Laman Webantu   KM2A1: 3433 File Size: 12.5 Kb *



Dr Mashitah Pun Nak DiGam Juga?
By Dahlia

17/12/2000 12:01 am Sun

[Satu lagi maklumat dalaman yang tentu berharga dari sdri Dahlia. Kami berharap saudari Dahlia berhati-hati kerana maklumat sebegini boleh membahayakan diri saudari. Kami doakan agar saudari akan dapat terus menyumbang rencana yang tidak ternilai harganya. Dan kami doakan juga agar 'hantu' yang mengganggu emel saudari itu lari sejauh-jauhnya. - Editor]



DR MASHITAH: SATU TARIKAN YANG TERSENDIRI

Dr Mashitah Hj Ibrahim, seorang pensyarah yang 'cun' di Universiti Islam Antarabangsa adalah satu nama yang cukup dikenali. Beliau sering muncul dikaca TV dan begitu menonjol dalam ceramah di sana sini. Wajah beliau yang jelita itu memang enak dipandang mata. Tambah lagi dengan tahi lalat menghiasi wajahnya, senyuman manis yang acap kali terukir dibibirnya itu pasti membuatkan ramai tergoda dan terpesona. Itulah tarikan hebat seorang penceramah yang bolehlah dikatakan sederhana (moderate) di mata sesiapa, walaupun ia sekali sekala menusuk jauh ke dalam jiwa. Sesiapa yang memakan cili itu tentu akan merasa pedasnya. Dan Dr Mashitah mungkin menjadi mangsa yang seterusnya, walaupun beliau baru sahaja beroleh satu gelaran terhormat (Datok?) baru-baru ini.


TAPI WAKIL YAN TAK SENANG HATI

Tup tup nama Dr Mashitah tiba-tiba menggegarkan dewan PWTC pada 18 November yang lalu. Seorang tukang karut umno yang tak asing lagi, En Badruddin b. Amiruldin (Yan , Kedah) bangun memberi pidato yang menggegarkan dewan. Dia mahu Dr Mahathir mengambil tindakkan tegas terhadap Dr Mashitah sebelum terlambat. Dengan lantang sekali beliau mahu Dr Mashitah diharamkan terus dari memberi sebarang ceramah agama dimana-mana, baik untuk rakaman kamera TV atau sekadar forum yang tidak disiar isinya.

Alahai Badruddin, kenapalah takut sangat dengan ceramah Dr Mashitah itu. Berduyun-duyun rakyat dan beribu-ribu penonton memburu suara Dr Mashitah, mengapa Badruddin seorang pula yang merasa curiga? Lagipun ceramah beliau begitu sederhana isinya.. kenapakah Badrudin terasa panas. Terkena ke?


PESAKIT MARAHKAN DOKTOR

Jika itu puncanya, bukanlah Dr Mashitah yang perlu dinyahkan segera, tetapi Badruddin sendiri yang sepatutnya dirawat di hospital gila serta merta kerana ceramah Dr Mashitah tidak mengapa-apakan umno secara terbuka. Ia bolehlah diterima dalam negara yang banyak pemakan lada - kerana senyuman manis Dr Mashitah itu pasti dapat merawat jiwa yang terluka sambil menyejukkan hati yang panas membara, walaupun besar biji cilinya.

Lagipun saya kira tidak sedikit jasa Dr Mashitah kepada negara - kalau tidak habis semua muda mudi negara akan terikut-ikut dengan gaya dan aksi Ninga Baizura yang teramat liar itu. Ia boleh menghidupkan budaya sumbang di dalam minda yang mungkin terbawa-bawa sehingga mengigau. Tentunya Badruddin tidak ingin melihat Rafidah mengigau.... atau putri umno sendiri asyik menanggalkan seluar @#!@#$!


PROFIL PESAKIT BARUA(A) UMNO

Saya ingin mengimbau sedikit wakil Yan yang tidak boleh duduk diam itu. Dia sebenarnya amat kecewa kerana kecundang dalam pilihanraya tahun lepas. Dia tumpas di tangan calon PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di P12 Yan dengan majoriti 182 sahaja. Majoriti yang amat sedikit itu memang membuatkan beliau geram tidak terhingga. Dia serang aja tak kira siapa, termasuk penceramah wanita yang teramat jelita.


RAKAMAN DI DEWAN BERKUNCI

Menurut sumber dalaman umno, Badrudin naik berang dan melalak tak tentu hala. semasa menghadiri sidang khas perhimpunan umno baru(a) pada 18 November lepas.

Terkejut juga beberapa pak we umno di PWTC berkunci itu bila beliau merepek tak sudah-sudah:

" bukan sahaja beliau penyokong kuat BA, tetapi semua ahli keluarganya adalah penyokong BA".

