Laman Webantu   KM2A1: 3446 File Size: 10.4 Kb *



Kemana Mahathir Dan Umno/BN Akan Membawa Lari Diri Mereka?
By Amin Sapiro

18/12/2000 4:33 pm Mon

Amin Sapiro (Mahathir dan UMNO/BN terjalin secara rapuh)

[Arus kesedaran sudah melanda negara kita tetapi Mahathir tetap berdegil berada disinggahsana. Dia cuba menepis arus yang kuat itu yang muncul di mana-mana tetapi imej beliau semakin tenggelam dibuatnya. Lunas menyaksikan kawasan yang dulunya boleh dianggap selamat buat BN sudah tidak selamat lagi. Kedah yang makmur hutang itu sudah dibanjiri sehingga musnah tanaman padi dan terputus bekalan air dan subsidi. Akhirnya pengundi hantu cuba dihantar tetapi tersangkut pula. BN kalah dan umno retak sehingga Mahathir semakin melatah. Dia berkempen pula di IPT selepas mengungkit isu Suqui. Nampaknya itu pun tidak menjadi kerana saham tenat kembali. Sudah tiba masanya untuk Mahathir berundur kerana jam loceng sudah berbunyi... Semua kaum sudah membenci diktator yang sewel ini. Lunas itulah bukti untuk diingat sebelum mati. Di mana Mahathir dan Umno/BN mahu lari, semuanya bakal menjadi Lunas di satu hari nanti. - Editor]



KEMANA MAHATHIR DAN UMNO/BN AKAN MEMBAWA LARI DIRI MEREKA?

DALAM satu wawancara dengan CNBC, Michael Vatikiotis, seorang pengendali utama majalah Far Eastern Economic Review (Asia) telah membayangkan bahawa masyarakat negara Asia Timor sedang berhadapan bukan saja dengan masalah ekonomi tetapi rakyat negara-negara terbabit telah menunjukkan keadaan bahawa politik juga telah mengambil tempat sebagai penyebab kepada keadaan yang kian menular.

REFORMASI - Tak Boleh Tidak

Seorang pengamat politik yang lain berhujah bahawa rakyat negara Asia (termasuk Malaysia) sudah mengerti bahawa keadaan yang berlaku sekarang sudah tidak dapat lagi diterima oleh rakyat. 'Feudalisma' dan pentadbiran secara 'Diktator' yang sengaja membelakangkan ciri-ciri demokrasi sudah mulai dipersoalkan rakyat. Ia dianggap usang dan wajar dironggah semula dan di 'Reform', kata belaiu.

Sebagai rakyat di negara ini, padangan seumpama ini memang sudah nyata dilihat di negara jiran. Sejak dua tahun silam, keadaan seumpama itu juga sudah mulai dihayati oleh rakyat di negara ini. Contoh yang ketara, Dr. Mahathir dan UMNO sudah kehilangan sokongan rakyat umum. Malah UMNO/BN sebagai parti terulung (satu masa dulu), hari ini cuma tinggal 'nyawa-nyawa ikan saja'. Salahnya, pemimpin Kerajaan yang ada tidak mengikut peredaran zaman. Sudah jauh ketinggalan dibidang poltik madani!

Kita makin nampak sekarang, ahli politik Kerajaan yang memerentah dan mentadbir negara kita sekarang adalah mereka yang sudah jauh tertinggal dari arus pemikiran yang berkemajuan. Hematnya, mereka sudah wajar melepaskan kedudukan dan jawatan kepada lapisan muda yang lebih berimaginasi dan kriatif.

Mahathir & UMNO/BN Mengahadapi 'Kepupusan'

Sebagai contoh yang nyata, Dr. Mahathir dan kuncu-kuncu seangkatan dan se zaman dengan beliau sedang mengelak dan mencari helah seribu daya, bermati-matian mengelak dari menghadapi 'extinction' (kepupusan).

Walaupun ada puak yang muda seperti Pemuda UMNO dan Puterinya, rata-rata anggota dan pemimpin mereka sedang di 'turningover' untuk menurut sistem berfikir cara lama. Walhal, dunia sudah lebih cenderung ke arah globalisasi tanpa sempadan.

