Laman Webantu   KM2A1: 3426 File Size: 6.2 Kb *



Bila Lagi Duit Zakat Nak 'Bailout' Orang Islam Miskin?
By Amin Sapiro

16/12/2000 10:59 am Sat

Amin Sapiro (cukup terkilan dalam hati)

[Pemimpin umno sebenarnya suka bermain. Mereka bermain dengan apa sahaja yang berada dihujung jejari mereka. Malangnya mereka lupa dalam permainan seperti itu ada kalah dan menang. Sudah tentu kalau kalah hak dan harta rakyatlah yang semakin berkurang. Dan jika menang, rakyat disuruh bersyukur pula dan memangkah BN. Mahathir memilih orang yang suka bermain ini, supaya mereka dapat di mainkan oleh Mahathir dengan senang sekali. Sebab itulah pemain seperti Yusuf Nor dan Wan Mokhtar tidak dibersarakan lagi, kerana bakat mereka itu amat berguna buat Mahathir.

Bagi Mahathir satu dua pulau masih tidak mencukupi dan minyak pula perlu digali lagi. Itu permainan Mahathir sejak dulu lagi... -Editor]



BILA LAGI DUIT ZAKAT-FITRAH NAK 'BAILOUT' ORANG ISLAM MISKIN?

PANTANG nombor satu dalam Islam ialah berbohong! Nama speSIALnya ialah 'Munafiq'. Kalau seseorang itu terlampau sangat munafiq, lama-lama boleh jadi 'Syirik'. Makna syirik samalah macam Firaun mengaku dirinya Tuhan - boleh buat manusia hidup atau mati.

Fuhhhhh? dalam dunia zaman IT ini pun ada orang cukup berselera kalau digelarkan munafiq. Sebab dengan jadi munafiq dapat 'kontrak'. Bila dapat kontrak boleh bikin 'duit ringgit'. Bukan sikit. Berkampit-kampit.

Kalau tak caya tanya pemimpin UMNO. Yang terbaru ialah Mohd Khir Toyo!! Kata kat rakyat, dengan bagi Putera Jaya kat Mahathir, orang Selangor boleh hidup senang. Tapi, sebenarnya ?. 'Bini Khir Toyo dah bertambah panjang gelang kat lengan..'.

Orang Selangor makin Melopong, mulut masuk langau hijau!! Tu lah dia contohnya MB UMNO, pemimpin Pemuda UMNO - kerja lain tak ada: Jual borak, jual bangsa, negara dan putarbelit Agama. Aduhai'?KHIR TOYO!! Malu saya: Amin Sapiro - sama-sama anak Jawa!!

Kita cukup terpesona bila UMNO ditubuhkan semula; sesudah Ku Li dan Rais Yatim membakar jembatannya dengan Ku Li. Nampaknya, senang sangat diorang buat jembatan baru. Adakah sebab dia fikir dengan duduk seberang sungai tak dapat 'Fulus'? Kalau begitu nawaitu mereka masuk UMNO, sahlah UMNO yang ini UMNO 'Baru(A)' namanya?!!

Kita tengok TV M'sia dulu, dekat-dekat nak raya macam ini, akan disiarkan nasib malang beberapa keluarga yang dhaif dan miskin papa hina. Nak beli kain ganti dan kueh raya untuk keluarga pun tak ada. Tapi tahun ini lain sikit nampaknya. Tak ada pulak tersiar perihal sesiapa dalam kemiskinan dhaif menyambut hari raya. Adakah rakyat Malaysia (khusunya orang Melayu) dah tiba-tiba saja jadi kaya? Takut malu UMNO?

Soalan kita: Adakah sebab Royalti Minyak tak dibagi kepada rakyat Trengganu, RM800 juta duit dah dibagi kepada orang miskin yang hidup merana?

