Laman Webantu   KM2A1: 3399 File Size: 9.2 Kb *



Mahatyhir Semakin Nanyok Persepsinya Politiknya Sudah 'Hanyut'
By Amin Sapiro

12/12/2000 11:48 am Tue

Amin Sapiro (Tengok banjir hanyutkan UMNO/BN)


[Kalau kapal UMNO sudah berlubang, ia akan tetap karam dilaut dalam.... Bukan salah ombak dan bukan salah taufan, tapi salah nakhoda yang tempang. - Editor ]


MAHATHIR SEMAKIN NYANYOK PERSEPSINYA POLITIKNYA SUDAH 'HANYUT'


DUA PULUH TIGA (23) juta rakyat Malaysia tidak lagi tertarik dengan sebarang kenyataan Mahathir, walaupun beliau masih diakui UMNO/BN sebagai Presiden mereka, dan Perdana Menteri.

Puncanya, pemimpin UMNO dan BN sendiri sudah ramai yang menganggap beliau bukan lagi Presiden parti yang dilantik secara tidak sah, berasaskan kelaziman sebuah pertubuhan yang berperlembagaan.

Dengan laungan slogan dan kecaman rakyat yang menuntut Mahathir supaya UNDOR, kekalahan UMNO/BN di Lunas (walaupun puluhan bas dimuatkan dengan 'pengundi hantu'); sekaligus 'mengkompoundkan' segala bukti bahawa regim Mahathir sedang menghadapi kehancuran.

Bermakna Mahathir sudah bukan lagi Perdana Menteri yang ada watak seorang politikus yang mampu berperanan menyatupadukan rakyat di negara ini. Mahathir sudah tidak releven lagi!!

Persepsi Politik Mahathir HANCOR!

Sebagai rakyat, kita bukan sebodoh yang disangka oleh puak UMNO/BN. Jika kebijaksanaan pemimpin regim Mahathir cuma setakat Abdullah Bedawi, Rais Yatim, Ku Li, Rafidah Aziz - rasanya tidak bersalahan jika diselitkan juga nama Ibrahim Ali. Apa akan jadi?

Sewaktu berucap kepada 200 orang 'daki-daki' anggota PAS yang sudah hilang keyakinan dan pengangan diri; mereka dengan serban besar berpaling tadah menjilat bontot Mahathir. Mereka menyertai kempen Mahathir bagi menambahkan tenatnya penyakit UMNO di Seri Perdana di sini, malam tadi. Mahathir kepalang gian mencucuk mereka dengan berkata, kununnya kata beliau:

"Yang malangnya, perpecahan itu kini begitu teruk sehingga orang Melayu terpisah dua. Antara punca perpecahan itu ialah apabila agama digunakan untuk tujuan politik sehinggakan ketaksuban yang tercetus terhadap kumpulan dan pemimpin tertentu menyebabkan apa yang salah di sisi agama dianggap betul. Dengan itu, orang Islam begitu berkecamuk sehingga tak peduli padah. Umpamanya di Lunas, ada yang pukul orang, mencarut dan menendang orang perempuan".

Mahathir Mengigau Lagi

Sah Mahathir 'Raja Segala Pembohong'!! Sebenarnya, yang pukul orang, mencarut dan menendang orang perempuan ialah 'orang-orang upahan' Mahathir yang berpakaian seragam. Malahan, DS Anwar adalah bukti hidup yang menegalami cedera parah bermata lebam. Cik Nora dibogelkan. Mata Pak Din disimbah dengan asid. Dr. Badrul Amin ditelanjangkan dalam lokap. Ratusan rakyat dibelasah dalam lokap. Ribuan rakyat dinafikan hak mereka yang sah di sisi Perlembagaan.

Itu apa namanya? Mahathir boleh jawap arahan siapa kalau tidak dari beliau? Sampai bila Mahathir nak mengigau?

Memang jelas, Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas baru-baru ini masih menghantui Mahathir. Kemenangan calon BA dari Parti Keadilan Nasional Saifuddin Nasution Ismail makin menampakkan bahawa kuasa dan kewibawaan Mahathir dan UMNO/BN semakin melemah di mata rakyat. Mahathir pun tau!

Kemenangan BA dari Parti KeADILan memberi petanda bahawa UMNO/BN sudah sampai ketahap yang tidak mampu disebut ada 'future' . Sebagai sebuah parti, UMNO/BN tidak mampu menunjukkan kewibawaan yang strategik untuk membawa negara dan rakyat kepada Kemajuan dan Pembaharuan selari dengan arus 'globalisasi', Ketelusan dalam pentadbiran dan kekuatan hukum dan undang-undang. Apa Mahathir mau cakap lagi?

Cabaran yang diterima oleh regim Mahathir sudah melampaui UMNO. MCA dan MIC yang dianggotai oleh kaum Cina dan India sudah menunjukkan tanda-tanda kekecewaan mereka terhadap parti perkauman itu. Apa yang sulit bagi Mahathir dan pemimpin UMNO, MCA dan MIC ialah bagaimana parti itu mampu menegakkan kembali kedudukan sebelum DS Anwar Ibrahim dipaksa dilucutkan jawatan dan dipenjarakan oleh Mahathir secara paksa!

Hematnya, Mahathir sekarang menerima tamparan dari semua kaum. Tidak guna lagi Mahathir cuba memujuk orang Melayu dengan pelbagai momokan dan mengada-adakan pelbagai adu-domba perkauman sebagai strategi meraih sokongan ke atas partinya yang makin tandus kewibawaan dan pengaruh.

