Laman Webantu   KM2A1: 3405 File Size: 9.9 Kb *



B1: Isu 'Suqui' - Agenda Mega DiSengajakan Hasil Perancangan Mahathir
By Amin Sapiro

13/12/2000 7:40 pm Wed

Amin Sapiro (Info dalaman dari puak UMNO/BN)

[Satu penulisan PENTING dari Wak yang MESTI DIBACA. Mahathir memang seorang yang opportunis dalam semua keadaan. Dia sentiasa mengatur agenda kotor yang dilapik oleh mulut yang berbelit untuk melepaskan diri sehingga orang lain yang terkena itu boleh tamat riwayat mereka. Mahathir adalah manifestasi satu konspirasi besar yang mempunyai campuran dua unsur: Yahudi dan Kerala. Dia mempunyai ciri-ciri degil, beragenda dan tidak berperikemanusiaan seperti Yahudi dan dia menipu berbelit-belit laksana seorang pelarian yang baru sampai dari Kerala yang mengaku dia seorang bumiputra. Hari ini pelarian Kerala ini sudah pun menjajah Malaya, dan ia dilakukan melalui permainan minda dengan mudahnya. - Editor]



ISU 'SUQIU' - AGENDA MEGA DISENGAJAKAN HASIL PERANCANGAN MAHATHIR

Bah. 1

HARI ini, ditengah-tengah kekalutan politik UMNO semakin menempuh detik-detik melumpohkan parti itu, Mahathir selaku Presiden UMNO mencari bahan luaran 'non-politic' yang merbahaya untuk mendapat sokongan orang Melayu dan bukan Melayu terhadap BN.

Bagi Mahathir, cara terbaik ialah dengan membakar sentimen Perkauman dan Agama. Taktik yang bertentangan dengan Perlembagaan ini sudah nampak sebegitu jelas.

Mahathir Bijak Merancang Agenda Mega

Sejak dari mula, Mahathir adalah seorang ahli UMNO yang paling tinggi cita-cita. Sejak zaman Tunku, Mahathir sanggup jadi 'duri dalam daging' kepada sesiapa saja yang memimpin UMNO. Tanyalah vetren UMNO - sama yang bersara atau sengaja dibuang oleh Mahathir setelah beliau mengambilalih UMNO dari Tun Hussein Onn.

Agenda terbesar Mahathir adalah seperti yang termaktub dalam 'Malay Delimma'. Kemudian beliau menyusup seperti 'tikus mondok' dengan berkepit dicelah ketiak allahyarHam Tun Razak dan Hussein Onn.

Sikap menikus Mahathir cuma sementara beliau belum berkuasa. Setelah pemimpin UMNO yang 'rabun siang' teralpa dan terlena, Mahathir menjalankan pelbagai taktik kotor yang menjijikkan. Akhirnya Hussein Onn terpaksa menyerahkan tampuk UMNO/BN kepada beliau. Itu agenda Mahathir 'Peringkat Satu'.

Bermulalah pula 'Peringkat Kedua' setelah Mahathir berkonspirasi menyingkirkan Hussein Onn. Di Peringkat ini, Mahathir beragenda untuk menjadikan UMNO/BN sebagai tempat bertenggek beliau bagi meraih kuasa mutlak.

Sebenarnya, Mahathir tidak suka kepada sebarang persaingan dari sesiapa jua dikalangan pemimpin UMNO - lebih-lebih lagi mereka yang berpotensi, berpengaruh, cerdik dan sayangkan bangsa. Kerana beliau mempunyai sifat peribadi yang 'penakut' dan 'lemah' dalam berhujah secara rasional, beliau beragenda membuang mereka dari jawatan Kerajaan.

Kita menyaksikan beberapa pemimpin Melayu diterajang keluar dari Kabinet kerana Mahathir ketakutan sangat agenda Mega beliau didedahkan.

Tan Sri Ghazali Shafie adalah mangsa pertama. Kemudian Mahathir merancang pekelahian antara Musa Hitam dengan Ku Li. Setelah Ku Li tewas, Mahathir mengagendakan supaya Musa dijadikan 'kambing hitam' dalam sebarang kerja kotor parti dan kerajaan.

