Laman Webantu   KM2A1: 3428 File Size: 9.8 Kb *



Mahathir Sudah Terperangkap Dalam Jerat Sendiri..!!
By Amin Sapiro

16/12/2000 11:29 am Sat

Amin Sapiro (Kali ini rakyat mesti serius bertindak..!!)

[Lunas bolehlah dikatakan sentuhan ajaib rakyat pada abad 21 ini, Ia lebih berbisa dari lampu Aladdin si Samy Vello yang sudah semakin kelabu. Mahathir pula melatah habis sambil isu Rayuan Suqui timbul semula. Padahal beliau sendiri setuju terbuka demi meraih undi pilihanraya.

Kisah Zorro tentunya mengajar kita pelbagai tauladan yang tidak terhingga. Zorro adalah lambang reformasi rakyat marhaen di mana-mana. Filemnya laris sehingga dua artisnya menjadi buruan impian setiap jejaka dan anak dara. Dengan berbekal sedikit ketabahan dan latihan di dalam gua, Zorro muncul semula.

Kini umno sudah menggelupur kerana pedang Zorro muncul merata. Lama-lama ia terpaksa berkacamata gelap kerana satu warna yang sukar dipadamkannya. Lama-lama Umno akan terbabas dengan sendirinya..... kerana ia sudahpun luka. - Editor]



MAHATHIR SUDAH TERPERANGKAP DALAM JERAT SENDIRI..!!

DALAM cerita rekaan 'The Mask Of Zorro', kita boleh tengok bagaimana seorang gubenor Spanyol bernama Don Rafael Montero di California yang rakus dan kejam berkonspirasi dengan licik menganiaya rakyat. Dalam hatinya tersembunyi pelbagai agenda menipu semua orang termasuk kawan-kawan baik yang pada satu ketika pernah menyokong beliau.

Hasutannya sangat merbahaya, kata kepada rakyat: "The King had discarded you all, the Dons (kawan-kawannya) had cheated you' BUT I will free you all from the Spanish and the Mexicans. You will be the Californians!!".

Akhirnya, Don Rafael Montero itu jugalah yang membunuh semua penentangnya termasuk kawan-kawan lamonya sendiri. Beliau menipu raja dan rakyat dengan membeli California dengan emas yang digali dibumi rakyat itu sendiri. Dia apa peduli? Rakyat dan raja yang rugi. Dia untung tanpa modal!!


Mahathir Seorang Manipulator Beragenda

Terasa kita semacam membaca irony 'Delima Melayu'. Mahathir satu masa dulu pun bersikap begitu juga. Kununya dia akan menyelamatkan nasib buruk yang menimpa orang Melayu dibawah Tunku dan Raja-raja Melayu.

Mahathir mengkhianati mereka dengan menggunakan 'Don-Don' UMNO yang bebal-dungu bermata satu. Mereka dirasuah dan dibiarkan melakukan maksiat, akan diberi perlindungan dengan syarat sokong beliau. Akhirnya, UMNO Asal terkubur. Bila UMNO Baru ditubuhkan, maka Mahathir spontan membaru(A)kan UMNOnya. Kita menyaksikan, selama 13 tahun, 80% orang Melayu ditipu bontang.

Gubenur rasuah lagi rakus itu telah ditentang hebat oleh Don Diego de la Vega - yang menyamar sebagai Zorro. Falsafahnya, "Never attack your enemy while you are angry. You battle your enemy when you're ready. Ascertain the pointy end of you sword goes into the other man's heart..!!".

Nampaknya pemimpin Barisan Alternatif sudah belajar dari falsafah Zorro itu. Tengok macamana Barisan Alternatif menakluki Lunas "by pointing the end of the sword into UMNO/BNs heart". MAMPOS terbongkang parti Mahathir akhirnya..!! Sekarang kita tahu bagaimana nak 'bersilat' dengan penyamun jenis ini. Tangkap 'hantu raya'nya - kemudian ikat kaki tangannya, heret keliling negeri!!


