Laman Webantu   KM2A1: 3459 File Size: 21.3 Kb *



Meneliti 83 Tuntutan Suqui
By Mat Teropong

21/12/2000 10:01 am Thu

MENELITI 83 TUNTUTAN SUQUI

(Disalin daripada Utusan Melayu bertarikh 20 Disember, 2000)


(Memandangkan 83 tuntutan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan Persatuan Cina Malaysia (Suqui) yang dikemukakan sebelum pilihanraya umum tahun lalu semain mendapat perhatian umum hingga menimbulkan kontroversi dikalangan rakyat negara ini, di sini disiarkan terjemahan rasmi daripada teks bahasa cina untuk menfaat pembaca - Pengarang U. Malaysia)


Mukadimah:

Pilihanraya yang akan datang akan memilih kerajaan dan wakil rakyat yang akan memimpin negara ini ke alaf baru. Empat puluh dua tahun selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah berkembang maju dalam semua sektor hasil daripada usaha dan sumbangan rakyat semua kaum, dengan sepenuhnya menunjukkan dinamika sebuah negara yang berbilang kaum. Walau bagaimana pun beberapa dasar kerajaan yang tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan kesamaan bangsa, demokrasi, hak asasi manusia, autonomi kehakiman dan sebagainya perlu diperbaiki.

Krisis ekonomi pada dua tahun yang lepas dan wabak virus Nipah merupakan dua bencana terbaharu yang telah menyebabkan persatuan-persatuan Cina menimbang semula masa hadapan negara kita secara serius.

Kerajaan seharusnya mengadakan satu rancangan pembangunan yang sepadu untuk industri kecil dan sederhana dan Perkampungan Baru Cina yang telah ditubuhkan lebih daripada lima puluh tahun dahulu. Apabila kerajaan sedang giat menjalankan pelbagai projek mega, kita masih menghadapi kekurangan dana, bilik darjah dan guru di sekolah-sekolah. Kami juga perlu menaruh perhatian pada sektor-sektor yang mundur yang terdapat di kalangan Orang-Orang Asli, pekerja estet, penduduk bandar dan petani miskin.

Di samping itu, kami amat mengambil berat tentang isu amalan rasuah, penyimpangan kerajaan dalam pentadbiran awam, kebertanggungjawaban dan kelut sinaran kerajaan yang telah menimbulkan banyak perbincangan di kalangan orang awam. Demi cinta kami terhadap negara, serta perhatian kami terhadap masa hadapan bangsa kita, kami meminta semua calon dan parti politik yang akan mengambil bahagian dalam pilihan raya yang akan datang menyokong dan melaksanakan rayuan kami. Kami juga menggesa semua pengundi negara kita berusaha merealisasikan rayuan ini.


1. Menggalakkan Perpaduan Negara

Perpaduan negara mestilah berasaskan kepentingan semua rakyat negara kita dan bukan berdasarkan perkauman. Hanya dengan berasaskan keadilan dan non-diskriminasi, dapat mewujudkan satu lingkungan yang sesuai untuk mencapai perpaduan dan keharmonian di antara kaum.


  1. Gubalkan Akta Perhubungan Kaum untuk mencegah diskriminasi perkauman, rasialisme dan rasisme;

  2. Tindakan Afirmatif (Affirmative Action) harus bertujuan untuk memberi perlindungan dan peningkatan kepada golongan masyarakat yang lemah, tanpa mengira kepercayaan agama, latar belakang sosial dan kaum.

  3. Mengambil langkah untuk memansuhkan perbezaan antara 'bumiputra' - 'bukan bumiputra' dalam semua bidang.



2. Mempertingkatkan Demokrasi

Demokrasi bukan sahaja bermakna amalan pengundian setiap lima tahun - kerajaan harus dipilih oleh rakyat pada semua peringkat, supaya mencapai demokrasi parlimentari yang sebenarnya dan memastikan keadilan pilihan raya.


  1. Garisan sempadan pilihanraya mestilah berasaskan prinsip "satu orang satu undi" . Perbezaan bilangan pengundi antara kawasan-kawasan pilihan raya yang berlainan sepatutnya tidak melebehi 15%, SEPERTI MANA YANG DIAMALKAN PADA PERINGKAT AWAL SELEPAS KEMERDEKAAN NEGARA ini supaya mengelakkan jurang besar yang sedang wujud di antara bilangan pengundi di kawasan pilihanraya yang berlainan dalam sistem pengundian kini.