Peristiwa Memali - walaupun Mahathir yang rancang tetapi Musa yang laksanakan. Akhirnya, yang nampak berdosa adalah Musa. Mahathir senang 'berasmara' di Komunis Cina. Bila pulang, Musa beliau persalahkan. Sah bangangnya Musa mahu jadi 'kuda tempang'.

Setelah itu, satu demi satu pemimpin Melayu disingkirkan - samada secara bermaruah atau pun secara paksaan dan ugutan.

Sementara itu, Mahathir menunjukkan sikap kotor paling tidak beretika dengan memerasugut (blackmail) pemimpin UMNO/BN sesuka hatinya. Beliau membiarkan pemimpin UMNO disemua peringkat ketagih dengan rasuah dan maksiat. Kerana majoriti mereka telah komited, akhirnya Mahathir dengan mudah dapat 'menanjul' leher dan mencucuk hidung mereka. Budaya ketakutan menyelebungi UMNO/BN.

Mereka yang kena perangkap tidak ada pilihan melainkan terpaksa akur dengan arahan Mahathir. Ini termasuk Raja-Raja Melayu yang punya hobby berfoya-foya dan kaki judi di Las Vegas dan Macau.

Akhirnya, semua pemimpin UMNO/BN terkena tempias Rasuah dan Penyelewengan. Mahathir pula memberi perlindungan sementara mereka sanggup menurut agenda beliau. Itu 'Langkah Ke-tiga'.

Persediaan Mahathir Sebagai DIKTATOR

Mahathir tahu, UMNO adalah tunjang politik dalam Barisan Nasional. Tetapi UMNO tanpa MCA akan lumpuh. Pengaruh Mahathir dalam MCA tidak kuat. Dengan itu beliau 'mengumpan' pemimpin MCA dan beberapa orang Kroni dari kaum Cina sebagai 'impact absorbers' sekiranya beliau dalam kecemasan.


Terbukti beberapa orang di kalangan MCA telah masuk kantung Mahathir - antaranya Presiden MCA Ling Leong Sik dan kuncu-kuncu yang pro-beliau. Masing-masing ada kepentingan peribadi bernilai berbillion ringgit.

Terbukti, anak Dr. Ling menjadi billionaire dalam usia 27 tahun. Mana dapat modal berniaga kalau tidak melalui pengaruh politik yang terkait dengan rasuah-rasuah mega yang dilindungi Mahathir. Puluhan peniaga Cina sengaja 'diumpan' dengan kontrak dan tender, projek mega bernilai ratusan juta. Ramai yang bergelar ahli Korporat tanpa modal. Hingga hari ini, aduan Polis dan BPR sdr. Lim Kit Siang dibakulsampahkan saja oleh agensi terbabit. Itu atas arahan Mahathir!

Kita tentu dengar nama-nama seperti Vincent Tan (Berjaya), Ting Pheik Khing (BAKUN), Keluarga Yeo Teong Lay (Pengeluar Kuasa Letrik Swasta), Lim Goh Thong (Judi), Eric Cheah (yang memufliskan PERWAJA), dan puluhan lagi.

Mahathir memberi mereka peluang keemasan hingga KWSP dan Bank habis dirompak kerana membiayai projek Mega mereka. Bila ekonomi merosot, mereka adalah diantara Korporat yang dibailout selain dari yang terkait dengan anak-anak Mahathir. Itu adalah Dasar Kronisme-Nepotisme yang menjadi tulang belakang pentadbiran ekonomi Mahathir.

Mahathir Sudah Bersedia Dari Mula

Sejak dari mula Mahathir sudah nampak - satu hari nanti orang Melayu akan berpaling tadah dari menyokong UMNO. Sebabnya, Mahathir dan pemimpin parti itu makin terkeluar dari landasan dan aspirasi perjuangan UMNO asal. Namun Mahathir terus dengan agendanya.

