Laman Webantu   KM2A1: 3393 File Size: 11.0 Kb *



Bila Norian Mai Tak Mengaku Jadi 'Bapak Anjing Gila' Macam Rahim Nor!!
By Amin Sapiro

11/12/2000 7:36 pm Mon

Amin Sapiro (Syiok baca Norian Mai mengigau ? heheh)

[Sikap polis PDrM hari ini melambangkan mereka sudah tidak boleh diharapkan lagi. Rupanya polislah yang tidak dapat mengawal perasaan. Samseng India pun tidak sampai hati nak menerajang makcik-makcik tua sampai jatuh longkang, atau belasah seorang TPM sampai pengsan untuk dibogelkan. Inilah dua senario gelagat polis didepan dan dibelakang rakyat. Mereka bertugas dengan marah, bukannya dengan hikmah. Padahal rakyat tidak marahkan polis, rakyat mahu perompak harta negara dan pemimpin umno dibawa ke muka pengadilan. -Editor]



BILA NORIAN MAI TAK MENGAKU JADI 'BAPAK ANJING GILA' MACAM RAHIM NOR..!!

MEMBACA Mukadimah wawancara diantara Tan Sri Norian Mai dengan pemberita Utusan Malaysia, terasa kita macam menonton 'sit com - 'Pi mai' pulak. Terasa sesekali macam nak tergelak. Maklumlah, Norian Mai bercakap semacam orang dah terdesak.

Yang mendesak ialah rakyat. Rakyat bayar gaji mereka untuk jaga keselamatan, tapi puak PDRM ramai sangat yang berwatak syaitan!! Belum ada mereka yang dimasuk ke lokap yang tak kena telanjang-bogelkan. Tanya Ustaz Badrul Amin, masyaAllah - kesian sungguh kita dengarkan. Mengucap kita dengan sebak di dada..!!

Rahim Nor Bapak Segala Anjing PDRM

Sewaktu membela PDRM, Norian berkata:

"Memang ada kelemahan di sana sini, memang berlaku kekerasan di sana sini dalam proses polis menguatkuasakan undang-undang. Saya hanya minta satu contoh, berikan saya polis negara mana yang imejnya tidak terjejas. Bagi saya satu contoh. Bila disebut polis di mana sahaja di serata dunia, mesti ada cacat cela tetapi ia bukan keseluruhan pasukan."

Kira-kira betul jugaklah. Tetapi yang menghairan rakyat dan dunia, mengapa bila kelompok rakyat yang menuntut hak asasi dan kebebasan mereka saja yang kena lanyak dek pasukan keselematan 'bapak anjing gila'.

Kenapa bila puak UMNO berdemo di Putera Jaya dan di Dewan Perhimpunan Cina, kawan kita FRU 'butakan' mata dan 'pekak' telinga? Sebab nak harap BONOS tahunan ke?

Jangan Norian Mai suruh rakyat berikan contoh polis negara mana yang imejnya tidak terjejas. Itu bukan tugas rakyat jelata. Rakyat banyak kerja lain. Sendiri punya jabatan, rakyat tak mau nak campur tangan. Cuma rakyat makin muak dengan karenah PDRM seolah-olah jadi 'penyangak' semata-mata ikut arahan pemimpin UMNO/BN. Takkan lah tak ada hotak nak guna budibicara!

Bacalah sikit Perlembagaan Negera. Kan ada peruntukan 'kebebasan rakyat bersuara' didalamnya? Jangan ikut cara Israel atau pemerintahan regim Botha, Afrika Selatan. Itu memang tak payah diikutkan; sebab memang dah sah mereka itu adalah golongan bermusuhan dengan rakyat. Tetapi, anggota PDRM adalah sebahagian rakyat. Mereka harus memberi khidmat tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Takkan lah bila Mahathir dan pemimpin UMNO/BN berak, you orang juga mesti jilat. Paling kurang mesti cebokkan..!! Begitu sangat kah nak tunjukkan 'taat setia'? Masa angkat sumpah jawatan ada sebut kah nak 'kepala rakyat mesti di belantan'?

Allah swt Kurniakan 'Otak'

Allah swt Kurniakan 'Otak'; itu memang betul. Dalam tengkorak kepala setiap insan ada 'batu jemala' seketul. Takkan lah tuan lurus macam bendul! Tentu dalam PDRM ada juga yang 'bergeliga' otaknya.

Tetapi masalahnya, setiap kali rakyat berdemo menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman, PDRM pulak yang terhegeh-hegeh berbaris di depan. Cukup pulak dengan cotar, perisai, belantan dan 'water cannon'. Itu apa ceritanya?

