Laman Webantu   KM2A1: 3449 File Size: 11.1 Kb *



Mahathir Dan Umno/BN - Desperado Politik Yang Tersepit
By Amin Sapiro

19/12/2000 9:24 am Tue

Amin Sapiro (Cuma mengingat kawan-kawan lamo)

[Saya kira ini satu rencana yang amat baik dari Wak yang seharusnya dikategorikan sebagai MESTI BACA dan MESTI SEBAR. Belum pernah dalam sejarah tanah air seorang perdana Menteri memberi gelaran yang tidak sopan (biadap) kepada rakyat sendiri yang telah memberikan kemenangan kepada mereka dalam pemilu.

Makin biadap lagi bila ucapan itu dipancar ke seluroh negeri di hari ulangtahun kemerdekaan. Tidak syak lagi hanya seorang yang tidak berdarah pribumi sahaja sanggup melakukan demikian. Mahathir dengan jelas telah menghina rakyat sendiri dan dia telah mengkastakan rakyat yang berbakti untuknya dikertas undi. Memang sahlah Mahathir tidak mengenang budi... dia mencuri tanah di Langkawi, dan dia sudah merampas kedaulatan raja dan permaisuri. Putra Jaya sudah bukan milik kita lagi - ia menjadi hadiah khas abad ini untuk kroni. Selamat membayar wahai rakyat yang dijajah kembali! -Editor]



MAHATHIR DAN UMNO/BN - DESPERADO POLITIK YANG TERSEPIT

PEPATAH orang Melayu menyebut: "Hanya Pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tidak akan melupakan pelandok!". Tanyalah orang Melayu, samada yang berpendidikan maupun yang tidak - mereka pasti tahu maknanya.

Mungkin kerana Mahathir 'pendatang haram' dari Krala, pepatah itu tidak ada dalam perbendaharaan pribahasa keturunan beliau. Tak taulah!

Kaum Cina Sudah Kenal Siapa Mahathir

Hari ini kita nampak terang dan jelas bahawa punca kacaubilau politik rakyat di negara ini berakar umbi dari kerakusan kuasa Mahathir, anak-bini dan kuncu-kuncu proksi dan kroni beliau yang pelahap. Kerana itu, rakyat semua kaum sudah tidak lagi peduli sebarang alasan Mahathir dan pemmpin UMNO/BN. Cakaplah sampai tercabut nyawa, orang gelak melihat kebangangan mereka.

Apa yang jelas, itulah dia. Sebenarnya, Mahathir mahu terus berkuasa mutlak. Anak-bini dan kuncu-kuncu proksi dan kroni beliau mahu beliau terus menguatkan kedudukan bagi mencengkam tanpa sebarang alasan - walaupun Mahathir terpaksa 'jual maruah' secara murahan!

Mahathir sudah lama mencari satu 'fall-back position' bagi meningkatkan kemampuan beliau mengalih pandangan orang Melayu. Harapannya semata-mata untuk meraih sokongan rakyat terhadap beliau.

Selama 2 tahun kebelakangan ini, pengaruh Mahathir dan UMNO sebagai sebuah parti sudah ketandusan strategi dan budibicara. Malah, kaum Cina dan India juga sudah tidak lagi memberi sokongan padu kepada parti komponen BN.

Sebagai ikhtiar meraih undi dalam P/raya November 99, Mahathir secara terbuka menyokong tuntutan Suqiu dengan memberi kenyataan bahawa Kabinet regim beliau menerima '17 Perkara' cadangan kumpulan itu. Akhirnya, kaum Cina memberi sokongan!! UMNO/BN mendapat majoriti 2/3 di Parlimen. Tetapi hari ini, kaum Cina tahu bahawa Mahathir adalah 'raja segala yang palsu'..!! 'Bapak Penipu..!!'

Ditambah lagi, kununnya jawatan Perdana Menteri pun tidak semestinya diperuntukkan kepada orang Melayu. Dengan tak secara langsung, Mahathir dilihat bersikap paling liberal, kunun. Seolah-olah beliau sanggup 'Menjual Melayu membeli Cina'..!! Itu satu bab.

Memang tepat seperti yang dijangka. Akhirnya, UMNO kecundang. Jumlah kerusi di Parlimen UMNO merosot teruk berbanding MCA. Betullah - UMNO sudah terjual kepada MCA!!

Mata Angin Sudah Beralih Pula?

