Laman Webantu   KM2A1: 3468 File Size: 7.3 Kb *



B2: Isu 'Suqui' - Agenda Mega Disengajakan Hasil Perancangan Mahathir
By Amin Sapiro

22/12/2000 9:47 am Fri

Amin Sapiro (masih hairan mengapa UMNO masih tak insaf)

[Kadang-kadang terfikir di hati kita kenapakah rayuan Suqui ini muncul tiba-tiba selepas diperap beberapa lama. Yang menarik ia dilambung ganas oleh Mahathir setelah tewas di Lunas dan setelah kecewa sandiwara Sauk tidak mengena serta hukuman kepada Anwar memalapkan lagi hari ulangtahun merdeka.

Sekiranya Mahathir betul-betul ikhlas, dia sepatutnya menangani isu ini dengan lebih bijak - bukannya dengan sengaja menebak kata-kata ekstrim dan biadap ke seluruh negara. Adab orang melayu berbudi dan berbahasa bukannya melatah dan berprasangka tidak tentu hala. Belum apa-apa sudah mengata - tapi sampai sekarang tidak seorangpun wakil Suqui diapa-apa. Bukankah itu semua sandiwara 'tua'? - Editor]



ISU 'SUQIU' - AGENDA MEGA DISENGAJAKAN HASIL PERANCANGAN MAHATHIR

Bahagian 2

[Nota: Urutan bahagian Ke-2 sebagai sambungan kepada Bahagian awal dibawah tajuk yang sama].


TUNTUTAN 'SUQIU' bukanlah satu perkara yang besar dan wajar dijadikan masalah dan isu yang wajar diperpanjangkan sangat. Jika diteliti secermat mungkin, kita akan dapat mencari punca siapa yang memulakan kehebohan ini. Kemudian kita akan dapat lihat apa tujuan asal ia dibangkitkan dan apa pula agenda yang tersembunyi dibelakang 'Sandiwara Budak-budak Liar' ini.

Mahathir Punya Agenda Mega

Sejak dari mula, perkara ini sudah nampak 'cincang tarah'nya (bak kata teman lamo saya dari N9). Beliau adalah sekawan dengan Tan Sri Samad Idris.

Kata beliau, "Kalau pilihanraya 99 tidak disalut dengan isu Anwar yang hampir-hampir membunuh UMNO, Mahathir tak akan 'mengada-ada' nak buat satu imbauan terbuka kepada kaum Cina untuk membenarkan mereka mengusulkan tuntutan Suqiu itu. Ini terjadi kerana Mahathir sudah nampak sokongan orang Melayu sudah tinggal sikit. Tak sampai se sumpit..!!"

Orang NS memang sulit kita memahami cara mereka memberi pembayangan. Mereka lebih banyak bermetafora dan beranalogi. Tanya Pak Marhaintua, baca rencana beliau - kita akan terpesona cara beliau memaklumkan point-point hujahnya!!

Kata teman lamo saya itu, "Mahathir memang sengaja nak buat bising macam-macam hal. Pada mula nya dikatakan kununnya: PM boleh kaum Cina, orang Melayu terpinggir kerana kehebatan Cina, jika tak ada Cina berniaga dan berusaha orang Melopong saja, orang Melayu masyarakat subsidi? macam-macam lagi yang tak elok kepada orang Melayu; mengikut cakap Mahathir", kata beliau. (kesian parti Mamak Tongkang tak ada. UMNO baik hati bagi peluang kepada geng mamak tongkang. Itu silap Melayu UMNO..hahaha..!!)

Kesimpulan, semua itu adalah suatu 'Agenda' Mahathir nak membangkitkan semangat Perkauman yang jijik. Puak kepimpinan UMNO pula tak sedar diri. Percaya sangat kepada Mahathir. Sebenarnya Mahathir dah tersepit. UMNO dah hilang kewibawaan. Pemimpin mereka dah jadi 'pelesit' tak berjinjang. Putar alam..!!

Bagi Mahathir, jika kaum Cina mengemukan satu senarai tuntutan terbuka (pada mulanya dijanjikan akan dirahsiakan). Tetapi bila ketika yang baik dan keadaan yang sesuai dengan agendanya, dengan melihat pengaruh UMNO tak kunjung bertahan; maka Mahathir pun tak ada pilihan. Beliau pecahkan tembelang kaum Cina. Diarah Pemuda UMNO dan pemimpin yang lain buat bising. Buat demo. Suruh bakar Sewan Perhimpunan Cina. Hebat Mahathir - hebat Pemuda UMNO..!! (berbakat jadi orang perjuangan? hahaha).

