Laman Webantu   KM2A1: 3481 File Size: 8.5 Kb *



TJ MT MGG: Berlakukah Keadaan Dharurat Negara? (KS)
By M.G.G. Pillai

24/12/2000 2:20 am Sun

MGG158

Berlakukah Keadaan Dharurat Negara?
(Is A State Of Emergency On The Cards ?)


Dengan tersungkurnya kuasa BN di Lunas untuk menghambat masa depannya, kerajaan semakin resah dan terpaksa menggunakan para pendidik Cina dan pertubuhan Suqui sebagai kambing hitam. Ia bermula dengan kekalutan mengenai Sekolah Wawasan yang akhirnya terpaksa diundurkan daripada menjadi debat hangat masyarakat. Tetapi, penyerahan memo yang mengandungi 83 tuntutan daripada 17 perkara, kini dijadikan satu alat untuk mencetuskan ketegangan sentimen perkauman. Presiden MCA Dato Ling Liong Sik telah berkata bahawa kerajaan telah menerima 93% daripada 83 tuntutan yang dikemukakan itu. Setidak-tidaknya terdapat dua tuntutan yang mencetuskan kemarahan. Satu lagi parti dalam komponen BN, Gerakan Party Malaysia, berkata bahawa Suqui tidak pernah menuntut agar hak keistimewaan Melayu itu ditarik balik.

Kenapakah UMNO tidak membincangkan semua itu dengan rakan Cina dalam komponen BN sebelum mereka melalak di khalayak ramai? Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Suqui menarik balik tuntutannya dan merapatkan hubungan kembali. Tetapi, selagi dia melalak seperti itu di khalayak ramai dia akan terus menegangkan sentimen perkauman itu.

Menteri luar Dato Seri Abdul Hamid Albar sengaja cuba memainkan sentimen dan perasaan orang Melayu dengan sikap mengugutnya, tanpa berusaha untuk mengendurkan keadaan. GPMS, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung mahu membentangkan 100 tuntutan pula sebagai mencabar Suqui dengan menganjurkan himpunan 100,000 manusia di Lembah Kelang dan melancarkan ceramah di seluruh negara. Semua ini telah menjerat kerajaan. Kalau GPMS diberikan permit untuk tujuan mereka sedangkan selama ini Barisan Alternatif terpaksa melakukan himpunan rakyat di Lembah Kelang tanpa sebarang kelulusan polis, bukan sahaja pihak polis malahan menteri hal ehwal dalam negara akan terjerat sama. Inilah sebabnya timbalan menteri dalam negeri, Dato Chor Chee Heung telah membuat rayuan agar GPMS membatalkan sahaja tujuan mereka.

Para pendidik Cina dan Suqui diam membisu. Yang melalak dan melolong adalah UMNO dan para penjilatnya. Ia cuba menggegarkan semangat orang Melayu untuk menyokongnya kembali. Tetapi sia-sia sahaja. Itulah sebabnya kerajaan terus menonjolkan isu itu. UMNO adalah laksana seekor harimau yang tercedera. Ia kini meraung kesakitan dan kemarahan. Tidak ada sesiapa yang ambil peduli melainkan para kroni. Kayu pengukur yang menjadi lambang keselesaan hidup orang Cina, Indeks Komposit BSKL, menunjukkan angka yang negatif. Inilah penunjuk bahawa keadaan sebenar bukannya ketegangan perkauman yang meruncing, tetapi disebabkan keadaan ekonomi negara yang semakin genting.


Saya semakin kerap mendengarkan kemungkinan disiytiharkan keadaan dharurat negara untuk membantu menyekat kepupusan UMNO . Tetapi mampukah perdana menteri mengistiharkannya dengan penuh keyakinan dia akan terus berkuasa? Bolehkah Angkatan Tentera dihalau balik ke berek mereka setelah keadaan yang tegang itu diamankannya? Mereka telah melakukannya selepas Mei 13 dulu. Apakah mereka akan melakukannya kali kedua? Apakah kedudukan perdana menteri dapat diperteguhkan apabila Insan Yang Mesti Dihapuskan Dengan Apa Cara Jua dibebaskan daripada Penjara Sungai Buluh dan dipilih menjadi presiden Parti Keadilan Negara?

