Laman Webantu   KM2A1: 3390 File Size: 2.7 Kb *



Arus Reformasi Dalam Umno? Haha... Gelak Besar!
By Amin Sapiro

10/12/2000 12:39 pm Sun

Amin Sapiro (Temberang UMNO dalam poket ajerrrrrr)

[Apakah memang ada arus reformasi dalam umno? Setakat ini kita asyik dihujani oleh arus samseng dan kata-kata tidak enak di mana-mana sahaja.



  1. Dalam dewan PWTC ada arus menghina tudung, nabi dan ugama.

  2. Dalam parlimen arus samseng mengajak bertumbuk pula. Itu belum dikira arus ponteng atau tidur senyenyak-nyenyaknya.

  3. Dalam pagar Suqui, ada arus mandi darah dan mengherdik orang Cina siap dengan isyarat tangan menghala ke muka.

  4. Di DUN Selangor, arus samseng semakin hangat sehingga menampar orang DAP siap dengan kata-kata "cina babi" tetapi tidak dikenakan sebarang tindakkan disiplin oleh MKT umno.

  5. Dan jangan lupa. arus menyerahkan tanah rakyat Putra Jaya dan melarang ceramah ugama yang dipelopori oleh Khir Toyo.

  6. Atau arus baru(a) mengarahkan polis mengejar rakyat di lebuhraya dan membelasah rakyat dengan cotar serta semburan bahan kimia.

  7. Bila dah tertewas, tiba pula satu arus baru(a) di jalanraya - 12 bas membawa hantu untuk mencemar adab berpilihanraya.

- Editor ]



ARUS REFORMASI DALAM UMNO? Haha..gelak besar!

Macamana pemimpin UMNO nak mencetuskan arus Reformasi dalam parti itu?

Yang kita nampak sekarang, pagi letak jawatan petang tarik balik. Sekali imbas macam kepala Lelabi - sorong tarik tak tentu masa.


  1. Cuba tanya, siapa diantara pemimpin parti itu sanggup memilih penjara kerana berjihad tidak mahu membayar denda, walhal dengan membayar denda bermakna menyokong pemerentah zalim?

  2. Siapa pemimpin UMNO yang sanggup berjuang hingga 'slipped disc' tulang belakang? Berapa ramai pemimpin UMNO/BN yang tidak rasuah?


Saya, Amin Sapiro, tak yakin barang se kuku dengan cakap-cakap temberang pemimpin UMNO - sebab saya bukan berasal dari parti dari atas langit dulu. Kan saya mengaku saya dulu pun dalam UMNO - sekarang saya sanggup jadi 'BEKAS UMNO' bermakna saya sudah jemu dan bosan habisssss?melihat bagaimana pemimpin UMNO makan 'bangkai' kawan dan rakyat jelata!!

Kita nampak, pemimpin UMNO, kalau tak ada 'fulus' sanggup jadi belukang makan bangkai busuk kawan sendiri. Jadi pengakuan pemimpin UMNO nak bereformasi kunun, jawabnya??..?porrrrrrraaaaaaahhhhh??. Auta syuru?..!!

Samy Vellu pun tauuu?!! Dah bakar jembatan, bakar pulak kelambu.. Hhehe..malu Rais & Ku Li..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)