Laman Webantu   KM2A1: 3482 File Size: 12.4 Kb *



TJ MT MGG: Perpaduan Dan Perpecahan Orang Melayu ?
By M.G.G. Pillai

24/12/2000 1:41 am Sun

MGG159


Perpaduan Dan Perpecahan Orang Melayu ?
(Malay Unity And Disunity?)

Khabarnya, Perdana Menteri masih tidak lagi tahu betapa orang Melayu sudah berpecah, berpuak-puak dan tidak tahu bersyukur lantas tidak memperdulikannya sambil berkeyakinan bahawa pihak pembangkang lebih memahami masalah mereka lebih baik lagi daripada yang pernah ditunjukkan oleh UMNO selama ini. Dia masih lagi mahukan orang Melayu terus menyokongnya dan UMNO kalau tidak mahu berpecah untuk selama-lamanya. Bukankah dia merupakan lambang keselesaan bangsa Melayu dan bukannya seorang banduan di Penjara Sungai Buluh ataupun sesiapa saja yang berkata bahawa perdana menteri itu sudah menyimpang jauh daripada budaya Melayu.

Banduan yang korup? Memanglah, bukankah itu yang diperakukan oleh barisan kehakiman tertinggi negara yang mempunyai maruah tinggi dan mulia sehinggga sanggup bersantai dengan peguam yang bersedia menyediakan kertas pengkhakimannya?

Perdana Menteri masih tidak dapat mempercayai bahawa orang Melayu sanggup berpecah dan berpuak-puak dalam usaha menyokong seorang insan yang tidak lagi mampu memimpin mereka sebelum berakhirnya 2020.


Perdana Meneri memang tertekan dengan keadaan Melayu yang berpecahan. Itu sebabnya dia mengusahakan memujuk 300 ahli PAS daripada Terengganu untuk menjadi ahli UMNO. Tetapi, dia tidak faham lagi kenapa lebih ramai lagi ahli UMNO yang beralih ke pihak lain tanpa sebarang fedah kewangan ataupun pampasan. Beberapa ratus ribuan ahli UMNO telah keluar untuk menganggotai Keadilan dan PAS sejak dua tahun yang lalu. Itulah waktunya dia belagak laksana gergasi Goliath yang dihenyak oleh si kerdil yang kini berada di penjara Sungai Buluh. Beberapa pemimpin pembangkang di parlimen dan dewan undangan negeri pernah menjadi ahli UMNO satu ketika dulu. Mereka lebih berpihak kepada Anwar daripada Mahathir menunjukkan betapa orang Melayu sudah berpecah belah.

Contoh terbaik mengenai perpecahan Melayu itu telah didedahkan oleh 26,000 pengundi di Lunas di mana mereka telah menolak seorang calon India pilihan perdana menteri dan memilih seorang calon Melayu bagi kawasan di mana majoriti pengundinya adalah orang Melayu. Bagaimanakah orang Melayu anggup memilih calon Melayu parti pembangkang sebagai wakil rakyat mereka ? Bukankah orang Melayu sudah sedar betapa UMNO sudah kehilangan dua kerusi di Kedah melalui pilihanraya kecil dan kini menggugat kuaa politik BN dalam negeri yang didominasi oleh pengundi Melayu. Bukankah itu satu bukti bahawa orang Melayu sanggup berpecah kerana menyokong parti pembangkang? Memang teruk betul orang Melayu kini. Mereka masih tidak faham kenapa UMNO dan BN mesti dikekalkan, kalau tidak melalui peti undi apakah untuk disimpan di musuem?


Kini Perdana Menteri mula bertanya: "Apa yang sudah jadi? Dulu orang Melayu bersatu padu. Sekarang ini kia sudah semakin lemah ada pula orang luar yang mahu kita berpecah belah. Mereka mengumpan wang agar orang Melayu menentang orang Melayu lain terutama sekali, kerajaan." Dengan lan perkataan dia bertegas bahawa peranan orang Melayu ialah untuk menyokong kerajaan membabi-buta. Sokongan begitu adalah penting untuk membiarkan kerajaan terus menyimpang dari peranannya dan daripada menyokong pembangkang yang akan menyanggahnya. Ini bererti apabila sebuah kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu itu korup, angkuh dan tidak boleh diharap, ia melambangkan betapa orang Melayu itu bersatu padu. Apabila semua itu disanggah sekarang, bukan sahaja rang Melayu itu yang tergugat, malahan Islam juga turut terlibat.