Mahathir Berhadapan Dengan 'Zorro' Rakyat

Sebagai seorang manipulator yang cekap, tidak mustahil Mahathir sebagai Perdana Menteri berkuasa mutlak tidak bersedia menghadapi segala kemungkinan. Beliau bukan kecil-kecil punya manipulator. Mahathir sudah 'beli murahan' semua pemimpin UMNO/BN - dari menteri hingga ke Ketua Cawangan. Masing-masing sudah kayaraya - tak kira samada mereka yang bertaraf 'kucing kurap' maupun 'Ulamak Berserban Besar'..!! Semua masuk kantong si Mamak Tongkang serba licik ini.

Raja-raja Melayu diumpan dengan kesenangan, ringgit dan emas. Tak cukup hutan simpan, anak-anak mereka, saudara mara diagih kontrak mega sebagai ganjaran tutop mulut. Pak Sedara mereka sebok berjudi saban hari.

Rakyat hantar 'memo' mereka simpan entah mana agaknya? Lebih setahun tak dengar cerita. Macamlah mereka semua tau baca 'ali be te'. Ada setiausaha peribadi, tak taulah apa sudah jadi. Makan tidoq sepanjang masa, cukup bulan 'kebas gaji' saja, koh?

Sebenarnya, Mahathir tau, mereka rakus duit dan tamakkan harta dunia. Semua itu adalah rasuah yang melekakan semua pihak hingga tunduk seperti 'Ayam basah kehujanan'. Mulut tersumbat hingga tak berani berkokok?!! Lokos habisssss?.!!

Masa itulah proses 'jual negeri' dilaksanakan oleh MB UMNO dengan persetujuan raja-raja. Mereka lupa rakyat sentiasa memerhatikan gelagat mereka. Berlakulah satu manipulasi mega - Putera Jaya semacam diagih kepada Mahathir dan anak-anaknya secara percuma. Padahal rakyat stenggan diburu macam tikus hingga duduk di celah gua batu.

Di Putera Jaya, terbinalah pelbagai infrastruktur dan bangunan tidak kurang kosnya RM22 bilion. Kata seorang Wakil Parlimen BA dari Terangganu di Parlimen, "Selain daripada kos ini, kerajaan (rakyat) terpaksa membayar sewa kepada perbelanjaan yang telah kerajaan buat. Segala-galanya tidak ada ketelusan?!!" Pakai main pakat-pakat di belakang rakyat.

Empat syarikat JV yang besar yang bernaung di bawah 'ketiak' Mahathir bernama Putrajaya Holding iaitu Peremba, Hong Leong, SP Setia dan Malaysian Plantation adalah Syarikat Kroni Mahathir yang diamanahkan oleh beliau MEROMPAK harta rakyat puluhan/ratausan billion.


Rakyat yang sentiasa dipujuk dengan 1001 pembohongan dibiarkan melopong hingga mulut masuk langau hijau. Pemimpin UMNO tak kesah sebab poket mereka padat berisi duit rasuah agihan Mahathir!! Jual Negeri adalah budaya UMNO. Nak buat camno?

Perkara ini semua tidak pernah dibentangkan kepada rakyat. Mahathir bersedia dengan Polis (PDrM) untuk membelasah sesiapa diantara rakyat yang akan melakukan demo membantah. Speaker Dewan diarah supaya memendekkan masa berbincang mengenai Akta yang dirangka secara 'hush-hush'.


Soalnya: Apa Tindakan Rakyat?

Mahathir telah mengarahkan Pemuda UMNO mengalih pandangan rakyat dengan membuat bermacam-macam karenah dalaman. Ada yang letak jawatan sebelah pagi, tapi sebelum ghurub matahari dah menyusun jari sepulun memohon maaf supaya dosanya diampunkan.