Mahathir dan UMNO semakin goyang. Hari ini, Mahathir cuba mengalih putaran angin politik rakyat. Tuntutan Suqiu dijadikan pula bahan untuk meraih sokongan orang Melayu. Di imbaulah Pemuda UMNO supaya berdemo dan memanjat pagar Dewan Perhimpunan Cina. Diugut kaum Cina. Dimomokan ugutan kununnya mereka akan membakar Dewan permai itu.

Mahathir mewarwarkan supaya pemimpin UMNO membuat kenyataan mengutuk tuntutan Suqiu yang kununnya mewakili kaum Cina yang disamakannya sebagai 'ekstrimis' dan 'Komunis'..!!.

Mahathir sendiri secara mengugut membuat kenyataan menuduh kaum Cina sebagai 'Ekstrimis' dan 'Komunis'. Suatu tuduhan sungguh 'manis'.

Pelbagai tuduhan berunsur perkauman yang mengugut dengan nada adu-domba dihamburkan oleh pendatang baru dalam UMNO seperti Rais Yatim. Ini cuba dicanangkan oleh budak-budak hingusan politik seperti Suhaimi Ibrahim yang kununnya mengetuai klub hingusan bernama GPMS.

Harapan Mahathir cuma satu iaitu: supaya semangat perkauman dangkal membuta tuli dijangka dapat mempengaruhi keyakinan orang Melayu semula. Dengan itu, Pembangkang akan tersadai tanpa sokongan. Malangnya tidak pula begitu. Mahathir ternganga..!!

Mahathir Penyebab UMNO vs MCA

Umpama dua pasukan bermain bola, UMNO (mewakili team Melayu) dilagakan oleh Mahathir dengan MCA (team Cina). Mahathir berharap sangat dalam hati supaya pembangkang dan penyokong Barisan Alternatif yang menjadi penonton akan memihak kepada UMNO. Dengan itu Pembangkang akan ikut bersorak dan akhirnya terpecah dua atau tiga. Malangnya tidak pula!

Pembangkang sudah cukup bijak dan lebih cenderung menjadi penonton. Mereka bersorak tanpa mengira pasukan mana yang menang atau kalah. Pembangkang adalah 'neutral'. Seolah-olah Pembangkang adalah penonton yang melihat satu sandiwara di padang perminan sekolah 'anak-anak tadika'. Pelakun utamanya ialah UMNO dan MCA. Mahathir adalah pengarah pentas yang semakin sewel!! Hahaha?

Mahathir tidak sedar bahawa Pembangkang sudah begitu matang sejak dua tahun kebelakangan ini. Mereka tidak langsung memberi riaksi terhadap permainan kotor 'team UMNO' yang sedang diarah dibelakang tabir oleh Mahathir. Pembangkang sudah cukup cerdik untuk ditipu bontang.

Sebaliknya Pembangkang, dengan tepukan yang berwaspada, memberi pernyataan yang berhemah bahawa permainan licik Presiden UMNO (merangkap Pengerusi BN) itu adalah merbahaya kepada kesejahteraan awam dan masa depan rakyat dan negara.

Hematnya, jika rakyat terpedaya, akan semakin terjejaslah kepentingan bernegara yang selama ini begitu gigih dipupuk.

Bersebab dari SANDIWARA Presiden UMNO yang disamakan seperti si Luncai itu, Barisan Alternatif sentiasa membuka ruang dan pintu depan menyambut semua kaum yang sudah semakin hilang keyakinan menyokong BN. Padan muka Mahathir..!!

Rakyat Malaysia Bukan Rakyat 'Dangkal-Politik'

Sejak UMNO/BN kecundang besar di Lunas, penghayatan semua kaum terhadap wadah perjuangan politik Pembangkang, Barisan Alternatif dan parti komponennya semakin menarik minat rakyat banyak. Sambutan bertaraf '?overwhelming' dapat dilihat dengan kemenangan Barisan Alternatif walaupun ribuan 'pengundi hantu' diheret ke peti undi.

Kiranya, nasib baik Pembangkang tidak terfikir hendak menahan puluhan bas-bas pelancung yang datang ke Sanggang dan Teluk Kemang pada malam sebelum mengundi. Jika tidak, termasuk Lunas, sudah 3 kawasan kubu kuat UMNO/BN ditawan mudah oleh Pembangkang.