" orang macam inikah yang kita beri peluang untuk keluar di kaca TV? Cukuplah apa yang dah berlaku sebelum ini kepada kita, apabila ramai mereka yang kita tonjolkan di dalam forum perdana, akhirnya mereka menjadi pembangkang dan memfitnah kita pula".

Walaupun pintu dewan itu tertutup rapat, peristiwa itu telah dirakam dengan baik oleh seorang pemerhati yang khas yang terpaksa dirahsiakan namanya.

Bagi kita pejuang reformasi, sikap Badruddin itu memang tidak kena pada tempatnya. Sepatutnya beliau bersyukur Dr Mashitah dapat menjaga mulut manisnya itu dari menembak umno. Kalaulah Dr Mashitah nak buat nanya bukannya susah, beliau boleh cakap lepas sahaja dan tembak semua pemimpin umno....LIVE kat TV... Tak ke Nanya?

Sekurang-kurangnya masih ada penceramah yang 'glamor' untuk mengisi forum-forum umno. Kalau Dr Mashitah tak ada, mungkin dah lama forum itu lengang dan mampos terus tidak dikunjungi sesiapa. Jangan Badruddin buat-buat lupa, penontonnya asyik orang yang serupa...


DR MASHITAH YANG KONTROVERSI?

Dr Mashitah mungkin sedikit kontroversi satu ketika dulu kerana menganggap Siti Nurhaliza lebih sesuai dijadikan role model berbanding dengan Ning. Kenyataan beliau itu menjadi sasaran kritikan yang agak teruk, sehingga ramai merasa meluat terus kepada beliau. Padahal kita tidak sedar mungkin ada sesuatu dalam diri Dr Mashitah yang memaksa beliau berkata begitu.

Siapakah lagi ulamak dalam umno yang boleh diharapkan untuk membuka mulut mengkritik gejala yang tidak senonoh pada artis itu? Apa yang berlaku kepada Dr Mashitah kini menampakkan bahawa keberanian yang sedikit pun tidak mampu diterima umno. Umno hanya mampu menerima ulamak yang membisu terus dan asyik mengampu. Dr Mashitah sudah tidak perlu... kerana hati umno masih terasa luka walaupun sudah lama berlalu. Hujah manakah yang amat bisa itu?

Hebat juga Dr Mashitah.... semoga dibukakan hati untuk bersama Barisan Alternatif kerana kita boleh maafkan apa yang telah lalu. Saya pasti ceramah beliau akan bertambah hebat, mungkin boleh 'challenge' (menyaingi) kehebatan Mat Sabu.... Jika itu berlaku, saya mahu melihat kembali telatah puak-puak umno - terutamanya Badrudin si budak Yan tu. Jangan menyesal.... dan selamat kena tibai!


Dahlia/KL




Rencana Rujukan:

KEPUTUSAN PILIHANRAYA PARLIMEN P12 - YAN



Kehadiran: 32,413 (76.7%)
Undi Rosak: 513
Jumlah Pengundi: 42,279
Pemenang: Nasharuddin bin Mat Isa (BA - PAS) 16,041
Tewas: Badruddin bin Amiruldin (BN - UMNO) 15,589
Majoriti: 182






Rujukkan Editor:


[Saya kira Dr Mashitah menggunakan Nama Siti Nurhaliza itu sebagai satu penyedap kata sahaja kerana bicara beliau dipantau oleh pihak berkuasa. Tuhan lebih mengetahui isi hati beliau...... ]



http://www.majalah.com/muslimah/00sep/c3.htm

Antara Ning Baizura & Siti Nurhaliza

Oleh sakinah_najiha@yahoo.com

Kontroversi kata-kata Ning Baizura sukar dilupakan, terutamanya bagi kaum yang sejenis dengannya wanita. Banyak pihak yang memberi pendapat, di antaranya ialah Ustaz Ismail Kamus yang mengatakan bahawa Ning menghidap 'penyakit' dan perlukan rawatan segera. Sementara itu, Mohammad Sabu pula bercadang membawa isu ini dalam perbahasan Dewan Rakyat akan datang.

Umum mengetahui betapa kejinya kata-kata yang diucapkan itu. Di sini saya tidak mahu mengulas mengenai kata-kata Ning, cuma apa yang ingin saya ulas ialah kata-kata Dr. Mashitah di dalam Warta Perdana (30 Julai 2000 ms:2). Dr. Mashitah menyatakan bahawa beliau terkejut, kesal dan agak marah pertama kali membaca kenyataan Ning.