Isu Suqiu dibesar-besarkan. Kununnya kaum Cina adalah 'Komunis' dan 'Ekstrimis'. Padahal Mahathir yang rancang melalui MTEN supaya semua pihak beri cadangan terbuka semacam 'blank cheque'. Malah, Kabinet Mahathir sendiri yang endorse tuntutan '17 perkara' dan diperakukan sebagai sah dan halal. Kenapa pulak mereka di 'blackmail'?

Hahaha.. sekarang dah nampak agenda Mahathir!! Cuba fikir masak-masak!! Tidakkah itu menunjukkan Mahathir dan 'geng mafia'nya dah TERDESAK?

Mahfuz Omar dan 2 orang rakannya dicop sebagai 'Wira Intifadah' yang kununya merancang menimbulkan kekacauan melalui keganasan. Padahal Mahfuz 'acah-acah' nak jelajah seluruh Malaysia menceritakan perihal Yahudi sekarang sudah jadi kawan sepercumbuan Kerajaan BN. Mahathir cuba nafi di Utusan Malaysia. Mukanya 'boroi' sebab rakyat semua dah tahu kerja KOTORnya!!

'Sandiwara Al-Maunah' dikatakan melibatkan Pembangkang. Padahal, di mahkamah 27 orang yang dicop sebagai hendak menggulingkan YD Pertuan Agung itu langsung tak tau hujung pangkal. Kununya mereka dapat kontrak pindahkan senjata. Tapi bila sampai atas bukit dalam hutan, beratus senjata besar dah tersusun. Tak pasal-pasal mereka kena aniaya!!

Yang betul-betul teraniaya ialah 23 juta rakyat Malaysia. Itulah dia kerja Mahathir dan kuncu-kuncunya. Dolah Bedawi memang bangang jadi Pak Turut 'ekor gelumang taik'. Boleh sangatlah kalau Mahathir suruh dia 'Jaga Babi Seluruh Malaysia'.

Najib sebagai menteri Pertahanan cuma ikut saja sebab rasuah dan kes jandanya tuntut nafkah masih tertangguh di mahkamah. Rosemah memang 'fed-up'. Kereta Kerajaan mesti pulang ke rumah bila dah hantar Najib ke Kementah!

Sekarang, kita nampak rakyat dah mula sedar dan insaf Mahathir punya kerakusan sudah melampaui batas!! Rais Yatim yang pernah membakar jembatan, hari ini 'satu badan' dah kena 'perun' dalam api neraka bikinan UMNO Baru(A) Mahathir laknatullah.

Nak buat macamana? Analoginya: Rais semacam pengedar dadah. He can't get out of the circle no more - since the Don Mafioso will go for his head; no matter he is alive or dead..!!


HANYA Rakyat Penyelamat Negara!

Tidak ada siapa yang boleh menyelamatkan negara, bangsa dan agama yang semakin nampak tersingkir dari proses globalisasi dan arus kemajuan dunia; selain dari rakyat yang punya 'people power'!

Marcos tumbang kerana kuasa rakyat menjatuhkan hukum kepada beliau. Soeharto dan anak-anaknya juga begitu. Baru-baru ini Fuji Mori tersingkir dan lari ke Jepun mencari perlindungan. Apakah kita akan membiarkan Mahathir cabut ke Kerala atau ke Afrika Selatan dengan wang rakyat berkapal-kapal diangkut dengan manipulasi dan ketaksuban UMNO?

Jangan lupa! Ini negara kita! Rakyat ada hak membawa sesiapa juga yang bersalah ke muka pengadilan. Kuasa rakyat adalah mutlak - tak kira Mahathir atau sesiapa juga. Kalau bersalah melakukan rasuah dan pecah amanah; Sungai Buloh boleh buat bilik-bilik extension lagi!!

Orang Lunas dah memulakan tugas dan fungsi mereka. Kita ramai pemimpin seperti Saifuddin dan Ezam. Tak payah tunggu 2004, kita 'boleh selesai' perkara ini. Sonang ajo bang!! Janji kita mesti bersatu padu dan bulatkan nawaitu!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)