  2. Memulihkan pilihan kerajaan tempatan

  3. Senator haruslah dipilih oleh rakyat



3. Mempertahankan Hak Asasi Manusia dan Menegakkan Keadilan

Memperteguhkan hak asasi manusia, keadilan, keamanan dan kebebasan negara kita, agar melindungi hak-hak politik, sosial, kebudayaan dan ekonomi seluruh rakyat Malaysia:



  1. Ratifikasikan dan menandatangani semua konvensyen bangsa-Bangsa Bersatu dan kovenan-kovenan antarabangsa

  2. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang baru ditubuhkan perlu diperluaskan struktur anggotanya dan pastikan bahawa badan tersebut berepresentatif dan bebas

  3. Pastikan kebebasan Peguan Negara dan badan kehakiman

  4. Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri selaras dengan perkembangan zaman

  5. Gubalkan Akta Kebebasan Informasi

  6. Meminda Akta Kesatuan Sekerja, Akta hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Polis dan Akta Universiti dan Kolej supaya selaras dengan piawian hak asasi manusia.

  7. Mempertahankan kebebasan bercakap, perhimpunan dan persatuan.



4. Membasmi Amalan Rasuah

Amalan rasuah merupakan salah satu halangan besar dalam pembangunan negara, Ia bukan saja merampas kepentingan rakyat jelata, malah menjejaskan fungsi pentadbiran kerajaan dan merosakkan kebrtanggunjawaban kerajaan. Amalan rasuah, mesti dihapuskan pada semua peringkat perkhidmatan awam dan kerajaan:



  1. Susun semula Agensi Pencegah Rasuah supaya ianya menjadi satu badan bebas dan bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen.

  2. Gubalkan satu akta di mana semua kakitangan tinggi kerajaan dan wakil rakyat yang dipilih wajib mengisytiharkan asset mereka secara terbuka kepada orang awam.



5. Laksanakan Dasar Ekonomi yang Adil

Kerajaan harus mengkaji semula dasar ekonomi negara secara menyeluruh untuk mengatasi kelemahan yang terdedah semasa krisis kewangan berlaku baru-baru ini. Semua kaum mesti diberi peluang yang sama untuk bersaing. Amalan rasuah, kronisme dan nepotisme harus dielakkan dalam perihalpemberian saham atau kontrak. Dalam tiga puluh tahun yang lampau, sewaktu kerajaan menitikberatkan pembangunan industri dan komersial bagi kaum bumiputra, perkembangan dan modenisasi bagi industri kecil dan sederhana telah diabaikan. Kerajaan juga telah mengabaikan masalah yang dihadapi oleh pernternak babi, kerajaan tidak mengambil tindakan dengan segera untuk menolong mangsa-mangsa wabak dan keluarga mereka.



  1. Menggalakkan modenisasi dan pembangunan industri kecil dan sederhana dalam negeri ini.

  2. Merumuskan dan melaksanakan dasar pertanian yang kekal.

  3. Membahagikan tanah secara adil kepada petani-petani yang memerlukannya tanpa mengira kaum.

  4. Hapuskan sistem kuotta yang berasaskan 'kaum' dan gantikannya dengan sistem pengagihan yang berasaskan 'kebolehan' (means tested sliing scale)

  5. Pastikan bawahadana KWSP serta dana-dana awam yang lain kepunyaan pekerja negara kita diberikan tempat perwakilan yang memuaskan kepada organisasi pekerja untuk menjamin pengurusan dana yang betul.



6. Kaji Semula Dasar Penswstaan

Tujuan menswastakan kemudahan awam ialah untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan beban ekonomi negara. Walaupun sesetengah kemudahan awam yang diswastakan memberi banyak kemudahan kepada rakyat dan juga menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara, namun disebabkan ketidaklutsinaran operasinya, ianya telah menimbulkan monopoli dalam bidang perniagaan, memberatkan beban rakyat dan menyebabkan kronisme serta menghalang pertumbuhan ekonomi negara:



  1. Semua projek penswastaan harus berasaskan kepentingan orang awam

  2. Projek-projek penswastaan harus ditender secara terbuka

  3. Dirikan Suruhanjaya Urusan Awam untuk menyelia dan menilai projek-projek yang diswastakan untuk melindungi kepentingan rakyat.

  4. Batalkan rancangan pengkroporatan perkhidmatan kesihatan supaya membolehkan rakyat negara kita, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah, menikmati perkhidmatan kesihatan awak yang murah dan cekap.

