Laman Webantu   KM2A1: 3476 File Size: 8.4 Kb *



Mahathir Sedang Berhadapan Ditepi Lubang Yang Digali Sendiri..!!
By Amin Sapiro

23/12/2000 9:53 am Sat

Amin Sapiro (Laitulkadar dan petunjuk Allah swt)

[Satu lapuran disebalik pintu tertutup persidangan Umno baru(a) di PWTC terbongkar. Perhatikan banyak harta yang bertukar tangan sejak akhir-akhir ini. Halim Saad melepaskan sh*t kepada UEM, Tajuddin Ramli beroleh duit raya sebelum terbang, dan penyerahan Putra Jaya secara tergesa-gesa.

Sebelum itu Jamaluddin Jarjis ditukar ke TNB supaya senang semua urusan abang Ting. Pada ketika itu jugalah Isu Suqui timbul kembali. Sekarang isu Suqui diapi-apikan untuk meraih sokongan orang melayu. Tetapi ia nampaknya semakin bercelaru bila Hishamuddin bertekak dengan Suhaimi Ibrahim. Aziz Sheikh Fadhir tidak perlu diceritakan lagi.... dia hanya menanti panggilan kubur sahaja kerana gambar beliau di Lunas itu begitu teruk menghancurkan sokongan pengundi CIna di Lunas dan di seluruh Malaysia.

Sekarang BSKL sudah semakin meragam. Dana asing sudah berbilion keluar sejak kebelakangan ini. Jejaka untuk meminang MAS pula tidak muncul-muncul. Nampak jelas segalanya tidak menjadi. Itulah akibatnya bila UMNO terlau mempercayai orang yang celup melayunya dari Kerala. Mahathir hanya akan mempercepatkan UMNO rebah dan terus tidur buat selama-lamanya. Menara H itulah batu nesan terbesar untuk diingat pemergiannya selama-lamanya. - Editor]




MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DITEPI LUBANG YANG DIGALI SENDIRI..!!

SETELAH melihat pengaruh UMNO begitu jauh merosot hingga pemimpin UMNO sendiri sudah semakin hilang keyakinan mereka untuk membaikpulih imej, kewibawaan dan pengaruh parti itu, sambil itu karenah Mahathir dan kuncu-kuncu Kroninya semakin pula menampakkan kerakusan yang menggila-gila; komponen BN parti bukan Melayu telah mendesak kepimpinan UMNO supaya bertindak segera.

Disebut berulang-ulang peristiwa Lunas sebagai petanda yang sangat memeranjatkan semua pihak. Jari-jari menuding kepada pucuk pemimpin parti.

Pemimpin parti dalam komponen BN termasuk UMNO sedar bahawa Mahathir harus diundorkan sekiranya pemimpin semua parti dalam BN mahu melihat BN terselamat dari ancaman sokongan rakyat yang semakin hilang. Itu penelitian pemimpin BN pertama.

Selanjutnya, mereka membuat keputusan iaitu DS Anwar wajib dibebaskan. Segala tuduhan wajar digugurkan dan beliau dibebaskan tanpa sebarang syarat yang menjejaskan nama baik beliau. Itu adalah keputusan kedua dan paling penting.

Mahathir Terkejut Beruk

Dari sumber terperingkat, perkara ini berbangkit dalam satu mesyuarat tertutup yang dihadiri oleh lebih dari 2/3 pemimpin UMNO dan komponen BN di PWTC. (NB. Tidak ada sebarang laporan media dikeluarkan kerana ia adalah rahsia terperingkat parti).

Mahathir yang semasa itu menjangka ia suatu mesyuarat parti yang bertujuan lain, perkara dalam lain-lain hal yang memeranjatkan itu yang disokong pula oleh majoriti pemimpin BN yang hadir adalah sangat memeranjatkan beliau.

Sebagai mengalih pandangan hadirin, Mahathir yang 'terperanjat beruk' dan dalam kebingungan memberi syarat, antara lain:


  1. siapa boleh jamin keselamatan beliau supaya tidak dihadapkan ke mahkamah dan dituduh dengan kes-kes yang menjadi isu (dibangkitkan oleh DS Anwar, pemimpin KeADILan dan Pembangkang selama ini, termasuk rekod-rekod yang tersimpan di BPR membabitkan anak-anak beliau, Kroni, penglibatan beliau melindungi pihak dan individu tertentu);

  2. adakah UMNO/BN akan pulih dan boleh kuat dan berpengaruh semula jika beliau undor?

  3. Siapa yang layak menggantikan beliau menerajui BN dan diangkat sebagai PM?

  4. Adakah boleh sesiapa beri jaminan pengunduran beliau berlaku secara aman (gracefully)?


Soalan itu mendapat cabaran dari hadirin. Banyak suara garang yang menerjah keluar dari pemimpin yang hadir.