Peralihan sokongan orang Melayu dan bukannya tuntutan masyarakat Cina yang menggugat UMNO sekarang ini dan menakutkan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpinnya. Sebelum Episod Lunas, BN memang amat yakin dengan undi orang Cina. UMNO bertindak ganas kerana kemarahan. Kini sokongan orang Melayu pun semakin diragukannya. Inilah bahana memainkan terlalu kerap dongeng lama mengenai tragedi Mei 13. Genrasi baru rakyat Malaysia yang mengetahui akan sejarah itu semakin sedar untuk menghindarkan berulangnya tragedi itu. Di samping iu mereka semakin sedar bagaimana kerjaan sengaja mempermainkan tragedi tersebut, berulang-ulang. Kerana itu mereka tidak takut lagi menghadapinya dan ini yang membuatkan kerajaan bertambah terluka.

Orang Melayu semakin mudah memperlekehkan tuduhan kerajaan terhadap penderhakaan kaum Cina itu. Sedangkan harimau yang terluka terus menjerit akan adanya serigala untuk menakutkan naga Cina. Orang Melayu tidak akan berganjak daripada pendirian baru mereka.

-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Is A State Of Emergency On The Cards?

With the Lunas fallout sharply etched into its future, the National Front government is nervous and found scapegoats in Chinese educationists and the Suqui NGO. It is caught in its own rhetoric over Vision schools and wisely retired it from public discussion. But the Suqui's 17 points with its 83 demands is now used to raise racial tensions. The MCA president, Dato' Seri Ling Liong Sik, says the government acepts "98 per cent of the 83 demands", or at most two demands raise the ire. Another National Front party, Gerakan Rakyat Malaysia, says Suqiu did not demand the removal of Malay privileges. Why did not UMNO discuss this with its Chinese partners before it shot off its mouth in public? The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, wants Suqiu to withdraw its demands and "heal the fissures". So long as he rails about it as he does in public, it must raise racial tensions.

The foreign minister, Dato' Seri Syed Hamid Albar, meanwhile, plays to the Malay gallery, to taunt, not mollify. The federation of Peninsular Malay Students, GPMS, wants to explain its 100 demands, its answer to Suqiu's, to a crowd of 100,000 in the Klang Vally and in smaller groups throughout the country. If it does, it needs police permits. This is where the government is caught. If it gets its permits, as the opposition Barisan Alternatif did not for its gathering in Klang last month, not only the police but also the home minister, one Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, would lose further face. This is why the deputy home minister, Dato' Chor Chee Heung, pleads with GPMS not to proceed.

Chinese educationists and Suqiu have kept cool. UMNO and its satraps have not. It raises the racial ante to wean back its lost Malay ground, but hardly a tremor. Which is why the government raises the ante with each speech. UMNO is a wounded tiger, roaring in pain and anger, with no one, but its own satraps and their satraps, to succour it. The usual barometer of Chinese comfort, the Kuala Lumpur Composite Index, reacted indifferently, its drift not racial tension but economic bad news.

Which is why I hear, I suppose, more talk these days of a a state of emergency to halt UMNO's political drift. But could the Prime Minister impose one and be fully confident he could then rule what is left of his roost? Could the armed forces be trusted to go back to the barracks after their work is done? After the 13 May racial riots, it did. Would it now? Would the Prime Minister's political health be enhanced should, after an emergency is imposed, He Who Must Be Destroyed At All Cost is released from Sungei Buloh prison to become president of Parti KeADILan Negara?

Malay drift, not Chinese demands, frightens UMNO and the National Front government it leads. Until Lunas, it could count on Chinese votes. UMNO reacts vengefully and in anger. Even Malay backing for its demands is in doubt. The ghost of May 1969 and racial clashes is toted out once too often. A generation of Malaysians know of it only as what they do not want to happen. But they also view it as the government crying wolf once too often. So they do not view it as fearsome as it once was. This upsets the government. Even the Malay ignores its claims of Chinese perfidy. The wounded tiger cries wolf to frighten the Chinese dragon. The Malay is unconcerned.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my