Bila saja ada yang tiup 'wisel', FRU PDRM mulalah tunjuk yang mereka tu 'samseng upahan'. Dibelasahlah rakyat, seolah-olah negara ini ditadbirkan oleh PDRM. Tak cukup dengan tembakan gas pemedih mata, puluhan rakyat ditangkap dan masukkan dalam kereta perisai - seolah-olah rakyat adalah ikan cencaru nak dibuat gulai. Begitu hina rakyat dikerjakan!!

Mereka ditangkap, dibawa ke lokap. Maka episod selanjutnya macam-macam cerita. Begitukah cara PDRM menjalankan kerja? Itukah dia yang dikatakan 'proses polis menguatkuasakan undang-undang Negara'? Undang-undang apa? Mana 'belajo'? Kan itu undang-undang 'belantara' namanya? Rimau dan Singa aja yang biasa buat kerja yang sama..!! Manusia ada budaya, ada agama, ada budibicara, ada pekerti elok macam manusia..!!

Peristiwa Jalan Kebun

Rakyat bukan sengaja nak sebut kejadian di Jalan Kebun, Klang. Norian boleh bela pasukannya kununnya perkara itu berlaku ketika polis menyuraikan satu perhimpunan haram.

Nak tanya sikit kat Norian dan KDN: definasi 'haram' itu macamana? Demo budak-budak UMNO di Putera Jaya yang disertai oleh 'tuan bapak anjing' bernama Mahathir Mohamad itu halal pulak kah?

Perhimpunan budak-budak gila dari puak UMNO yang panjat pagar ugut nak bakar Dewan Perhimpunan Cina itu wajar dibagi permit pula?

Alahai - lain macam cara PDRM menggunakan budi bicara nampaknya. Kalau berdemo aman dikatakan haram, kalau nak bakar hak rakyat dihalalkan.

Kalau Norian ingin sangat nakkan CONTOH, contoh begitu memang tak ada dalam dunia. Cuma di Malaysia saja. Yang mengamalkannya ialah PDRM yang diupah oleh pucuk pimpinan UMNO. Norian Mai, "Do you have any comment? If you do have, by all means please state so..!! Cakap 'mengaghut' macam rakyat dah 'fed-up', dah jemu..!!"

Definasi 'Halal-Haram'

Rakyat makin tak faham cara PDRM berfikiran. Dulu pun pernah ditimbulkan di Dewan Parlimen: seorang wakil Parlimen BA bertanya definasi 'Judi Haram'. Jawapan Menteri berkenaan (tentu disediakan oleh KDN/PDRM) 'Judi haram ialah judi yang tak ada permit/Lesen. Kalau ada lesen dikira halal'.

Itu membuatkan rakyat bertanya, kitab mana KDN/PDRM baca? Dalam Al-Quran terang dan jelas menyebut 'semua judi adalah haram belaka'. Nampaknya, sebab Mahathir 'ulamak' KDN/PDRM, maka diturunkan pulaklah 'Fatwa' peribadinya, begitu ke? But it is just another 'fart'..!! Aduhai teruknya NEGARA KU MALAYSIA..!!

Dalam kes demo penyokong BA, belum ada satu demo mereka yang diberi permit. Bermakna, kalau tak ada permit, haramlah jadinya. Cuba bagi permit? Kan HALAL? Kenapa tak dibagi permit? Sebab penyokong BA tak berdemo di Putera jaya ke? Sebab mereka tak bakar Dewan Perhimpunan Cina ke? Haih? Camana ye?

Kalau itulah syarat permit, memang penyokong Reformasi dan Barisan Alternatif tak akan dapat permitlah sampai bila-bila. Akan HARAM semanjang sajalah nampaknya!! Padahal Demo mereka aman dan sentosa. Cuma FRU yang mula-mula tembak gas pemedih mata! Mereka lari, dihambat juga. Nak buat camana?

KDN/PDRM Belum Faham-faham Lagi Kah?

Rakyat dah makin nampak, penyokong BA adalah sebahagian rakyat yang berjiwa aman dan tenteram. Mereka cuma meneliti hak-hak asasi rakyat selari dengan Perlembagaan.

Misalnya, Mahfoz dan Pak Amjal berdemo semata-mata kerana menolak pasukan Kriket Yahudi yang jadi tetamu Mahathir dan pemimpin UMNO/BN. Tentu PDRM tau, rakyat Malaysia tidak sanggup PM mereka 'berpeluk cium bercumbu mesra dan bersandiwara' macam Mahathir dengan sahabat karibnya - Yahudi laknatullah. Sebab, Dasar Luar Negara masih tetap 'mengutuk' Kezaliman Yahudi yang jadi 'mentor' Mahathir.