Mahathir jadi kelamkabut. Beliau meracau seperti histerikal, menggelabah seolah-olah beliau sedang ditunggu oleh 'Black Maria' diluar Dewan. Beliau tergagap dan kelu lidah semasa berhujah. Beliau mengugut semua orang. Tapi ia disambut dengan serangan dan gelak ketawa sorakan dari hadirin yang semakin 'naik darah'.

Bagaimana Akhirnya?

Dari sumber yang boleh dipercayai, Ku Li bangun dan berkata kepada hadirin:



  1. pada pandangan beliau, setakat ini tidak ada siapa yang layak menggantikan Mahathir sebagai Presiden parti dan PM (perkara ini telah tersebar dalam media sedikit hari dulu - ingat tak?);

  2. beliau lebih bersetuju dengan usul ?smooth transfer of power? yang tidak menjejaskan nama baik sesiapa (kenyataan seumpama ini disokong oleh Najib Razak - tersiar dalam agensi media AFP),


Beberapa perkara lain juga dibincangkan. Keadaan kembali tenang seketika. Mahathir tidaklah begitu gelabah lagi kerana masih ada puak-puak yang menyokong beliau walaupun tidak sampai 10% dari jumlah sebenar.

Reda Sementara

Keadaan kembali hebat apabila peristiwa kekalahan BN di Lunas betul-betul mencabar kewibawaan UMNO/BN. Sekaligus usul mengundorkan Mahathir timbul semula. Kali ini lebih hebat dari sebelumnya. 'Rating' sokongan terhadap Mahathir merudum jatuh keparas 'tidak ada' (nil).

Shahril Samad sengaja mencuit keadaan dengan membangkitkan cerita 'gambar Mahathir' macam gambar 'babi' kepada pengundi di Johor. Buktinya nampak di Lunas.

Reaksi Mahathir? Memeranjatkan!! Beliau bertempik dan menangis di satu mesyuarat MKT. Macam-macam dibangkitkannya hingga disebut kununnya kalau bukan beliau yang mnenerajui UMNO, orang Melayu dah lama 'mampos' dikerjakan oleh Cina!!

Seorang anggita MKT bertanya, "Siapa yang api-apikan isu PM Cina?". Mahathir terketar-ketar!

Selanjutnya, Mahathir menyalahkan pemimpin UMNO memberi beliau kuasa mutlak (kebiasaan beliau suka menyalahkan oranmg lain walau sebenarnya beliau sendiri tamak kuasa dan beragenda).

Kata beliau, "kerana orang Melayu suka 'take things easy'" kunun, beliau menuduh pemimpin Melayu cuma suka kepada rasuah. Seolah-olah beliau menyedarkan pemimpin UMNO bahawa beliau 'bukan orang Melayu'..!!?

Ini membangkitkan kemarahan MKT UMNO. Kesanya, sudah timbul sekarang satu pertentangan hebat antara Mahathir dan pemimpin UMNO secara umum.

Perkara ini sudah mulai merebak dikalangan pemimpin pelapis pertengahan yang semakin radikal menuntut 'MENGUNDORAN' Mahathir.

Isu SUQIU Menjana Harapan

Itu sebab sekarang sengaja ditimbulkan isu SUQIU. Beberapa puak telah diumpan supaya membesar-besarkan perkara yang sepanas air dalam gelas 'teh tarik' saja. Tetapi bagi Mahathir, itu sajalah yang boleh dilakukannya bagi meraih sokongan orang Melayu. Padahal, perkara itu tidak seperlu mana.


Jika Mahathir benar-benar jujor dan ikhlas, 1001 macam strategi dan tidakan boleh dilaksanakan untuk menteramkan keadaan. Tapi nampaknya Mahathir semakin bernafsu untuk membersar-besarkan perkara ini.

Tetapi kerana ini saja 'last resort' bagi beliau untuk mendapat sokongan peribadi dari pihak yang menentang beliau habis-habisan menuntut beliau diundurkan segera, Mahathir tidak ada jalan lain dari segaja mendapat kerjasama GPMS yang tidak seharusnya masuk campor (kerana GPMS bukan didaftar sebagai political organisation di Pendaftar Pertubuhan).

Ini menambah sakit hati segolongan besar pemimpin dan ahli Pemuda UMNO. Mereka sudah mulai berkira-kira bersatu kata mencari kesepakatan dengan pemimpin NGO kaum Cina bagi mencari kata putus dan penyelesaian.

Adakah Mahathir Semakin Ketakutan?

Bagi soalan itu, jawabnya:

"YA! YA!?.." jawab seorang pemimpin Pemuda.

"Bila lagi?" bertanya seorang yang masih sayangkan kepada Anwar.

"Tengok saja muka Mahathir kalau tak keluar di TV. Kalau tak ada juga, cuma kenyataan mengatakan beliau akan keluar negeri; maknanya Mahathir dah cabut lari?. Suaka ke negara ke dua!!"

Menjawab seorang lagi "Alhamdulillah. Selamatlah Malaysia..!!"

(berita terkini dari sumber dipercayai - AS)


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)