Tetapi dalam masa yang sama beliau memuji penampilan Siti Nurhaliza yang jauh lebih bersopan santun. Sekali pandang memang nampak Siti Nurhaliza lebih bersopan daripada Ning. Tetapi persoalannya, adakah tidak memakai tudung, menyanyi di khalayak ramai dan memakai baju yang ketat sehingga menampakkan tubuh badan itu tidak menyalahi syariat?

Layakkah Siti Nurhaliza dijadikan role model dalam hal ini? Seolah-olah Dr. Mashitah menggambarkan Siti Nurhaliza lebih thiqah daripada Ning Baizura. Apakah jika dinilai menerusi neraca pertimbangan al-Quran dan al-hadith kedua-dua ini boleh dijadikan role model? Di sini saya memberikan aspek persamaan antara mereka berdua dan ayat-ayat al-Quran atau al-hadith yang ditentang agar kita tidak tersilap mengambil role model?

1) Kedua-duanya tidak menutup aurat

Ayat al-Quran yang ditentang - "Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya/dada mereka mereka dengan tudung kepala mereka..." (sarah Al-Nuur:31)

Al-hadith yang ditentang "Daripada Aisyah r.a, beliau berkata bahama pada suatu hari Asma' masuk dalam rumah Rasulullah s.a.w sambil memakai baju yang jarang, lalu Rasulullah berpaling daripadanya sambil berkata: Wahai Asma', apabila seseorang perempuan itu telah datang haid (telah baligh) maka tidak boleh dia menampakkan anggota badannya kecuali ini dan ini sambil Rasulullah mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya" (Hadith riwayat Abu Daud)

2) Kedua-duanya menyanyi di khalayak ramai

Ayat al-Quran yang ditentang - "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepadamu) dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)". (Surah al-Ahzab: 32)

Imam Al-Ghazali juga pernah berkata di dalam kitabnya Ihya' 'Ulum Al-Din bahawa suara perempuan selain daripada menyanyi tidaklah aurat. Dengan itu, suara perempuan yang menyanyi adalah aurat. Di sini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua mereka bukan sahaja menolak al-Quran dan al-hadith, tetapi juga menolak kata-kata ulama' atau salafussoleh.

3) Kedua-duanya bertabarruj atau berhias-hias dan dipertontonkan di khalayak ramai.

Ayat al-Quran yang ditentang - "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu bertabarruj / berhias-hias / mendedahkan diri sebagaimana yang dilakukan oleh orang jahiliah zaman dahulu" (al-Ahzab: 33)

4) Kedua-duanya tidak berakhlak dengan akhlak Islamiyyah

Orang yang berakhlak Islamiyyah ialah orang mentaati perintah al-Quran dan al-sunnah. Begitu juga dengan Siti Nurhaliza, sekalipun nampak bersopan tetapi dalam masa yang sama telah mengingkari perintah Allah dan rasulNya (kerana tidak menutup aurat dan yang seumpama dengannya). Oleh itu kita tidak boleh katakan dia telah berakhlak dengan akhlak Islamiyyah.

Daripada Abu Darda', Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: Tidak adalah satu perkara yang lebih berat di neraca pertimbangan nanti melainkan akhlak yang baik,

Takhrij al-hadith:
a) Sunan Abi Daud; Kitab Al-Adab: 4166 b) Sunan Al-Tirmizi; Kitab Al-Bir Wa Al-Silah:1926

5) Kedua-duanya berbangga-bangga dengan maksiat yang dilakukan

Sudahlah kedua-dua mereka tidak menutup aurat, menyanyi di khalayak ramai kemudian buat konsert pula di serata pelusuk negeri. Tidakkah mereka merasa malu dengan perbuatan mereka ini? Sekalipun tidak malu dengan manusia, malulah dengan Allah kerana Allah sentiasa memerhatikan segala gerak geri kita. Allah anugerahkan manusia akal yang amat berharga, yang tidak dianugerahkanNya kepada makhluk lain.

Tetapi mengapa manusia tidak mampu memikirkan mana yang baik dan buruk? Yang halal atau haram? Allah telah memberi amarannya di dalam al-Quran bagi mereka yang tidak menggunakan akal mereka dengan firmanNya:

Ertinya: "Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahannam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati, (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang paling lalai. (Surah Al-A'raf: 179)

Kesimpulannya, kedua-dua mereka tidak patut kita jadikan 'role model' kerana perlakuan atau akhlak mereka tidak menurut apa yang al-Quran dan al-Hadith telah gariskan... Rasulullah dan para ummul mukmin adalah contoh terbaik... jadi, ikutilah mereka nescaya kita tidak akan sesat untuk selamanya.... Wallahu a'lam.