  5. Gubalkan akta antimonopoli untk mengelakkan amalan monopoli dalam bidang penswastaan.

  6. Kaji semula perkhidmatan pembetungan supaya mengurangkan beban para pengguna.

  7. Hentikan pengenaan tol dan penswastaan pada jalan raya di dalam bandar raya dan jalan raya yang sedia ada yang telah dipertingkatkan menjadi lebuh raya.



7. Laksanakan Dasar Pendidikan yang Progresif dan Liberal

Demi menghadapi cabaran abad baru, kita perlu mengkaji semula keseluruhan sistem pendidikan negara kita dengan menumpukan perhatian pada pengmbangan potensi manusia, memenuhi keperluan sumber manusia dan memupuk daya kreativiti, daya insiatif serta teknik pembelajaran para pelajar kita. Komuniti Cina memandang berat terhadap Akta Pendidikan 1966 yang tidak berlaku adil terhadap pendidikan bahasa ibunda bagi kaum cina, india dan kaum-kaum minoriti lainnya di negara kita. Disebabkan kekurangan dana, bilik darjah, dan guru, perkembangan sekolah-sekolah rendah Tamil dan Cina telah terhambat:



  1. Membina Akta Pendidikan 1996 untuk mencerminkan dasar pendidikan kebangsaan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Ordinan Pendidikan 1957 yang memastikan penggunaan, pengajaran dan perkembangan bahasa ibunda semua komuniti etnik di negara kita.

  2. Tambahkan bilangan sekolah rendah Tamil dan Cina di kawasan yang padat dengan penduduk kaum India dan Cina, agar hak untuk menerima pendidikan bahasa ibunda bagi pelajar-pelajar kaum tersebut tidak dirampas.

  3. Selesaikan masalah kekurangan guru yang lama berterusan di sekolah-sekolah rendah Tamil dan Cina.

  4. Batalkan rancangan Sekolah wawasan dan hentikan perlantikan guru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina untuk memegang jawatan-jawatan tinggi di sekolah rendah cina untuk memastikan sifat dan cara pendidikan di sekolah rendah Cina tidak diubah.

  5. Pastikan bahawa pengagihan peruntukan pendidikan, latihan guru, perancangan kurikulum, bahan pengajaran, kemudahan dan perkakasan yang asas adalah adil dan mencukupi bagi sekolah-sekolah semua aliran bahasa, termsuk cadangan sekolah-sekolah bistarai.

  6. Realisasikan pendidikan bahasa ibunda dengan menggabungkannya ke dalam rancangan pendidikan negara kita dan sediakan latihan untuk guru-guru, perancangan kurikulum dan bahan-bahan pengajaran baginya.

  7. Sediakan kelas bahasa ibunda pelajar (Pupils Own Language - POL) dalam kurikulum formal sekolah seandainya terdapat sekurang-kurangnya lima (5) pelajar dari mana-mana kumpulan etnik di mana-mana sekolah.

  8. Tambahkan peruntukan untuk perbelanjaan pendidikan

  9. Kaji semula dan naikkan gaji guru

  10. Kenaikan sistem pinjaman dan bantuan kewangan pelajar dengan pengagihannya mengikut kemampuan keluarga pelajar (means-tested sliding scale) tanpa mengira kaum.

  11. Iktirafkan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian cina.

  12. Izinkan penubuhan Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina baru dan berikan subsidi untk perkembangannya.

  13. Tambahkan bilangan sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti selaras dengan pertumbuhan penduduk negara kita.

  14. Iktirafkan ijazah yang dianugerahkan oleh institusi yang bertaraf antarabangsa, termasuk Universitinanyang yang lampau serta niversiti-universiti yangbukan aliran bahasa Inggeris di negara-negara seperti China, Taaiwan dan sebagainya.

  15. Hapuskan sistem kuota untuk kemasukkan universiti.



8. Galakkan Perkembangan Pelbagai Kebudayaan

Negara kita ialah negara yang berbilang kaum. Akan tetapi, Dasar kebudayaan Kebangsaan yang sedia ada adalah didasarkan pada budaya tunggal, ianya merupakan halangan bagi perkembangan kebudayaan masyarakat majmuk. Demi memperbetulkan kesalahan ini, perumusan kebudayaan nasional haruslah diasaskan pada pluralistik masyarakat kita:



  1. Kenaikan dasar kebudayaan dan seni yang lebih liberal dan pluralistik.

  2. Sediakan bantuan kewangan dan biasiswa seni dan galakkan aktiviti kebudayaan berbilang kaum negara kita.

  3. Wajibkan kerajaan pada semua peringkat untuk menggalakkan budaya pluralistik.

  4. Pemberian ganjaran atau hadiah kesusasteraan dan seni negara haruslah terbuka kepada semua rakyat, tanpa mengira kaum atau bahasa.