Mahathir juga tahu bahawa orang Melayu sudah beransur-ansur hilang keyakinan kepada UMNO kerana sikap dan karenah beliau yang keterlaluan mengutuk agama Islam kerana membenci parti PAS. Mahathir sedar, beliau telah menafikan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan. Antaranya ialah biasiswa dan pendidikan, bantuan subsidi kepada golongan Melayu miskin di desa.

Kerana kecenderungan beliau untuk bermegah dengan Projek Mega diluar kemampuan rakyat, didorong pula oleh hasrat beliau untuk mencapai 'Angan-angan Kosong 2020' yang diwarnai dengan gelaran 'Wawasan'; maka Mahathir menggunakan wang rakyat begitu banyak tanpa mementingkan komitmen kepada orang Melayu.

Hasil PETRONAS dikeruk seperti menarah Gunung Tahan. Akhirnya, RM250 billion harta PETRONAS cuma tinggal 'entah berapa sen'. Laporan akaun PETRONAS adalah bukti nyata bagaimana regim Mahathir menyalkahgunakan wang rakyat. Mahathir buatkan hasil minyak PTERONAS sebagai 'hak kepala bapak'nya!! Rakyat masih sabar juga?

Mahathir telah menafikan Pembangunan dan penyusunan Struktur Ekonomi Fundemantal sebenar yang releven kepada rakyat marhain. Ini membuatkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari sebarang gangguan bersebab dari 'gegaran' kemelesetan ekonomi dan kekacauan 'kewangan' dunia.

Seperti yang diduga, Malaysia tidak mampu menahan goncangan 'kemelesatan ekonomi' berpunca dari 'gangguan' nilai matawang yang pasti berlaku dari semasa ke semasa. Ini berpunca dari sikap Mahathir yang terlalu cenderung kepada pembaziran yang dilakukan beliau bagi projek yang tidak produktif.

Kesannya, ekonomi Malaysia telah 'over-heated' dan tidak mampu menampung kemerosotan dan kemelesetan ekonomi yang mendadak.

Sebagai analogi, Mahathir telah menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi sebuah belon yang kembung berisi angin. Apabila angin itu terlepas keluar, belon itu kembali kepada 'original size'. Itu sebab, matawang Ringgit Malaysia mendadak jatuh melebihi RM4.50 sen bagi satu Dollar Amerika. Ekonomi merudum dengan dahsyat dan pengangguran berlipat ganda. Waktu itulah, kewibawaan Mahathir merosot 'to the lowest ebb'.

Wajarkah Anwar Dipersalahkan?

Mahathir memutarbelitkan fakta dengan menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan. Tetapi cendekiawan ekonomi, pakar kewangan tempatan dan luar serta rakyat yang faham tidak menerima hujah Mahathir.

DS Anwar lebih faham siapa sebenarnya 'culprit' yang menyebabkan ekonomi Malaysia lumpuh dalam tahun 1997. Rasuah, Nepotisma dan Kronisma amalan Mahathir adalah punca sebenar. Tetapi Mahathir takkan mahu terima, kerana beliau ada PM, kunun!!

Mahathir tidak ada jalan lain untuk 'menegakkan benang basahnya' selain dari berKonspirasi meyingkirkan Anwar. Diciptalah pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal.

Terbukti di mahkamah bahawa Anwar adalah mangsa kerakusan Mahathir sendiri untuk terus berkuasa! Mahathir takut dihadapkan ke mahkamah untuk menjawap soalan rakyat. Beliau lebih takut UNDOR, kerana itu bermakna beliau akan dipurukkan ke Sg. Buloh - bukannya Anwar!!

Soalan: Bagaimana Isu SUQIU menjadi hangat? Suqiu agenda siapa?

Perhatikan detik-detik mencabar yang akan dipaparkan.

Rakyat dan orang Melayu wajib berfikir seperti pengundi Lunas, kerana Lunas adalah bukti bahawasanya UMNO/BN adalah sebuah TITANIC yang boleh karam dalam 'maiden voyage'nya. Nak takut apa? Undi ditangan kita. Gunakan dengan bijak.

(akan dibincangkan di Bagaian Ke-2)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)