Atau sengaja pemimpin UMNO tak mau tunjukkan kepada rakyat kununnya rakyat Malaysia dah tak ada lagi yang miskin papa kedana? Kalau disiarkan nanti terjejas pulak 'reputasi' UMNO/BN? Terbongkar pulak rahsia Mahathir dah sapu habis duit rakyat jelata?

Saya baru saja pulang dari masjid setelah bercerita dengan Pak Imam. Katanya, di kariah masjid kami daftar rakyat miskin semakin panjang. Saya tanya, duit zakat baitulmal mana perginya?

Pak Imam geleng kepala, katanya, 'Tak taulah saya Wak!! Boleh jadi dah jadi duit bailout ahli politik UMNO yang dah muflis, kot', katanya.

Saya tengok muka Pak Imam kusut. Jadi, kami buat tabung derma kilat. Hajat kami nak sedekahkan kepada fakir miskin dan keluarga yang hidup mereka terhimpit. InsyaAllah, sebelum 20 puasa kami bahagi-bahagikan. Alhamdulillah, dalam tempoh 12 jam kami dapat kutip lebih 10 ribu ringgit Msia!! Bukan susah kalau nawaitu kita 'tepat'..!!

Inilah dia kalau rakyat sedar dan insaf dengan tanggungjawab kepada masyarakat. Yang ramai hulur derma bukan orang kaya yang pakai Mercedez dan bergelar Wakil Rakyat. Kami orang miskin yang cuma cukup makan saja yang kenal dan mengerti apa itu 'kemiskinan dan kedhaifan'.

Kadangkala berlinang juga airmata kita bila melihat duit sumbangan zakat entah bila lagi nak dibagi-bagi kepada rakyat yang berhak menerima. Saya tengok, pegawai Baitulmal asyik berVolvo ke sana ke mari aja. Kununnya sebok sebab meeting tak habis-habis!! Serban saja yang besar, tetapi otak mereka yang dalam kepala langsung tak ada 'grey matter'.

Sekor-sekor keluar Azhar, degree sampai Masters!! Masters 'kepala bapak' nye ke? Sebok ceramah saja, kutip upah melalui ceramah aja!! Ada yang balik opis cepat ½ jam sebab nak Maghrib di masjid yang dah di booking ceramah beliau. Paling kurang dapat RM100 setiap ceramah agama!! Jenis ulamak ini bukan nak derma, sebaliknya hentam balik duit rakyat jelata!!

Inilah dia pentadbiran Jabatan Agama Islam dibawah UMNO/BN rupanya. Masing-masing cuma beli komputer canggih untuk menunjukkan kepada kita betapa canggihnya mereka MENGUTIP Zakat-fitnah. Tetapi bila mengedarkannya kepada rakyat, bukan main banyak syaratnya. Ada-ada saja sebab yang mereka tanya. Ada yang kata 'Si polan tak boleh dapat!!' Tetapi bila Yusof Nor gunakan duit Baitumal untuk beli SAHAM ? Eiiihhhh? BOLEH PULAK?

Beginilah Islam dan penganutnya ditadbir oleh puak UMNO!! Mufti-mufti tolonglah sikit fikir, janganlah ikut sangat undang Mahathir tu. Sikit-sikit kata, 'Oh..itu tak boleh, ini tak boleh.? Komdian ditanya pulak, 'Hangpa dulu undi apa' UMNO ke BA??.

Agaknya Mufti lupa! Didepan Allah swt. tak ada UMNO, tak BA. Kalau macam ini cara tuan-tuan menjalankan tanggungjawab agama, nampaknya yang menunggu Mufti UMNO ialah API NERAKA saja!!

Bersedialahhhh? wahai Ulamak UMNO serban tebal!! Amin Sapiro cuma nak ingatkan saja!! Memang betullah kita mati, kubur asing-asing. Tapi dalam dunia, kita wajib saling mengingatkan sesama kita!! Sebab, takkan Ulamak UMNO pakai Volvo, orang Islam miskin dapat zakat lepas raya, kan? Buat apa?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)