Laman Webantu   KM2A1: 3423 File Size: 8.7 Kb *



Konpius? Konpiusss...!! 1001 Perkara Mengkonpiuskan Kita Sekarang..!!
By Amin Sapiro

15/12/2000 12:04 pm Fri

Amin Sapiro (menunggu musim berubah)

[Teknik konpius adalah teknik Yahudi sejak dulu. Mereka memutar-belit fakta dan sejarah untuk tujuan tertentu. Akhirnya mereka dihukum menjadi kera di hari Sabtu. Tapi kedegilan itu masih keras seperti batu, dan hari Sabtu setiap minggu gagal mencelikkan mata mereka yang masih kelabu. Akhirnya minda dijajah, maruah tergadai, ugama ternoda, dan tanah terserah. Nilai murni, identiti dan kemakmuran negara semakin hancur dan musnah.

Kini teknik tersebut sudah menjalar di tanah melayu. Ia diadun dengan teknik Kerala yang masyhur dengan tiupan seruling dan lenggang tari seekor ular. Ia memukau penonton sehingga rupiah di saku menjadi korban. Dan semakin haru kerana ayam mereka asyik menghilang disebelah malam saban waktu. Itulah akibatnya bila musuh dianggap kawan. Mereka menipu diwaktu siang dan mencuri disebelah malam. Akhirnya musnah negara dipermainkan -Editor]


KONPIUS? KONPIUSSS...!! 1001 PERKARA MENGKONPIUSKAN KITA SEKARANG..!!


KALAU kita sebagai rakyat tempatan yang tahu tembelang Mahathir, Presiden UMNO yang suka beragenda mega; pun konpius (confuse), apa lagi pelabur-palabur luar 'yang datang dan jengah'; tentu meraka 'angkat kaki terus cabut'.

Apa pasal Pelabur lari lintang pukang putih tapak kaki bila dipandang dari belakang? Hahaha? Editor Laman WebAntu ada jawabnya?.

Kata beliau:

[["..terkeliru habis. Mahathir menodai tata susila bicara orang melayu dengan melucah depan TV. Dia memandaikan dirinya lebih dari Nabi, dan sekarang dia menyamakan seluruh kaum Cina yang menuntut keadilan Suqui sebagai kominis dan ektrimis. Orang Melayu pula dituduh tidak bersyukur seolah-olah keadaan negara itu perlu dibayar dengan mengampu dan mengundi BN sahaja. Kita tertanya-tanya kitab manakah yang menjadi rujukan 'fatwa' Mahathir yang sewel ini?"]]

Rakyat dan Dunia Bukan Bengap Sangat..

Sebagai Investors, orang luar mahu tengok 'negara tuan rumah' mesti stabil politik dan aman jiwa pemimpinnya. Kalau lidah pemimpin Kerajaan bercabang macam biawak tembaga - kutuk rakyat dan adu-dombakan mereka, dikatakan pula orang luar punya angkara - kununnya nak 'menyusup' menjajah rakyatnya; tentu pelabur yang berniat elok itu 'geleng kepala'.

Inilah yang terjadi sejak Anwar dipenjarakan dek Prime Minister yang dah makin 'tak adil' dan kotor sangat perangainya.

Konpius sangat orang luar dibuatnya. Anwar yang dituduh melakukan perbuatan aib di sebuah bangunan, tetapi bangunan itu pun belum dibena - siapa yang tak konpius hairan melihat tuduhan yang segaja tangkap muat tanpa asas - selain dari bertujuan hendak menganiaya. Kan?

Kalau Anwar dituduh RASUAH makan duit, yang nampak kayaraya ialah Mahathir, Daim, Samy Vellu, Ling Leong Sik dan seluruh pemimpin UMNO/BN yang berjawatan Kerajaan. Mereka yang nampak terang-terang usung duit berton-ton; simpan dalam Bank Israel Yahudi berguni-guni macam keranda orang mati. Sementara itu Anwar makan ikan masin dengan nasi basi - Rasuah kah Anwar? Konpius lagi kita kan?

Mahfuz Yang Menggegarkan UMNO/BN

Bila Mahfuz tak mau bayar denda sebagai tindakan tidak mahu tambah lagi sumber regim Mahathir beli gas pemedih mata dan cotar untuk belasah rakyat - sebaliknya memilih dan redha hati masuk penjara, dah dituduh pula sebagai 'Wira Intifadah'! Tak ke gelak besar kita berdekah-dekah bunyik nyerrr?

Walhal, dulu Ibrahim Ali bukan main hebat menggelarkan 'boss'nya sebagai 'Wira Dunia Ke-3' kerana jasanya yang begitu besar memperjuangkan nasib rakyat negara bekas jajahan dan mencetuskan 'demokrasi'. Orang UMNO angguk saja. Rakyat tengok saja, tak kata apa-apa. Tetapi sekarang makin nampak 'Wira' itu jugalah yang meranapkan ekonomi negara dan menjadikan kestabilan politik negara kacaubilau!!

Rakyat negara sendiri sudah hilang kebebasan bersuara. Makin terhakis pemerentahan dipilih rakyat melalui 'peti undi' - umpama apa yang ternyata dari pengalaman orang Lunas yang berjaya tahan 20 bas yang disponsor oleh pemimpin UMNO yang bawa 'Pengundi Impot' dari seluruh negara..!! Itu demokrasi 'Ballot box' amendenyer? Konpius tak anda?