Misalnya, tulisan penulis Laman Reformasi menulis dari gubuk usang di Kg. Ulu Cekau, dua detik kemudian akan terpapar di Forum FGR untuk dibaca paling kurang oleh juta umat disekeliling dunia. (Amacam Utusan Meloya?? Hahaha? tak laku sebab orang tak caya..!!).

Itu adalah salah satu 'reformasi' penyebaran maklumat yang sukar dibunuh, dimati atau dihapuskan oleh sebarang regim yang cuma menekan rakyat. Tidakkah lebih elok mereka menurut saja kehendak dan tuntutan rakyat? (Mana agaknya kepala hotak depa semua?).

REFORMASI Hayatan Rakyat Maju

Rakyat Malaysia, khususnya lapisan muda yang berpendidikan dan berminda terbuka tidak mahu lagi satu sistem yang mengangungkan seorang Presiden parti dan ketua Eksekutif pentadbiran negara yang cuma bercakap seperti 'Ketam mengajar anak berjalan betul'.


Mahathir, sebagai contoh yang releven, jika ia 'MENANGIS' mengeluar airmata darah sekalipun supaya pemimpin partinya jangan mengamalkan Rasuah, tetapi hakikat sebenar beliau cuma menegah orang lain jangan melakukannya - sementara beliau 'BOLEH' pula.

Bermakna, Mahathir adalah pemimpin mengamalkan 'double standard'. Jika sesuatu itu menguntungkan diri dan keluarganya; segala-galanya 'halal'. Jika rakyat yang melakukan - jika polis rasuah seringgit cuma, akan ditangkap dan dipenjarakan.

Soalnya sekarang, kalau begitu, mengapa Mahathir tidak membersihkan diri beliau dari tuduhan rakyat bahawa beliau terlibat dengan pelbagai rasuah jijik dan begitu ghairah dan bernafsu melindungi perasuah orang politik dan kakitangan awam yang rapat dan terkait dengan beliau?

Jawapan yang kita tahu: UMNO/BN dengan berpresidenkan Mahathir tidak nampak mengwujudkan sebarang rencana untuk meREFORMASIkan sistem, amalam dan cara regimnya mengendalikan pentadbiran awam dan kewangan rakyat. Dosa besar itu tidak akan dimaafkan oleh rakyat. Percayalah!

Nostaligia 'Lama' Kian Terhakis

Mahathir dan pemimpin UMNO/BN wajib berfikir dan faham dalam-dalam bahawa lebih 40% rakyat Malaysia adalah dibawah paras usia 45 tahun. Mereka sudah terdidik dan mengenal apa itu demokrasi, hak asasi dan kebebasan berfikir dan bertindak. Jika Mahathir dan pemimpin UMNO/BN masih tetap dengan nostalgia kununnya UMNO/BN adalah parti yang unggul disokong rakyat - bermakna UMNO/BN akan menghadapi zaman gelap yang melumpohkan parti dan penyokong mereka yang cuma tinggal tak berapa kerat saja lagi.

Kita nampak sekarang bahawa arus poltik masa kini bukan cukup didisplinkan dengan UGUTAN dan ADU-DOMBA beragenda semata-mata. Rakyat muda yang berfikiran terbuka tahu dan faham yang mana satu 'sandiwara' dan mana 'realiti'.

Kembali kita menyebut Lunas sebagai contoh paling tepat. Tanpa 'pengundi hantu', UMNO/BN tidak mampu memenangi pilihanraya. Bermakna, semua kaum di kawasan DUN Lunas tidak lagi menyokong sebuah parti yang cuma suka menabur janji (tanpa sanggup menepatinya), pemimpin parti yang bercakap bohong dan deretan pemimpin atasan yang lebih cederung mengadu-domba rakyat (demi kepentingan undi semata-mata).

Mungkin, jika SPR telus di Teluk Kemang dan Sanggang, Barisan Alternatif sudah lebih awal menguasai dua (2) DUN tersebut sebelum Lunas. Percayalah!! (Hehehe? mungkin bus yang berisi 'hantu' diletakkan jauh dari kawasan terbabit, kot..!!).