Habis? salah kah kalau rakyat menghayati Perlembagaan kita dengan berdemo membantah? Kan regim Mahathir sendiri yang buatkan rakyat serba salah?

Itu yang menjadikan rakyat amat musykil. Buat betul ikut Dasar Negara pun salah, tak ikut pun salah. Jadi, macamana negara ini ditadbirkan oleh Mahathir dan UMNO/BN, hah? Undang-undang dan Dasar Negara ikut selera Mahathir sorang saja ke? Tiap hari undang-undang diubah pinda macam Perlembagaan UMNO? Hahahaha!!

Kalau gitu, kalau Mahathir dapat permit 'bukak seluar' dan selamba aja jalan-jalan di Chow Kit Road sepanjang Jln Tunku Abduk Rahman, rakyat bangkit berdemo bantah - pun KDN/PDRM nak belasah jugak? Owww?!! Sebab tak ada permit, masih nak dikatakan 'demo haram' pulak? Walhal, Mahathir dah sah macam orang gila talak tiga, masih tak boleh demo? Kan itu 'ngok' sangat PDRM nampaknya!! Mana pergi 'batu jemala' dalam kepala hotak hangpa?

Inilah dia yang dikatakan: PDRM dah silap mentafsirkan 'Halal-Haram' aspek undang-undang!! Hentam kromo saja. Sampai bila? Sampai 'naga tarik Cini' menghempaskan ekornya? Itu baru simbolik saja.

Rakyat mintak satu saja: Tolonglah pemimpin UMNO - bermula dari pucuk pimpinan dan mereka yang dah 'mati pucuk' (UMNO pencen ? hahahaha.. bukan macam Amin Sapiro ya..!!), KDN dan 'taukeh-taukeh' PDRM; supaya berfikirlah kalian sikit. Kalau betul nak ikut undang-undang cuba hafal dan tafsir bab dan artikel dalam Perlembagaan Negara. Dalamnya tentu ada perihal mana satu yang dikatakan demo halal dan demo haram. Tak faham juga, sila tanya peguam BA!! Hihihi? Nasihat yang dibagi tu 'FREEEEE'!!

Rasanya, berasaskan 'constitutional rights of the Rakyat', berdemo bagi menegakkan dasar negara adalah HALAL. Yang haram cuma kalau 'nak bakar harta rakyat' - macam budak-budak UMNO nak bakar Dewan Perhimpunan Cina..!! Betul tak? (cuma nak tanya saja).

Jangan pulak rujuk kat Mokhtar Abdullah AG. Dia 'dugong' - spesis makhluk 'pre-dated' yang dah pupus ditelan bumi. Budaya kerjanya, takut kepada 'dinasur' tua yang menjajah dunia di zaman purbakala. Tak dia nak tongkat dunia. Tunggulah setahun, sampai malikalmaut.. MAMPOS jugak dia. Firaun yang mengaku diri Tuhan pun 'padam' juga. Kunun pulak dia yang 'by-pass'.. Buat apa nak kutuk PAS? Kan itu tanda 'rumah kata pi, kubur kata..Mahathir, hang mai lah sini..!!' Hihihi?

Sekarang Pembangkang, BA dan Pro-Reformasi adalah anak-anak perjuangan rakyat zaman Globalisasi..!! Zaman IT..!! Minda mereka ada sikit lain, wooeiiii?.!! Tak sekecil lubang semut api?! Hihihhi?

Ucap Selamat Kepada KDN/PDRM

Selari dengan ketika nak raya ni, diucapkan juga "Selamat anda menjawab siasatan SUHAKAM" kepada KDN/PDRM!! Pandai-pandai bawak nasib. Janganlah dengarkan sangat cakap Persatuan Polis Pencen. Otak diorang dah tak guna satu sen. Dah bengap sebab tersumbat dek Rasuah yang diorang muntahkedarah!!

Rakyat Lunas dah buka mata. YB Saifuddin dah mula jalankan urusan dan kerja beliau. Itu adalah suatu petanda dari rakyat bahawa sebenarnya rakyat ada kuasa mengkecundangkan majoriti 2/3 UMNO/BN di Dewan Undangan Negeri. Kali ini Kedah!! Tak lama lagi Perlis pulak..(khabarnya ada yang dah lumpoh..heheh)!!

Itu baru 'bunga-bunga' saja. Tahun 2004, InsyaAllah BA dan Pembangkang hari ini akan perentah Malaysia. YB Mat Sabu kata, "Anggota FRU dan PDRM jangan gusar, gaji dan elaun tetap akan dibayar. Cuma satu saja, 'Rasuah..rasuah tak main lagi yaaaaa'!!"

Betul YB "tolonglah ingatkan depa" Termasuk YB UMNO!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)