Polis (PDrM) Terus Membazir Tenaga

Tak sudah dengan itu, Polis regim Mahathir diarah oleh 'Tuan Bapak Anjing' nya supaya tahan, lokap dan siasat, hukum dan baru dibicarakan (terbalik aturcaranya, kan?) rakyat yang bertindak membantu SPR membersihkan 'hantu raya' dari daftar pemilih yang sah. Tetapi, rakyat yang bersedekah jahariah itu pulak dikatakan 'penjenayah'. Tak konpiuskah orang yang nak buat lurus? Kan mengajar rakyat jadi jahat tu, kan?

Mahathir dan Ajis Sheikh Fadil yang sama 'warna' dan datang satu tongkang yang berlabuh di Selat Melaka, boleh masuk UMNO; kan itu kasi Samy Vellu konpius juga?

Kalau Samy Vellu yang sememang lidahnya putar-putar (hingga kaum India hairan tengok perangai Si Samy tu), tetapi mengapa Tengku Adnan yang 'berhidung besar' saling tak tumpah macam Mahathir, tiba-tiba mengaku keturunan di raja.

Macamana kita tak konpius lagi? Padahal, yang kita tahu - Raja-Raja Melayu semua hidung mereka 'pesek' macam 'pelepah kelapa'..SONYAP aja!! Adakah Tengku Adnan sama keturunan dengan Raja Madeliar ke?

Kepada Tengku Andan, sahaya bertanya ''Ampun Tuanku Panglima 'hitam', imigeresen Malaysia silap tulis ke? Atau sebab perkataan 'tengku' cuma sebahagian nama - macam Said bukan bermakna Syed, Sharifah bukan Sharifah warisan zuriat Nabi, Teng Ku Li bukan bermakna Tengku Razaleigh, Rais Yatim bukan sebab dia 'anak yatim'? 'Puteri UMNO' tak semestinya 'anak dara sweet seventeen' - sampaikan Wanita UMNO 'mak cik' pun konpius jadinya..!!

Dalam UMNO Banyak 'Badut' Bikin Ketawa

Jadi, jika kita pelabur luar, melihat keadaan tak tentu arah; memang tak tenteram hati bila sebut nak melabur di Malaysia. Badut-badut UMNO kerja lain tak ada melain bikin satu dunia ketawa!!

Mahathir kata ekonomi Malaysia kuat, tetapi duit ringgit tetap 'tiga ringgit lapan kupang' sampai bila-bila. Tak turun tak naik!! Itu susah jugak ya? Seolah-olah ekonomi Malaysia macam zaman batu lagi. Rupiah, Pesos, Bhat pun semakin menguat, kenapa Ringgit Malaysia ditahap lama aja?

Tak ke itu bermakna ekonomi Malaysia 'statik' saja? Yang dunia tahu 'statik' tidak bermakna 'Maju', kan? Haha? konpius Bill Gates dan Rockerfella?(Mat Rock).

Suqiu Disamakan Dengan Intifadah

Yang sungguh-sungguh mengkonpiuskan kita, Mahathir dan pemimpin UMNO dah mula samakan Suqiu denngan Intifadah. Suqiu kununnya 'Wira Cina' dan Intifadah pulak kununnya 'Wira' berbau agama. Mereka dutuduh nak tumbangkan Kerajaan. Jadi, apa itu namanya? Tidakkah Intifadah menentang Regim Zionis Yahudi? Adakah Mahathir betul-betul mau rakyat akui regimnya sama macam regim Zionis Yahudi?

Kalau begitu yang dia mau, kita tengoklah apa jadi pada tahun 2003/4 nanti. Rakyat yang tak mau tengok negara ini ditadbirkan oleh regim 'macam tu' gulung tikar dan dihanyutkan di Sungai Kelang!! Masa tu baru rakyat 'clean up the mess'.

Fuji Mori Termakan 'Chile'

Tengok apa jadi dengan kawan sepercumbuan Mahathir: si Fuji Mori. Rakyat Chile tuntut kerajaan Jepun 'repatriate'kan Diktator Jepun yang menyamar kununnya berketurunan Spanish.

Rakyat Malaysia pun bijak juga. Nanti kita ramai buat demo 'Halal' depan Kedutaan India. Kita suruh Mahathir dihantar pulang ke Malaysia dari Krala atau South Africa, Argentina atau Venezuela, Amerika atau Australia? dari mana-mana lah!! Kan, dunia ini bulat?

Rakyat sedang perincikan kesalahan yang dilakukan Mahathir dan Daim yang kini sedang bermaharajalela. Tak kan panas sampai ke petang. Tak dapat tanduk telinga dipulas. Dapat Mirzan pun cukuplah.

Akan meraunglah 'roh' Mahathir bila Mirzan kena cekup dan dinobatkan di Sungai Buloh!! Bergembiralah kauorang ketika masa terluang masih ada!! Bila tiba masa, undang-undang yang ada akan diReform balik semula!!

InsyaAllah masa tu, pentadbiran negara akan diperbetulkan semula. Hak rakyat akan dikembalikan kepada yang empunya. Dan, Pelabur Asing pasti akan datang sebab 'buaya besar' dah kena 'tanjul'..!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)