Laman Webantu   KM2A1: 3402 File Size: 4.3 Kb *



Cakap Tak Serupa Bikin: Mahathir Belit Tak Habis-habis.
By Dahlia

13/12/2000 12:01 am Wed

Cakap tak serupa bikin: Mahathir belit tak habis-habis.

Pada dua malam lepas, kalau tak silap saya, ketika menonton siaran Berita Akhir di sebuah stesyen TV saya tertarik dengan satu temubual yang dirakamkan oleh pemberita dengan Perdana Menteri Malaysia, Tn Haji Dr Mahathir Mohamad.

Ketika mengulas isu mogok yang dilakukan oleh pengusaha teksi KLIA, beliau berkata antara lainnya, " saya sudah banyak kali beritahu, kalau kita buat sesuatu tindakan, jangan menyusahkan orang ramai. Kita marah pada seseorang, tapi tindakan kita itu telah melibatkan kesusahan kepada ramai pihak yang tak ada kena mengena dalam pertikaian tersebut".

Saya ingin mengulas sedikit, secara ringkas walaupun rasa muak tengok gelagat orang tua sekor ni. Apatah lagi menghormati bulan yang mulia ini, cukuplah sekadar menulis sedikit:

1. Rampas Royalti Minyak di Terengganu

Apakah tindakan beliau menyekat dan MERAMPAS royalti minyak ke atas Terengganu itu tidak dikira menyusahkan pihak yang lain? Oleh kerana marahkan PAS yang menang mudah di Terengganu, dan bimbang wang royalti itu jatuh ke tangan pihak berkuasa, lantas wang berkenaan diambil dengan membelitkan pelbagai fatwa dan hukum, sehingga akhirnya digelar wang ehsan dan kununnya disalurkan ke satu badan yang akan mengatur pembangunan untuk rakyat Terengganu.

2. Mengarahkan Media tunduk kepada citarasa beliau dan pemerintah.

Kelmarin beliau menegur pihak media yang kununnya tidak adil dan berat sebelah, melakukan fitnah kepada kerajaan sehingga mengelirukan pemikiran rakyat terhadap kerajaan.

Kita cukup heran, selama ini Media sudah hilang kewibawaan sebagai sebuah saluran komunikasi yang harus berdiri dengan adil dan mengekalkan prinsip Media yang telus dan "responsible" kepada rakyat.

Tetapi dengan sikap Mahathir yang angkuh dan pembelit, beliau turut memaksa media membelit apa jua fakta sehingga rakyat sudah hilang kepercayaan kepada media perdana. Itupun belum cukup? Bentuk media bagaimanakah yang dikehendaki oleh Mamak sekor ni yang dikatakan TELUS, ADIL dan BERTANGGUNGJAWAB. Gamaknya, Si ZamZam di Utusan Meloya boleh beri sedikit tuition pada Mamak sekor ni berkenaan prinsip-prinsip kewartawanan dan peranan Media dalam sesebuah negara. Kalau itupun Zam tak mampu buat, lebih baik bakar saja buku-buku yang pernah ditulis oleh Zam berkaitan Media/Journalism. Atau haramkan terus!

3. Mengarahkan penukaran warna kain samping pelajar sekolah agama Hijau ke Merah ( bermula Januari 2001).

Tak ke ini kerja bodoh? Tak ke ini menyusahkan? Mentang-mentang warna samping tu warna hijau, warna PAS, beliau meminta warna itu ditukarkan kepada warna Merah. Tak ke beliau terfikir bahawa warna itu telah digunakan berzaman lamanya? Tak ke beliau terfikir bahawa mungkin para pelajar sudah mempunyai beberapa helai samping berkenaan dan terpaksa menukarnya pula utk memuaskan nafsu Mamak yang tua bangka ni?

Tak ke juga terfikir dek kepala hotak beliau yang tak semua ibu bapa mampu untuk tukar kain samping untuk anak-anak mereka? Kalau sorang anak bolehlah juga, apa kata kalau ada 2 atau 3 orang anak yang bersekolah di sekolah-sekolah agama ini.

Atau, apa kata kalau budak tu dah darjah enam, yang terpaksa tukar kain samping . Lepas tu nak buat apa? Yang samping sebelum ni nak buat apa?

Memang jahat!!! Kerana nak puaskan nafsu serakah, sanggup menzalimi rakyat tak putus-putus! Kunun nak jaga kepentingan dan kebajikan rakyat, poooraaahh... pi mampuihlah che Det dengan falsafah bangang kamu ni.

4. Tazkirah menyalahi ?

Sejak bila pulak beliau dengar tazkirah yang memfitnah dan menghentam kerajaan? Itulah... kalau setakat dengar lapuran, tak hadir sendiri dan dengar serta menghayati apa yang disampaikan menerusi tazkirah ini, maka sampai bila pun hang tak faham.

Mungkin apa yang disampaikan menerusi tazkirah itu menyentuh perbuatan kerajaan yang tidak betul di sisi agama dan hukum syarak, apakah Tazkirah dan penyampaian itu dikatakan salah?

Hai Mamak Mamak... entahlah! Apa nak jadi ngan kamu sekor ni. Bila lagi nak mampos!


Dahlia/KL