Laman Webantu   KM2A1: 3413 File Size: 4.4 Kb *



Dua Dalam Satu - Konpius Yang Mana Satu
By Amin Sapiro

14/12/2000 1:52 pm Thu

Amin Sapiro (Konpius habis-habisan)

[Memang betul Wak.. terkeliru habis. Mahathir menodai tata susila bicara orang melayu dengan melucah depan TV. Dia memandaikan dirinya lebih dari Nabi, dan sekarang dia menyamakan seluruh kaum Cina yang menuntut keadilan Suqui sebagai kominis dan ektrimis. Orang Melayu pula dituduh tidak bersyukur seolah-olah keadaan negara itu perlu dibayar dengan mengampu dan mengundi BN sahaja. Kita tertanya-tanya kitab manakah yang menjadi rujukan 'fatwa' Mahathir yang sewel ini?

Sila maklum kami menggabungkan dua rencana ringkas Wak kali ini kerana ia menyentuh isu yang hampir serupa. Mahathir banyak benar menuduh ribuan orang, tetapi mengapa yang dihukum di mahkamah cuma beberapa orang. Tidak ada seorangpun wakil Suqui ditangkap dan dipenjarakan padahal mereka ini dikatakan lebih bahaya dari kominis. Bukankah itu bermakna Mahathir cuma pandai bersandiwara sahaja untuk mencari sesuatu yang telah pudar selama ini? - Editor]


LEPAS 'SUQIU', 'INTIFADAH' PULA, LEPAS INI APA?

JIKA kaum Cina dibusukkan menggunakan Suqiu hingga dicop dan disamakan 'extremists' dan 'Kominis'; isu paling baru, dan berurutan dengan isu Suqiu itu, orang Melayu Islam yang menyebelahi Pembangkang dituduh cuba pula melahirkan wira menyerupai 'Intifadah'.

Yang mentertawakan rakyat sekarang, tiga orang pemimpin UMNO semacam berebut-rebut buat kenyataan 'sensasi' mengutuk Pembangkang Melayu Islam, kununnya melahirkan wira berbentuk 'Intifadah' itu.

Kununnya lagi, pendedahan itu adalah berikutan peristiwa Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar yang dikenakan denda RM1,500 memutuskan tidak membayarnya sebaliknya memilih untuk ke penjara. Itu saja buktinya kah? Macamana dengan tindakan FRU?

Jika diteliti, bermakna regim Mahathir sedang melengkapkan agendanya menuduh dua kaum terbesar di negara ini dengan tuduhan liar. Kaum Cina sebagai 'extremists' dan 'Kominis'; dan orang Melayu sebagai penyokong setanding 'Intifadah' yang disamakan sebagai menyerang 'Zionis' Yahudi.

Kesimpulannya, memang benarlah regim Mahathir itu sebuah regim ala Zionis Yahudi. Bukan orang Melayu yang kata demikian, tetapi Mahathir dan pemimpin UMNO sendiri membayangkan regim Mahathir itu adalah Zionis Yahudi - iaitu berasaskan tuduhan 'intifadah' kepada Pembangkang.

Makin nampak, regim Mahathir punya daya imaginasi yang semakin tidak praktikal hingga terkeluar dari konteks sosial rakyat Malaysia yang aman dan damai sesama kaum.

Percubaan Mahathir memutarbelitkan fakta begini sama seperti mengarahkan pemimpin UMNO sendiri 'to drive the last nail to UMNO/BN's coffin'.

Hohohoh? makin Mahathir mensewelkan diri, rakyat semakin bersama-sama Barisan Alternatif. Masih UMNO nak biarkan Mahathir 'menceceh' lagi ke? Tak kan mau tuan-tuan 'dikeranadakan' sama!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)




Amin Sapiro (Gelihati UMNO sandiwara Kartun Doremon)

'SUQIU' - Agenda Mahathir Paling Mega

TELAH dijelaskan sebelum ini, Mahathir sentiasa beragenda dan berkonspirasi. Dalam isu Suqiu, Mahathir bermain saikologi orang Melayu. Harapannya, orang Melayu akan sama-sama menuduh kaum Cina (Suqiu) sengaja menuntut 'Perkara 17' dan menjadikan ia satu isu besar. Jika itu berlaku, bermakna Mahathir akan tepuk tangan, gelak ketawa besar. Sebab, agenda Meganya terjual murahan dan berjaya 'menjadi' isu besar yang memberi manfaat kepada beliau secara peribadi. Itu sangatlah yang diinginkan beliau.

Soalnya: Mengapa Suqiu tiba-tiba saja menjadi isu oleh Mahathir. Makin menghairankan, mengapa Mahathir dan kuncu-kuncunya kepalang bergila-gila menuduh kaum Cina hingga menyamakan kaum Cina sebagai 'extremists' dan 'Kominis'?

Kita perlu tanya Mahathir: Jika benar mereka yang terlibat itu 'extremists' dan 'Kominis', mengapa Mahathir:

1) memperakukan (approved) 'Perkara 17' itu sebagai 'legitimate requests' yang diluluskan oleh Kabinet berasaskan perbincangan sesama mereka?

2) tidak tangkap saja mereka yang terlibat, kerana (seperti kata Mahathir) perkara tersebut melibatkan isu perkauman yang membangkitkan isu sensitif?

Kan konpius kita kan?