  5. Kebudayaan semua kaum dan agama haruslah dilayani secara saksama oleh media dan badan-badan kebudayaan rasmi.

  6. Galakkan pertukaran kebudayan antarabangsa.

  7. Mendidik dan menggalakkan rakyat negara kita saling menghormati agama-agama yang berlainan di dalam negara ini serta perkuatkan perhubungan dan pertukaran fikiran antara badan-badan agama berlainan.

  8. Berikan layanan yang adil bagi badan-badan agama yang berlainan dalam hal penyebaran, perkembangan, mendapat kemudahan rasmi kerajaan serta dilayani dengan saksama oleh media rasmi.


9. Lindungi Alam Sekitar

Semua projek pembangunan yang meninggalkan kesan buruk ke atas alam sekitar seperti kawasan tanah tinggi, hutan dan kawasan berpaya atau yang akan merosakkan peninggalan, sejarah serta kawasan perkuburan, mesti dikawal dengan ketat. Piawaian dan undang-undang perlindungan alam sekitar perlu dikuatkuasakan secara serius:



  1. Pastikan projek empangan tidak merosakkan ekologi persekitaran.
  2. Kenakan langkah pemeliharaan air dan tenaga yang ketat.
  3. Kuatkuasakan Akta Perhutanan dan Alam Sekitar yang sedia ada untuk menghalang aktiviti pembalakan yang sembarangan.
  4. Kenakan cukai ke atas penggunaan tenaga serta pengeluaran gas karbon atau gas buangan lain yang berbahaya.
  5. Indahkan kawasan-kawasan perkuburan dan pastikan kawasan tersebut tidak dipindah untuk tujuan pembangunan.
  6. Tawarkan insentif bagi industri yang menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga solar.



10. Modenisasikan dan bangunkan Perkampungan Baru

Perkampunan baru mempunyai sejarah lebih daripada lima puluh tahun. Seramai 1.5 juta kaum cina yang berselerak di 452 buah Perkampungan baru masih dikecualikan daripada arus pembangunan ekonomi negara. Infrastruktur di Perkampungan Baru tersebut perlu diperbaiki. Ramai penghuni masih belum mendapat hak milik tanah atau mendapat pembaharuan hak milik tanah.



  1. Pastikan bahawa semua penduduk Perkampungan Baru diberi hak milik tanah dengan segera.
  2. Selesaikan rancangan pembangunan Perkampungan Baru dengan secepat mungkin.
  3. Sediakan peruntukan pembangunan untuk Perkampungan Baru mengikut perkadaran bilangan penduduk.
  4. Memperuntukkan tanah yang mencukupi untuk petani-petani Perkampungan Baru dan luar bandar.



11. Realisasikan Dasar 'Perumahan Untuk Semua'

Kerajaan harus merealisasikan wawasan perumahan untuk semua rakyat dengan lebih giat. Tindakan ini diperlukan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang ketara bagi kumpulan yang berpendapatan sederhana dan rendah.



  1. Pastikan bahawa kerajaan negeri memperuntukkan tanah yang lebih banyak secara percuma untuk pembinaan perumahan awam kos sederhana dan rendah.
  2. Pastikan pengagihan perumahan kos rendah dalah adil untuk mengelakkan daripada memberikannya kepada mereka yang tidak layak.
  3. Laksanakan sistem "sewa dahulu beli kemudian" agar membolehkan mereka yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.


12. Lindungi Hak Asasi Wanita

Hak asasi wanita mesti diutamakan di sektor swasta dan awam:



  1. Beri sokongan kepada 'Agenda Wanita 1999' yang diutarakan oleh organisasi bukan kerajaan wanita negara kita.
  2. Pertingkatkan fungsi autoriti kerajaan yang berurusan dengan hal-hal wanita.
  3. Hapuskan segala jenis diskriminasi terhadap wanita dalam masyarakat negara kita.
  4. Kenakan hukuman yang berat kepada mereka yang melakukan keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita.
  5. Menggesa sektor awam dan swasta supaya menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak bagi pekerja-pekerja wanita.



13. MEDIA YANG ADIL

Media harus dioperasi secara adil dan bebas tanpa campur tangan kerajaan:



  1. Tubuhkan badan penyiaran yang bebas dan adil.
  2. Hapuskan peraturan mengenakan pembaruan tahunan permit menerbit (KDN)
  3. Galakan penubuhan media penyiaran swasta.
  4. Tambahkan peruntukan masa untuk penyiaran berita dalam bahasa Mandarin.