Tetapi itu bukan keadaan yang sebenarnya. Pemimpin feudal memang dahagakan pengikut yang membuta tuli. Tetapi, sokongan akan diberikan kepada pemimpin feudal selagi syarat yang lazim itu dihormati. Inilah yang telah berubah apabila Anwar Ibrahim diaibkan dan dipenjarakan. Ia telah menghiris perasaan setiap manusia Melayu sehinggakan mereka bangkit untuk menyoalnya. Kebangkitan orang Melayu itu tidak bererti mereka tidak akan akur semula kepada peraturan budaya sebaik sahaja muncul seorang pemimpin lain yang sanggup mematuhi kelaziman peraturan budaya Melayu itu. Orang Melayu berperangai sumbang seperti sekarang ini kerana mereka sudah tidak dapat menerima lagi kepimpinan perdana menteri yang songsang. Mereka akan terus beperangai demikian selagi seorang pemimpin baru tidak muncul-muncul.


Siapakah gerangan pemimpinn itu? Terdapat dua orang yang boleh dibawa berbincang. Seorang ada dalam UMNO dan seorang lagi berada di luarnya. Kedua-duanya tidak dibenarkan memegang jawatan utama. Tetapi merekalah yang diharapkan oleh masyarakat Melayu yang mampu membawa kembali makna keselesaan hidup mereka. Perdana menteri tidak selesa dengan kenyataan ini kerana menggugat kekuasaannya. Dia sengaja memperlekehkan kenyataan bahawa UMNO tidak mampu memainkan peranan kepimpinannya selagi dia masih memegang tampuk kuasa. Dia sudah tidak mampu lagi berucap kepada kumpulan Melayu melainkan mereka dihimpunkan di Putrajaya. Kuasanya sudah kurang gemanya di persidangan UMNO dan juga di mesyuarat Majlis Tertinggi parti. Di Lunas dulu, dia terpaksa membatalkan janji untuk berucap kepada pengundi, satu tindakan yang tidak pernah dilakukannya sebelum itu. Kalau pun dia menepati janji itu, parti pembangkang pasti meraih undi majoriti yang lebih daripada 500 undi.

Kini, semakin jelas betapa orang Melayu semakin menjauhkan diri daripada UMNO. Apakah ini bererti orang Melayu sudah berpecah dan tidak keruan? Mampukah orang Melayu balik rujuk ke dalam UMNO sandainya Perdana Menteri akur untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada penjara Sungai Buluh? Sanggupkah Anwar melupakan pengalaman yang mengazabkannya itu dan rujuk kepada UMNO untuk mengambil alih jawatan perdana menteri seperti yang sepatutnya? Kalau ini yang akan dilakukan oleh Anwr apakah akan berulang semula ketidakpuasan orang Melayu kerana kesanggupannya memimpin parti yang sudah pupus tarikh luputnya?

Kalau Perdana Menteri terlalu bertegas dengan keputusan mahkamah kenapakah para juaknya sedang berunding dengan proksi musuh ketatnya mengenai kemungkinann diajukan satu pengampunan diraja?

Orang Melayu menyokong Anwar Ibrahim kerana mereka sudah yakin bahawa kepimpinan Mahathir sudah memecah belahkan perpaduan orang Melayu. Inilah sebabanya Melayu berpecah kini, dan bukannya disebabkan oleh alasan yang difikirkan oleh seorang Perdana Menteri. Orang Melayu telah berpecah untuk bersatu di bawah seorang pemimpin pembangkang.

-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



Rencana Asal:

Malay Unity And Disunity?

