Laman Webantu   KM2A1: 3427 File Size: 4.2 Kb *



Politik Umno di IPT
By Dahlia

16/12/2000 10:08 am Sat

[Perkembangan terkini di IPT menarik minat saudari Dahlia untuk berkongsi beberapa maklumat penting. Pelajar merupakan arus yang bakal merubah generasi akan datang. Umno menyedari hakikat ini dan ia sudah lama cuba menapak di universiti. Mahathir sendiri kerap mencemar duli... begitu juga pemuda umno yang tidak bergigi.

Umno sudah lama mengunakan teknik yang lebih halus untuk menguasai universiti. Ia memilih ketua atau cancelor yang boleh dipercayai dan sentiasa memantau pensyarah atau pelajar yang dicurigai. Kini universiti sudahpun penuh dengan kaki-kaki mereka, dan apa yang berlaku hari ini menunjukkan mereka mahu menjajah fikiran pelajar di universiti.

Para pelajar harus melihat isu sebegini dengan lebih berhati-hati. Pelajar adalah aset penting reformasi atau revolusi. Siapa lagi yang menjadi nadi rebahnya kerajaan zalim pada abad ini jika tidak kerana pelajar sendiri. Merekalah pelopor revolusi di Iran, pencetus kesedaran di Korea, dan punca Suharto turun dari takhta.

Hidup ini bukan setakat buku dan menimba ilmu sahaja. Ia perlu menjalar, barulah meresap bisanya. - Editor]



POLITIK UMNO DI IPT

Tidak hairan pun kita jika ada pelajar mendakwa bahawa puak-puak umno telah merancang dan menggunakan saluran tertentu dalam pilihanraya di IPT-IPT seluruh negara. Mereka telah menggunakan sebahagian wang yang besar menerusi tabung umno dengan arahan pucuk pimpinan parti bagi memastikan "umno" menang, biarpun kalah di Lunas.

Menurut sumber (client saya), memberitahu bahawa beberapa bulan yang lalu, satu perhimpunan tertutup diadakan di PWTC kepada para pemimmpin umno Bahagian berkenaan dengan cadangan pindaan perlembagaan. Dalam taklimat tersebut, Dolah Badawi secara terang-terang berkata bahawa umno akan bekerja keras untuk memastikan calon-calon mereka akan menang di semua pemilihan/pilihanraya IPT. Beliau juga berkata bahawa arahan telah dikeluarkan kepada Biro Penerangan umno Pusat dan Pemuda umno supaya gerakan secara halus dapat diadakan untuk mempengaruhi para pelajar di semua IPT berkenaan.

"Dalam pemilihan di UiTM, kita dapati bahawa ramai calon-calon kita telah menang", kata Dolah Badawi. "Dan kita mahu ke semua pemilihan akan datang di semua IPT akan dimenangi oleh calon kita", sambung beliau.

Maka, seperti yang kita duga, pemilihan di UPM, dan yang terbaru di UKM serta di UIA jelas melihatkan campur tangan yang terang-terang oleh umno. HEP di IPT berkenaan seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa. Tetapi benar, umno sering menganggap para pelajar sebodoh dan sebangang ahli umno yang ada. Maka tak heranlah kalau mereka beranggapan para pelajar akan terpengaruh dengan taktik "tidak cerdik" yang digunakan seperti pemberian t-shirt dan rombongan. Malah duit turut diberikan.

Saya pasti, seorang pensyarah wanita di UIA yang menurut sumber di mana suami pensyarah berkenaan memegang jawatan penting di dalam umno turut terlibat sama!! Info mengalir dari UIA ke PWTC dengan mudahnya.

Syabas kepada para pelajar dan rakan-rakan saya di UIA dan di UKM!!! Sdr sekalian telah membuktikan kebijaksanaan sdr untuk memilih pemimpin dalam kelompok intelek yang kini sudah mula dikotori oleh orang umno. Nampaknya, siapa yang mulakan tradisi ini? Siapakah yang memulakan peperangan ini? Siapa yang mengajar rasuah kepada golongan pelajar ?

Kita tunggu dan lihat nanti. Jangan mereka salahkan kita kalau najis yang mereka bawa itu nanti akan terpalit ke muka mereka semula. Sedangkan selama ini, mereka tak henti-henti menuduh PAS/BA merosak pemikiran pelajar.

Rosak? Isk Isk Isk.. ISK!

Kepada Pak Lah anak Badawi, jangan ingat kamu boleh buat apa saja sesuka hati. Pelajar bukan bodoh macam orang umno. Mereka celik mata dan hati. Dan merekalah yang bakal menjadi pemimpin negara ini nanti! Kirim salam kat umno!

Dahlia/KL