14. Memulihkan Kelayakan Rakyat Terhadap Pasukan Polis

Pada akhir-akhir ini, cara pengendalian pihak polis dalam penyiksaan adalah amat membimbangkan dan hal ini mungkin menggugatkan keyakinan orang awam terhadap pasuakn polis.



  1. tubuhkan satu suruhanjaya penyiasatan statutori yang bebas untuk menyiasat kes penyalahgunaan kuasa an kekerasan polis. Laporan siasatan suruhanjaya tersebut mesti diumumkan kepada orang awam manakala mereka yang didapati bersalah patut dihukum.

  2. Mempertingkatkan kualiti pasukan polis menerusi pelarasan gaji dan prosedur pengambilan polis baru yang lebih ketat dan sempurna supaya membentukkan satu pasukan polis yang adil, berperikemanusian dan lebih bertanggungjawab.


15. Memperbaikki Kebajikan

Setiap manusia berhak untuk hidup dan mari secara bermaruah dan juga berhak menerima perlindungan sosial daripada pengangguran, sakit, umur tua, kematian atau lain-lain kejadian di luar kawalan mereka:



  1. Berikan perhatian khas kepada mereka yang kurang bertuah, kurang upaya, warga tua, kanak-kanak dan wanita.

  2. Sediakan kemudahan rekreasi untuk belia supaya memimpin mereka kepada satu cara hidup yang sihat.

  3. Tambahkan peruntukan dana bagi sektor kesihatan dan perubatan, terutamanya dalam hal pencegahan penyakit.

  4. Tingkatkan pengetahuan rakyat terhadap kehidupan sihat dan penjagaan kesihatan yang asas.



16. Hormat Hak Pekerja

Pekerja berhak mendapatkan syarat-syarat kerja yang saksama dan lingkungan kerja yang demokratik, berperikemanusiaan sera selamat, selaras dengan piawaian buruh antarabangsa:



  1. Iktirafkan hakpekerja elektronik untuk mendirikan kesatuan pekerja

  2. Gubalkan akta untuk memastikan semua pekerja termasuk pekerja estet mendapt gaji yang munasabah.



17. Menyara Orang Asli

Sahkan tanah rizab Orang Asli agar mereka dapat mengawal sumber dan tanah mereka sendiri dan dapat memilih cara hidup mereka sendiri.


--ooOoo--

Rayuan ini dianjurkan oleh 11 pertubuhan nasional cina Malaysia (Jiao Zong)



  1. Persekutuan Persatuan-Peratuan Alumno Sekolah cina Malaysia
  2. Nanyang Universiti Alumni Associataions of Malaysia
  3. Taiwan Graduate alumni Associataions of Malaysia
  4. Dewan Perhimpunan cina Selangor
  5. Federation of Guangdong Associations of Malaysia
  6. Federation of Guangzi Associations of Malaysia
  7. Federation of Fuzhou Associations of Malaysia
  8. Federation of Sanjiang Associations of Malaysia
  9. Huazi Research Centre


Setakat 16 Ogos 1999, rayuan ini telah diindoskan oleh 1,848 pertubuhan Cina di Malaysia.

Pada tahun 2000 dua lagi peratuan cina telah menyertai Jawatankuasa Suqui selain daripada 11 persatuan di atas, dua persatuan ialah:


  1. Dewan Perhimpunan cina Negri Sembilan
  2. Federation of Hokkien Associations of Malaysia


Sebelum Pilihanraya 1999, rayuan ini telah diindoskan oleh 2,095 buah persatuan cina di Malaysia.



--ooOoo--


Komen

Jelas, majoriti pemimpin Melayu yang menyelar Suqui termasuk dalam golongan manusia yang menganggap kepimpinan mereka masih lagi laku. Baca dan teliti tuntutan Suqui ini. Sebahagian besarnya adalah lambang rintihan masyarakat Melayu yang beragama Islam juga, sekian lama.

Di sinillah juga terserlah betapa lemahnya jentera parti pembangkang di kalangan Barisan Alternatif. Sepatutnya satu salinan yang lengkap tuntutan Suqui ini sudah lama disiarkan dan pengakuan Mahathir mengenainya yang dibuat oleh kabinet beliau pada 23 September 1999 sudah diberitahu kepada rakyat sebaik sahaja perkara ini berlaku. Mujur wakil DAP di Parlimen menyebut perkara ini secara jelas dan mendedahkan persetujuan kabinet itu kalau tidak Melayu akan terus melopong dan melahu...!!!!!


-Mat Teropong-
19.12.2000.