1.6 Juta Pengundi Muda Pro-BA

Jika Mahathir bertanya: "Apa dah jadi dengan orang Melayu. Kununnya (kata beliau) dulu mereka bersatu tetapi kini kita cukup lemah dan ada yang merancang untuk memecahbelahkan lagi orang Melayu. Kununya lagi Pembangkang Melayu akan hasut, cucuk dan sogok bagi menentukan ada orang Melayu yang menentang orang Melayu khususnya kerajaan".

Sekaligus, 11 juta orang Melayu pasti ketawa besar mendengar 'keluhan sumbang' Mahathir itu. Mungkin Mahathir boleh tipu 200 orang. Jumlah itu terlalu kecil. Lagipun mereka adalah 'orang buangan' parti asal mereka. Mereka bekas anggota PAS itu adalah pengkhianat bangsa dan agama yang sanggup menjual serban untuk dijadikan 'cawat' Mahathir. Mereka adalah golongan 'melukut ditepi gantang'. Samalah mereka seperti Hj. Nakhaie 'Nakasone'..!!

Betapa tidak! Segala yang dirungutkan Mahathir itu adalah kesan dari Konspirasi beliau bersama kuncu-kuncu pilihannya yang menyebabkan orang Melayu makin 'terpisah' dari UMNO.

Hakikatnya sebenarnya, orang Melayu tidak berpecah dua, mau pun retak seribu! Orang Melayu masih bersatu, malah makin padu. Di mana-mana kita berada, riak gelombang Melayu makin bergelora menafikan ketelusan nawaitu pemimpin UMNO. Sekarang penyakit itu sudah menghinggapi komponen BN pula.

Dari apa yang dilihat, orang Melayu yang dulunya menyokong UMNO, sekarang sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada parti Melayu yang berpresidenkan seorang 'sewel gila kuasa'. Presiden inilah yang mencerca perundangan Islam. Orang inilah yang memutarbelitkan tafsiran fatwa yang benar dengan meminda mengikut seleranya saja.

Orang Melayu Sudah Bijak Berpolitik

Bukti nyata, orang Melayu sudah bijak memilih dan berfikir. Jika tidak disebabkan SPR dan 'penyeludup' Undi Hantu UMNO/BN di Lunas yang masih berjaya memutarbelit daftar pengundi dengan membawa pengundi luar ke sana, insyaAllah kemenangan YB Saifuddin Nasution 5 kali ganda dari 530 undi yang diraih.

Itu adalah suatu pemantauan rambang yang dapat diduga. Mahathir dan UMNO/BN juga mengakui kekalahan UMNO/BN di Lunas pasti berlaku. Memikirkan apa akan jadi jika dalam Pilihanraya Umum kelak UMNO/BN akan berhadapan dengan pengundi muda yang dianggarkan 1.6 juta - pasti Mahathir 'kencing' dalam seluar nanti.

Mahathir makin 'berak cair' bila pengundi kaum Cina dan India beralih rasa menyokong Pembangkang. Trend terbaru dari postmortem di Lunas, kaum Cina dan India tidak lagi punya perasaan perkauman dan ragu-ragu dengan Islam. Kerana itu, hari ini Mahathir sanggup minta ampun kepada kaum Cina. Nampak sangat Mahathir lebih teruk dari Tunku yang beliau tuduh pro-Cina. Mahathir sedar, tanpa sokongan pengundi Cina, peristiwa Lunas akan merebak menumbangkan UMNO/BN dalam tahun 2004 ini.

Mahathir Tak Pandang Sebelah Mata Kpd Orang Melayu

Ini menunjukkan bahawa Mahathir tidak pandang sebelah mata kepada orang Melayu dan agama Islam. Beliau lebih akur dan tunduk kepada kaum lain asalkan beliau dapat terus berkuasa. Jadi, apa gunanya orang Melayu masih menganggap Mahathir wajar memimpin UMNO? Tidakkah itu bermakna Mahathir mencagarkan orang Melayu kepada kaum lain demi kepentingan diri dan kuasa sendir. Tidak wajar Mahathir dibuang saja dari UMNO? Fikir masak-masak!!

Kemenangan Saifuddin dari KeADILan (sebagai 'first timer' dari sebuah parti berusia setahun jagung) menampakkan bahawa 3 kaum terbesar itu sudah mendapat contoh terbaik dari pentadbiran PAS/BA di Kelantan dan Trengganu. Ini masalah besar kepada Mahathir dan seluruh kepimpinan UMNO dan komponen BN! Tak perlu berijazah sains politik pun, kita boleh nampak.

Adu-domba Tidak Menjadi Lagi

Mahathir semakin risau melihatkan UMNO dan BN tidak punya sebarang strategi mempengaruhi rakyat menyebelahi parti ini. Semakin nampak, startegi Mahathir terakhir ialah memusuhi rakyat dengan 'melaga-lagakan' semua kaum dengan cara paling jijik dan kotor.

Makin ketara dilihat, Mahathir menggunakan kuasa polis dan undang-undang yang ditafsirkan mengikut tafsiran peribadi beliau untuk melakukan pelbagai kekerasan dan ugutan ke atas pemimpin Pembangkang. Kakitangan awam dan jentera kerajaan semakin digunakan secara berleluasa.

Karenah dan sikap Speaker Dewan (Negeri dan Parlimen) sudah nampak jelas begitu aib. Mereka dipaksa menyebelahi kerajaan dengan pelbagai helah supaya keburukan Kerajaan tidak didebatkan oleh anggota Pembangkang.

Tetapi Mahathir dan pemimpin regim beliau wajar mengerti bahawa taktik kotor seumpama ini cuma akan mendedahkan parti itu kepada peningkatan kebencian rakyat. Mungkin manifestasinya akan lebih jelas pada tahun 2004 nanti!! Terjunlah kau 'Labu-labi'. Kita akan tengok apa sudahnya, insyaAllah!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)