Laman Webantu   KM2A1: 3463 File Size: 2.0 Kb *



Selamat Hari Raya dan lain-lain....
By Panjitengkorak

21/12/2000 8:35 pm Thu


Assalamualaiikum/Selamat sejahtera semua.

Terlebih dahulu hamba ingin mengucapkan selamat menyambut aidil fitri kepada semua umat islam yang berpuasa, semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat nya pada kita semua.

Disini hamba ingin menyentuh sedikit isu Suqiu dsb nya yang pada hamba boleh mengbangkitkan sentimen perkauman jika kita melatah dan memberi komen tentang isu-isu tersebut. Pada pendapat hamba yang dhaif ini isu -isu hak melayu dan sebagai nya ini hanya lah tektik lapuk BN untuk memecahbelahkan rakyat jelata.Jadi tak payah kita pihak BA memberi pendapat atau apa-apa komen, biar umno menyalak konon nya mereka memperjuangkan melayu, hamba yakin rakyat yang bijak dan berakal akan tersenyum melihat orang-orang umno dah menjadi gila. Tak payah lah nak umno nak laungkan hak melayu, keluarkan melayu yang tak bersalah tu dari penjara Sg.Buluh. Tak payah cakap banyak, bela nasib melayu yang telah dizalimi oleh melayu sendiri. Hak ketuanan melayu tidak ada dalam Al-Qur'an.

Satu lagi ialah tentang perlantikan si Dzaidin ni, tak payah lah diwar-warkan sangat atau pun menaruh harapan kepada orang seperti dzaidin ni, lihat lah komen beliau, nak mempercepat proses mahkamah bukan nak bicara semula kes DSAI yg. telah menjadikan mahkamah kita lebih teruk dari sarang monyet. Untuk pengetahuan bersama hamba telah mendapat maklumat tentang perlantikan Dzaidin ni lebih kurang 6 bulan sebelum ianya dikeluarkan di media, yang bagi tahu hamba pun orang dalam di JPM jugak. Semuanya sandiwara belaka. INGAT.... Walau apa pun perlantikan yang dibuat atau ditukar ganti, tapi selagi situa zalim masih diatas ianya adalah SANDIWARA belaka untuk dia berkuasa. Tidak akan ada pembaharuan.

Sekian dari hamba yang hina-wassalam.