The Prime Minister knows not, it seems, why Malays are divided, fractious, ungrateful, ignore him and, horror of horrors, believe the Opposition understands them better than an UMNO which takes them for granted. He insists the Malay must unite behind him and UMNO, or be forever irrevocably split. He, after all, is the benchmark of Malay comfort. Not that corrupt s###mite prisoner in Sungei Buloh, nor any who insists the Prime Minister has lost his right to the Malay cultural mantle. Corrupt s###mite? Of course, the brightest and the best in the Malaysian judiciary, their integrity so peerless and unquestionable that going on holidays with lawyers who get the judgement they want burnishes it, has so decreed. It is beyond the Prime Minister's understanding why the Malays want to be so divided and disunited by supporting a man who could not lead them before 2020.

Malay disunity upsets him much these days. This time, he did his bit for Malay unity by weaning 300 PAS members from Trengganu into UMNO. But he cannot understand why many, many UMNO members move the other way -- without benefit of cash and other benefits. A few hundred thousand UMNO members joined KeADILan and PAS in the two years he, as Goliath, was put in his place by David, one Dato' Seri Anwar Ibrahim, now in solitary confinement in Sungei Buloh prison. Several opposition leaders, including members of parliament and state assemblymen were once UMNO members. That more Malays prefer him to the Prime Minister is, in the latter's view, proof enough of Malay disunity.

What better example of Malay disunity can there be that 26,000 electors of Lunas elected not an Indian he preferred but a Malay in a Malay-dominant constituency? How dare the Malays elect an opposition state assemblyman? Do not the Malays know that UMNO has now lost two constituencies in Kedah to the opposition in byelections and now threatens National Front political equanamity in that Malay-dominant state, and proof, yet again, of how Malays divide and disunite by supporting the Opposition! It is terrible, these Malays, who refuse to understand why UMNO and National Front must be preserved in office, if not electorally than in a museum.

The Prime Minister asks now: "What has become of the Malays? They were united before but now we are very weak and there are people who try to divide the Malays further. They offer bribes to ensure that there are Malays who will oppose other Malays, particularly the Government." In other words, he insists the Malay's only role is to support the government blindly and without thinking to ensure a corrupt government that loses its way is a far better bet than the opposition which challenges all this. To put it another way, when the Malay-controlled government is corrupt, arrogant and capricious, it is proof that there is Malay unity. When this is challenged, as now, then not only Malays but Islam is also threatened.

It is not. The feudal leaders demand blind leadership. The followers accept so long as feudal norms are met. This was not in how Dato' Seri Anwar was humiliated and jailed. It struck at the core of Malay cultural sensitivity. And they rise to question. This does not mean the Malays would not fall back into line under a new feudal leader who follows the cultural rules. The Malays behave as they do now because they find their feudal leader, the Prime Minister, flawed. And would until a successor emerges.

Who could that be? There are two in the horizon: one in UMNO and one outside. Both do not hold, indeed were prevented from, office. But it is on them the Malay depends upon to bring him back to his cultural comfort. The Prime Minister finds this inimical to his governance. The evidence he totes out ignores that UMNO's cultural role of protector cannot sustain so long as he is in office. He cannot address Malay gatherings out of Putra Jaya. His writ does not run in UMNO general assemblies and supreme council. In the Lunas byelection, he cancelled a promised gathering, his first before the people who elected him into power. If he had, it is now clear, the opposition majority would have been more than 500 votes.

It is by now clear that the Malays move away from him and UMNO. Does this mean the Malays are disunited and in dissarray? Would the Malay ground return to UMNO if the Prime Minister eats humble pie and release Dato' Seri Anwar from Sungei Buloh prison? Would Dato' Seri Anwar let bygones-be-bygones and return to UMNO to succeed the Prime Minister as he was meant to? If he did, would that begin another around of Malay unhappiness and uncertainty that he then leads a party long past its sell-by date? If the Prime Minister is so firm about legal niceties, why are his nominees talking to his nemesis's nominees on a deal that would ensure a free royal pardon? The Malay unite behind Dato' Seri Anwar as cultural leader, that Malays who back the Prime Minister, by his definition, inhibit Malay unity. So, yes, there is Malay disunity, but not for why the Prime Minister thinks it is. The Malays move to unite under an opposition leader.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my