Mohtar Abdullah. What he has to say would be reported as widely here as his own cases here were. Not many in high office relishes what he could be compelled to answer. He could not have appeared in an Australian court and survive politically in Malaysia.

So he decides to settle. He could not go on with the case without adding to his manifold problems. Now he is damned if he withdraws, and damned if he does. That is what Mr Sahathevan has brought him to. His empire, such as it is, in Australia, is finished. His managing director suddenly is sick, resigns and is no more seen. The Carlovers' shareholders want answers to questions it would not answer. Tan Sri Vincent Tan hopes he would be bailed out like so many bumiputra business men cronies are. But I dare say that if he is, the Malays are not about to take that lightly. Already, they are incensed public funds rescue those given privatisation contracts for tens of billions of ringgit. Another one from the Super Bumiputra would be too much. And he is without new projects, without help, without friends, without bankers to bail him out. If he had friends in journalism, they dare not stand up and be counted. Since he focusses his attention on journalists to frighten, why is he surprised at this? Curiously, three men who stood up to him, and fight or fought libel and defamation, are all journalists.

M.G.G. Pillai
Pillai@mgg.pc.my