Bila tidak juga 'jalan', maka Mahathir pun arahkan pula budak-budak liar dalam GPMS bikin heboh. Tiba-tiba timbullah cerita kununnya tuntutan Suqiu itu lebih dari 50 perkara. Dulu kononnya '17 tuntutan' aja. Maka budak bangang macam Suhaimi Ibrahim pun disuruhlah rangka 100 tuntutan pula. Tapi dengan syarat hendaklah senarai itu diluluskan Mahadey pula!!

Apa Pasal Mahathir Nak Tengok dulu?

Sebabnya, Mahathir tak mau senarai itu macam senarai tuntutan Suqiu. Suqiu banyak menuntut perkara yang menelanjangkan UMNO/BN dan karenah Rasuah dan Penyelewengan regim UMNO/BN yang ber'PM'kan Mahathir yang semua orang kenal.

Mengenai keistimewaan Melayu cuma satu. Itupun boleh bincang. Tak paksa. Cuma Mahathir mahu ia disebut - gunanya untuk membeli pengundi Cina.

Rupa-rupanya yang dibangkitkan jadi isu ialah item mengenai keistimewaan orang Melayu. Item Penyelewengan, tuntutan ketelusan dan rasuah puak UMNO/BN langsung tak sebut. Kabarnya itu sebab Mahathir tak mau senarai Suqiu tak ada orang tahu. Mahathir & UMNO/BN takut malu kepada rakyat dan Suqiu!! (terbongkar rahsia busuk UMNO!!)

Mahathir Harap Apa?

Dengar kabar, sebetulnya Mahathir dah lama rancang perkara ini. Mahathir sengaja hendak menjadikan ia sebagai 'Agenda Jangkapanjang'. Yang dimaksudkan Agenda Jangkapanjang itu ialah: Tuntutan Suqiu itu akan dijadikan 'fall back position' dengan maksud, antara lain:



  1. Menjadi alat bagi mendesak orang Melayu yang menyokong Pembangkang untuk menentukan pilihan mereka, iaitu samada menyebelahi UMNO (kununnya memperjuangkan hak Melayu) atau memilih Pembangkang (hak Melayu akan hilang).

    Malangnya, penyokong pembangkang sudah tahu siang-siang. Agenda Suqiu itu sengaja digunakan oleh Mahathir untuk 'main wayang'.

    Penyokong Pembangkang Melayu lebih matang dalam mendepani isu ini. Melalui penerangan pemimpin mereka, akhirnya 'agenda Mahathir' itu tidak mendapat sambutan dari penyokong bukan UMNO. Melopong Mahathir. Meleleh air liornya.

  2. sengaja nak tunjukkan 'heroic' UMNO sebagai pejuang hak keistimewaan orang Melayu (kunun). Mahathir boleh tuduh kaun Cina sesuka hatinya sebagai satu ugutan. Sebenarnya, Mahathir sengaja nak jadikan kaum Cina sebagai 'kambing hitam' sebagai ragam olahnya untuk meraih sokongan orang Melayu yang semakin luntur dan merudum.

  3. Kaum Cina sudah nampak bagaimana sudah nampak bagaimana Mahathir 'bijak dan licik' menggunakan sentimen pekauman untuk menegakkan 'benang basah' beliau jika sudah tersepit akibah angkara beliau. Kita pernah tengok macamna Mahathir menggunakan sentimen rakyat dalam menyelesaikan isu Tg. Pagar dengan Singapura. Mahathir melaung'DENGAR! DENGAR! DENGAR..!!' di Pontian.


Yang mentertawakan kita, bila balik KL, Mahathir ketawa berdekah. Beliau angkat talipon, cakap dengan Lee Kuan Yew.. "Hahaha don't you worry ma friend. I will NOT direct Malaysian army not to attack Singapore. What I did was to satisfy the 'stupid Malays egoism.. You know lahhh.. Malay UMNO's mind are all at the palm of ma hand..!! Hehehe..!!.

Soalan: Apa riaksi rakyat semua kaum dalam isu ini? Apakah Mahathir akan berjaya 'main api' untuk membolehkan beliau terus kekal berkuasa?

(Disambung dibahagian ke-3)


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)