Hematnya, postmortem UMNO/BN menunjukkan bahawa kemampuan BN menawan DUN dengan jumlah majoriti yang amat sedikit adalah kerana wujudnya putarbelit SPR dan 'undi hantu' yang menjadi strategi UMNO selama ini. Peristiwa di Lunas adalah bukti!

Samy Vellu berani cakap besar mengeluarkan 'temberang paria'nya kerana dibelakangnya ada Khalil Yakob yang mendapat mandat dari Mahathir sendiri supaya melakukan 'jenayah demokrasi' yang lazim mereka lakukan sejak dahulu lagi. Ezam dan Azmin menasihati Khalil supaya menghentikan perbuatan sebegitu aib dan keji ini.

Malangnya, seperti pepatah tadi - hanya pelandok yang lupa jeratnya. Kesekian kali di Lunas, pelandok yang lupa daratan bukan saja terjerat malah kakinya sudah disambar buaya pula! Apa modal lagi?

Mengapa UMNO/BN Tuntas Di Lunas?

Jawabnya ialah:



  1. Gambar Mahathir terlampau banyak digantung hingga melebihi gambar calun sebenar. Bagi rakyat, gambar Mahathir adalah melambangkan seorang pemimpin parti yang khianat, pembohong, suka adu-domba dan rasuah!! (Ini diperakukan oleh Shahril Samad sendiri. Malangnya Mahathir tak peduli. Tengoklah apa jadi..!! Hihihih..);

  2. Mahathir lupa bahawa ancaman beliau terhadap kaum Cina dengan tuduhan 'ekstrimis' dan 'Komunis' adalah terlalu menyinggung hati dan perasaan seluruh kaum Cina. Kenyataan Mahathir terang-terang mempersoalkan semangat kenegaraan kaum Cina yang selama ini tidak berbelah bagi menyokong BN. Kenyataan Mahathir adalah fitnah yang manjatuhkan maruah kaum Cina. UMNO/BN menerima padahnya!

  3. Kaum Cina baru sedar bahawa Mahathir dan UMNO/BN adalah sebuah parti yang hidup dan ber'manifest' berasaskan perkauman dangkal lagi bebal. Mahathir dan pemimpin lain sanggup melakukan pelbagai kecurangan, anti sosial dengan matlamat semata-mata untuk menang kerusi di DUN dan Parlimen. Apa jadi kepada rakyat? Mereka tidak peduli!

  4. Adalah dilihat selama ini bahawa pemimpin UMNO/BN cuma mementingkan tembolok sendiri. Jika rakyat meluahkan perasaan mengikut apa yang direstui Perlembagaan sekalipun, sekiranya ia bertentangan dengan kepentiungan kuncu-kuncu mereka yang rakus dan tamak-haloba; rakyat akan dibelasah dan dizalimi.


Bermakna, regim Mahathir yang berselindung disebalik UMNO.BN adalah 'penjenayah' yang wajib ditumbangkan!! Nah..rasakan!!

Rakyat Sudah Cukup Mengerti

Sebagai rakyat yang mahu hidup harmoni, mereka lebih mementingkan suatu keseragaman politik yang mampu membawa negara dan rakyat kearah hidup yang lebih sejahtera dimasa hadapan. Jika karenah Mahatir dan regimnya masih berleluasa seperti sekarang; adalah pasti rakyat negara ini akan mengulangi peristiwa berdarah 13 Mei.

Kerana itu, rakyat telah putuskan tekad dan membulatkan iltizam bahawa sebaik-baik pilihan yang ada ialah dengan berhijrah dan memihak kepada parti Pembangkang. Barisan Alternatf memang jelas nawaitu pemimpin mereka yang bersih. Mereka mementingan rakyat.

Orang Melayu sedar sekarang bahawa dengan menyokong UMNO/BN, nasib kaum sendiri ibarat Pak Kadok, 'menang sorak kampung tergadai'.

Bagi kaum bukan Melayu pula, dengan menyokong BN, 'entah bila mereka dapat hidup tanpa dijadikan umpan memancing buaya..!!'.

Dengan itu, Barisan Alternatif wajib bersedia untuk bertindak mengatasi sebarang kemungkinan diluar jangka!! Jangan lupa 'bas pelancung' siapa penumpangnya!! Siapa tahu - tahun 2004, mungkin pengundi Bangla dan Myanmar diberi 'perakuan sementara' boleh mengundi oleh SPR? Jaga-jaga. UMNO/BN yang desperado memang panjang senarai 'jenayah'nya!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)