Konsep UMNO/BN 'Lapok' Dah Naik 'Abok'

Konsep UMNO parti Melayu, MCA parti Cina dan MIC parti India yang tergabung dalam satu ikatan yang amat rapuh dinamakan 'Barisan Nasional' sudah ditakrifkan sebagai konsep politik 'Lapok'. Ia tidak dihayati rakyat lagi. Rakyat semua kaum lebih cenderung memihak dan memilih sebuah gabungan parti 'Berhaluan Tengah'. Bentuk dan format ini sudah ketara sekali ditunjuk dan abadikan oleh komponen BARISAN ALTERNATIF.

Contoh yang jelas: Parti Islam Semalaysia (PAS) yang dulu sengaja ditafsir dan disalahertikan oleh pemimpin UMNO (khusunya Dr. Mahathir) selama ini, setelah memerentah dua negeri di Semenanjung, akhirnya sudah mendapat sokongan rakyat. Rakyat faham. Penerangan mereka melalui ceramah sudah mulai berkesan. Kaum bukan Islam dan bukan Melayu sudah faham.

Soalnya sekarang: UMNO dan BN amacam? Asyik mengigau dengan menukar Perlembagaan parti dan mengagendakan adu-domba yang meloyakan saja?

Sekarang dah dihasut pula budak-budak Tadika oleh penyangak seperti Suhaimi Ibrahim. Kununnya nak membodek pucuk pimpinan, tapi akhir 'cakap tak serupa bikin'.

Berita terakhir khabarnya, Suhaimi Ibrahim kena 'tengking' sampai terbit kencing!!

Sebaliknya, Parti Keadilan Nasional yang cuma berusia 'setahun jagung' sudah mampu mengukir sejarah dengan menumbangkan kubu kuat BN yang menguasai Lunas sejak tahun 1957. Tidakkah itu membawa pengertian bahawa Barisan Nasional dapat disamakan dengan 'PAPER TIGER' saja?

REFORMASI Akan Terus Dihayati

Rakyat sudah semakin sedar dan tahu makna Reformasi yang dilaungsarankan oleh 'Bapak Raformasi Malaysia' - Sdr. Anwar Ibrahim.

Rakyat makin sedar bahawa beliau sengaja dijadikan korban KONSPIRASI, mangsa KEZALIMAN dan Kerakusan Mahathir dan kuncu-kuncu politik dan Kroni perniagaannya untuk menyambung 1001 satu kejijikan yang menjadi teras amalan sesama mereka.

Masalah yang ditempuh rakyat dibawah regim Mahathir bukan lagi isu tak cukup makan dan pakai, tetapi sudah melampaui batas-batas kebebasan dan hak asasi manusia.


Itu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan lagi hidup dalam zaman Feudal yang boleh dikongkong oleh seorang Diktator ego yang tamak kuasa dan rakus harta kekayaan peribadi dan anak-bini.

Mahathir Menyediakan 'Keranda' Untuk UMNO/BN

Minda rakyat Malaysia sudah maju dan terbuka. Jika sesebuah Kerajaan dan Parti yang memerentah masih tinggal kekal dalam nostalgia lama, adalah petanda baik parti itu akan disumbatkan kedalam 'keranda mayat' dan akan ditanamkan oleh rakyat kedalam sebuah 'gua batu' dengan pintunya tertutop dan sita hingga kiamat.

Nampaknya UMNO/BN, Mahathir dan pemimpin UMNO/BN sedang menyediakan 'keranda' masing-masing dalam tahun 2004.

Barisan Alternatif wajib gigih menyedarkan rakyat, kerana wadah yang selama ini disaran oleh sdr. Anwar bukan untuk diri beliau.

Lawan Tetap Lawan

Setakat ini, kita bebas menyambung perjuangan yang beliau ilham dan amanahkan kepada kita; sementara beliau mengorbankan diri dan kesihatan untuk masa depan zuriat kita. Kita tidak ada pilihan lain selain dari menumbangkan UMNO/BN dalam masa terdekat.

Itu adalah perjalanan sejarah manusia. Kepimpinan Muhamad saw. dalam menegakkan syiar Islam membuktikannya. InsyaAllah, akhirnya rakyat yang berhemah dan menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman pasti akan menang jua..!! Tawakkal lah!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)